You are on page 1of 2

Zunnun Enterprise adalah sebuah perniagaan khidmat pemasangan, senggaraan dan baikpulih

perkakas dan talian elektrik. Perniagaan ini milik Hj. Zunnun bin Mamun yang telah beroperasi
lebih 10 tahun. Berikut ialah kedudukan imbangan duga perniagaan bagi 6 bulan pertama bertarikh
30 hb. Jun, 1993.
Akaun-akaun
Perabot dan perkakas pejabat
Kenderaan van
Kenderaan motosikal
Mesin dan set peralatan (tools)
Komputer dan pencetak pejabat
Bekalan wayar dan asessori elektrik
Bekalan alatulis pejabat
Penghutang (akaun belum terima)
Pemiutang
Belanja insurans
Pinjaman jangka pendek (Bank- BBMB)
Sewa Belum Bayar
Tunai di bank
Pelaburan Saham (Tenaga Nasional Berhad)
Modal Hj. Zunnun b. Mamun
Jumlah

Debit (RM)
2,500
7,800
2,900
1,550
3,800
1,900
100
3,300

Kredit (RM)

5,700
1,000
10,000
700
4,100
10,000
38,950

22,550
38,950

Berikut ialah maklumat tambahan berkaitan dengan urusniaga dalaman dan luaran yang
memerlukan pelarasan sebelum penyediaan penyata kewangan bagi setengah tahun berakhir,
pada 30 hb. Jun 2003 :
i. Baki bekalan alatulis tinggal lagi RM 30.
ii. Bekalan wayar dan assessori elektrik yang diguna setakat ini bernilai RM 955.
iii. Hj. Zunnun mengambil tunai untuk kegunaan sendiri beberapa kali bernilai
kesemuanya RM 1,000.
iv. Pelaburan tambahan untuk perniagaan ialah tunai RM 1,000 dan sebuah pencetak
laser RM 1,200. (sebelum ini pencetak tersebut adalah milik peribadi Zunni, anak Hj.
Zunnun, yang diberikannya kepada perniagaan Zunnun Enterprise.
v. Dianggarkan 1% daripada akaun penghutang akan menjadi lapuk.
vi. Perniagaan belum pernah memperuntukan susutnilai bagi aset. Oleh kerana aset
dianggap masih baru diperoleh, cadangan peruntukan susutnilai dan kaedah adalah
seperti berikut :
Perabot dan Perkakas
Kenderaan van
Kenderaan motosikal

15%
20%
20%

kaedah garis lurus


kaedah baki berkurangan
kaedah baki berkurangan

vii. Polisi insurans telah dibeli pada 1 hb. Januari 1993. Jumlah yang dibelanjakan hanyalah jumlah
yang luput sahaja, tidaklah kesemuanya seperti apa yang direkodkan.

viii. Sewa belum bayar dijelaskan bersama dengan sejumlah sewa untuk bulan Julai 1993
yang bernilai RM 300.
ix. BBMB mengenakan faedah atas baki pinjaman bank sebanyak 15% setahun. Pinjaman
tersebut bertarikh 1hb. Januari 1993.
x. Termasuk dalam akaun tunai di bank ialah tunai di tangan bernilai RM 50. Tiada akaun
berasingan diwujudkan.

You might also like