You are on page 1of 7

LA 1 - AKTIVITI SOKONGAN PEMASARAN

1.1 DEFINISI PEMASARAN

Anda mungkin sering didedahkan dengan perkataan pemasaran samada melalui


media mahupun orang-orang perseorangan yang terlibat dengan dunia perniagaan.
Pemasaran merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana individu atau
kumpulan memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui penghasilan dan
penukaran produk atau nilai di kalangan mereka.

Menurut Philip Kotler, pemasaran merupakan aktiviti manusia dalam memenuhi


keperluan dan kehendak mereka melalui proses pertukaran.

Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan urusanurusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti produk,
perletakan harga, pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan
sebagainya.
Keputusan-keputusan ini adalah berkaitan dengan aspek-aspek
pemasaran yang akan kita pelajari dalam pelajaran-pelajaran yang akan datang.

1.2 ELEMEN-ELEMEN DI DALAM PEMASARAN

Dalam pemasaran terdapat beberapa elemen-elemen ataupun konsep-konsep asas


yang perlu anda pelajari dan fahami kerana ia saling berkaitan antara satu sama lain.
Konsep yang paling asas sekali ialah konsep keperluan, diikuti dengan kehendak
dan juga permintaan. Konsep-konsep yang selanjutnya anda boleh perolehi
daripada keterangan di bawah ini.

1.2.1 Keperluan, kehendak dan permintaan

Keperluan

Keperluan merupakan asas kepada kehidupan manusia dan ini meliputi keperluan
fizikal seperti makanan dan pakaian, keperluan sosial seperti kasih sayang,
keperluan individu seperti ilmu pengetahuan dan pencapaian hasrat diri seperti
kemajuan diri dan juga kejayaan diri. Keperluan-keperluan ini bukan dicipta oleh
pemasar, ia merupakan sebahagian dari asas kejadian manusia. Keperluan manusia
ini penting kepada pemasar kerana ia dapat membantu pemasar dalam
mengenalpasti produk yang perlu ditawarkan dan diperlukan oleh pengguna.

Kehendak

Kehendak pula, merupakan keperluan manusia yang dibentuk oleh budaya sekeliling
serta personaliti individu. Sebagai contoh, seorang eksekutif jualan mungkin
memerlukan kereta mahal seperti Honda untuk menjaga imej dan statusnya sebagai
seorang pegawai, manakala seorang kerani jualan
mungkin memadai dengan
kereta Proton sahaja. Di sini menunjukkan bahawa personaliti individu tersebut
memainkan peranan di dalam membentuk kehendak seseorang .

Permintaan

Apabila kita mempunyai sumber kewangan atau kuasa beli, kita akan
berkehendakan kepada pelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran. Oleh itu,
apabila seseorang mempunyai kehendak serta kemampuan untuk membeli ,
kehendak akan bertukar menjadi permintaan.

1.2.2 Produk dan Servis/Perkhidmatan

Sebelum anda mempelajari maksud produk dan servis, saya berharap anda telah
pun memahami perkaitan di antara konsep keperluan, kehendak dan permintaan.
Kini marilah kita sama-sama melihat apa yang dimaksudkan dengan produk dan
servis.

Produk

Produk merupakan apa sahaja yang ditawarkan kepada pengguna untuk perhatian,
milikan atau kegunaan yang akan memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak.
Konsep produk tidak terhad kepada objek fizikal, seperti kereta, rumah dan
sebagainya tetapi apa sahaja yang berupaya memuaskan keperluan boleh dipanggil
produk. Selain daripada produk fizikal/ketara, produk juga termasuklah
perkhidmatan/servis seperti perbankan, penerbangan, perhotelan, menggunting
rambut dan banyak lagi.

Perkhidmatan merupakan aktiviti atau faedah yang ditawarkan untuk jualan yang
bukan ketara dan tidak mendatangkan pemilikan kepada sesuatu. Secara umumnya,
produk termasuklah entiti-entiti lain seperti orang, tempat, organisasi, aktiviti dan
idea.

1.2.3 Nilai, Kepuasan dan Kualiti

Konsep seterusnya yang perlu anda fahami adalah berkenaan nilai, kepuasan dan
kualiti.

Konsep nilai ini biasanya wujud berdasarkan kepada persepsi seseorang pengguna
terhadap sesuatu produk atau servis yang ditawarkan. Nilai yang dimaksudkan di
sini ialah perbezaan di antara nilai yang pelanggan perolehi daripada memiliki dan
menggunakan sesuatu produk dan kos untuk mendapatkan keluaran itu. Sebagai
contoh, seorang penumpang bas sanggup membayar harga lebih untuk menaiki
Eksekutif Coach yang mempunyai tambang lebih mahal berbanding bas ekspres
biasa. Mereka merasakan servis yang ditawarkan oleh Eksekutif Coach lebih baik,
lebih terkenal dan statusnya lebih tinggi berbanding bas ekspres biasa. Di sini
kecenderungan mereka bertindak adalah berasaskan nilai yang mereka tanggap
sebelum ini.

Kepuasan pelanggan bergantung kepada keupayaan sesuatu


produk untuk
mencapai jangkaan yang diharapkan oleh pengguna terhadap sesuatu produk atau
sevis. Pelanggan akan merasa puas hati apabila jangkaan mereka itu menepati
apa yang mereka jangkakan sebelum ini, contohnya pelanggan yang membeli sabun

pencuci pinggan akan merasa puas hati apabila sabun pencuci pinggan tersebut
dapat mencuci pinggan yang berminyak dengan mudah. Pelanggan yang berpuas
hati akan membuat pembelian yang berulang dan mereka akan memberitahu
pengguna lain tentang pengalaman mereka menggunakan produk. Perkara utama di
sini ialah memadankan jangkaan pelanggan dengan prestasi produk.

Kepuasan pelanggan berkait rapat dengan kualiti. Pengurusan Kualiti Menyeluruh


(PKM), direka untuk terus memperbaiki kualiti produk, perkhidmatan dan proses
pemasaran. Kualiti mempunyai kesan langsung ke atas prestasi produk dan
seterusnya ke atas kepuasan pelanggan.

1.2.4 Pertukaran, Urusniaga dan Perhubungan

Sekarang tibalah masanya anda mempelajari pula berkenaan bidang yang


lebih
luas lagi iaitu berkenaan pertukaran, urusniaga dan perhubungan dalam pemasaran

Pertukaran

Mungkin anda telah biasa dengan perkataan ini, tetapi di sini anda akan
mengetahuinya dengan lebih mendalam lagi. Pertukaran di dalam pemasaran
membawa maksud pertukaran nilai antara dua belah pihak, daripada seorang
pemasar kepada seorang pelanggan. Untuk membolehkan pertukaran berlaku ,
terdapat dua syarat iaitu:

i) Dua pihak mesti terlibat dan setiap pihak mempunyai sesuatu


yang bernilai untuk ditukarkan

ii) Pihak-pihak yang terlibat bersetuju untuk berurusan antara satu


sama lain dan mempunyai kebebasan untuk menerima atau
menolak tawaran masing-masing.

Urusniaga

Urusniaga pula merupakan tindakan dalam mendapatkan sesuatu yang dikehendaki


dari satu pihak dengan menawarkan sesuatu yang lain sebagai balasan. Urusniaga
merupakan elemen utama di dalam pemasaran dan ianya melibatkan lima keadaan:

i) Terdapat sekurang-kurangnya dua pihak


ii) Satu pihak mesti mempunyai sesuatu yang bernilai kepada
pihak yang satu lagi.
iii) Satu pihak berkemampuan untuk berkomunikasi dan membuat
penghantaran.
iv) Satu pihak mempunyai hak untuk menerima atau menolak
tawaran dari pihak yang satu lagi.
v) Kedua-dua pihak mempunyai keyakinan dan kepercayaan
antara satu dengan lain.

Perhubungan

Perhubungan memainkan peranan yang penting di sini, di samping mewujudkan


urusniaga jangka pendek, pemasar perlu membina perhubungan dengan pelanggan,
pengedar, wakil penjual dan pembekal yang amat berharga kepada pemasar.
Mereka ingin membina perhubungan ekonomi dan sosial yang kukuh dengan
menjanjikan dan menghasilkan secara konsisten produk yang berkualiti tinggi,
perkhidmatan yang baik dengan harga yang berpatutan. Tambahan pula, terdapat
anjakan di dalam pemasaran dari percubaan untuk memaksimumkan keuntungan ,
kepada pembinaan perhubungan dua hala yang berfaedah dengan pelanggan dan
pihak-pihak lain. Prinsipnya adalah mudah, bina rangkaian perhubungan yang baik
dengan pihak yang berkepentingan dan keuntungan akan menyusul kemudiannya.

1.2.5 Pasaran

Merujuk kepada elemen yang seterusnya marilah kita sama-sama melihat sama ada
apa yang anda faham mengenai pasaran adalah sama atau tidak dengan
maksudnya yang sebenar. Dalam pemasaran, pasaran merupakan satu set atau
himpunan bakal pembeli-pembeli yang berpotensi untuk membeli sesuatu produk.

Pembeli-pembeli ini mempunyai sesuatu keperluan atau kehendak yang boleh


dipenuhi melalui pertukaran dan perhubungan. Saiz pasaran bergantung kepada
bilangan orang yang mempunyai keperluan, sumber-sumber untuk melibatkan diri
dalam pertukaran dan sanggup untuk menawarkan sumber-sumber ini sebagai
balasan kepada apa yang mereka kehendaki.

Istilah asal pasaran merujuk kepada tempat di mana pembeli dan penjual berkumpul
untuk bertukar produk antara mereka. Di antara pelbagai jenis pasaran yang wujud
pada masa ini termasuk pasaran komoditi, pasaran kewangan, pasaran buruh dan
sebagainya.

1.2.6 Pemasaran

Pemasaran bermaksud mengurus pasaran untuk mewujudkan pertukaran dan


perhubungan bertujuan mewujudkan nilai dan memuaskan keperluan dan kehendak.
Pemasaran juga sebagai satu proses di mana individu dan kumpulan mendapatkan
apa yang mereka perlukan dan kehendaki melalui pembentukkan dan pertukaran
produk atau nilai dengan orang lain.

Aktiviti seperti pembangunan produk, penyelidikan, komunikasi, pengagihan,


penentuan harga dan perkhidmatan adalah aktiviti-aktiviti teras pemasaran.
Walaupun kita memikirkan pemasaran sebagai aktiviti yang dijalankan oleh penjual,
pembeli juga menjalankan aktiviti pemasaran. Pengguna menjalankan pemasaran
apabila mereka mencari produk keperluan mereka pada harga yang mereka mampu.
Agen pembelian syarikat menjalankan pemasaran apabila mereka menjejaki penjual
dan membuat tawar-menawar untuk belian yang terbaik.

Penerangan yang telah diberikan diharap dapat menjelaskan kepada anda tentang
konsep-konsep teras yang terdapat di dalam bidang pemasaran. Jika anda ingin
menguji tahap kefahaman anda , anda bolehlah mencuba aktiviti yang telah
disediakan di akhir input ini.

You might also like