You are on page 1of 13

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN MANJOI SATU, IPOH , PERAK


MINIT MESYUARAT BIL 2/2016.
SK MANJOI SATU

Tarikh
Masa
Tempat

: 22.07.2016 (Jumaat)
: 8.30 malam
: Makmal Komputer Bawah SK Manjoi Satu

Hadir:
1. En Yusof Bin Yeop Yunus
2. Kapt (PA) Hazril Hisham Bin Hussin
3. En. Izwan Helmi Bin Mohd Mokhtar
4. Cik Nur Bazlina bt Ismail
5. En Baharuddin Bin Tahir
6. Pn. Nurashikin Bt Muzafar
7. Pn. Rohaida Bt Ahmad Mahir
8. Pn. Marziah Bt Dahari
9. Pn. Suhaili
10.
Pn. Rothiah Bt Abdul Karim
11.
Pn. Salabiah Bt Shaharudin

Penasihat
Yang Dipertua
Naib Dipertua
Pen. Setiausaha
AJK Ibu Bapa
AJK Ibu Bapa
AJK Ibu Bapa
AJK Ibu Bapa
AJK Ibu Bapa
AJK Guru
AJK Guru

Turut Hadir
1. Pn. Farasmini Bt Omar
2. Pn. Siti Sapura Bt Abu Bakar
3. Pn. Nurmanja Bt Abdul Rahman

PK Pentadbiran
PK Kokurikulum
PK Petang

1. Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Manjoi Satu Kapt (PA)


Hazril Hisham Bin Hussin
1.1

YDP mengalu-alukan kedatangan Ibu bapa dan AJK Guru ke


Mesyuarat perjumpaan kali kedua pada 22 Julai 2016 yang lalu.
YDP juga mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar dan
guru-guru

kerana dapat menjalankan setiap program yang

dirancang dengan lancar.


Tindakan: Makluman
2. Ucapan Aluan Guru Besar En Yusof bin Yeop Yunus
2.1

Guru Besar, En Yusof bin Yeop Yunus mengalu-alukan


kedatangan AJK Ibu Bapa dan Guru pada mesyuarat pada
malam ini.

2.2

Beliau turut menyatakan murid akan menjalani peperiksaan


UPSR pada bulan September yang hampir tiba. Banyak
persiapan yang telah dilakukan untuk membantu murid supaya
fokus dalam pembelajaran mereka.

2.3

Majlis Guru Besar Kinta Utara juga turut menyediakan soalansoalan peperiksaan untuk murid tahun 6 sebagai persediaan
murid untuk menduduki UPSR. Soalan juga telah digubal dari
Kelompok P21.

2.4

Soalan-soalan percubaan antara negeri di luar Perak juga telah


ditukar supaya murid didedahkan dengan pelbagai bentuk soalan
kerana format UPSR yang telah diperbaharui.

2.5

Guru besar turut menyatakan masalah peniaga-peniaga yang


mula berniaga di hadapan sekolah.

2.6

Beliau juga turut menyatakan Program Ziarah Tahun 6 dari


rumah ke rumah.

2.7

Beliau juga turut berbesar hati sekiranya pihak PIBG dan PIBK
dapat mencari dana untuk menaik taraf prasarana sekolah untuk
murid SKMS.
Tindakan: Makluman kepada AJK PIBG

3. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 1/2016


3.1

YDP, Kapt (PA) Hazril Hisham Bin Hussin meminta untuk


menyemak semula agenda Minit Mesyuarat jika terdapat
kesalahan dan boleh membuat beberapa pindaan.

3.2

En. Baharuddin telah mencadang untuk menyokong minit


mesyuarat Bil 1/2016. Pn. Norashikin telah menyokong minit
mesyuarat untuk disahkan.
Tindakan: Makluman

3.3

YDP menyatakan semula nama-nama EXCO. Beliau turut


bertanya Pn.Norlia yang memegang EXCO sukan dan rekreasi
tidak hadir dalam apa-apa program PIBG.

3.4

Lantikan AJK Ibu Bapa iaitu En. Deli telah digugurkan kerana
tidak hadir mesyuarat PIBG sebanyak dua kali. Pn.Norlia juga

turut tidak menghadirkan dalam perjumpaan AJK dan akan


mendapat pengesahan semula.
Tindakan: YDP & Setiausaha PIBG
3.5

Kesemua AJK EXCO telah menjalankan tugas dengan baik.

3.6

Laman

WEB

SK

Manjoi

Satu

telah

ditetapkan

skmanjoisatu.edu.my
3.7

NYDP memberi penerangan terhadap laman web sekolah.


Beliau telah membuat surat untuk meminta sponsorship dari
bentuk domain (RM 80) dan web hosting (RM 250) setahun
tetapi belum mendapat maklum balas dari pihak syarikat.
Bayaran dalam bentuk kredit kad.

3.8

NYDP telah bersetuju untuk membayar dan YDP akan


memaklumkan kepada Bendahari untuk mengeluarkan baucer
bayaran semula kepada NYDP.
Tindakan: NYDP & Bendahari

3.9

NYDP turut mencadangkan supaya web hosting disewakan


kepada sekolah-sekolah lain untuk menjana sumber kewangan
PIBG.
Tindakan: NYDP

4. Laporan aktiviti EXCO


3.1

Pn.

Norashikin

selaku

ketua

EXCO

Kecemerlangan

Akademik membentangkan laporan aktiviti untuk EXCO


Kecemerlangan Akademik. Aktiviti bermula pada bulan Mei
iaitu berkaitan ALUMNI SKMS.
3.2

Program kedua adalah dari En. Faezal iaitu bekas murid


SKMS tahun 2000 dan bekerja sebagai konsultan. Beliau
telah mencadangkan Program Motivasi bersama ALUMNI
untuk murid tahun 4-6. Kemudian diikuti dengan Program
Motivasi untuk murid tahun 6 sahaja.

3.3

Beliau juga menyatakan Program Seminar UPSR yang telah


diadakan pada 28 Mei 2016. Beliau mengucapkan ribuan
terima kasih kepada AJK dan guru yang terlibat dalam
menjayakan program tersebut.
Tindakan: Selesai

3.4

Pn. Norashikin turut menyentuh hal berkaitan Graf Prestasi


yang dicadangkan oleh beliau pada mesyuarat AJK kali
pertama; telah dilaksanakan kepada murid tahun 6.
Tindakan: Selesai

3.5

YDP dan Penasihat mencadangkan sesuatu Program lain dari


yang lain kepada EXCO Kecemerlangan Akademik iaitu
aktiviti Group Discussion dari sekolah lain untuk mengajar

murid pada setiap hari Sabtu. PIBG turut akan membantu


dan membuat jadual.
3.6

NYDP turut memberitahu bahawa terdapat tenaga pengajar


pakar matematik. Jika pihak sekolah ingin menggunakan
khidmat beliau boleh berhubung dengan NYDP.
Tindakan: EXCO & Pihak Pentadbir

3.7

En. Baharuddin selaku ketua EXCO Kebajikan dan Disiplin


menyambung laporan untuk EXCO Kebajikan dan Disiplin.
Kejayaan EXCO untuk membina tangga baru berdekatan
kantin telah siap sepenuhnya.
Tindakan: Makluman

3.8

Seterusnya beliau menyentuh masalah lalu lintas. YDP turut


membantu EXCO menulis surat dan jadual untuk diserahkan
kepada pengawal keselamatan.

3.9

Surat makluman kepada pengawal keselamatan akan


dilakukan oleh Setiausaha dengan bayaran tambahan RM 50.
YDP turut mencadangkan kepada penasihat serta AJK Exco
Kebajikan dan Disiplin untuk berjumpa terlebih dahulu
menerangkan situasi lalu lintas dan diiringi dengan surat.

3.10 Surat tersebut akan diiringi dengan baucer dari Bendahari


untuk penjelasan bayaran dari pihak PIBG.
Tindakan: AJK EXCO, PIBG dan Setiausaha

3.11 NYDP turut mencadangkan untuk menjalankan kempen


kepada ibu bapa berkaitan masalah lalu lintas. Kerjasama
boleh dilakukan dari anggota RELA, pihak polis atau banner.
Tindakan: EXCO
3.12 Beliau juga turut mengenal pasti masalah tandas murid yang
mempunyai masalah paip, lubang tersumbat dan masalah
kunci dari dalam. Selain itu juga, En. Baharuddin turut
mencadangkan penambahbaikan dari kipas dan lampu serta
kerusi dan meja murid di dalam kelas.
Tindakan: YDP, Pihak Pentadbir dan EXCO
3.13 NYDP menyebut hal berkaitan Program Motivasi murid
cemerlang SKMS untuk membawa 20 orang pelajar
cemerlang kurang berkemampuan untuk melawat pejabat
Kementerian Kewangan di Putrajaya.
3.14

Tentatif dan perbelanjaan telah dirangka oleh NYDP yang


akan dijalankan pada 26 & 27 dan malangnya tiada rezeki
berpihak kepada murid SKMS.

3.15 NYDP akan meneruskan juga program ini tetapi dijalankan


dalam sekitar Ipoh sahaja.
Tindakan: Selesai

3.16 Seterusnya laporan dari AJK EXCO Kewangan, Pn. Marziah


untuk membentangkan laporan.
3.17 Sumbangan telah dilakukan dari pelbagai pihak dan
sumbangan daripada ibu bapa, NGO dan persendirian adalah
sebanyak RM 14 400.
3.18 YDP juga turut menjelaskan 34 syarikat farmasi di bawah Dr.
Naqib dari seluruh Malaysia. PIBG akan memohon dana
kepada syarikat-syarikat tersebut.
Tindakan: Makluman
3.19 Pn. Marziah juga turut mencadangkan untuk meminta
supplement daripada farmasi untuk murid SKMS. Selain itu,
beliau juga turut meminta untuk memasang papan digital di
SKMS.
3.20 Selain itu, vending machine telah dicadangkan untuk
dipasang dalam kawasan sekolah untuk menjana dana PIBG.
3.21 Sumbangan untuk bilik gerakan PIBG untuk bina di pondok
di Dataran Minda dan ruangan menunggu murid di luar
kawasan sekolah.
3.22 Beliau juga turut mencadangkan untuk AJK lain untuk
meningkatkan dana dan permohonan melalui surat akan
dilaksanakan.
Tindakan: EXCO Kewangan dan AJK PIBG

3.23 YDP turut menyentuh EXCO sukan dan rekreasi supaya


perbelanjaan untuk Hari Sukan SKMS untuk persediaan awal
PIBG untuk menyediakan dana.
Tindakan: EXCO Sukan Rekreasi & Pihak Pentadbir
3.24 Seterusnya pembentangan dari Pn. Rohaida selaku ketua
AJK EXCO Penerangan dan Perhubungan. Beliau
menerangkan berkaitan VLE FROG. Beliau turut memberi
penerangan kepada ibu bapa berkaitan VLE FROG yang
sangat menarik untuk dipertengahkan.
3.25 Beliau turut memberi hebahan tentang pelbagai aktiviti yang
dilaksanakan di sekolah melalui laman sosial.
Tindakan: Makluman
3.26 YDP mencadangkan untuk membuat beberapa kuiz atau
pengisian maklumat melalui VLE FROG kepada ibu bapa
bagi meningkatkan penggunaan VLE FROG dalam kalangan
murid SKMS.
3.27 Surat juga dicadangkan untuk diedarkan kepada ibu bapa
untuk mendapatkan maklum balas hasil log in murid dan
ibu bapa dalam penggunaan VLE FROG.
Tindakan: EXCO Penerangan & Perhubungan
3.28 YDP turut menyentuh hal berkaitan letter head PIBG yang
baharu untuk diguna pakai dalam apa jua perkara yang
9

melibatkan surat menyurat. Penambahan logo Kementerian


Pendidikan bersama logo PIBG dan logo SKMS. Selain itu
juga, penambahan tag line PIBG Development from
Grasshold akan diguna pakai.
Tindakan: Setiausaha
4. Laporan Kewangan.
4.1

Laporan kewangan dari bulan Januari-Julai. Kutipan


sumbangan yuran PIBG sebanyak RM 4080 datang dari 81
keluarga.

4.2

Sumbangan daripada anggota NGO sebanyak RM 200 dari


pihak DBI untuk Taman Herba. Sumbangan dari YB Ziad
sebanyak RM 2000 telah dimasukkan dalam akaun bulan
Mei.

4.3

Selain itu, pihak pemaju rumah turut menyumbangkan dana


sebanyak RM 4950 kerana pihak PIBG mengiklankan
rumah. Pn. Nurul Adawiyah bekerja sebagai bisnesswomen
selaku rakan kepada NYDP turut menyumbang dana ke
dalam akaun PIBG.

4.4

Perbelanjaan untuk membaiki tangga telah dikeluarkan dari


akaun sebanyak RM 200 dan mendapat sumbangan dari
pihak luar sebanyak RM 400.

4.5

Jumlah perbelanjaan sehingga 30 Jun 2016 sebanyak RM


5409.

10

5. Hal-hal lain
5.1

Pn. Rothiah telah memaklumkan lukisan potret dari En.


Mizral

mendapat

respon

dari

murid.

En.

Mizral

memaklumkan kepada Pn. Rothiah untuk memaklumkan


tarikh dan masa yang sesuai kepada beliau untuk
melaksanakan aktiviti ini.
5.2

YDP

juga

memaklumkan

kepada

setiausaha

untuk

mengeluarkan surat makluman kepada murid dan En. Mizral


untuk tujuan hebahan dan jemputan.
Tindakan: Setiausaha dan EXCO
5.3

Pn. Siti Sapura turut meminta peruntukan kepada PIBG


supaya murid-murid yang cemerlang dibawa untuk melawat
ke sekitar Perak atau di luar kawasan.
Tindakan: AJK PIBG & PK Kokurikulum

5.4

Pn Farasmini turut menyentuh Program Ziarah murid Tahun


6 yang melibatkan 20-25 orang murid bermula dari pukul 8
pagi.

5.5

Guru Besar menerangkan Program ini adalah untuk


memfokuskan kepada murid yang cemerlang, sederhana dan
boleh maju.

11

5.6

Tujuan utama pihak pentadbir adalah untuk ziarah ibu bapa


dan murid untuk melihat keadaan murid dan rumah dalam
keadaan selesa ataupun tidak untuk belajar.
Tindakan: Selesai

5.7

Pn. Nurmanja juga berbincang hal berkaitan Program


Transisi tahun 1 2017 yang memerlukan perbelanjaan. Kertas
kerja akan dilakukan oleh beliau sendiri dan akan diserahkan
kepada AJK PIBG.
Tindakan: AJK PIBG & Pihak Pentadbir

5.8

En Yusof juga turut mencadangkan pihak PIBG & PIBK


untuk melawat ke sekolah SK Setiawangsa untuk melihat
sendiri kerjasama PIBG dan PIBK dengan pihak sekolah
untuk menaiktaraf prasarana dan akademik sekolah.

5.9

Selain itu, Guru Besar turut memaklumkan Hari


Kokurikulum akan dilaksanakan pada bulan 11.
Tindakan: AJK PIBG & Pihak Pentadbir

12

6. Ucapan Penangguhan
6.1

YDP berharap agar segala aktiviti yang dirancang akan


berjalan dengan lancar. Beliau berharap agar AJK PIBG
bersama-sama

membantu

untuk

meningkatkan

sarana

sekolah khususnya dalam pendidikan anak-anak di SK


Manjoi Satu.
6.2

Beliau mengakhiri mesyuarat dengan tasbih dan lafaz salam.


Tindakan: Makluman

Disediakan oleh,

Disemak oleh.

..

..............................................

(SAIDATUL ASYIKIN ABDUL RAHIM)

(KAPT (PA) HAZRIL HISHAM BIN HUSSIN)

Setiauasaha PIBG

Yang Dipertua PIBG,

Sesi 2016/2017

Sesi 2016/2017

SK Manjoi Satu, Ipoh

SK Manjoi Satu, Ipoh.

13