You are on page 1of 1

Karangan Bahan Rangsangan Tingkatan 3: Kepentingan Kemudahan Awam

Kepada Masyarakat Setempat

Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan awam untuk kegunaan


orang ramai. Antara kemudahan tersebut ialah lampu jalan raya, pondok telefon,
pondok menunggu bas dan sebagainya.
Lampu jalan dapat menerangi kawasaan sekitar terutamanya di sepanjang
jalan raya. Kejadian kemalangan dapat dikurangkan kerana pemandu dapat melihat
dengan jelas. Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan pondok menunggu bas di
merata-rata tempat. Hal ini dapat memudahkan orang ramai serta melindungi mereka
daripada panas dan hujan.
Pondok telefon pula bertujuan untuk membolehkan orang awam membuat
panggilan telefon terutamanya pada waktu kecemasan. Pada masa ini, pihak kerajaan
telah memperbanyak bilangan kenderaan awam seperti bas, LRT dan sebagainya.
Kemudahan pengangkutan awam ini dapat mengurangkan bilangan kenderaan yang
semakin meningkat dijalan raya. Secara tidak langsung kesesakan di jalan raya dapat
dikurangkan.
Konklusinya, kita perlulah menjaga kemudahan awam demi kepentingan semua
ahli masyarakat di negara kita.
(
128
patah
perkataan )

You might also like