You are on page 1of 41

ISI KANDUNGAN

Pengenalan............................................................................................................................. 3
Permasalahan.......................................................................................................................... 4
Objektif................................................................................................................................... 5
Skop........................................................................................................................................ 6
Kajian Literatur........................................................................................................................ 7
Pencemaran Bunyi................................................................................................................ 11
Pencemaran Udara................................................................................................................ 15
Pencemaran Air..................................................................................................................... 17
Pencemaran Tanah................................................................................................................ 20
Kaedah dan Keputusan.......................................................................................................... 23
Pengumpulan data............................................................................................................. 23
Punca pencemaran udara............................................................................................... 23
Pelepasan bahan pencemar daripada punca utama.......................................................24
Punca tetap..................................................................................................................... 25
Pencemaran Air............................................................................................................... 26
Status kualiti air sungai................................................................................................... 29
Cadangan pendekatan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kefahaman murid
terhadap alam sekitar........................................................................................................ 31
a) Pendidikan Sekolah (Kurikulum) Mengintegrasikan pendidikan Alam Sekitar dalam
Pengajaran...................................................................................................................... 32
b) Unit Bergerak Jabatan Pendidikan dan Alam Sekitar...................................................34
c) Ko-kurikulum di peringkat Jabatan Pendidikan atau Sekolah.......................................34
d) Media masa................................................................................................................ 35
e) Laman Web................................................................................................................. 35
f) Promosi Sticker............................................................................................................ 35
g) Kerjasama Jabatan Pendidikan Malaysia dan Jabatan..................................................35
f) Sekolah Lestari............................................................................................................ 36
1

Kesimpulan............................................................................................................................ 37

PENGENALAN

Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah
mencetuskan pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta
kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan
menaikkan imej negara di kaca mata dunia. Namun begitu, disebalik keselesaan dan
pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan
kehidupan masyarakat iaitu pencemaran alam sekitar.
Menurut Zaini Ujang (2000), alam sekitar ialah gabungan keadaan luaran atau eksternal
yang mempengaruhi kehidupan setiap organisma. Keadaan luaran tersebut merangkumi unsurunsur dan hubungan bukan hidupan atau abiotik. Alam sekitar juga mencakupi keadaan internal
atau dalaman khususnya kimia dan biologi yang menjadi teras kepada kehidupan setiap
tumbuhan atau haiwan serta manusia.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2003), pencemaran adalah suatu perbuatan
yang mencemarkan atau mengotorkan. Pengotoran alam atau perbuatan mencemarkan
kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.
Sebagai sebuah Negara membangun, Malaysia sedang mengalami proses pembangunan
yang pesat. Pada penghujung abad ke-20 ini, banyak laporan menunjukkan betapa keadaan alam
sekitar di seluruh dunia semakin parah tercemar. Pencemaran itu berlaku di segenap pelosok
sama ada di Negara membangun apa lagi di Negara maju. Krisis tersebut telah memberi kesan
langsung yang negatif terhadap seluruh komponen mikro serta makro alam sekitar. Masalah
pencemaran bukanlah suatu perkara yang baru di Malaysia. Berlakunya pencemaran telah
menyebabkan pelbagai masalah lain terutamanya masalah kesihatan dan ancaman terhadap
manusia dan alam sekitar.
Pada asasnya, kemerosotan kualiti udara, air dan kebisingan adalah berkait rapat dengan
pembangunan suatu jenis guna tanah. Contohnya pembangunan industri berat yang berisiko
tinggi berkemungkinan menjadi punca kepada pencemaran udara, air dan kebisingan. Berbagai
3

isu dan masalah alam sekitar sering dihadapi oleh penduduk di terutamanya yang berkaitan
dengan pencemaran air, udara dan kebisingan. Tanpa melakukan pengawalan dan penyelesaian
masalah pencemaran alam sekitar ia boleh mengakibatkan kemudaratan dari segi kesihatan dan
menjejaskan kualiti kehidupan kita. Di sini, akan dibincangkan tentang salah satu isu alam
sekitar yang berlaku di Negara kita iaitu pencemaran air, bunyi dan udara.
Kesedaran mengenai masalah yang dihadapi oleh alam sekitar muncul daripada
keprihatinan terhadap perkara-perkara seperti kualiti air minuman, kesan bernafas dalam udara
yang tercemar, kepupusan hidupan liar dan tumbuhan serta pemanasan global. Masalah alam
sekitar yang semakin serius ini telah meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa pentingnya
memelihara alam sekitar dari terus tercemar. Apa yang pasti, kesan langsung daripada
pencemaran alam sekitar lebih mudah difahami daripada isu-isu alam sekitar yang lain seperti
kepelbagaian biologi, ekologi hutan, kesan rumah hijau atau perkara perkara yang berkaitan
dengan dasar, peraturan dan perundangan.

PERMASALAHAN

Alam merupakan anugerah Tuhan yang amat berharga kepada rakyat semua negara di
dunia ini. Malangnya, hari demi hari alam mengalami pencemaran dan pemusnahan yang
berterusan. Pencemaran alam sekitar menjadi isu sejagat yang kian membimbangkan masyarakat
dunia.
Perkembangan sektor perindustrian sebenarnya telah dikenal pasti sebagai punca utama
berlakunya pencemaran udara. Pembakaran bahan-bahan api seperti arang batu dan petroleum
yang mengeluarkan asap tebal berwarna hitam mencemarkan udara. Fenomena ini bertambah
buruk apabila pihak pengilang tidak memasang alat penapisan pada corong-corong asap. Di
samping itu, pembuangan sisa-sisa toksik ke dalam sungai oleh sektor perkilangan menyebabkan
sungai-sungai di negara kita terus tercemar.

Selain itu, pencemaran alam terutamanya pencemaran udara turut berlaku kerana
penggunaan kenderaan bermotor. Asap kenderaan yang mengandungi gas karbon monoksida
mencemari udara semasa pembakaran diesel dan petrol. Kegiatan pembakaran yang berleluasa
juga menimbulkan pencemaran alam. Pelupusan sampah-sampah mengikut kaedah pembakaran
terbuka di tanah lapang menghasilkan asap tebal dan gas beracun. Pada masa yang sama,
pembakaran hutan untuk kegunaan projek-projek pembangunan juga menimbulkan pencemaran
udara yang serius.
Pencemaran alam sekitar juga disebabkan kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan
masyarakat. Perbuatan anggota masyarakat membuang sampah di merata-rata tempat bukan
sahaja mencacatkan keindahan negara malah mengotorkan persekitaran kita. Masyarakat yang
membuang ribuan tan sampah sehari tanpa memikirkan jalan untuk melupuskan sampah
menyebabkan kediaman kita seolah-olah dalam longgokan sampah. Keadaan seperti ini sudah
tentu menimbulkan bau yang kurang menyenangkan serta mendedahkan masyarakat kepada
penyakit berjangkit.

OBJEKTIF

Kesedaran orang ramai untuk melindungi dan memelihara alam sekitar sangat penting
dalam usaha menangani masalah pencemaran alam sekitar. Antara objektif kajian ini ialah:
1.
2.
3.
4.

mengkaji konsep pencemaran alam di Malaysia


mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.
mengkaji kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
memberi beberapa cadangan bagi mengurangkan dan mengatasi pencemaran alam di

kawasan kajian.
5. meningkatkan nila-nilai murni serta semangat ataupun unsur patriotisme.

SKOP
5

Kajian yang dijalankan berkisar kepada pencemaran alam sekitar yang berlaku di
Malaysia, perubahan-perubahan alam sekitar yang berlaku, serta status semasa alam sekitar yang
melibatkan aspek pencemaran air, udara, bunyi bising dan juga tanah. Berdasarkan kepada
punca-punca yang dikaji, cadangan-cadangan akan diberi bagi kaedah yang boleh dilaksanakan
dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang boleh meningkatkan kesedaran dalam diri
pelajar berkaitan dengan penjagaan alam sekitar.

KAJIAN LITERATUR

PENCEMARAN BUNYI

10

Pencemaran bunyi sering menjadi isu tetapi ia kurang diberi perhatian. Akhir-akhir ini,
aspek ini dibincangkan secara bersungguh-sungguh apabila paras bunyi semakin meningkat dari
hari ke hari. Pembangunan negara yang pesat menuju status negara industri yang menyebabkan
bilangan kenderaan di jalan raya meningkat merupakan antara sumber bunyi utama di negara
kita. Projek-projek pembinaan yang menggunakan banyak jentera dan pembinaan lebih banyak
lapangan terbang juga merupakan antara penyumbang lain pencemaran bunyi. Dalam sektor
pekerjaan, paras bunyi yang selamat harus dipastikan bagi mengelak pekerja mengalami masalah
pendengaran. Buat masa ini, kebanyakan sektor industri di negara ini lebih berorientasikan buruh
berbanding di negara-negara maju. Sehubungan ini pengoperasian jentera dalam bangunan
mungkin mendedahkan pekerja kepada risiko kerosakan pendengaran. Pengukuran bunyi juga
amat penting bagi menilai sumber, kesan dan teknologi kawalan yang sesuai.
Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai

bunyi bising yang keterlaluan sehingga

menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A)[desibel] dan pencemaran ini


mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat
bahagian,iaitu kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan hentakan impuls, dan kebisingan
selang-seli.

11

Kebisingan selenjar adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku
apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.
Kebisingan fluktasi pula merupakan kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang
yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih
cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contohnya
kebisingan fluktasi berlaku apabila seseorang sedang berbual-bual , dan bunyi enjin yang tidak
dimatikan.
Hentakan impuls merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat.
Contohnya tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap
ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi
adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun dengan cepat. Akan tetapi
intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan
yang lama terhadap getaran. Kebisingan selang seli berlaku secara berselang-seli. Ianya
dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek.
Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu
bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang
ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak
disorongkan.
Punca-punca berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam kawasan
industri dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera,dan
kenderaan.Aktiviti pembuatan ini secara tidak langsung akan menjejaskan ketenteraman orang
ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain atas
pencemaran bunyi yang dikeluarkan.
Di kawasan petempatan pula, punca berlakunya pencemaran bunyi adalah proses
pembinaan yang menanamkan cerucuk-cerucuk besi di dalam tanah demi membinakan
bangunan-bangunan yang tinggi. Selain itu kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan
bunyi bising yang memekakkan telinga di kawasan penempatan dan sekitar sekolah juga punca

12

utama yang menyumbangkan kepada pencemaran bunyi . Contohnya pemandu kereta yang suka
`hon` sesuka hati dan tidak mematikan enjin sementara menunggu anak di sekitar sekolah .

Aktiviti masyarakat seperti mendengar radio dan menonton program televisyen dengan suara
yang kuat juga merupakan punca berlakunya pencemaran bunyi . Pada sesetengah masa aktiviti
masyarakat seperti mengadakan konsert semasa musim perayaan dan tidak merendahkan bunyi
pembesar suara walaupun selepas pukul 12 malam juga merupakan pencemaran bunyi yang
sering berlaku .
Pencemaran bunyi dalam kehidupan moden ini sememangnya banyak membawa kesan
yang negatif ke atas kesihatan manusia. Pencemaran bunyi yang negatif selalu menstimulasikan
mekanisme pertahanan badan manusia yang mengakibatkan rembesan adrenalina(hormon) dan
respons-respons fisiologi lain walhal ketiadaan keadaan yang membahayakan.
Kesan pencemaran bunyi ke atas manusia dapat dibahagikan kepada kesan fisiologi dan
kesan psikologi . kesan fisiologi melibatkan kehilangan pendengaran dan respons kepada
keadaan cemas manakala kesan psikologi berlaku akibat pencemaran bunyi yang mengganggu
komunikasi antara manusia., mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan kestabilan mental
dan mengganggu proses mental, iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian susah dilakukan.
Kesan kesan negatif yang tersebut diatas biasanya berlaku kepada orang-orang yang
selalu terdedah kepada bunyi bising yang kuat di tempat kerja atau sekitar tempat perumahan
mereka. Contohnya pekerja-pekerja kilang dan penduduk-penduduk di sekitar lapangan terbang
yang mungkin menghadapi risiko kehilangan pendengaran mereka dimana kehilangan
pendengaran biasanya berlaku secara beransur-ansur dan tanpa disedari oleh mereka. Di bawah
Akta Kualiti Alam Sekeliling, had maksimum yang dibenarkan bagi kawasan Bandar yang
mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi adalah 65 desibel (dBA) untuk waktu siang
dan 60 dBA untuk waktu malam. Sesiapa yang tidak mematuhi undang undang dibawah Akta
Kualiti Alam Sekeliling boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tidak mematuhi
syarat-syarat yang ditetapkan .

13

Dalam pandangan saya , masalah pencemaran bunyi adalah masalah yang serius dan
tidak harus diabaikan mahupun dipandang ringan . Jabatan kerajaan yang bertanggungjawab
seperti Jabatan Alam Sekitar dan pihak sekolah harus berusaha mengadakan kempen dan
memberi imformasi kepada orang awam serta pelajar pelajar tentang betapa seriusnya
pencemaran bunyi yang sedang berlaku di Negara kita. Pihak berkaitan juga harus berusaha
meyemaikan perasaan cinta kepada alam sekitar dalam kalangan ahli masyarakat untuk
mewujudkan masyarakat yang tanpa pencemaran .
Akhirnya , undang- undang yang lebih lengkap , jelas, dan tegas haruslah diwujudkan
bagi megawal masalah pencemaran bunyi di negara kita .

14

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling
besar kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena pemanasan
global yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi kita. Pencemaran
udara ini menjadi tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil langkah pengawalan supaya
tahap pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti negara China yang bertumpukan industri
perkilangan secara langsung menjejaskan kualiti udara di negara tersebut. Isu pencemaran udara
ini dititikberatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai
langkah bagi menangani masalah ini.
Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan
pencemaran sekunder. Pencemaran primer merujuk kepada pencemaran yang dihasilkan sulfur
monoksida dan karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap yang menyebabkan
zarah-zarah halus terampai di udara. Kebanyakan pencemaran ini dilepaskan melalui eksos
kenderaan , industry yang melepaskan asap atau bahan pencemar dan pembakaran arang batu
yang tidak terkawal, manakala pencemaran sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida
yang bergabung dan membentuk dengan gasgas yang tidak di perlukan oleh benda hidup seperti
gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkanasid sulfurik.

15

Punca-punca kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari eksos kenderaan,
asap dari industry kilang, penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan pembakaran di tempat
pelupusan . selain dari punca-punca di atas fenomena semulajadi juga menyumbang kepada
pencemaran ini seperti kebakaran hutan akibat kepanasan dari matahari dan juga kejadian
letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel, asap, debu dengan kadar yang
banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat kejadian berlaku.
Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem
pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar kerana
udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti
karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan
tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi
paru-paru terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak
3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali ganda
lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan. Kesan kepada tumbuhan
adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan
terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat pencemaran udara dimana udara yang
tercemar disedut dan mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar.
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal pencemaran adalah pengasing
elektrostatik. Alat ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan partikel dari udara dan
melekat pada dinding cerobong asap kilang. Penggunaan alat ini dapat mengelakkan bahan
tercemar daripada terbebas ke udara. Tambahan pula, wet scrubber sejenis alat yang digunakan
berdasarkan prinsip dimana satu saliran gas dihubungkan dengan cecair supaya bahan tercemar
dapat larut dalam cecair. Langkah akhir adalah penampalan ozon dimana bahagian zon yang
berlubang boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon
helium. Selain itu, menembak peluru zon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal
ozon.
Kesimpulannya, pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan alam sekitar
dimana ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya tahu untuk mengejar
keselesaan hidup akan tetapi kita bertanggungjawad untuk menjaga alam sekitar supaya sumber
16

alam boleh diwarisi untuk generasi akan dating. Akhir kata, hargailah alam sekitar yang memberi
sumber untuk kita tidak patut kita memusnahkannya
PENCEMARAN AIR

Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun begitu,pada masa ini,di
negara-negara membangun atau negara sedang membangun , masalah pencemaran air masih
berlaku. Masalah ini amat membimbangkan. Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku
dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap
manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik.
Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal.
Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai sahaja tetapi juga di laut , pantai dan lain-lain
tempat berair.

Antara

punca

berlaku

pencemaran

air

ialah

kilang-kilang

yang

tidak

bermoral. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan


buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang
disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air
sungai dan laut. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang
mengakibatkan sungai tercemar seperti Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau
Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di laut.
Di samping itu, industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Cari gali
petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigiperigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini
17

bercampur dengan air laut atau sungai, ia akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan
negatif kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik dan seterusnya
menjejaskan sumber protein manusia.
Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga
menyumbang kepada pencemaran air. Bahan-bahan buangan radioaktif yang terhasil dari
makmal-makmal yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air telah mencemarkan air
sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang
mengakibatkan sungai tercemar. Pencemaran air boleh berlaku disebabkan pembuangan bahan
sisa radioaktif seperti di Laut Kaspian dan di perairan Hemisfera Utara.
Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap
hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang
dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Hidupan laut akan mati
apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia akan
mendapat penyakit kronik jika mengambil sumber protein beracun dan meminum atau
menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air
juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di
dalam air mahupun kepada manusia sendiri.
Kesan lain ialah sistem air bawah tanah tercemar . Sesetengah kilang akan
memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Apabila berlaku hujan lebat atau
loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah. Masalah pertama ialah
jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran
terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam
sistem bawah tanah, sisa-sisa ini akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kedua-dua
masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.
Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih teruk
maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya pencemaran air dapat dikurangkan.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah menyediakan tangki takungan bawah tanah
yang dirawat. Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan
terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu menyediakan tangki takungan bawah tanah
18

dan dirawat menggunakan bioteknologi.Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan


sejumlah wang untuk sistem perparitan di kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian
dan juga pengusaha kedai makanan supaya dapat dibina saluran paip khas dan air buangan dapat
dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.
Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah di kawasan
perumahan dan tempat tinggal perbandaran telah menyebabkan sampah- sarap bertaburan merata
tempat. Oleh itu,tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan
sampah supaya sampah tidak melimpah.Pertambahn tong sampah juga membolehkan penduduk
mempunyai tempat pembuangan sampah-sarap yang cukup.
Selain itu, langkah lain yang perlu diambil ialah kempen kesedaran melalui iklan
televisyen. Iklan-iklan yang ditanyangi dalam televisyen dan disebarkan dalam radio akan
memberi konsep dan gambaran yang lebih terus dan orang ramai akan lebih mudah memahami
peranan mereka dan mula menanam sikap bertanggungjawab dalam diri sendiri. Orang ramai
juga digalakkan menyertai kempen-kempen kesedaran. Antara kempen-kempen yang melindungi
sungai dan laut ialah kempen Cintailah Sungai Kita. Kempen Cintai Sungai Kita telah
menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Dalam kempen-kempen ini,
peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga sungai dan cara-cara menguruskan sisa
buangan supaya dapat mengurangkan tahap pencemaran air ke tahap yang paling minimum .
Kesimpulannya, pencemaran air merupakan masalah yang sangat serius dan memerlukan
kerjasama semua pihak untuk menangani masalah ini supaya kita mendapat sumber air yang
bersih dan dapat hidup dalam persekitaran yang tiada pencemaran air. Langkah-langkah yang
tertentu perlu dijalankan sepanjang tahun supaya dapat mencapai tahap yang lebih efektif. Oleh
itu,semua pihak termasuk pihak individu ataupun pihak kerajaan,kita semua perlu berusaha
mengatasi masalah ini bersama dan seterunya mencapai Wawasan 2020.

19

PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh banyak makhluk
hidup terutama manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisme Tanah dan makhluk
hidup yang hidup di atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan sumber
daya yang berguna bagi kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Tanah memiliki fungsi
produksi, iaitu antara lain sebagai penghasil biomassa, seperti bahan makanan, serat, kayu dan
bahan ubat-ubatan. Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian sumber daya air
dan kelestarian lingkungan hidup secara umum. Tanah juga merupakan habitat alamiah bagi
manusia dan makhluk hidup yang lain.Dapat dikatakan bahawa hidup manusia tergantung
kepada tanah.
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan
buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar
organik,kimia atau fizik.Kegiatan manusia seperti perusakan hutan dan pertanian ladang
berpindah mempengaruhi kualiti tanah. Terkontaminasinya tanah oleh zat kimia dapat
mengakibatkan terjadinya pencemaran air dan tanah. Jika tidak segera dihentikan, hal ini akan
menimbulkan kerosakan tanah, bahkan dapat menimbulkan bencana bagi kehidupan manusia.
20

Antara punca berlakunya pencemaran ini ialah pembuangan bahan-bahan buangan


daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.Pembuangan sampah merata-rata
dan penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga merupakan penyumbang ke arah
pencemaran ini. Di samping itu,sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang
terdapat di kawasan menarik dan indah juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah.
Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar,
penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun
dan tanah runtuh di Malaysia . Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti
pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk
terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada
rumah hijau dan banjir.
Terdapat

banyak

kesan

pencemaran

yang

memudaratkan

tanah.

Salah

satu

adalah merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada
kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosakdan kurang berkualiti. Tanah yang kurang
berkualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan
sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombongan
yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak.
Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti
tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah
digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.
Selain itu, pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada
pencemaran tanah. Pasti tempat yang berlonggokan sampah itu akan menarik perhatian serangga
dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus. Haiwan perosak yang tertumpu di kawasan
ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang
dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya
diserang penyakit yang serius.
Seterusnya, pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam kualiti
tanah dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang mampu
membunuh manusia secara perlahan.Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di
21

Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan
mati

akibat daripada

kesan

radioaktif

nuklear

tersebut.

Semua

penduduk

di

sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan kerana
kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan.
Di samping itu, penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan
berlakunya penebangan hutan secara meluas. Penebangan hutan yang berterusan dan
kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air,
menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak
banjir di kawasan tanah rendah.
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanahadalah salah satu
fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut
kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya
tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam
hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang
boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan
adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat
menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan
hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis
tanaman.
Kesimpulannya, tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh banyak
makhluk hidup terutama manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisme. Tanah dan
makhluk hidup yang hidup di atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat. Tanah
memberikan sumber daya yang berguna bagi kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Selain itu,
tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian sumber daya air dan kelestarian lingkungan hidup
secara umum. Dapat dikatakan bahawa hidup manusia tergantung kepada tanah. Oleh itu, kita
perlu menjaga tanah dengan baik.

22

KAEDAH DAN KEPUTUSAN


PENGUMPULAN DATA

Sumber: Kompendium Perangkaan Alam Sekitar Malaysia 2013


PUNCA PENCEMARAN UDARA

Sumber utama bagi pencemaran udara di Malaysia adalah pelepasan daripada punca tetap
(perindustrian termasuk stesen janakuasa), kenderaan bermotor dan aktiviti pembakaran terbuka.
Kenderaan bermotor menyumbang 68.5 peratus pelepasan bahan pencemar ke udara. Punca tetap
dan punca-punca lain masing-masing menyumbang 26.4 peratus dan 5.1 peratus

23

Carta 1.12 menunjukkan pelepasan mengikut bahan pencemar ke udara pada 2012. CO
menyumbang peratus tertinggi (63.4%), diikuti oleh NO2 (29.7%), SO2 (6.7%) dan PM (0.2%)

PELEPASAN BAHAN PENCEMAR DARIPADA PUNCA UTAMA


KENDERAAN BERMOTOR

Pada 2012, pelepasan bagi semua bahan pencemar menunjukkan peningkatan berbanding 2011.
Pelepasan CO meningkat sebanyak 6.5 peratus diikuti oleh SO2 (5.1%). Sementara itu,
pelepasan bagi NO2 dan PM meningkat sebanyak 4.5 peratus.

24

PUNCA TETAP

Pelepasan bahan pencemar daripada punca tetap terdiri daripada sektor industri dan stesen
janakuasa. Pada 2012, pelepasan bagi PM melalui stesen janakuasa menurun sebanyak 86.2
peratus berbanding 2011. Sebaliknya, pelepasan NO2, SO2 dan CO masing-masing
menunjukkan peningkatan sebanyak 11.5 peratus, 10.8 peratus dan 2.7 peratus. [Jadual 1.8]

25

Carta 1.15 menunjukkan pelepasan semua bahan pencemar ke udara daripada punca tetap
melalui industri menurun pada 2012. Pelepasan PM melalui industri menurun sebanyak 98.2
peratus. SO2, CO dan NO2 juga masing-masing menurun sebanyak 35.3 peratus, 21.0 peratus
dan 9.0 peratus.

26

PENCEMARAN AIR
KUALITI AIR SUNGAI

Kualiti air sungai dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS) berdasarkan Indeks Kualiti Air
(IKA). Sampel air yang diambil dari stesen pengawasan dianalisis untuk mengukur IKA. Ia
bertujuan untuk mengenal pasti status kualiti air sungai, mengesan perubahan dalam kualiti air
serta mengenal pasti sumber pencemaran. Terdapat 812 stesen manual yang terletak di 140
lembangan sungai untuk mengumpul dan merekod data kualiti air sungai di Malaysia. [Lampiran
8A, 8B dan 8C]. Kualiti air sungai diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu Bersih, Sederhana
Tercemar dan Tercemar seperti ditunjukkan di Lampiran 5.
PENGKELASAN AIR

Pengkelasan air telah diperkenalkan untuk memudahkan

pihak berkuasa mengawal dan

menguatkuasa peraturan yang diperuntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Ia juga
memudahkan penyeragaman penilaian kualiti air di seluruh negara. Pengkelasan sungai

27

dilaksanakan setiap tahun berdasarkan IKA dan Interim Standard Kualiti Air Kebangsaan
(INWQS) iaitu Kelas I, II, III, IV dan V. [Lampiran 6]
INDEKS KUALITI AIR

Sampel air diambil dari stesen pengawasan dianalisis mengikut enam parameter untuk mengukur
IKA. Parameter tersebut terdiri daripada Keperluan Oksigen Biokimia (BOD5), Keperluan
Oksigen Kimia (COD), Ammoniakal Nitrogen (NH3-N), Pepejal Terampai (SS), nilai pH dan
Oksigen Terlarut (DO). [Lampiran 6]

KEPERLUAN OKSIGEN BIOKIMIA

Keperluan Oksigen Biokimia (BOD5) merujuk kepada ukuran jumlah oksigen terlarut
yang diperlukan untuk mengurai bakteria dalam sisa organik di dalam sampel air. Pertambahan
BOD5 di dalam lembangan sungai, kebiasaannya disebabkan oleh sisa kumbahan yang tidak
dirawat atau separa rawat daripada industri asas tani dan pembuatan.

28

Peratusan lembangan sungai yang bersih daripada BOD5 meningkat kepada 8.6 peratus
pada 2012 berbanding 2.2 peratus pada 2011. Oleh itu, ia mengurangkan bilangan lembangan
sungai sederhana tercemar kepada 49.3 peratus manakala lembangan sungai tercemar meningkat
1.4 peratus kepada 42.1 peratus bagi tempoh yang sama.

PEPEJAL TERAMPAI

Pepejal Terampai (SS) berpunca daripada hakisan tanahdan mendapan daripada pembangunan
kawasan tanah tinggi dan pembukaan tanah untuk pembalakan dan perlombongan. Ia akan
mengakibatkan peningkatan SS dan perubahan kepada kualiti air di dalam lembangan sungai.
Pada 2012, peratusan lembangan sungai yang bersih meningkat kepada 68.6 peratus berbanding
56.4 peratus pada 2011. Peratusan lembangan sungai yang sederhana tercemar meningkat kepada
20.0 peratus manakala lembangan sungai tercemar menurun kepada 11.4 peratus berbanding 25.0
peratus pada 2011. [Carta 2.3]

29

LOGAM
BERAT

Logam berat
ialah

logam

yang
mempunyai
molekul
tinggi seperti
kuprum, zink,
kadmium, nikel, plumbum, arsenik dan raksa yang biasa digunakan dalam industri untuk
menghasilkan pengeluaran. Pencemaran logam berat biasanya terjadi apabila pembuangan sisa
tidak dirawat dengan sempurna oleh sektor industri disalurkan ke dalam lembangan sungai.
Kewujudan logam berat melebihi piawaian akan memberi kesan yang membahayakan kesihatan
manusia dan alam sekitar.
STATUS KUALITI AIR SUNGAI
AMMONIAKAL NITROGEN

Ammoniakal Nitrogen (NH3-N) adalah komponen nitrogen yang digunakan sebagai penunjuk
untuk menentukan pencemaran oleh kumbahan. Ia terhasil daripada aktiviti mikrobiologi dan
biasanya wujud di dalam air permukaan dan air bawah tanah. Sumber utama bagi bahan
pencemar NH3-N adalah kumbahan domestik dan ladang ternakan. Peratusan lembangan sungai
bersih daripada NH3-N menurun kepada 25.0 peratus pada 2012 berbanding 29.3 peratus pada
2011. Penurunan peratusan lembangan sungai bersih secara tidak langsung meningkatkan
peratusan bagi lembangan sungai yang sederhana tercemar (47.9%) dan lembangan sungaiyang
tercemar (27.1%) pada 2012.

30

CADANGAN PENDEKATAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENINGKATKAN


KEFAHAMAN MURID TERHADAP ALAM SEKITAR

Pada hari ini didapati kemerosotan mutu alam sekitar semakin meruncing sehingga telah
menimbulkan pelbagai isu yang berterusan seperti banjir kilat, tanah runtuh, pemusnahan hutan,
pencemaran, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon, hakisan dan juga kepupusan spesies.
Permasalahan ini merupakan antara isu besar yang tidak pernah surut, sebaliknya saban
hari kita menyaksikan berlakunya peningkatan terhadap isu-isu berkenaan. Mengapakah situasi
sedemikian berlaku?
Jika diamati, bukan tiada usaha yang dilaksanakan bagi membendung permasalahan ini.
Malah, saban tahun begitu banyak program dan aktiviti kesedaran alam sekitar dilaksanakan.
Namun demikian, ia dilihat seolah-olah kurang memberi impak kepada rata-rata kita. Buktinya,
kita masih lagi melihat perbuatan segelintir daripada kita yang membuang sampah merata-rata
tanpa sedikit pun rasa bersalah. Ini jelas memberi cerminan kepada kita bahawa kesedaran
masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar masih lagi berada pada tahap yang
rendah.
Justeru, usaha berterusan dan proaktif perlu dilakukan bagi mendidik masyarakat agar
lebih peka terhadap kepentingan menjaga alam sekitar. Salah satu usaha yang boleh diterapkan
ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran di sekolah baik di
peringkat pra, rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi bagi melahirkan generasi
yang terdidik dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pemeliharaan alam sekitar pada
masa hadapan.
Pendidikan telah diterima sebagai satu alat yang asas untuk mengawal alam sekitar dan
juga pembangunan lestari sejak dari persidangan Tbilisi pada tahun 1977. Sekolah pula menjadi
salah satu cara utama untuk menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan alam sekitar
(Moroye, 2005) Pendidikan (berkaitan) alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran
tentang dan kualiti alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan
untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan (Perikleous, 2004). Satu
31

cara untuk menjalankan pendidikan alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam
sekitar dalam pengajaran di bilik darjah. Dalam konteks Malaysia, perkara ini sudah pun
diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1998 dengan terbitnya Buku Panduan Guru Pendidikan
Alam Sekitar merentas Kurikulum untuk sekolah rendah dan menengah oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

A) PENDIDIKAN SEKOLAH (KURIKULUM DAN KOKURIKULUM)

Penerapan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran merupakan wadah penting yang
tidak seharusnya hanya dibebankan di bahu pendidik semata-mata. Sebaliknya pelaksanaannya
perlu mendapat sokongan padu daripada semua pihak agar ia dapat dijayakan bagi meningkatkan
kesedaran berhubung kualiti alam sekitar, di samping membantu generasi masa hadapan untuk
mengawal kehidupan mereka dengan lebih baik dalam memastikan usaha memakmurkan alam
dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.
Hal ini amat bertepatan dengan peranan manusia yang diciptakan oleh Allah SWT
sebagai khalifah yang telah ditugaskan untuk mentadbir dan memakmurkan alam dengan sebaikbaiknya sebagaimana yang telah disebut di dalam surah Hud, ayat 61 yang bermaksud: "Dialah
yang

menjadikan

kamu

daripada

bahan-bahan

bumi

serta

menghendaki

kamu

memakmurkannya". Justeru, dalam konteks pendidikan alam sekitar, ia dilihat sebagai


sebahagian daripada usaha ke arah melunaskan tanggungjawab dan amanah berkenaan dalam
usaha memastikan keharmonian alam terus dapat dipertahankan.
Oleh yang demikian, penglibatan semua pihak adalah penting dalam memastikan
matlamat perlaksanaan pendidikan alam sekitar dapat direalisasikan dengan jayanya bagi
membentuk sebuah kerangka masyarakat yang bukan sahaja lebih peka dan prihatin terhadap isuisu alam sekitar sejagat, tetapi juga dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai pengetahuan
yang luas berkaitan alam sekitar dan berkemahiran tinggi untuk bertindak secara individu atau
bersama dalam menyelesaikan isu-isu semasa berkaitan alam sekitar. Malahan, dengan
pengetahuan dan kemahiran yang ada ia secara tidak langsung turut juga dapat meningkatkan
komitmen masyarakat terhadap permasalahan alam sekitar yang timbul.
32

Dalam mengintegrasikan pendidikan alam sekitar, ia tidak hanya terhad dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sahaja. Sebaliknya ia perlu diperluaskan lagi sebagai suatu bidang
pendidikan yang bersifat merentasi kurikulum dan kokurikulum. Ini adalah bagi memastikan
pendidikan alam sekitar lebih berkesan kepada para pelajar dan dapat disepadukan dengan mata
pelajaran lain (seperti Sains, Matematik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam, Pendidikan
Seni, Kemahiran Hidup, Pendidikan Moral dan sebagainya) di dalam kelas dan juga aktivitiaktiviti luar kelas yang lain.
Dengan usaha penyepaduan pendidikan alam sekitar dan aktiviti kokurikulum, ia dapat
menjadi tanda aras sejauh mana pendidikan alam sekitar yang diterapkan di dalam bilik darjah
difahami dan diaplikasikan oleh para pelajar. Malah melalui aktiviti kokurikulum juga dapat
dijadikan garis panduan untuk para pendidik menilai keberkesanan penyepaduan pendidikan
alam sekitar dengan subjek-subjek lain yang diajar di dalam kelas berdasarkan pengamatan
terhadap para pelajar dalam menggunakan pengetahuan dan kemahiran tentang alam sekitar
semasa aktiviti luar kelas dijalankan.
Proses penyepaduan unsur pendidikan alam sekitar dalam kedua-dua kurikulum dan
kokurikulum perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran yang penting. Ini
kerana, proses pembelajaran secara teori yang disusuli dengan pembelajaran secara praktikal
(iaitu memberi peluang dan pendedahan kepada para pelajar untuk merasai sendiri pengalaman
berinteraksi dengan alam sekitar serta melihat segala permasalahan alam sekitar yang berlaku)
adalah lebih berkesan dan bermakna dalam memastikan kesedaran yang lahir adalah betul-betul
terkesan kepada jiwa mereka.
Kesedaran seumpama inilah yang hendak kita jelmakan agar generasi akan datang tidak
mudah goyah dan terpengaruh dengan godaan materialistik sehingga sanggup mengorbankan
kepentingan alam sekitar. Pada masa yang sama, pelajar yang diberi pendedahan secara langsung
terhadap senario semasa alam sekitar akan lebih memahami segala kemelut alam sekitar yang
berlaku di sekeliling mereka. Ini sekali gus dapat menjadi pendorong kepada para pelajar untuk
bergiat secara lebih proaktif dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.
Dalam konteks ini, ruang dan peluang yang wujud dalam kokurikulum seharusnya
digunakan dengan sebaik mungkin oleh golongan pendidik bagi mempelbagaikan strategi ke
33

arah pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan sebagai salah satu pendekatan yang bijak
dalam usaha mempromosikan pendidikan alam sekitar dalam kancah pendidikan semasa pada
hari ini. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan seperti
kerja lapangan, perkhemahan, trekking dan kempen alam sekitar semasa aktiviti kokurikulum
adalah disarankan agar proses pembelajaran tidak membosankan dan mudah diterima oleh para
pelajar.
Kejayaan pengintegrasian unsur pendidikan alam sekitar dalam kurikulum dan
kokurikulum sekolah adalah bergantung kepada komitmen yang diberikan oleh golongan
pendidik sebagai pelaksana dan juga semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun
tidak langsung dalam usaha ini. Malah, matlamat pendidikan alam sekitar untuk melahirkan
individu yang berkeperibadian tinggi serta bertanggungjawab terhadap alam sekitar pastinya
dapat dicapai dengan jayanya jika semua pihak khususnya pihak-pihak berwajib mengambil
tanggungjawab dan peranan masing-masing untuk memberi pendidikan alam sekitar dengan
lebih serius tanpa rasa dibebani dengan tanggungjawab berkenaan.
Para pelajar telah didedahkan tentang hutan hujan tanah pamah secara tidak langsung
melalui mata pelajaran geografi, sains dan biologi. Antara matapelajaran yang didedahkan
adalah pengenalan kepada jenis hutan ini, flora dan fauna dan sebagainya.

B) UNIT BERGERAK JABATAN PENDIDIKAN DAN ALAM SEKITAR

Para pelajar telah mendapat pengetahuan dan kefahaman asas melalui usaha yang dilakukan oleh
Jabatan Pendidikan, Alam Sekitar dan agensi-agensi lain melalui paparan poster, risalah-risalah
atau buku bumi hujan yang sering dibekalkan ke sekolah-sekolah tentang alam semulajadi.

C) KO -KURIKULUM DI PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN ATAU SEKOLAH

Aktiviti-aktiviti berbentuk luaran melalui persatuan-persatuan atau kelab-kelab memberi


pendedahan secara langsung mengenai alam semulajadi. Para pelajar yang mengikuti kelab-kelab
atau persatuan-persatuan akan didedahkan aspek-aspek berkaitan hutan hujan tanah pamah,
34

spesis-spesis dan masalah-masalahnya. Contoh persatuan atau kelab adalah seperti Kelab
Pencinta Alam, Kelab Kembara, Kelab Sains dan Biologi.

D) MEDIA MASA

Peranan meluas oleh media masa dalam bentuk bercetak atau melalui radio dan televisyen turut
memberi sumbangan besar terhadap kefahaman dan pengetahuan asas terhadap hutan hujan
tanah pamah. Pada peringkat ini, agensi-agensi seperti Alam Sekitar, Taman Sabah dan Jabatan
Hidupan Liar sering menayangkan bahan-bahan berkaitan hutan hujan tanah pamah di televisyen
dan majalah.

E) LAMAN WEB

Peranan internet menerusi laman web tentang alam semulajadi pastinya memberi pengetahuan
kepada pelajar tentang hutan hujan tanah pamah. Pihak sekolah melalui BAHAGIAN 1 26/2/03
5:28 PM Page 5Ekosistem-Ekosistem Di Sabah Hutan Hujan Tanah Pamah Tropika 6 pertubuhan
Pencinta Alam perlu didedahkan dan dimaklumkan terhadap wujudnya laman-laman web ini.
Dengan maklumat hutan hujan tanah pamah yang mudah diperolehi ini akan memberi satu
lakaran globalisasi kepada semua masyarakat termasuklah para pelajar. Laman berkaitan alam
semulajadi boleh dikunjungi melalui http://www.education.com atau melayar laman web Jabatan
Hidup Liar Sabah, di www.sabah.gov.my/jhl/

F) PROMOSI STICKER

Menerusi kempen kesedaran alam semulajadi, stiker ditampal di kenderaan. Pemberian percuma
stiker ini secara tidak langsung memberi pendedahan awal para pelajar terhadap hutan hujan
tanah pamah.

35

G) KERJASAMA JABATAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN JABATAN

Alam Sekitar Menerusi kerjasama ini, para pendidik digesa untuk memcerapkan pendidikan alam
sekitar/semulajadi di dalam semua mata pelajaran yang diajar di sekolah. Sebagai contoh
pelajaran Bahasa Melayu, apabila berbincang tentang peribahasa, aktiviti yang boleh diadakan
adalah untuk menyenaraikan peribahasa-peribahasa yang mempunyai unsur-unsur alam
semulajadi. Contohnya Bagai aur dengan tebing dan menerangkan maksudnya.

F) SEKOLAH LESTARI

Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar adalah suatu usaha bagi melaksanakan Dasar
Alam Sekitar Negara. Dasar Alam Sekitar Negara mempunyai lapan prinsip dan tujuh strategi
hijau. Strategi Hijau pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi
kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan
prinsip-prinsip Pembangunan Mampan dalam Agenda 21. Pendidikan dan kesedaran terhadap
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan
sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan
menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup yang mesra alam pada masa akan datang. Satu
cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar adalah melalui institusi
pendidikan terutamanya sekolah. Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar berkonsepkan
pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga,
komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan 8 kerajaan (Rajah 1). Konsep ini
juga menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan
penghijauan di sekolah.
Sekolah Lestari adalah payung pelbagai aktiviti alam sekitar yang sedang dan akan
dilaksanakan (Rajah 2). Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar merupakan pusat pembelajaran
dan pengajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan
yang lestari. Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar
dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum

36

dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep
pembangunan lestari.

37

PENAMBAHBAIKAN

Negara sudah mempunyai banyak peruntukkan undang-undang berkenaan alam sekitar


yang jika dikuatkuasakan sepenuhnya mampu menangani masalah-masalah alam sekitar yang
timbul kini. Namun penguatkuasaan sepenuhnya masih tidak dapat dijalankan kerana pelbagai
kelemahan dan kekangan yang ada. Dalam hal ini, kerajaan perlu mengambil kira faktor ini dan
bukannya menggubal dan meluluskan undang-undang alam sekitar yang baru.
Selain itu, pihak swasta dan orang ramai juga perlu memainkan lebih peranan dalam
meringankan beban kerajaan dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata menangani isu-isu
alam sekitar yang timbul. Penyelesaian masalah alam sekitar secara bukan perundangan seperti
melalui pendidikan formal dan tidak formal perlu dipergiatkan lagi dan melibatkan pelbagai
lapisan masyarakat agar pembangunan terancang dapat dicapai dengan berkesan.
Pelan pembangunan negara dan pengekalan alam sekitar negara sebenarnya menuju ke
arah yang betul seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ketiga hingga Rancangan
Malaysia Kesembilan. Namun masih banyak lagi tindakan yang perlu dilakukan untuk mencapai
tahap yang diingini disebabkan pelbagai kelemahan dan kekangan yang timbul. Kuncinya adalah
kerjasama daripada semua pihak dan bukan kerajaan semata-mata. Mengejar kekayaan
materialistik sekarang merupakan trend kehidupan orang ramai tanpa mengambil kira
pembangunan alam sekitar, tetapi apakah nilai harta benda itu kelak jika kita terpaksa membayar
harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar itu sendiri yang sepatutnya percuma sahaja.
Pendidikan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk menanamkan
kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat. Namun nilai-nilai
ini jarang dapat dilihat dalam masyarakat kini dan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar
semakin meningkat. Keadaan ini membuktikan kecacatan dalam sistem pendidkan negara yang
gagal menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji serta tentang hal-hal alam sekitar kepada
masyarakat dan golongan pelajar.

38

Di sekolah Rendah dan Menengah, pendidikan alam sekitar tidak diajar sebagai
matapelajaran yang berasingan dan dimuatkan dalam matapelajaran lain seperti sains dan Kajian
tempatan. Namun untuk keperluan peperiksaan, sering kali matapelajaran seperti Kajian
Tempatan digunakan untuk mengajar subjek lain. Oleh itu, pendidkan alam sekitar diabaikan
untuk memenuhi keperluan alam sekitar dengan menggunakan masa itu untuk pelajaran lain.
Pada peringkat institusi pengajian tinggi pula hanya pelajar yang mengambil ijazah atau subjek
berkaitan dengan alam sekitar sahaja mengetahui tentang isu-isu dan cara untuk menguruskan
alam sekitar. Manakala pelajar lain hanya berpandangan seperti masyarakat biasa iaitu alam
sekitar hanya berkait dengan kebersihan, flora dan fauna dan persekitaran tanpa mengetahui
kepentingan pengurusan alam sekitar yang betul.
Namun kini terdapat harapan dalam pendidkan alam sekitar di mana kerajaan
mengutamakan pendidikan alam sekitar bermula dari Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)
dan masyarakat turut melibatkan diri dalam pendidikan yang bersifat tidak formal. Contohnya
promosi kesedaran alam sekitar, pertandingan bertemakan alam sekitar dan penyiaran rancangan
berbentuk alam sekitar di dalam media elektronik dan media massa.
Adalah diharapkan usaha-usaha yang ada berterusan agar kesilapan masa lalu tidak
diulangi dan generasi muda dan baru memperoleh ilmu yang menyeluruh tentang pendidikan
alam sekitar serta dapat mempraktikkannya kelak untuk berdepan dengan isu-isu alam sekitar di
masa hadapan. Pendidikan adalah medium yang berkesan untuk pembangunan kelak.

39

KESIMPULAN

Masyarakat mempunyai kefahaman yang lebih baik terhadap masalah alam sekitar yang
berlaku di sekeliling mereka berbanding isu sejagat yang rumit. Pada dekad lalu, kepentingan
dalam pendidikan alam sekitar dilihat sebagai medium penting dalam mengukuhkan kesedaran
dalam kalangan rakyat Malaysia. Pendidikan alam sekitar diperbaiki dalam kurikulum di sekolah
rendah dan menengah. Pada masa yang sama, latihan dijadualkan untuk guru guru dan bahan
pengajaran yang sesuai disediakan bagi membantu usaha ini.
Pendidikan alam sekitar merupakan satu pendidikan yang amat penting bagi melahirkan
warga Malaysia yang bukan sahaja faham, berkebolehan, berkemampuan bahkan mempunyai
keprihatinan terhadap pengurusandan pencemaran alam sekitar. Pendedahan pendidikan ini sejak
dari awal lagi akan melahirkan kelestarian terhadap Cintakan Alam Sekitar. Murid-murid
yang telah diasuh dan ditanam dengan nilai-nilai mencintai alamakan lebih sensitif terhadap apa
jua pencerobohan yang berlaku dipersekitaran mereka. Dengan cara ini, kekuataan yang dibina
akan menjadi benteng atau penahan diri dan secara tidak langsung boleh bertindak
untuk membimbing diri orang lain bagi menyintai alam sekitar.
Secara jelasnya melalui pendidikan alam sekitar akan melahirkan warga yang menyintai
alam sekitar, prihatin dan sensitif terhadap apa-apa juga kacau ganggu yang berlaku di
persekitaran mereka. Justeru, murid-murid yang terdedah dengan pendidikan ini akan dapat
menyumbang kearah peningkatan kualiti hidup kerana mereka akan menentang apa juga
pencemaran, kacau ganggu dan kerosakan yang dilakukan oleh tangan manusia lain. Dengan kata
lain, pendidikan alam sekitar akan dapat membentuk jiwa dan diri individu menjadi seorang yang
mencintai alam sekitarnya.
Daripada penelitian di atas, rumusan yang boleh dibuat adalah pendidikan alam sekitar
yang bermodelkan celik alam sekitar dilihat boleh menyumbang ke arah peningkatan kualiti
hidup masyarakat di Malaysia.Ini kerana pendidikan alam sekitar itu sendiri adalah merupakan
suatu bentuk alat pengurusan yang boleh diaplikasi di peringkat sekolah rendah lagi. Pepatah
Melayu ada menyatakan bahawa Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya, adalah peribahasa
40

yang sesuai bagi pendekatan yangcuba digarapkan dalam penelitian ini. Pendekatan yang
memerlukan kurikulum alam sekitar harus diajar dan ditekankan di peringkat awal pendidikan.
Dengan ini akan dapat memastikan modal insan yang dilahirkan akan menjadi warganegara yang
bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara alam sekitar untuk warisan sejagat.

41

You might also like