You are on page 1of 4

Refleksi

Salam sejahtera dan salam perpaduan, saya seperti dimana nama diatas telah
menyiapkan tugasan kursus EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran yang diajar oleh Puan
Pensyarah kita Puan HJH Jamilah Binti Ismail. Negara kita Malaysia merupakan sebuah
Negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik daripada pelbagai budaya
dan adat resam. Kepelbagaian budaya dan adat resam tersebut telah mempamerkan keunikan
Negara kita. Berdasarkan penyataan ini, kita dihendaki membuat kerja kursus dimana kita harus
memilih satu etnik/kaum dan hasilkan sebuah portfolio ataupun buku skrap. Kumpulan saya
yang terdiri daripada 3 orang iaitu Siti Aqilah binit Mohd Zaid,Nurazlin binti Ibrahim dan diri
saya sendiri. Kami memilih kaum india yang menempat di Malaysia sejak zaman sebelum
kemerdekaan lagi atas sebab kaum india ini unik dan juga terdapat banyak info info. Sebagaiii
seorang pelajarketurunan bangsa india, saya begitu bangga dan gembira apabila kita memilih
tajuk ini.
Dalam pelaksanaan tugasan ini, kita harus menyatakan sejarah,adat resam,pantang
larang, cara hidup dan juga segala yang berkaitan dengan etnik/kaum tersebut. Walaupun saya
seorang pelajar india dalam kumpulan dan kelas saya, ahli kumpulan saya yang lain sama
memahami dan juga sama menghayati tugasan ini. Semasa menerima tugasan ini, kami agak
buntu dalam memilih etnik/kaum untuk dijadikan tajuk, namun begitu kami Berjaya memilih
kaum india oleh sebab keunikannya. Banyak yang telah saya dalam pelaksanaan kerja kursus
ini, erutamanya adat resam orang india. Saya mengaku sebangai seoarang anak orang india,
saya kurang mahir dalam hal hal budaya. Saya amat bersyukur dan juga berterima kasih
kepada Puan Pensyarah kita kerana telah mewujudkan satu peluang bagi saya dan juga semua
juntuk mengenali lebih mendaklam lagi mengenai etnik/kaum yang dipilih oleh kumpulan
masing masing.

Bagi pendapat saya, kaum india amat kaya dengan masakan dan juga budaya mereka.
Oleh sebab masa sedang berlalu dan generasi muda sekarang agak malu untuk mengakui dan
juga mengamalkan budaya ataupun adat resam kaum sendiri, maka sebab itulah kini ramai
yang tidak mengenali budaya kaum masing-masing. Terutamanya generasi mudsa yang tinggal

di kawasan Bandar dan luar Negara. Saya berpendapat sebagai seorang guru, kita harus
mengenali budaya kita terdahulu. Tanpa mengira agama dan etnik. Ini kerana, ketika kita
melangkah masuk ke sekolah, kita akan berhadapan dengan pelbagai murid, pelbagai kaum
dan pelbagai budaya dan bangsa. Dengan mengetahui badaya yang terdapat dinegara kita,
maka ia akan lebih menyenangkan bagi kita sebagai guru. Menyenagkan dalam maksud kita
guru dapat memahami hati dan juga ragam seseoarang murid lebih baik. Walaupun semua
daripada kawasan Bandar dan keluarga yang berada namun pasti ada kelainan pendapat dan
tingkah laku oleh sebab kaum dan budaya yang berlainan. Maka dengan guru mempelajari
Budaya Dan Pembelajaran (BDP) dapat kita mempelajari latarbelakang dan juga budaya
meraka agar dapat memahami mereka lebih dalam lagi.
Semasa melaksanakan tugasan ini, memang banyak maklumat yang saya peolehi.
Namun begitu, pelbagai sumber yang dapat saya carikan seperti kakak dan juga abang serta
kawan kwan india saya yang lain. Sayan mempunyai ramai kawan dari luar Negara seperti
daripada India dimana saya bersyukur kerana mereka amat menolong dalam menyiapkan
tugasan ini. Seperti bahasa dan tulisan, merupakan satu yang saya tidak mahir. Kawan saya
yang berada di india sanggup mengajar dan juga meghuraikan bagaimana dan erti tulisan
bahasa tamil. Dengan ini juga, saya mengetahui bahawa baju Punjabi suit dan kurta/kurti
adalah tidak terolong daripada pakaian tradisional orang india. Selama ini, saya beranggapan
bahawa baju Punjabi suit merupakan baju tradisional orang india. Pakaian tradisional orang
india merupakan saree dan juga dhoti. Saya juga terperanjat kerana, saya mendapati terdapat 7
jenis ikatan atau cara pemakaian saree mengikut etnik yang tedapat dalam kaum india itu
tersendiri.
Selain itu, saya juga mendapati bahawa bahasa orang india lebih daripada 80 bahasa dan
setiap bahasa mempunyai struktur,ciri-ciri dan juga keunikan masing-masing. Bagi bahasa
dominan yang diguna oleh masyarakat India di Malaysia ialah Bahasa Tamil. Bahasa ini
melangkah jauh sehingga 500 sm dan saya baru mengetahui bahawa terdapat 24 bahasa rasmi
di India. Walaupun ia merujuk kepada Negara India, saya agak teruja untuk belajar mengenai
budaya sendiri dan juga Negara lain.
Selain itu, sesuatu yang tidak disangkakan adalah apabila rakan saya dari luar Negara
sudi menolong berkongsi maklumat mengenai budaya dan adat resam dan juga banyak lagi.
Walaupun dia daripada Negara lain, dia sanggup menolong saya yang berasal dari Malaysia.
Dari ini saya belajar bahawa semangat ingin menolong sesame kawan di India lebih tinggi

daripada yang berada disini. Walaupun sedih saya memikirnya, namun itu yang benar. Biarlah
kita harus mempraktikan peribahasa Negara kita buangkan yang keruh, ambil yang jernih,
dimana kita boleh meminjam apa sahaja yang baik dan betul dari Negara lain ataupun orang
lain untuk menjadikan Negara kita sebuah Negara yang indah,damai dan sejahtera. Banyak
yang telah saya ketahui semasa membuat kerja kursus ini, kebanyakkannya lebih kepada
pengenalan kaum sendiri kepada diri saya sendiri. Saya berada sebegitu gembira,teruja dan
juga ada kalanya terkejut dengan info-info yang telah say abaca. Seperti dimana kepala bayi
yang baru dicukur disapu madu atau pihak perempuan berpantang 40 hari. Bagi saya, ini
merupakan suatu yang pelik dan baru. Keluarga saya tidak menekankan adat resam kaum India
sangat dan ini menyebabkan saya membesar tanpa ilmu identiti orang india yang lengkap
seperti rakan rakan saya yang lain. Dari ini, saya mengambil iktibar diri saya sendiri bahawa
ketika saya mempunyai keluarga saya sendiri, saya akan menurunkan segala ilmu dan
pengalaman yang telah saya lalui kepada anak saya kelak.
Bagi saya, sebagai seorang bakal guru, kita harus tahu perihal budaya sendiri dan orang
lain untuk mencapai kepada murid-murid. Biarpun profesion guru ini kini banyak tidak hihargai,
tetapi kita tetap akan menjalankan tugasan sebagai seorang pendidik. Kita mendidik anak kita
mencapai impian diri dan Negara. Impian negars, untuk menjadikan Negara ini sebagai sebuah
Negara yang sebenar benarnya Negara yang damai dan majmuk.
Saya rasa begitu puas dan lega ketika melengkapkan tugasan ini. Tidak rugi atau hilang
segala pengorbanan yang telah dilalui. Walaupun dicaci oleh orang unutk tidak mengetahui
budaya kaum sendiri, saya tekad dengan apa yang diajar oleh ibu saya Puan Daisy Ramesh,
Biarlah apa yang dikatakan oleh pihak ketiga, hanya grace(diri sendiri) sahaja yang tahu situasi
diri sendiri dan sememangnya ada Tuhan unutk memimpin kamu.
Kata kata ini dikatakan kepada saya oleh ibu saya lama sebelum kerja kursus ini. Namun saya
tetap berpegang kepada pesanannya. Ternyata sekali dalam hal sebegini, terterap juga budaya
kaum india. Dimana thai serenthe kovillum illei, thandhai solmikka manthiram illei, dimana ia
membawa maksud kepada tiada yang lebih suci daripada ibu (kuil dianggap suci), kata-kata
ayah merupakan mentera yang tertanam di tepi bibir.
Kini selepas menyiapkan tugasan, saya lebih memahami dan menghargai segala yang
diajar oleh ibu bapa saya. Walaupun saya berfikiran bahawa ia adalah karut dan kolot pada
masa tersebut, sekarang saya lebih memahami mengapa mereka mewujudkan pantang larang

semua tersebut. Walaubagaimanapun, semua telah siap dilaksanakan dan puas diri saya
merasainya. Sejujur kata dari saya, tugasan sebegini harus diadakan bagi setiap IPTS dan IPTA
bagi mengeratkan hubungan dan memberi peluang untuk belajar dari satu sama lain dan pada
masa yang sama ego yang terdapat pada semua rakyat akan hancur, jadi damailah Negara
kita.

Sekian..

You might also like