You are on page 1of 12

BORANG CADANGAN PROJEK

INISIATIF KERJASAMA UNIVERSITI


PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN 4

Program Transformasi Luar Bandar atau RTP merupakan pelengkap program transformasi
menyeluruh negara. RTP akan mentransformasikan kawasan luar bandar supaya mampu menarik
pelaburan swasta, menyediakan peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi serta menggalakkan
generasi muda kembali berkhidmat.
YAB PERDANA MENTERI dalam ucapan Bajet 2012
7 Oktober 2011
Strategi Lautan Biru Kebangsaan dilaksanakan dengan empat prinsip utama iaitu:
1. HIGH IMPACT (BERIMPAK TINGGI)
Program/Projek yang dicadangkan memberi kesan/keberhasilan yang tinggi kepada kumpulan
sasar.
2. LOW COST (KOS RENDAH)
Kos untuk melaksanakan projek/program adalah lebih rendah berbanding dengan penggunaan
kaedah konvensional/tradisional yang lazim diamalkan.
3. RAPID EXECUTION (PELAKSANAAN PANTAS)
Projek/Program boleh dilaksanakan dengan kadar segera dan impak daripada projek/program
boleh dicapai dengan pantas
4. SUSTAINABLE (MAMPAN)
Projek/Program mampu dilaksanakan secara berterusan oleh kumpulan sasar

MAKLUMAT PROJEK
1. Institusi

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

2. Nama Projek

Pengurusan Sistem Ternakan Ikan Siakap Yang


Mampan Untuk Masyarakat Berpendapatan Rendah

3. Tarikh Projek

Jan 2016

4. Lokasi

Kompleks Ternakan Ikan Dalam Tangki Berdensiti


Tinggi, Pagoh, Muar, Johor.

5. Tempoh

2 Tahun

6. Kumpulan Sasar

Masyarakat berpendapatan rendah di kawasan


Pagoh, Muar, Johor. / Jumlah: 100 orang

7. Individu Universiti/Politeknik/Kolej Komuniti/IPGM Yang Terlibat :


a) Prof. Madya Dr Mohd Ezree bin Abdullah, Pengarah (Pej. Hubungan Industri dan
Masyarakat, UTHM)
b) Prof. Madya Dr. Wan Fauziah bt Wan Yusoff, Pengarah (Pusat Perniagaan dan
Keusahawanan, UTHM)
c) Prof. Dato Dr. Abdul razak bin Hj. Omar, Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri
Dan Masyarakat), UTHM
d) Dr. Mohammad Kamil bin Abdullah, Pensyarah Kanan UTHM
e) Dr. Nik Hisyamudin bin Muhd Nor, Timbalan Dekan, Pusat Inovasi, Pengkomersilan
Dan Perundingan, UTHM
8. Kerjasama dengan Agensi Lain

: Ada/Tiada* (Sila nyatakan sekiranya ada)

a) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)


b) Jabatan Perikanan Malaysia
c) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
d) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
e) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
f)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

g) Ambang Wibawa Sdn Bhd

9. Maklumat Projek
9.1

Justifikasi projek

Ternakan ikan air tawar merupakan satu alternatif dalam sektor perikanan yang mampu
menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara. Sektor perikanan ini telah memainkan
peranan sebagai penyumbang sumber protein termurah. Permintaan terhadap ikan sebagai
sumber makanan terus meningkat seiring dengan peningkatan penduduk. Berdasarkan
statistik terkini daripada Jabatan Perikanan Malaysia, pengeluaran sektor perikanan darat
telah melebihi angka 200,000 tan metrik sejak tahun 2008. Laporan berkenaan juga
menyatakan bahawa permintaan ikan dalam negara kini telah mengatasi hasil pengeluaran
ikan dalam negara. Perkara ini menyebabkan negara terpaksa mengimport ikan dari negara
luar bagi memenuhi permintaan dalam negara. Menurut statistik yang dilaporkan hampir 10%
daripada hasil jualan ikan adalah daripada sumber ikan import dan peratusan ini dijangka
akan terus meningkat selari dengan peningkatan permintaan. Bagi mengatasi perkara ini,
salah satu usaha yang dijalankan oleh pihak Kerajaan adalah dengan membangunkan sektor
ternakan kolam ikan air tawar melalui pelbagai program di bawah Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani (MOA).
Dalam masa yang sama, sebagai sebuah Kerajaan yang prihatin dan sentiasa
memperjuangkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat, usaha ke arah membasmi kemiskinan
tegar, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat juga giat dilaksanakan. Malahan
pelbagai usaha sedang rancak dilaksanakan bagi memastikan tiada kelompok rakyat yang
tercicir dari menikmati hidup yang setara. Kerajaan juga komited dalam usaha membela
rakyat dengan menjadikan kebajikan rakyat sebagai agenda penting Kerajaan Persekutuan.
Bagi tujuan tersebut, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM) juga telah melancarkan program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) pada tahun 2010
yang merupakan salah satu inisiatif Kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA) bagi meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah ke arah menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Dalam menjayakan agenda 1AZAM, MOA telah dilantik sebagai pelaksana utama bagi
Program AZAM Tani yang turut melibatkan sektor perikanan, di mana kesemua Jabatan dan
Agensi di bawah Kementerian menjadi agensi pelaksana bagi program tersebut. Terdapat
pelbagai projek yang dijalankan untuk program tersebut dan projek ternakan ikan air tawar

merupakan salah satu daripadanya. Berdasarkan program yang sedia ada, kertas kerja ini
dicadangkan untuk meluaskan projek ternakan ikan air tawar kepada kumpulan sasar iaitu
100 orang perintis yang terdiri daripada golongan Miskin dan Miskin Tegar di kawasan
Pagoh, Muar seperti yang disenaraikan dalam Sistem eKasih.
Sehubungan itu, kertas kerja ini diusulkan bagi menjayakan Projek Ternakan Ikan Dalam
Tangki Berdensiti Tinggi dengan memberi tumpuan khusus untuk menangani isu-isu utama
yang dihadapi oleh kumpulan sasar termasuklah membantu mengatasi masalah bekalan ikan
yang dihadapi berlandaskan konsep Taman Sains (Science Park) di bawah pengurusan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Taman Sains ini akan dijadikan pusat untuk pengurusan teknologi dan titik pertemuan di
kalangan penyelidik-penyelidik, peserta-peserta, usahawan-usahawan dan wakil-wakil dari
pelbagai kementerian dan industri swasta. Taman Sains ini akan memberikan prasarana
teknikal dan fizikal untuk integrasi antara pengeluar bahan-bahan mentah, penyelidikan dan
pembangunan (R&D) dan industri ke arah pemasaran tempatan dan global. Ia juga bertujuan
untuk menggalakan penglibatan pelabur-pelabur antarabangsa dan tempatan dan sebagai
saluran pemasaran yang cekap untuk hasil ternakan dan juga produk-produk berasaskan
ikan. Taman Sains ini akan menawarkan satu kemudahan berkesan untuk pemindahan
teknologi melalui satu persekitaran infrastruktur yang lengkap dan moden yang seterusnya
akan memberi faedah kepada para perintis projek ini untuk menjalankan ternakan berskala
besar mahupun yang berskala kecil dengan kos yang berpatutan.
9.2

Pelaksanaan projek

Bagi menjayakan projek ini, kerjasama yang erat akan dirancang dengan kreatif dan
dilaksanakan dengan tersusun berdasarkan konsep Taman Sains antara Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Kolej Komuniti Bera di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Malaysia di
bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar, Unit Penyelarasan Projek
(ICU) di Jabatan Perdana Menteri.
Kerjasama yang dijalankan ini adalah bertepatan dengan hasrat Kerajaan dan Kementerian
melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang menekankan aspek Berimpak Tinggi,

Kos Rendah, Pelaksanaan Pantas dan Mampan. Melalui pendekatan ini semua pihak yang
terlibat akan bekerjasama dalam meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah
melalui kumpulan sasar yang dikenalpasti dengan memaksimumkan penggunaan sumber
sedia ada secara perkongsian maklumat dan seterusnya dapat meminimumkan kos
pengurusan program yang bakal dilaksanakan nanti.
Fasa 1
Di dalam fasa pertama pelaksanaan projek ini, pihak LKIM bersama UTHM, Kolej Komuniti
Bera dan Kolej Komuniti Pagoh akan memulakan Projek Ternakan Ikan Dalam Tangki
Berdensiti Tinggi di Taman Sains Pagoh. Ternakan ikan yang dicadang untuk projek ini
adalah ternakan ikan siakap putih atau nama sainstifiknya Lates Calcarifer. Fasa ini bertujuan
untuk mewujudkan Pusat Rujukan (Reference Centre) bagi pelaksanaan fasa-fasa
seterusnya. Selain daripada itu, aktiviti penyelidikan berkaitan proses pembenihan,
penternakan, pemantauan penyakit dan tumbesaran ikan akan turut dilaksanakan. Sebagai
tambahan, inovasi dalam teknologi makanan ikan juga turut dibangunkan di Taman Sains ini
untuk menghasilkan makanan yang boleh membantu tumbesaran ikan dengan kos yang
minimum.
Fasa 2
Fasa kedua pelaksanaan projek ini melibatkan 100 orang perintis yang terdiri daripada
golongan Miskin dan Miskin Tegar di kawasan Pagoh, Muar seperti yang disenaraikan dalam
Sistem eKasih. Para perintis ini akan diberikan kursus dan latihan berkaitan teknik
pembiakan ikan, asuhan ikan, tumbesaran ikan, pemprosesan hasil ikan dan keusahawanan
berasaskan ikan. Latihan kepada peserta berkaitan penternakan ikan ini akan disampaikan
berdasarkan konsep K-ekonomi (knowledge based economy selari dengan Dasar Inovasi
Negara yang menekankan penjanaan ekonomi berdasarkan pengetahuan dan inovasi.
Seterusnya, para perintis ini akan akan dibekalkan dengan benih-benih dan makanan ikan
bersama satu set ternakan ikan yang terdiri dari 6 tangki beserta pam air untuk membolehkan
mereka menternak ikan di kawasan berhampiran dengan kediaman mereka. Mereka
kemudiannya akan dibimbing dan pemantauan tapak akan dilakukan secara berterusan bagi
memastikan kelansungan pelaksanaan projek.
Fasa 3
Fasa seterusnya adalah melibatkan aktiviti pemasaran dan kitaran semula. Setelah ikan-ikan
yang diternak cukup matang, para perintis akan dibimbing untuk memasarkan hasil ternakan

terus kepada pengguna tempatan selari dengan hasrat LKIM iaitu untuk jihad memerangai
orang tengah. Di dalam masa yang sama, kitaran semula pembenihan akan dilaksanakan
bagi memastikan kelansungan projek. Sebahagian hasil jualan ikan yang diternak di Taman
Sains itu akan digunakan untuk menampung perbelanjaan pengurusan manakala
sebahagiannya lagi akan dimasukkan ke dalam tabung penyelidikan untuk tujuan kelestarian
projek ini di masa akan datang.

9.3

Kesimpulan

Kesimpulannya, projek yang dicadangkan ini sangat berpotensi meningkatkan taraf sosioekonomi golongan Miskin dan Miskin Tegar dalam masa yang singkat dan mampan. Projek
ini bukan sahaja akan mewujudkan sebuah Taman Sains yang bertepatan dengan hasrat
Kerajaan melalui NBOS malah pada masa yang sama turut memastikan pemindahan
teknologi dapat dilaksanakan kepada para peserta dengan jayanya. Keberkesanan
pemindahan teknologi ini akan menjamin kemampanan projek yang bukan sahaja akan
mampu mewujudkan sumber pendapatan tetap kepada para peserta, bahkan mempunyai
potensi untuk dikembangkan di masa akan datang. Keterlibatan peserta-peserta ini juga
dijangka mampu membantu mengeluarkan mereka daripada golongan Miskin dan Miskin
tegar. Selain itu, projek ini juga dijangka akan menghasilkan usahawan-usahawan baharu
dalam industri perikanan yang boleh mengisi sedikit permintaan ikan bagi pasaran dalam
negara. Adalah menjadi impian bahawa model dan kaedah dalam penternakan dan
pemasaran ikan ini berjaya mencapai sasarannya dan seterusnya program akan
diperluaskan ke daerah-daerah lain di seluruh Malaysia.

10. Aktiviti
Perincian aktiviti

Peranan Agensi

1.

Memajukan sebuah kompleks


pembenihan ikan berdensiti tinggi yang
terbiar sebagai Taman Sains untuk
pemindahan teknologi ternakan ikan
kepada komuniti.

a) UTHM & LKIM untuk menandatangani


MoA bagi projek pengambilalihan
kompleks ini.

2.

Menjalankan proses pembenihan,


pembiakan, penggredan dan
pemantauan ikan yang diusahakan di
kompleks tersebut.

a) LKIM akan membekalkan benih-benih


anak ikan bagi projek ini.

Melaksanakan penyelidikan dan


pembangunan (R&D) terhadap proses
penyediaan makanan ikan, kualiti air
dan tumbesaran ikan.

a) Penyelidik-penyelidik dari UTHM

4.

Menjalankan proses-proses penyediaan


makanan ikan yang melibatkan proses
menghancur, mengandum, membentuk
dan pengeringan.

a) Penyelidik-penyelidik dari UTHM


bersama Jabatan Perikanan Malaysia
akan menjalankan R&D ini.

5.

Mengenalpasti 100 orang para perintis


projek yang terdiri daripada keluarga
miskin dan miskin tegar.

a) Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat di


bawah KPWKM akan mencadangkan
nama-nama peserta yang telah
didaftarkan di program e-kasih.

3.

b) Kolej Komuniti Bera dan Kolej Komuniti


Pagoh akan membimbing kaedah-kaedah
pembiakan benih ikan dan dipantau oleh
pihak LKIM.

bersama Jabatan Perikanan Malaysia


akan menjalankan R&D secara intensif
terhadap pelbagai skop secara
berterusan bagi mendapatkan maklumat
untuk jangka masa pendek dan jangka
masa yang panjang.

b) Analisis kewangan dan pendapatan para


perintis akan dijalankan oleh para
penyelidik UTHM.

Perincian aktiviti
6.

7.

8.

9.

Peranan Agensi

Merekabentuk dan memasang sistem


kolam ternakan ikan di kawasan
kediaman para perintis program yang
dikenalpasti.

a) Para penyelidik UTHM bersama KKLW

Menyediakan kursus kepada para


perintis program.

a) Pihak UTHM, Kolej Komuniti Bera dan

Membekalkan benih ikan yang


diusahakan di kompleks kepada para
perintis program.

a) Pihak UTHM akan membekalkan benih-

Membimbing dan memantau proses


pembiakan, penggredan, tumbesaran
dan pemasaran ikan yang diusahakan
oleh para perintis program.

a) Pihak UTHM bersama Jabatan Perikanan

10. Membimbing dan memantau proses


rawatan ikan dan rawatan air di kolamkolam ternakan perintis program.
11. Membimbing dan memantau proses
pemasaran ikan oleh para perintis.

untuk kerja-kerja pemasangan sistem


kolam berkenaan sambil dipantau oleh
pihak LKIM.

Kolej Komuniti Pagoh akan bersama


membangunkan modul dan latihan
terhadap projek ini.

benih tersebut kepada para perintis


melalui proses pembenihan yang akan
dilaksanakan di Taman Sains.

Malaysia akan melaksanakan R&D ini.

a) Pihak UTHM bersama Jabatan Perikanan


Malaysia akan melaksanakan bimbingan
dan pemantauan kolam-kolam di tapak.

a) Pihak UTHM dan LKIM akan bersama


membantu memasarkan hasil tuaian ikan.
b) Pihak Ambang Wibawa Sdn Bhd juga
memainkan peranan dalam pemasaran
dan pembangunan produk berasaskan
ikan.

12. Membangunkan sistem pemasaran ikan


untuk permintaan tempatan dan
antarabangsa.

a) Penyelidik UTHM akan membangunkan

13. Membangunkan manual perlaksanaan


program untuk rujukan.

a) Penyelidik UTHM akan membangunkan


manual berkenaan.

sistem yang berkenaan.

11. Implikasi Kewangan (Sila lampirkan kos perincian)


Budget details
Butiran belanjawan

Bil:
No.

Total
Jumlah
(RM)

21600

21600

43200

2000

2000

4000

12000

12000

24000

500

500

1000

Vot 23000 Perhubungan dan Utiliti


Communications and Utilities
Telefon, internet, air dan elektrik

Year 2
Tahun 2
(RM)

Vote 21000 Travelling and Transportation/


Perjalanan dan Pengangkutan
Lawatan ke komuniti bagi mengatur, melaksanakan
dan memantau pemindahan ilmu ternakan ikan
melalui mesyuarat, perbincangan, aktiviti lapangan
bersama.

Year 1
Tahun 1
(RM)

Vote 11000 Salary and wages


Upah dan Elaun
Bayaran untuk pekerja RM 900 x 12 bulan x 2
orang

Amount requested by applicant


Jumlah yang dipohon oleh
pemohon

Vote 24000 Rental


Sewaan
Sewaan lori membawa bahan-bahan bahan
ternakan ikan dan hasil ternakan

Budget details
Butiran belanjawan

Bil:
No.

Amount requested by applicant


Jumlah yang dipohon oleh
pemohon
Year 1
Tahun 1
(RM)

Total
Jumlah
(RM)

Vote 27000 Research Materials & Supplies


Bekalan dan Bahan Penyelidikan
1. Set penternakan ikan yang terdiri dari 6 tangki
beserta pam air (RM 1000/set x 100 set)

100000

2. Bahan mentah makanan ikan (RM 12000/tahun)

12000

3. Mesin penggaul (RM 2900/set x 2 set)

5800

4. Pengisar makanan (RM 2900/set x 2 set)

5800

12000

135600

Vote 28000 Maintenance and Minor Repair Services


Baik pulih kecil dan ubahsuai
1. Sistem pam dan perpaipan kolam ikan

2000

2000

2. Sistem perpaipan air

1000

1000

6000

3000

3000

6000

165,700

54,100

219,800

Vote 29000 Professional Services


Perkhidmatan Ikhtisas
Analisis dan Pencirian piawaian kualiti Nitrogen
dan Fosforus di dalam kolam ternakan yang
dihasilkan (RM 3000/tahun)

Year 2
Tahun 2
(RM)

Vote 35000 Accessories and Equipment


Aksesori dan Peralatan
NIL
TOTAL AMOUNT
JUMLAH BESAR

10

12. KRA, Objektif dan Sasaran


KRA

1. Mendidik dan membimbing golongan miskin dan miskin tegar di luar bandar untuk berdikari
sendiri dalam projek ternakan ikan yang disediakan.
2. Meningkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah melalui program ternakan
ikan kolam yang disertai dengan bimbingan dan bantuan yang diberikan.
3. Meningkatkan penguasaan ekonomi komuniti menerusi penjualan hasil ternakan ikan terus
kepada masyarakat bagi menjayakan agenda Jihad Memerangi Orang Tengah.

SASARAN (KPI)
OBJEKTIF
(Nyatakan objektif bagi program/projek
yang dirancang)

1. Meningkatkan pendapatan
masyarakat miskin dan miskin
tegar melalui program ternakan
ikan yang diusahakan.

2. Membangunkan kaedah dan


sistem untuk jualan ikan
daripada peserta program
terus kepada masyarakat.

(Penetapan pencapaian dalam bentuk peratus peningkatantahap sosial/ekonomi/pendidikan kumpulan sasar)

OUTPUT

OUTCOME

(Hasil yang diperoleh daripada penggunaan input)

(Perubahan yang dihasilkan kesan daripada output)

Seramai 100 orang akan dipilih sebagai perintis


program yang terdiri dari penduduk miskin di
kampung-kampung yang berdekatan.

Pendapatan penduduk kampung meningkat 30%


selepas 8 bulan dan berterusan sepanjang tahun
untuk kitaran ternakan ikan yang seterusnya.

Satu kaedah dan platfom akan disediakan untuk


membantu para perintis memasarkan hasil
ternakan ikan mereka.

Para perintis program dijangka mendapat


keuntungan yang optimum manakala masyarakat
di kawasan tersebut pula menikmati 10%
pengurangan harga ikan kerana tiada keterlibatan
orang tengah.

11

3. Menjalankan penyelidikan dan


pembangunan (R&D) terhadap
pembenihan ikan, tumbesaran
ikan, pemprosesan makanan
ikan dan kualiti air.

Pendekatan R&D yang dijalankan secara intensif


untuk penyelesaian jangka masa pendek dan
jangka masa panjang mampu memberikan
kelestarian sistem penternakan ikan sepanjang
masa.

Kos penternakan ikan dijangka dapat dikurangkan


kepada 10% selepas 1 tahun program ini
dilaksanakan

Selain itu,
satu sistem rawatan air kolam
ternakan berdasarkan alga akan dilaksanakan
bagi meningkatkan kandungan oksigen di dalam
air dan mengurangkan bau untuk memberikan
keselesaan penternak ikan di kediaman mereka

4. Mewujudkan dan
membangunkan kompleks
pembenihan ikan Pagoh
sebagai Taman Sains yang
berperanan untuk membantu
proses pemindahan ilmu dan
teknologi kepada masyarakat.

Satu sistem maklumat penyelidikan yang


melibatkan
pelbagai
kementerian
akan
dibangunkan supaya segala dapatan boleh
ditambah baik dari semasa ke semasa untuk
membolehkan program ini sentiasa relevan
dengan minat masyarakat dan perkembangan
teknologi semasa untuk jangka masa panjang.

Program ini akan diperluaskan ke seluruh negara


ini melalui konsep pemindahan ilmu dan teknologi
supaya 1 daerah 1 program penternakan ikan
oleh masyarakat miskin dapat dilaksanakan.

13. Disediakan Oleh:


Sila kemukakan melalui e-mel ke:

PM Dr Mohd Ezree bin Abdullah & PM Dr. Wan Fauziah bt Wan


Yusoff
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Bahagian Hubungan Industri


Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia

u.p.: Puan Nordiana binti Rijaluddin (diana.rijal@moe.gov.my)

12

You might also like