You are on page 1of 1

Terdapat empat faktor utama yang menjadi punca utama pemeteraian Persetiaan Persekutuan

1895. Antara 4 faktor tersebut adalah Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen, Krisis
Kewangan Pahang, Perkongsian Perkhidmatan Pakar, Faktor Keselamatan dan Sistem
Perhubungan.
Kelemahan sistem Residen antara salah satu faktor terjadinya perjanjian Persekutuan 1895 (1
Markah). Sistem Residen adalah meletakkan satu kuasa petabdiran iaitu Residen bagi
menggantikan kuasa Mutlak Sultan di empat jajahan Bristish dibawah Negeri Negeri Melayu
Bersekutu iaitu Selangor, Pahang, Melaka dan Perak (1 Markah). Pada awalnya Residen
memainkan peranan sebagai penasihat Sultan. Dibawah sistem ini, Residen tidak diberikan
panduan jelas untuk menjalankan tugas mentabdir negeri Melayu (1 Markah). Justeru,
menyebabkan Residen lebih berkuasa menyebabkan Gabenor Negeri-Negeri Selat di
Singapura gagal mengawal kuasa Residen. Selain itu, pentadbiran setiap negeri tidak seragam
kerana mempunyai undang-undang sendiri (1 Markah). Contohnya di Perak, Residen J.W.W
Birch pada November 1874 telah dibunuh oleh orang melayu gara-gara beliau melaksanakan
undang-undang sendiri. Orang melayu tidak menyenagi JWW Birch kerana Birch mentadbir
negeri tanpa mengambil tahu peraturan kerajaan negeri yang telah lama diamalkan. Beliau
juga tidak berusaha belajar adat resam orang Melayu dan Raja-raja Melayu (1 Markah).
Antara faktor lain adalah Krisis Kewangan Pahang (1 Markah). Negeri Pahang terpaksa
menanggung hutang yang banyak kerana kebangkitan rakyat menentang British (1 Markah).
Selain itu juga, Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah penduduk dan hasil bumi
yang kurang (1 Markah). Dengan menggabungkan negeri Pahang dengan negeri yang kaya,
masalah kewangan dapat diringankan (1 Markah). Oleh itu, Britih telah menggabungkan
Pahang dengan Selangor, Perak dan Negeri Sembilan dibawah satu kerajaan persekutuan. (1
Markah)
Faktor keselamatan juga antara salah satu faktor penyumbang kepada Pemeteraian Persetiaan
Persekutuan 1895 (1 Markah). Kerajaan British bercadang mewujudkan satu pasukan
keselamatan yang bertujuan untuk mempertahankan negeri-negeri Melayu daripada ancaman
kuasa luar dan dalam (1 Markah). Semasa berlaku penentangan masyarakat tempatan di
Pahang dan Perak, British terpaksa meminta bantuan tentera daripada Singapura, Hongkong,
dan India (1 Markah). Oleh itu, British terpaksa mengeluarkan wang untuk mengupah
tentera tersebut (1 Markah). Kewujudan pasukan tentera Persekutuan British telah
memudahkan pentadbiran British tanpa meminta bantuan dari luar (1 Markah).
Perkongsian Perkhimatan Pakar juga antara faktor yang membentuk persekutuan bagi negeri
negeri melayu bersekutu (1 Markah). British ingin mengabungkan negeri negeri Melayu
agar dapat menjimatkan kos tenaga pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor (1 Markah).
Selain itu, sistem perhubungan (1 Markah) diantara negeri negeri Melayu Bersekutu dapat
dimajukan. Contohnya seperti pelaksanaan jalan raya dan kereta api boleh dilaksanakan
sekiranya pentadbiran persekutuan ditubuhkan (1 Markah). Ini kerana sistem perhubungan
hanya boleh berlaku jika ada persefahaman diantara dua buah kuasa (1 Markah).
Sumber: Faktor Pemeteraian Perjanjian Persekutuan 1895 Sejarah PT3 | melvister.com

You might also like