You are on page 1of 1

Rujukan Kami : FINHQ/IFACE-MINDEF/11160001

Tarikh
: 29 NOVEMBER 2016
Komander Pangkalan
Pangkalan Udara Kuala Lumpur
Jalan Lapangan Terbang Lama,
50460 KUALA LUMPUR.
Malaysia
Tuan,
MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH UNTUK PELAKSANAAN KL DRAG RACING EXTREME ASIA
SERIES (KLDREX) DI LAPANGAN TERBANG SUNGAI BESI
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada Surat Kelulusan KLDREX dengan no. rujukan
MTU(TPTU).100-7/1 bertarikh 10 Oktober 2016. Untuk makluman Tuan, KL DRAG RACING
EXTREME ASIA SERIES buat julung kalinya di Malaysia daripada 27hb Januari 2017 sehingga
29hb Januari 2017 yang telah diluluskan di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur akan
diubah tarikh kepada 5 Mei 2017 sehingga 7 Mei 2017.
2. Kami sedia maklum bahawa autoriti kelulusan dan sebarang perubahan acara bagi penggunaan
lokasi Lapangan Terbang Sungai Besi adalah di bawah bidang kuasa dan kawal selia pihak Tuan.
Perubahan ini juga telah dimaklumkan kepada pihak Timbalan Panglima Tentera Udara, Markas
Tentera Udara.
3. Oleh yang demikian, kami amat berharap agar Tuan dapat memberikan kepercayaan dan ambil
maklum mengenai perubahan tarikh acara kami untuk menganjurkan KLDREX 2017 di lokasi yang
telah diluluskan demi memberi seribu satu manfaat kepada komuniti dalam dan luar negara.
Kesudian dan jasa baik Tuan untuk memberikan kerjasama amatlah bermakna dan didahului
dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan.
Sekian, terima kasih.
BERSEDIA MELANGKAUI POTENSI SEBENAR
Yang benar,

FARA HIDA SAHROM


PENGARAH EKSEKUTIF KUMPULAN
FINEMEN HOLDINGS (M) SDN BHD

FINEMEN HOLDINGS (M) SDN BHD


No.30C (Aras 3) Jalan Diplomatik, Presint Diplomatik, 62502 Putrajaya. Malaysia
Mobile: +6019 368 3238 | Office: +603 8888 6008 | Fax: +603 8861 4032 | Email: info@finemen.com.my
www.finemen.com.my

You might also like