You are on page 1of 3

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (Pangkalan Udara Bomba Dan Penyelamat Malaysia) d/a AIROD SDN. BHD.

Jalan TUDM Subang, 47200 Subang, Selangor Darul Ehsan. P.O.Box 8236, Pejabat Pos Kelana Jaya 46785 PETALING JAYA, Selangor Darul Ehsan.

Telefon:

: 603-78472643 603-78472644 Facsimile : 603-78472106 Homepage : www.bomba.gov.my

Ruj. Tuan :
(Your Ref:)

SEDIA MENYELAMAT

Ruj. Kami: JBPM:PU/004/6 JLD II (


(Our Ref:)

Tarikh: (Date:)

Julai 2010

Pengarah, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang , Tingkat 5, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25900 Kuantan PAHANG DARUL MAKMUR. Tuan, MAKLUMAN LATIHAN SIMULASI MENCARI DAN MENYELAMAT PANGKALAN UDARA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan pihak Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang berpangkalan di Subang akan mengadakan satu latihan simulasi mencari dan menyelamat (SAR) seperti berikut: Tempat : Hulu Sg. Kuantan (N 03 55.46, E102 57.41)

CERTIFIED TO ISO 9001 : 2008 CERT. NO : AR 5037

Tarikh Keanggotaan
3.

: 14/7/2010 18/7/2010 : 45 orang

Tempat latihan yang akan diadakan ini adalah di sebuah bekas tapak pengumpulan kayu balak yang telah ditinggalkan dan tidak akan melibatkan aktiviti penebangan pokok untuk tujuan penyediaan tapak pendaratan helikopter kerana kawasan ini mempunyai kawasan lapang yang mencukupi. Sebagaimana latihan-latihan yang telah dijalankan sebelum ini, latihan yang akan dijalankan ini akan turut memberi penekanan terhadap aspek penjagaan hutan dan juga kebersihan kawasan kepada anggota-anggota yang terlibat supaya disamping menjalankan latihan ataupun operasi penyelamatan di dalam hutan mereka juga bertanggungjawab memelihara khazanah hutan dan kebersihan alam sekitar. Adalah menjadi harapan kami di Pangkalan Udara JBPM Subang untuk mendapat reaksi yang positif dari pihak tuan. Bersama dengan ini dilampirkan Arahan Pentadbiran Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia sebagai rujukan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Kerjasama serta perhatian dari tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

4.

5.

6.

Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA 1 Malaysia Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.

CERTIFIED TO ISO 9001 : 2008 CERT. NO : AR 5037

Saya yang menurut perintah,

(SUZUKI BIN ABDULLAH) Lt. Kol. TUDM Pegawai Memerintah Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia. Subang. s.k : YS PKP (Udara)

sba74...

CERTIFIED TO ISO 9001 : 2008 CERT. NO : AR 5037

You might also like