You are on page 1of 2

KEMAJUAN TANAH JUJUR SDN BHD

Lorong 3 Bandar i-Peak,


91100 Lahad Datu, Sabah

Mohd Fazlin bin Yunus


Dresser (FA43360/19/80912)
Klinik Ladang Fico,
Pontian United Plantations Berhad,
Peti Surat 60525,
91114 Lahad Datu.

Tuan, Tarikh: 27 Julai 2022

CERAMAH CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR) DAN FIRST AID

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami dari Kemajuan Tanah Jujur Sdn Bhd menjemput
pihak tuan untuk mengadakan satu program ceramah keselamatan tentang Teknik CPR dan
penggunaan First Aid Kit.
Program tersebut akan diadakan pada ketetapan yang berikut:
Tarikh : 31 Julai 2022
Hari : Ahad
Masa : 8:00 pagi – 3:00 petang
Tempat: 1) Timbangan KTJ Tamoi, Jalan Segama Lahad Datu
2) Timbangan KTJ Silam, Kg Silam Lahad Datu
3) Timbangan KTJ Bikang, Jalan Silabukan Lahad Datu

3. Untuk makluman pihak tuan, tujuan utama program ceramah keselamatan dan kesihatan
pekerja ini ini adalah untuk mendedahkan kepada pekerja timbangan tentang cara-cara yang betul
bagi mengamallkan teknik CPR dan penggunaan First Aidt jika sekiranya berlaku kecemasan atau
kecederaan di dalam kawasan timbangan. Ini boleh membantu mangsa di peringkat awal sementara
pihak pengurusan memaklumkan dan menuggu kedatangan pihak berwajib. Hal ini selaras dengan
Piawai MSPO dalam Prinsip 4 (Keselamatan dan Kesihatan Pekerja).

4. Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk hadir bagi menyampaikan
ceramah tersebut pada ketetapan tarikh yang telah dinyatakan di atas. Beserta dengan surat ini juga
dilampirkan bersama-sama maklumat tentang program bagi rujukan pihak tuan.

5. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas.

__________________________
Roslia binti Uttek
Pegawai MSPO
Kemajuan Tanah Jujur Sdn Bhd
KEMAJUAN TANAH JUJUR SDN BHD
Lorong 3 Bandar i-Peak,
91100 Lahad Datu, Sabah

Lampiran A
Aturcara Program Ceramah Latihan CPR dan First Aid di
Timbangan Kemajuan Tanah Jujur Sdn Bhd 2022

Tarikh : 31 Julai 2022


Hari : Ahad

Pelaksanaan Ceramah Di Timbangan Tamoi, Jalan Segama Lama

8.00 - Pekerja timbangan mengambil tempat di kawasan tempat letak kereta pejabat
8.05 - Kata aluan Pengurus/Penyelia/Pegawai MSPO
8.15 - Ceramah oleh Pegawai Dresser
8.30 - Demonstrasi teknik CPR yang betul
9.15 - Demonstrasi penggunaan First Aid Kit yang betul
9.45 - Tamat

Pelaksanaan Ceramah Di Timbangan Silam, Kg Silam

10.30 - Pekerja timbangan mengambil tempat di kawasan tempat letak kereta pejabat
10.35 - Kata aluan Pengurus/Penyelia/Pegawai MSPO
10.45 - Ceramah oleh Pegawai Dresser
11.00 - Demonstrasi teknik CPR yang betul
11.30 - Demonstrasi penggunaan First Aid Kit yang betul
12.00 - Tamat

Pelaksanaan Ceramah Di Timbangan Bikang, Jalan Silabukan

14.00 - Pekerja timbangan mengambil tempat di kawasan tempat letak kereta pejabat
14.05 - Kata aluan Pengurus/Penyelia/Pegawai MSPO
14.15 - Ceramah oleh Pegawai Dresser
14.30 - Demonstrasi teknik CPR yang betul
15.15 - Demonstrasi penggunaan First Aid Kit yang betul
15.45 - Tamat

Pelaksanaan

1. Kerani akan mengambil kedatangan pekerja


2. Pihak Dresser akan menyampaikan ceramah tentang teknik betul CPR
3. Pihak Dresser akan mendemonstrasi cara penggunaan First Aid yang betul.
4. Bersurai

AKTIVITI

1. Ceramah Keselamatan dan Kesihatan Pekerja


2. Demonstrasi teknik CPR dan penggunaan First Aid Kit yang betul.

You might also like