You are on page 1of 3

Tel : 03-91300598

Rujukan kami :
Tarikh : 12 April 2018

Ketua Balai,
Balai Bomba dan Penyelamat Cheras
Jalan Manis 1, Taman Segar,
56100 Kuala Lumpur.

Melalui & Salinan

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Segar,
Jalan Manis, Cheras,
56100 Kuala Lumpur.

Tuan,

JEMPUTAN MENGADAKAN LATIHAN KEBAKARAN DAN PAMERAN BERSAMA BOMBA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1978, sukacita dimaklumkan bahawa
Jawatankuasa Kecemasan dan Keselamatan SK Taman Segar ingin menjemput pihak tuan untuk
mengadakan latihan kawad kebakaran dan pameran bersama Bomba di SK Taman Segar seperti
ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Ogos 2018


Hari : Khamis
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Sk Taman Segar

3. Untuk makluman pihak tuan, tujuan utama latihan kebakaran serta diadakan adalah untuk
memberi pendedahan kepada warga sekolah supaya lebih peka tentang prosedur yang perlu diambil
sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.

4. Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memenuhi jemputan tersebut.
Segala kerjasama daripada pihak tuan untuk menjayakan program ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERDISIPLIN DAN BERKUALITI”

………………………………………
(Muhammad Arif b Basharuddin)
Penyelaras,
JK Keselamatan & Kecemasan 2018
SK Taman Segar
Rujukan kami :
Tarikh : 13 April 2012

Ketua Balai,
Balai Bomba dan Penyelamat Cheras
Jalan Manis 1, Taman Segar,
56100 Kuala Lumpur.

Melalui & Salinan

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Segar,
56100 Cheras,
Kuala Lumpur.

Tuan,

JEMPUTAN MENGADAKAN AKTIVITI KECEMASAN LUAR JANGKA

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kecemasan dan Keselamatan SK Taman Segar


ingin menjemput pihak tuan untuk mengadakan aktiviti kecemasan luar jangka di SK Taman Segar seperti
ketetapan berikut:

Tarikh :
Hari :
Masa :
Tempat :

3. Untuk makluman pihak tuan, tujuan utama aktiviti kecemasan luar jangka diadakan adalah untuk
memberi pendidikan cara-cara menjaga keselamatan kepada warga sekolah dalam menghadapi
sebarang situasi kecemasan

4. Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memenuhi jemputan tersebut.
Segala kerjasama daripada pihak tuan untuk menjayakan program ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERDISIPLIN DAN BERKUALITI”

………………………………………
( Seriou)
Pengerusi JK Kecemasan & Keselamatan
SK. Taman Segar

sk : 1.Guru Besar SK Taman Segar


2. Fail
Tujuan utama adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pekerja dan pelajar supaya peka
tentang prosedur yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran. Langkah ini diharap akan dapat
meningkatkan kesedaran warga UKM terhadap aspek keselamatan ketika bertugas dan berada dalam
kampus UKM. Objektif utama mengadakan latihan kawad kebakaran adalah seperti berikut:

1. Untuk memastikan sistem perlindungan dan pencegahan kebakaran yang terdapat di bangunan
masing-masing berfungsi dengan baik.

2. Untuk mendedahkan dan membiasakan penghuni bangunan terhadap tindakan yang perlu diambil
sekiranya berlaku kebakaran.

3. Untuk mengetahui julat masa yang diambil bagi kakitangan dan penghuni keluar dari bangunan
dengan selamat apabila berlaku sesuatu kebakaran atau kecemasan.

4. Untuk membiasakan Pegawai Insiden, pekerja dan pelajar menggunakan peralatan pencegahan dan
pemadaman kebakaran seperti loceng penggera, hos paip air dan alat pemadam api dengan betul.

5. Untuk memantapkan kerjasama antara beberapa unit dalam universiti seperti Pejabat Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP), Bahagian Keselamatan, Jabatan Pengurusan Pembangunan, Pusat
Kesihatan dan pihak luar seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia jika berlaku sesuatu
kebakaran.

Objektif 1. dapat mempastikan harta benda , persekitaran , bangunan , bilik-bilik dan setor, kawalan
keselamatan serta padang permainan sentiasaberada dalam keadaan terjamin dan selamat.2. dapat
membantu pihak perancang sekolah dalam merancang danmembaik pulih bahagian-bahagian bangunan
, kawasan , padang dangelanggang permainan , setor serta peralatan yang di kenal pastiberisiko3.
memberi pendidikan cara-cara menjaga keselamatan kepada wargasekolah dalam menghadapi sebarang
situasi kecemasan4. memberi pendedahan kepada teknik mengguna alat-alatkeselamatan5.
mempertingkatkan kasedaran kepada warga sekolah tentang

pentingnya penjagaan keselamatan6. dapat menanam sikap “SEKOLAH KU RUMAHKU” yang


lebihberkesan dalam diri warga sekolah berlandaskan persekitaran sekolahdalam keadaan
selamat7. melatih pelajar sentiasa bersiap sedia menghadapi kecemasan danmala petaka

You might also like