You are on page 1of 2

Ruj Kami : SKHI : 700-1/30 (2/2018)

Tarikh : 3 Oktober 2018

Ketua Balai,
Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar,
Jalan Tun Razak,
05200 Alor Setar,
Kedah.

Tuan/ Puan,

JEMPUTAN MENGADAKAN CERAMAH KESELAMATAN KEBAKARAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sk Haji Idris berbesar hati ingin menjemput pihak tuan untuk
mengadakan satu program ceramah keselamatan tentang latihan kebakaran Fire Drill. Program tersebut
akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 8 November 2018


Hari : Khamis
Masa : 11:00 pagi hingga 1:15 tengahari.
Tempat : Kafetaria SKHI

3. Untuk makluman pihak tuan, tujuan utama program ceramah keselamatan dan latihan kebakaran
ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar dan guru tentang langkah-langkah yang perlu diambil
sekiranya berlaku kebakaran di kawasan sekolah.

4. Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk hadir bagi menyampaikan
ceramah tersebut pada ketetapan tarikh yang telah dinyatakan di atas. Bagi urusan selanjutnya, pihak tuan
boleh menghubungi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Haji Idris ( Pn. Che Asiah – 04 7313071)

3. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan sangat diharapkan dalam menjayakan program
tersebut dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENGURUSAN BERKUALITI INTEGRITI DIUNGGULI”

Saya yang menjalankan amanah,

(SAMSUDIN BIN DAHLAN)


Guru Besar
SK Haji Idris, Tajar

You might also like