You are on page 1of 23

1.

0 PENGENALAN
Migrasi ialah penghijrahan seseorang dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan
tujuan menetap secara sementara atau kekal. Migrasi melintasi sempadan kawasan,
negeri, negara atau antarabangsa.
Jenis migrasi terbahagi kepada 2 iaitu migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa.
Migrasi dalaman ialah penghijrahan penduduk yang melintasi sempadan kawasan atau
negeri. Manakala migrasi antarabangsa ialah penghijrahan penduduk dari sebuah negara
ke negara lain dan melintasi sempadan antarabangsa.
Perbezaan antara migrasi masuk dan migrasi keluar adalah migrasi mask merupakan
masuknya penduduk ke suatu daerah tujuan. Manakala migrasi keluar merupakan
perpindahan penduduk keluar dari suatu daerah asal.
Kesan positif migrasi terhadap sesebuah kawasan adalah dapat menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi dari segi penawaran modal sumber manusia kepada sektor industri
dan perkhidmatan. Selain itu, kemudahan perbandaran dan infrastruktur bandar
digunakan secara optimum faedah dari kepadatan penduduk yang bertambah. Tambahan
pula, masalah pengangguran di luar negara bandar dapat diatasi apabila penduduk yang
menganggur berpindah ke kawasan lain. Selain itu, kesan negatif migrasi terhadap
sesebuah kawasan adalah kesesakan lalulintas dan pencemaran alam sekitar serta
keterbatasan ruang rekreasi dan sosial antara penduduk. Tambahan pula, peningkatan
harga rumah dan hartanah yang memberi kesan negatif kepada golongan berpendapatan
sederhana dan rendah. Akhir sekali, penghijrahan keluar golongan belia dari kawasan
pertanian di luar bandar ke bandar telah menyebabkan berlakunya tanah terbiar. Ini
merugikan negara dari segi pengeluaran pertanian.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa penghijrahan seseorang dari suatu tempat ke
tempat yang lain memberi kesan positif dan kesan negatif terhadap sesebuah kawasan.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif utama dalam melaksanakan kajian ini telah disusun. Antara objektif kajian
yang terdapat dalam kajian ini ialah:
2.1 Merumuskan pola migrasi masuk di Taman Permata, Taman Intan, Taman Sri
Kluang dan Kampung Bentong.
2.2 Menghuraikan peranan kerajaan dalam mempengaruhi migrasi masuk ke
Taman Permata, Taman Intan, Taman Sri Kluang dan Kampung Bentong.
2.3 Menghuraikan perubahan sosioekonomi penduduk setempat akibat migrasi
masuk di kawasan Taman Permata, Taman Intan, Taman Sri Kluang dan
Kampung Bentong.
2.4 Menjelaskan kesan yang timbul akibat migrasi masuk ke Taman Permata,
Taman Intan, Taman Sri Kluang dan Kampung Bentong.

3.0 LOKASI KAWASAN KAJIAN


3.1 CIRI FIZIKAL
Kluang merupakan nama sebuah bandar dan daerah yang terletak lebih kurang di
tengah negeri Johor. Di Kluang merupakan kawasan dataran beralun. Kebanyakkan
kawasan di Kluang merupakan kawasan yang berbukit bukau. Hutan Gunung Berlumut
merupakan antara 80 gunung tertinggi di Malaysia daripada 93 buah gunung dan
mempunyai ketinggian sebanyak 3313 kaki. Selain itu, Gunung Lambak juga merupakan
puncak tertinggi di Kluang. Sungai Mengkibol merupakan sungai yang terpanjang di
daerah Kluang. Panjang Sungai Mengkibol ialah 13km.
3.2 CIRI BUDAYA
Berasaskan kedudukannya di bahagian tengah negeri Johor, Daerah Kluang
mempunyai kemudahan infrastruktur dan perhubungan yang baik sama ada di peringkat
negeri mahupun diperingkat wilayah. Daerah Kluang menyediakan pengangkutan untuk
mudah dihubungi melalui dua mod pengangkutan utama iaitu pengangkutan jalan raya
dan keretapi. Dengan ini dapat memudahkan urusan penduduk untuk bergerak dan
menjimatkan masa serta mengurangkan kesesakan lalulintas.
Seterusnya, kemudahan pendidikan seperti kolej komuniti, sekolah rendah, sekolah
menengah dan juga tadika yang banyak didirikan di daerah Kluang. Selain itu, di Kluang
juga mempunyai sekolah yang terdiri daripada sekolah kerajaan dan swasta tidak
terkecuali sekolah berasrama penuh seperti Chong Hwa High School, Sekolah Menengah
Sains Johor dan lain-lain. Taska juga banyak dibuka untuk memudahkan ibu bapa yang
bekerja dan ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang berdekatan dengan
kawasan penempatan mereka.
Selain itu, kemudahan sosial seperti pusat membeli belah juga banyak didirikan. Antara
pusat beli belah yang didirikan ialah Kluang Mall, Aeon Big, Kluang Parade dan
sebagainya. Hal ini memudahkan untuk penduduk membeli barang-barang keperluan
seharian mereka.

Disamping itu, kemudahan kesihatan seperti hospital dan klinik yang banyak
didirikan. Klinik yang didirikan dibahagikan kepada dua iaitu klinik kerajaan dan klinik
swasta. Selain itu, hospital yang didirikan terbahagi kepada dua iaitu hospital kerajaan
dan hospital swasta seperti Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom dan Kluang Specialist
Hospital. Kemudahan farmasi juga disediakan bagi memudahkan penduduk untuk
mendapatkan rawatan sekiranya sakit.
Akhir sekali, bagi menjamin keselamatan penduduk, Kluang mempunyai sebuah Ibu
Pejabat Polis Daerah di Jalan Sekolah. Terdapat enam buah Balai Polis iaitu Balai Polis
Kluang, Balai Polis Kahang, Balai Polis Paloh manakala pondok-pondok polis pula
terdapat di Chamek, Niyor, Ulu Belitong, Bukit Permai dan Kluang Baru.
Kesimpulannya, ciri-ciri budaya dan fizikal yang telah dinyatakan merupakan antara
faktor penduduk migrasi masuk ke daerah Kluang.

3.3.0 PETA

4.0 KAEDAH KAJIAN


4.1 KAEDAH PRIMER
a) Soal Selidik
Soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ianya berhubung
terus dengan kumpulan sasaran. Penggunaan borang soal selidik perlu melalui strategi
mereka bentuk soalan soal selidik yang bersesuaian supaya tidak berlaku bias. Kaedah ini
adalah kaedah paling popular yang digunakan para pengkaji untuk mendapatkan data
primer. Borang soal selidik ini perlulah bersesuaian dan mengikut objektif dan kerangka
konseptual yang telah ditetapkan. Hal ini agar soalan tersebut tidak menyimpang jauh
daripada sasaran. Bahasa yang digunakan juga haruslah bahasa yang mudah difahami
oleh semua golongan responden. Hal ini demikian supaya responden faham semasa
menjawab soalan dan tidak memberikan jawapan yang tidak benar.
Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup. Rasional menggunakan soal selidik
tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah dibandingkan
serta jawapan mudah diproses menerusi sistem pengekodan yang bersifat piawai dan
mudah dianalisis.
4.2 KAEDAH SEKUNDER
a) Rujukan Perpustakaan
Rujukan perpustakaan dilakukan untuk mendapatkan bahan tambahan kajian. Bahan
perpustakaan termasuklah buku, keratan akhbar dan jurnal berkaitan dengan migrasi.
Rujukan ini akan menambahkan lagi kefahaman kami untuk membuat kajian soal selidik
selengkapnya. Rujukan perpustakaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa terutama
pada hujung minggu di perpustakaan awam Kluang untuk mendapatkan maklumat dan
info-info terkini tentang migrasi.

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN


5.1 POLA MIGRASI MASUK
5.1.1 JADUAL MIGRASI MASUK
BIL

NEGERI ASAL

BILANGAN RESPONDEN

Perak

Kelantan

Kedah

Pulau Pinang

Melaka

Negeri Sembilan

Selangor

Terengganu

Pahang

JUMLAH

30 orang

Jadual 1: Bilangan responden migrasi masuk mengikut negeri asal

5.1.2 PETA ALIRAN MIGRASI MASUK KE KAWASAN KAJIAN

PENGIRAAN KETEBALAN ALIRAN BERDASARKAN ANGKA SEBENAR


Negeri Asal
Migran

Bilangan Migrasi

Skala: 1cm
mewakili 10 orang

Tebal Aliran (cm)

Negeri Sembilan

3/5

0.6

Melaka

2/5

0.4

Selangor

4/5

0.8

Perak

3/5

0.6

Kedah

4/5

0.8

Pulau Pinang

2/5

0.4

Terengganu

2/5

0.4

Kelantan

7/5

1.4

Pahang

3/5

0.6

Jadual 2 menunjukkan pengiraan ketebalan aliran berdasarkan angka sebenar

MENTAFSIR PETA ALIRAN


Responden terdiri daripada 30 orang penduduk dari kawasan kajian. Skala yang
digunakan adalah 1 cm bersamaan dengan 5 orang. Dalam Jadual 5.1.2, jumlah migran
yang berhijrah ke negeri Johor dari negeri Kelantan seramai 7 orang bersamaan dengan
1.4 cm. Seterusnya, jumlah migran yang berhijrah ke negeri Johor dari negeri Selangor
dan Kedah adalah sama seramai 4 orang bagi setiap negeri bersamaan dengan 0.8 cm.
Seterusnya, jumlah migran yang berhijrah ke Johor dari negeri Perak, Pahang dan Negeri
Sembilan adalah sama iaitu seramai 3 orang bagi setiap negeri yang bersamaan dengan
0.6 cm. Akhir sekali, jumlah migran yang berhijrah ke negeri Johor dari negeri Melaka,
Pulau Pinang dan Terengganu adalah sama iaitu seramai 2 orang bagi setiap negeri yang
bersamaan dengan 0.4 cm.

5.1.3 FAKTOR MIGRASI MASUK


BIL FAKTOR-FAKTOR

BILANGAN RESPONDEN

Peluang pekerjaan

14

Faktor keluarga

11

3
4

Melanjutkan pelajaran
Lain-lain

3
2

Jumlah

30

Jadual 2: Faktor migrasi masuk


Sumber: Kajian lapangan 2016

Jumlah: 30 orang
Carta 1: Faktor migrasi masuk
Sumber: Kajian Lapangan 2016
Responden terdiri daripada 30 orang penduduk dari kawasan kajian. Jumlah
responden migrasi masuk ke negeri Johor kerana peluang pekerjaan seramai 14 orang dan
mewakili 46%. Selain itu, jumlah responden migrasi masuk ke negeri Johor kerana faktor
keluarga seperti ikut suami dan ikut isteri seramai 11 orang yang mewakili 37%.
Seterusnya, jumlah responden migrasi masuk ke negeri Johor kerana melanjutkan
pelajaran seramai 3 orang yang mewakili 10%. Akhir sekali, jumlah responden migrasi
masuk ke negeri Johor kerana faktor lain-lain seperti ikut ibu bapa seramai 2 orang yang
mewakili 7%.
5.2 PERANAN KERAJAAN DALAM MENGGALAKKAN MIGRASI MASUK KE

JOHOR
5.2.1 PELUANG PEKERJAAN
Perpindahan penduduk disebabkan kawasan penempatan asal mundur dan kurang
peluang pekerjaan terutaman bagi golongan muda. Pembangunan pesat di Daerah Kluang
telah menyebabkan kemasukan banyak aktiviti ekonomi asing yang memerlukan tenaga
mahir. Peningkatan pertumbuhan ekonomi membolehkan peluang pekerjaan baharu
diwujudkan bagi ditampung oleh golongan muda dalam kalangan masyarakat dari luar
bandar. Sebagai contoh peluang pekerjaan dalam sektor perkilangan, pembuatan,
perkhidmatan dan perbankan.

Disamping itu, pelbagai inisiatif diberikan seperti

kemudahan perumahan dan insurans kesihatan. Pembangunan yang pesat di daerah


Kluang menawarkan peluang pekerjaan yang banyak dengan penawaran gaji yang
lumayan. Sebagai contoh dalam sektor perkhidmatan, perindustrian dan perniagaan.
Seperti Kem Mahkota, Tenaga Nasional Berhad (TNB), kilang-kilang dan sebagainya.
Hai ini menunjukkan perbezaan bekerja di desa yang hanya bergantung kepada sektor
pertanian yang tidak menjamin masa depan. Foto dibawah menunjukkan peluang
pekerjaan seperti Kem Mahkota.

Foto 1: Kem Mahkota Kluang


5.2.2 KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR DAN UTILITI

Berasaskan kedudukannya di bahagian tengah negeri Johor, Daerah Kluang


mempunyai kemudahan infrastruktur dan perhubungan yang baik sama ada di peringkat
negeri mahupun diperingkat wilayah. Daerah Kluang menyediakan pengangkutan untuk
mudah dihubungi melalui dua mod pengangkutan utama iaitu pengangkutan jalan raya
dan keretapi. Bagi sistem pengangkutan jalan raya, rangkaian jalan raya utama di dalam
daerah Kluang adalah terdiri daripada laluan persekutuan 1, 50 dan 91. Laluan
persekutuan merupakan perhubungan utama bagi pusat-pusat petempatan di bahagian
barat daerah Kluang iaitu Ayer Hitam, Machap dan Simpang Renggam. Selain itu,
rangkaian pengangkutan KTM juga menghubungkan daerah Kluang dengan daerahdaerah lain seperti Segamat dan Johor Bahru. Kemudahan pembandaran di kawasan
kajian lebih baik dan menarik berbanding luar bandar. Seperti kemudahan hiburan, sistem
pengangkutan moden dan perkhidmatan kesihatan. Hal ini menjadi daya tarikan
penduduk luar untuk berhijrah ke kawasan kajian. Foto 2 di bawah menunjukkan
kemudahan infrastruktur dan utiliti seperti Stesen Keretapi (KTM).

Foto 2: Stesen Keretapi (KTM)


5.2.3 KEMUDAHAN SOSIAL SEPERTI PERUBATAN DAN PENDIDIKAN
Bagi kemudahan kesihatan, di daerah Kluang mempunyai sebuah Hospital yang
dibina di Jalan Kota Tinggi. Selain itu, Kluang juga mempunyai beberapa pusat kesihatan
seperti Kluang Utama Speacialist Hospital (KPJ), Klinik 1 Malaysia dan lain-lain. Selain
itu, di Kluang mempunyai kemudahan perpustakaan awam yang terletak di Jalan Pejabat
Kerajaan. Perpustakaan awam ini dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Kluang.
Disamping itu, terdapat enam buah balai polis di daerah Kluang antaranya Balai Polis
Kluang, Balai Polis Kahang, Balai Polis Paloh manakala pondok-pondok polis pula
terdapat di Chamek, Niyor, Ulu Belitong, Bukit Permai dan Kluang Baru. Dengan
mempunyai pelbagai kemudahan sosial, ini menjadi salah satu tarikan kepada penduduk

luar untuk datang ke Johor. Foto 3 menunjukkan kemudahan sosial (perubatan) seperti
hospital.

Foto 3: Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom

5.3 PERUBAHAN SOSIOEKONOMI PENDUDUK SETEMPAT AKIBAT


MIGRASI DI KAWASAN TAMAN INTAN, TAMAN SRI KLUANG,
KAMPUNG BENTONG DAN TAMAN PERMATA.
5.3.1 PERUBAHAN TARAF HIDUP
Perubahan taraf hidup berlaku disebabkan oleh negeri asal responden yang
mempunyai taraf hidup yang rendah. Ini menyebabkan responden berhijrah ke kawasan
kajian untuk meningkatkan taraf hidup mereka kepada yang lebih baik. Sebagai contoh,
responden yang berasal daripada negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan sebagainya.
Mereka hanya mengharapkan pendapatan daripada pekerjaan yang asal seperti pertanian,
perniagaan dan lain-lain lagi. Melalui hasil pendapatan asal, mereka tidak dapat

membahagikan pendapatan untuk belanja barang kehendak. Dari hasil pendapatan


mereka hanya cukup untuk membeli barangan keperluan sahaja. Dengan melakukan
migrasi di Johor, mereka boleh memperoleh pendapatan yang tetap dan lebih tinggi
dengan ditawarkan gaji bulanan yang boleh menjamin perubahan taraf hidup mereka
seperti peluang pekerjaan di kilang-kilang dan sebagainya. Oleh itu, taraf hidup mereka
akan berubah kepada yang lebih baik.
5.3.2 WUJUD PELUANG PEKERJAAN
Sebanyak 13 orang reponden bersetuju bahawa wujud peluang pekerjaan yang
menyebabkan mereka berhijrah ke Johor. Perubahan sosioekonomi penduduk dilihat
melalui sektor ekonomi yang dijalankan oleh penduduk iaitu sama ada sektor tertier,
primer dan sekunder. Kegiatan ekonomi dan sosial penduduk akan mempengaruhi
perubahan ruang fizikal dan tahap kemajuan ekonomi serta kualiti hidup mereka. Migrasi
dalaman ke daerah Kluang dapat meningkatkan taraf hidup seseorang berbanding
kehidupan mereka sebelum migrasi ke Johor. Dengan wujudnya peluang pekerjaan yang
banyak dan gaji yang lumayan, mereka boleh hidup dengan lebih selesa.

5.3.3 PERUBAHAN KUALITI HIDUP


Sebanyak 12 orang responden bersetuju bahawa berlaku perubahan kualiti hidup
selepas mereka berhijrah ke negeri Johor. Peluang pekerjaan yang banyak disediakan di
negeri Johor akan meningkatkan pendapatan perkapita penduduk dan seterusnya
penduduk mampu untuk memiliki dan menyara keluarga yang besar. Disamping itu,
penduduk juga dapat mengamalkan pemakanan yang seimbang dan penjagaan kesihatan
yang baik dan ini akan meningkatkan jangka hayat penduduk dan mengurangkan kadar
kematian. Hal ini dapat mengubah kualiti hidup seseorang dengan lebih baik.

5.4 KESAN ALAM SEKITAR MANUSIA DAN ALAM SEKITAR FIZIKAL


AKIBAT MIGRASI MASUK KE TAMAN INTAN, TAMAN SRI KLUANG,
KAMPUNG BENTONG DAN TAMAN PERMATA.
5.4.1 KESAN ALAM SEKITAR MANUSIA
a) Gejala Sosial
Sebanyak 12 orang responden bersetuju bahawa berlaku pelbagai gejala sosial di
kawasan kajian. Hal ini demikian kerana, gejala sosial yang berlaku akibat daripada
pengaruh rakan sebaya, media massa dan sebagainya. Gejala sosial seperti melepak,
merokok, gangster dan sebagainya terutama dalam kalangan remaja bawah umur

semakin digeruni oleh penduduk setempat. Penduduk berasa bimbang dan takut
terhadap gejala sosial yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja. Oleh itu,
gejala sosial merupakan kesan utama kepada responden yang berhijrah ke negeri
Johor.
b) Sikap Individualistik
Sikap individualistik merupakan sikap mementingkan diri sendiri. Sikap
individualistik merupakan cabaran yang harus ditempuhi oleh responden yang
migrasi ke Johor. Sebanyak 13 responden bersetuju bahawa sesetengah jiran mereka
sibuk bekerja tanpa menghiraukan orang sekeliling. Hal ini menyebabkan mereka
tidak mengenali antara satu sama lain. Selain itu, mereka juga tidak bercampur atau
mengikuti sebarang aktiviti yang dijalankan oleh pihak kuasa taman perumahan. Oleh
itu, sikap individualistik merupakan kesan kepada responden yang berhijrah ke negeri
Johor.

c) Pertembungan Budaya
Sebanyak 16 orang responden bersetuju bahawa kesan yang berlaku kepada
mereka apabila migrasi ke Johor ialah pertembungan budaya. Hal ini demikian
kerana, setiap negeri mempunyai budaya dan adat tersendiri. Oleh itu, budaya dan
adat yang diamalkan di negeri Johor seperti berbalas dulang semasa hari raya
merupakan kejutan bagi mereka yang migrasi ke Johor. Hal ini menyebabkan
perselisihan faham. Namun begitu, pertembungan budaya merupakan kesan positif
yang berlaku kepada responden. Dengan ini, responden yang bermigrasi boleh
mempelajari budaya yang baharu dan mewarisinya hingga ke generasi muda dan
generasi akan datang.

5.4.2 KESAN ALAM SEKITAR FIZIKAL


a) Pencemaran Sampah Sarap
Kehadiran penduduk yang migrasi masuk ke Johor kian bertambah setiap tahun.
Situasi tersebut telah mendatangkan pelbagai masalah kepada alam sekitar fizikal
antaranya pencemaran sampah sarap. Seramai 9 orang responden bersetuju bahawa
pencemaran sampah sarap berlaku di kawasan tempat tinggal mereka. Hal ini
menyebabkan mereka tidak berasa selesa kerana longgokan sampah sarap yang
tidak diambil oleh Majlis Perbandaran Kluang (MPK). Selain itu, sikap sesetengah
penduduk yang tidak bertanggungjawab untuk membersihkan kawasan longgokan

sampah akan menyebabkan pertambahan kasan pembiakan nyamuk aedes yang


boleh membawa maut kepada penduduk setempat.

Foto 4: Sampah sarap

b) Pencemaran Air
Sungai merupakan salah satu punca bekalan air bersih yang penting. Namun
pencemaran air merupakan masalah yang kian berlaku di negara kita. Kluang juga
tidak terkecuali mengalami masalah ini. Pertambahan penduduk migrasi masuk ke
Johor menyebabkan bekalan air dicatu. Hanya sebilangan kecil sahaja responden
bersetuju bahawa pencemaran air berlaku ditempat tinggal mereka. Perkara ini akan
menjejaskan aktiviti harian penduduk seperti perniagaan mencuci kereta, kedai
dobi, restoren dan sebagainya yang menggunakan sumber air akan mengalami
kerugian. Oleh itu, penduduk setempat haruslah memainkan peranan yang penting
untuk menjaga kebersihan sungai di Kluang.

c) Pencemaran Udara
Udara bersih merupakan anugerah Illahi kepada manusia untuk terus bernafas di
muka bumi. Pertambahan bilangan penduduk migrasi masuk ke Johor menyebabkan
udara tercemar akibat pertambahan bilangan kenderaan. Kenderaan akan
mengeluarkan gas karbon monoksida yang boleh memberi impak negatif kepada
manusia dengan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan
melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang
itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
Sebilangan kecil responden bersetuju pencemaran berlaku di sekitar kawasan
tempat tinggal mereka. Oleh itu, mereka hendaklah bertindak dengan
mengurangkan pencemaran udara sebelum nasi menjadi bubur.

6.0 KESIMPULANNYA

Bahagian ini merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan bagi memenuhi empat
objektif kajian. Objektif kajian pertama saya iaitu merumuskan pola migrasi masuk di
Kampung Bentong, Taman Sri Kluang, Taman Permata dan Taman Intan adalah tercapai
kerana melalui objektif kajian pertama ini saya dapat mengetahui jumlah migrasi masuk
ke kawasan kajian.
Selain itu, objektif kajian kedua saya iaitu menghuraikan peranan kerajaan dalam
mempengaruhi migrasi masuk ke kawasan perumahan di Kampung Bentong, Taman Sri

Kluang, Taman Permata dan Taman Intan juga tercapai kerana saya dapat mengetahui
faktor-faktor yang dilakukan oleh kerajaan untuk menggalakkan migrasi masuk ke
kawasan kajian. Antara peranan kerajaan dalam menggalakkan migrasi masuk ialah
mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan di negeri Johor yang terdiri daripada pelbagai
sektor seperti sektor primer, sektor sekunder dan sektor tertier. Selain itu, kerajaan juga
telah menyediakan pelbagai infrastruktur dan utiliti yang baik dan moden untuk
masyarakat. Kemudahan sosial juga seperti perubatan dan pendidikan disediakan oleh
kerajaan untuk menggalakkan migrasi masuk ke negeri Johor.
Seterusnya, objektif kajian ketiga saya iaitu mrnghuraikan perubahan sosioekonomi
penduduk setempat akibat migrasi di Kampung Bentong, Taman Sri Kluang, Taman
Permata dan Taman Intan juga tercapai kerana saya dapat mengetahui perubahan yang
dialami oleh penduduk yang migrasi ke Johor. Penduduk yang migrasi ke Johor
mengalami perubahan taraf hidup akibat daripada peluang pekerjaan yang disediakan.
Pelbagai peluang pekerjaan yang disediakan di negeri Johor telah menggalakkan kuasa
beli penduduk kerana memperoleh pendapatan yang tinggi. Penduduk juga dapat
perubahan dari segi pemilikan barang dan harta selepas berhijrah ke negeri Johor. Hal ini
perubahan kualiti hidup selepas berhijrah ke negeri Johor semakin tinggi.
Objektif kajian keempat saya iaitu menjelaskan kesan yang timbul akibat migrasi
masuk ke kawasan Kampung Bentong, Taman Sri Kluang, Taman Permata dan Taman
Intan juga tercapai. Hal ini saya dapat mengetahui kesan yang berlaku kepada penduduk
yang migrasi ke negeri Johor. Terdapat dua kesan yang utama iaitu kesan kepada alam
sekitar manusia dan kesan ke atas alam sekitar fizikal. Kesan ke atas alam sekitar
manusia ialah pelbagai gejala sosial berlaku terutama dalam kalangan remaja. Selain itu,
sikap individualistik juga merupakan kesan ke atas alam sekitar manusia kerana
masyarakat sibuk dengan kerjaya masing-masing. Pertembungan budaya merupakan
kesan alam sekitar manusia yang terakhir kerana penduduk yang migrasi ke Johor tidak
biasa dengan adat-adat dan budaya yang diamalkan di negeri Johor. Hal ini menyebabkan
perselisihan faham antara masyarakat. Manakal kesan ke atas alam sekitar fizikal pula
ialah pencemaran air yang berlaku akibat sisa kumbahan sungai yang dibuang ke dalam

sungai. Selain itu, pencemaran sampah sarap yang menyebabkan pelbagai penyakit
timbul seperti racun tikus. Akhir sekali, pencemaran udara akibat pelepasan asap-asap
kilang yang tidak ditapis menyebabkan masyarakat tidak mendapat bekalan udara yang
bersih dan kesukaran bernafas.
Seterusnya, pelbagai langkah boleh dilakukan oleh kerajaan negeri Johor untuk
mengawal masalah-masalah yang berlaku seperti pencemaran udara, pencemaran sampah
sarap dan pencemaran air. Masalah-masalah ini boleh memberi impak yang besar kepada
manusia dan alam sekitar. Bagi mengawal masalah ini kerajaan hendaklah
memperkasakan undang-undang seperti mengenakan denda atau menahan premis-premis
yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Dengan adanya undang-undang
sebegini semua premis atau kilang akan mengambil langkah-langkah yang efektif untuk
mengawal pencemaran-pencemaran tersebut seperti memasang alat penapis asap di
serombong-serombong kilang.

Kesimpulannya, semua penduduk di negeri Johor haruslah bersatu padu bagi


menjaga keamanan negeri serta negara. Hal ini demikian kerana, nilai murni kita sebagai
rakyat Malaysia yang sentiasa ramah mesra, tolong-menolong sentiasa menjadi ikutan
oleh negara asing. Oleh itu, masalah-masalah yang boleh mengundang perpecahan
penduduk haruslah dielakkan agar Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aman, damai
dan selamat. Oleh itu, kita haruslah cinta akan negara kita Malaysia dan cinta akan alam
sekitar kita.

You might also like