You are on page 1of 3

40 Tanda-tanda Anda Terkena Sihir Dan CARA

MENGATASI GEJALA SIHIR


pada 10hb September 2012 jam 6.58 ptg
DEFINISI SIHIR

Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin
dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun
meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka.
Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di
dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T.
melarang manusia melakukannya.

Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang
tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang
misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat
mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan
mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.

Jenis-jenis sihir adalah :--Sihir Rumahtangga/Perceraian-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir


Tipuan Pandangan/Silap Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir
Penyakit Anggota Badan-Sihir Penghalang Pernikahan.

Tanda-tanda Terkena Sihir


1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2. Badan terasa berat dan malas.
3. Sukar mendapat jodoh.
4. Badan terasa bisa-bisa.
5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6. Sukar tidur malam.
7. Sakit pinggang tanpa sebab.
8. Sakit dada bila waktu asar keatas.
9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11. Bermimpi di tempat tinggi.
12. Bermimpi di tempat yang kotor.
13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15. Bayi kerap menangis.
16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.


18. Malas beribadat.
19. Nyanyuk ketika usia lanjut.
20. Panas baran.
21. Sikap berubah secara mendadak.
22. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
23. Suka melakukan tabiat buruk.
24. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
25. Kerap keguguran.
26. Gagal melakukan hubungan kelamin.
27. Mengantuk bila dengar al-quran.
28. Bermimpi seram yang menakutkan.
29. Darah haid turun lebih 15 hari.
30. Batuk yang berpanjangan.
31. Selalu ditindih ketika tidur.
32. Kuat berangan.
33. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
34. Nafsu seksual yang melampau.
35. Selalu melihat kelibat dirumah.
36. Terasa diri selalu diperhatikan.
37. Mandul.
38. Kerap mendengar sesuatu bisikan.
39. Melihat jin secara terus.
40. Sakit mental atau gila.
CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau
spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada
penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa
peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat
fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang
terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa
terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguhsungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat
dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci
bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah,
tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir
daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa
Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :1.)

Surah Al-Baqarah 2 : 1-6

2.)

Surah Al-Baqarah 2 : 255-257

3.)

Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Insyaallah sembuh

You might also like