You are on page 1of 2

Kadar Nisab

Para ulama Hijaz yang terdiri daripada Malik, Shafii dan Ahmad Ibn Hanbal telah
bersetuju bahawa kadar nisab bagi barang-barang curian yang terdiri daripada
emas dan emas tetapi mereka berbeza pendapat bagi barang-barang curian
yang selain daripada emas dan perak. Kedudukan kadar tersebut adalah seperti
yang ditunjukkan di dalam Jadual 1:

Jenis Barang Curian


Emas

Perak

Bukan

(E) -

(P) -

Emas

Dinar

Dirham

Dinilai

10

10 (P)

Malik

3 (P)

Al-Shafii

(E)

Ulama

Abu
Hanifah

Nilai Malaysia (RM)


dinilai dengan:
Emas

Perak

(Dinar)

(Dirham)

RM834

RM20

RM208.5
0
RM208.5
0

RM5
RM5

Jadual 1
Dari jadual 1, dapat dibuat beberapa kesimpulan seperti berikut:
1. Malik, Shafii dan Ahmad telah sependapat bahawa kadar nisab bagi barangbarang emas ialah dinar dan nisab bagi barang-barang perak bersamaan 3
dirham. Pendapat ketiga-tiga mazhab ini berdasarkan kepada hujah-hujah
berikut:
a. Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r. bahawa ia telah mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Tidak dipotong tangan pencuri melainkan pada kadar yang
mencukupi dinar atau lebih.
b. Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w
telah mengenakan hukuman potong terhadap pencuri perisai yang
berharga 3 dirham.
c. Amalan para sahabat dan Khulafa Rashidin mereka telah
menjatuhkan hukuman potong pada kadar 3 dirham atau dinar.
2. Manakala Abu Hanifah berpendapat bahawa kadar nisab harta curi itu ialah
10 dirham atau dinar. Ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang
dinyatakan oleh Baihaqi dan al-Tahawi daripada Muhammad bin Ishaq
daripada Ayyub bin Musa, Ata dan Abbas dengan katanya yang bermaksud :

Sebenarnya harga perisai pada zaman Rasulullah s.a.w ialah 1 dinar atau
10 dirham.
Sumber Rujukan:
1) Kajian - Makalah Iktilaf al-Hadith: Ketentuan Potong Tangan Bagi Pencuri
Berdasarkan Kadarnya Halaman: 3,4,5,8.
2) Kajian BABIII: Tinjauan Hukum Islam Terhadap Sanksi Penyelenggaraan
Ibadah Haji Khusus Yang Tidak Memberangkatkan Jamaah Haji Di
Indosenia. halaman: 42-51

You might also like