You are on page 1of 1

Apa itu Dinar dan Dirham ?

Salam semua,

Tahukah anda, Dinar dan dirham adalah mata wang Islam sejak zaman Rasulullah
S.A.W lagi.

Apakah itu Dinar ?


Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai
berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 2.975
gram.

Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan
di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’

1 dinar = 4.25g x 7 = 29.75g


10 dirham = 29.75g / 10 = 2.975g

Jadi unit ukurannya adalah :


1 dinar = 4.25g
1 dirham = 2.975g

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW
telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh
digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda
dengan menyimpan emas dan perak.

Inflasi sifar selama 1400 tahun.

Harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham; hari ini, 1400 tahun
kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham.

1 Dinar di zaman itu boleh beli seekor kambing, begitu jugalah sekarang.

You might also like