You are on page 1of 21

1

1.0 PENDAHULUAN

Dalam kertas kerja ini, kami akan memfokuskan tentang kesenian Islam dalam aspek
mata wang. Banyak tinggalan sejarah Islam yang meninggalkan kesan dan tamadun Islam
telah lama wujud dengan pelbagai tinggalan sejarah. Dalam kertas kerja ini juga, kami
akan memfokuskan tentang mata wang seperti dirham dan dinar yang wujud sebelum
Islam, zaman Rasulullah SAW, zaman Khulafa’ al-Rasyidin, zaman Umayyah, zaman
Abasiyyah seterusnya pada zaman Uthmaniyyah dan zaman-zaman selepasnya.

Banyak aspek yang dapat dibincangkan di sini iaitu mengenai sejarah kewujudan
mata wang itu sendiri sama ada berkaitan dengan sejarah dinasti pemerintahan, tempat,
reka bentuk, tahun dan sebagainya. Kegemilangan mata wang dapat dikaji hasil daripada
seni dan reka bentuk mata wang yang menggambarkan tentang sesuatu dan mempunyai
maksud yang tersirat.
2

2.0 MAKSUD MATA WANG DINAR DAN DIRHAM

Dinar dalam peradaban Islam merupakan salah satu unit mata wang syiling yang ditempa
oleh orang Islam dan ianya dipakai sejak zaman permulaan Islam lagi. Perkataan dinar
berasal daripada denarius dalam bahasa-bahasa Greek dan Latin dan kemungkinan juga
dalam bahasa Parsi yang diambil daripada bahasa Aramic dan memberi erti unit mata
wang perak atau emas yang diguna oleh orang Roman. Daripada bahasa Greek atau Parsi,
perkataan ini memasuki bahasa Arab lama sebelum Islam. Perkataan dinar disebut dalam
al-Quran dalam Surah al-Imran ayat 75 yang bermaksud:

“ Dan di antara ahli kitab, ada orang yang jika kamu mempercayainya dan
amanahkan dia menyimpan harta yang banyak, ia akan mengembalikannya (dengan
sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang jika engkau amanahkan
menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali jika engkau
selalu menuntutnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mengatakan tidak ada
jalannya bagi yang menanggung dosa mengenai orang-orang yang ummi dan mereka
selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengentahui (bahawa mereka
berdusta ).”

Dirham pula diperbuat daripada perak dan diambil daripada nama unit mata wang
perak yang diguna oleh orang Sasan di Persia. Dirham juga berasal daripada perkataan
Yunani iaitu drachma Dirham yang mempunyai dua pengertian iaitu timbangan dan mata
wang. Dari segi timbangan, dirham asal yang digunakan di negara Islam sukar untuk
dibandingkan dengan sistem metrik sekarang.
3

2.1 MATA WANG SYILING SEBELUM ISLAM

Mata wang syiling telah mula digunakan sebelum Islam. Penggunaan syiling emas dan
perak dipercayai telah bermula pada abad ke-6 SM. Raja Lydia (560-546 S.M) dikatakan
orang pertama yang menempa mata wang syiling daripada kedua-dua logam tersebut.
Semenjak dari itu, syiling emas dan perak telah ditempa sebahagian besar bahagian dunia
oleh orang Greek disebabkan kepentingan perdagangan yang memerlukan pertukaran dan
juga kerana kemegahan. Pelbagai motif yang tertera pada mata wang syiling yang
ditempa. Terdapat gambar-gambar binatang seperti singa, kura-kura, penyu,
burung hantu dan burung helang. Ada juga tempaan yang berbentuk kepala dewa-
dewa yang menjadi sembahan mereka yang menghiasi syiling.

Keadaan demikian berterusan dan berlanjutan sehinggalah kemunculan Alexander


the Great pada abad ke-4 S.M. Dari Macedon hingga ke Babylon, syiling-syiling emas
dan perak ditempa dengan motif ukiran dan berat yang serupa, dihiasi keseluruhannya
dengan gambar-gambar dewa seperti Apollo dan Zeus atau Heracles dan Athena. Selepas
daripada kematia Alexander, gambarnya pula yang menjadi hiasan pada syiling. Syiling-
syiling pada zaman ini jarang dihiasi dengan gambar-gambar pemerintah yang masih
hidup dan berkuasa. Akan tetapi, pada abad ke-3 S.M, syiling emas tidak banyak yang
ditempa. Perak merupakan logam utama mata wang syiling di wilayah-wilayah yang
dikuasai oleh pengganti-pengganti Alexander dengan menggunakan piawai berat yang
serupa seperti yang telah ditetapkan oleh penakluk dunia kecuali di Mesir yang masih
berpegang kepada piawaian sendiri dan masih menempa syiling emas.

Kekuasaan Roman ke atas wilayah-wilayah kekuasaan Greek berlaku kira-kira


akhir abad ke-3 S.M terutama di Timur Tengah telah merubah keadaan. Hampir
keseluruhan mata wang syiling yang ditempa di daerah-daerah yang dahulunya dikuasai
oleh orang Greek kini diperbuat daripada gangsa manakala syiling perak hanya ditempa
4

dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja seperti di Mesir dan Syria. Semuanya dihiasi
dengan terapan kepala maharaja-maharaja Roman ataupun wira-wira tempatan. Beberapa
wilayah di Anatolia dan Afrika yang tunduk kepada Roman juga dibenarkan menempa
syiling emas buat sementara waktu sebelum diserapkan ke dalam Empayar Roman. Di
Judea, orang Yahudi dibenarkan menempa mata wang syiling mereka sendiri yang
diperbuat daripada tembaga dengan hiasan lambang-lambang agama Yahudi seperti
mangkuk arak, buah-buahan dan pokok tamar. Pada abad terakhir sebelum masihi,
gambar wajah pemerintah Yahudi sendiri juga ditempa di samping gambar tempat
meletak lilin bercabang tujuh atau menorah.

Pada abad ke-2 S.M, orang Roman telah memperkenalkan mata wang syiling
denarius yang ditempa daripada perak dan menjadi mata wang utama di Tengah dan
Barat Laut Tengah. Pada masa yang sama, di sebelah Timur pula mereka telah
membenarkan penggunaan mata wang syiling emas tempatan seperti yang ditempa di
Macedon atau syiling perak yang dikeluarkan di Athen dan Anatolia. Pada tahun 80 S.M,
mereka telah menghentikan pengeluaran syiling gangsa buat sementara waktu. Pada
tahun 46 S.M, syiling denarius daripada emas mula ditempa di Rome semasa
pemerintahan Caesar.

Perpecahan Empayar Roman kepada Empayar Roman Barat yang berpusat di


Rome dan Empayar Roman Timur yang berpusat di Constantinople pada tahun 395 M.
Mata wang yang berasaskan denarius orang Roman atau mata wang emas yang
diperkenalkan oleh Constantine yang dikenali sebagai solidus. Syiling Byzantium juga
dihiasi oleh teraan gambar maharaja memakai mahkota, baju atau topi besi yang dihiasi
salib. Di Iraq dan Iran serta daerah kekuasaan Parsi sebelum Islam, penggunaan mata
wang syiling dipercayai bermula selepas diperkenalkan di Lydia pada abad ke-6 S.M.
Pada mulanya, orang Parsi menempa syiling emas yang dikenali dengan nama daric dan
syiling perak yang dikenali siglos. Kedua-duanya mempunyai hiasan yang serupa di
bahagian hadapan iaitu gambar maharaja duduk melutut memegang busur panah di
5

tangan kanan dan lembing di tangan kiri. Manakala bahagian belakangnya pula tidak
mempunyai apa-apa hiasan.

Namun begitu, selepas orang Parthians berkuasa pada pertengahan abad ke-3 M,
mereka banyak menempa syiling perak yang dipanggil drachma, dan tembaga dengan
gambar maharaja yang memerintah di bahagian hadapan dan gambar Arcases iaitu
pengasas dinasti yang memegang busur di bahagian belakang.

2.2 MATA WANG SYILING SELEPAS KEDATANGAN ISLAM

2.2.1 MATA WANG SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN RASULULLAH S.A.W

Selepas pemerintahan Islam bermula dan tertegak di Madinah, mata wang emas
Byzantium yang dipanggil solidus manakala mata wang perak Sasan yang dipanggil
drachm terus diguna pakai. Mata wang-mata wang tersebut masih terus digunakan dalam
urusan seharian semasa zaman Rasulullah s.a.w di Semenanjung Arab terutamanya di
Makkah dan Madinah.

Semasa pemerintahan Rasulallah s.a.w, tiada perubahan yang dilakukan terhadap


mata wang syiling. Ini disebabkan oleh Rasulullah s.a.w lebih menumpukan kepada
penyebaran dan pengukuhan agama Islam yang menitikberatkan kepada pembinaan
ummah dan dakwah Islamiyyah di Semenanjung Arab. Masyarakat Arab sebelum
kedatangan Islam lagi telah mengenali mata wang syiling emas Byzantium sebagai dinar
dan mata wang syiling perak Sasan sebagai Dirham.
6

Ketika pemerintahan Baginda, emas dan perak telah menjadi pertukaran di


Semenanjung Arab tetapi ada juga yang membuat urusniaga menggunakan bentuk
jongkong emas. Sesetengah pedagang yang miskin hampir tidak mengenali nilai harga
emas dan begitu juga dengan pahlawan Arab tidak mengetahui nilainya dan menukar
warna kuning (emas) dengan warna putih (perak) dalam kuantiti yang sama. Manakala di
Makkah, nilai harga emas adalah rendah disebabkan emas mudah didagangkan atau
dibawa dan disembunyikan berbanding dengan perak.

Namun begitu, menurut sunnah bahawa ia dikira satu hukum yang dikenali
sebagai taqrir yang boleh dilakukan kerana Nabi Muhammad s.a.w tidak membantah
ataupun menggalakkannya. Ketika itu juga, kaum muslimin terus menggunakan dinar
Romawi dalam bentuk cop dan gambar asli sepanjang hidup Rasulullah s.a.w.
Walaubagaimanapun telah berlaku perbezaan dirham Parsi yang dibuat dalam bentuk
berat 20 qirat atau berat 12 qirat atau 10 qirat.

Keadaan mula berubah apabila Nabi Muhammad s.a.w dipilih sebagai rasul.
Dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai mata wang rasmi dalam urusniaga sektor
ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi memudahkan urusniaga dan reka bentuk yang
berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar dan dirham.

2.2.2 MATA WANG PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN

Pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar r.a (11-13H), kedudukan mata wang dinar
dan dirham di Semenanjung Arab tidak mengalami sebarang perubahan malahan
menggunakan mata wang yang sedia ada pada zaman Rasulullah s.a.w. Ini kerana Saidina
Abu Bakar terpaksa menyelesaikan dan menguruskan perkara yang penting selepas
kewafatan Nabi Muhammad s.a.w terutamanya dalam memerangi mereka yang enggan
7

membayar zakat atau al-Riddah. Selain itu, tempoh pemerintahan beliau adalah singkat
iaitu selama 2 tahun 4 bulan menyebabkan beliau tidak sempat memberi perhatian kepada
soal mata wang tersebut malah masih mengekalkan gambar Maharaja Sasan melainkan
ditambah pada sesetengahnya dengan mengukir perkataan tauhid huruf kufi kalimah

‫ الحممد ل‬atau ‫ محممد رسمول ل‬dan ‫ لاله ال ال وحده‬atau ‫ بسمم ال ربمى‬pada mata wang
tersebut.

Saidina Umar r.a yang merupakan khalifah kedua selepas Saidina Abu Bakar r.a
juga tidak membuat sebarang perubahan pada mata wang dinar ketika permulaan
pemerintahannya. Menjelang tahun 18 Hijrah, beliau telah memperkenalkan dirham
Islam yang masih lagi dalam bentuk Sasan dengan ukiran-ukirannya, cuma ditambah

sedikit lambang tauhid kepada Allah s.w.t dengan tulisan Kufi seperti ‫بسممم ال‬
(Bismillah ), ‫ الحمدل‬,‫بسم ال ربي‬dan sesetengahnya pula ditulis dengan kalimah ‫محمد‬
‫رسمول ل‬. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan
ini masih kekal diguna pakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6 peratus atau 22
karat seberat 4.25 gm manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gm. Saidina
Umar r.a. merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menyeragamkan standard
mata wang tersebut mengikut 7 dinar haruslah sama dengan 10 dirham.

Pada zaman pemerintahan Saidina Uthman pula, beliau telah menerbitkan dirham
dalam bentuk sebagaimana yang telah dibuat oleh Saidina Umar al-Khattab. Beliau tidak
membuat perubahan yang ketara pada wang dinar. Apa yang telah dilakukan hanya
menambahbaikkan pada tempat wang itu dicipta, tarikh ia dikeluarkan dengan

menggunakan huruf Bahlawiyyah ( Parsi ) umpamanya ,‫ال‬ ‫ بسم ال ربى‬, ‫ بركة‬, ‫بسم ال‬
‫ال ا كبر‬.
8

Manakala pada pemerintahan Saidina Ali r.a pula, wang-wang dirham dicipta
mengikut dirham seperti pada zaman Khalifah Saidina Uthman iaitu dengan
menggunakan kalimah-kalimah dan perkataan kufi seperti Bismillahi Rabbi dan Rabbi
Allah.

Apa yang dapat dilihat di sini bahawa dinar atau mata wang pada zaman
Rasulullah s.a.w tidak mengalami perubahan yang ketara dan hanya mengekalkan pada
tempaan pada zaman-zaman yang sebelumnya. Nilai-nilai Islam yang telah diterap pada
mata wang melambangkan identiti keislaman yang telah wujud.

2.2.3 MATA WANG PADA ZAMAN KERAJAAN UMAYYAH ( 661-750M )

Perkembangan mata wang pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin diteruskan lagi pada
pemerintahan Umayyah oleh Khalifah Muawiyah. Abu Sufyan yang merupakan pengasas
pertama Dinasti Umawi yang berpusat di Damsyik dikatakan telah mengeluarkan dan
menempa syiling emas dengan dihiasi oleh gambarnya sebagai khalifah yang sedang
memegang pedang. Disamping itu, usaha ke arah mewujudkan wang dirham juga
dilakukan pada zaman pemerintahan Umayyah yang bermula sejak pemerintahan
Muawiyah supaya mengikut reka bentuk wang Kerajaan Sasan (Parsi) di Iraq dengan
meletakkan beberapa lambang tauhid seperti mana yang telah berlaku pada zaman
Khulafa’ al-Rasyidin (Maqrizi Taqiyuddin Ahmad Ibn Ali 1967 : 9).

Tindakan–tindakan yang telah dilakukan oleh khalifah pada zaman ini boleh
dianggap sebagai percubaan awal untuk menempa mata wang Islam dengan jati diri yang
tersendiri. Abdullah bin Ibn Zubair yang diakui sebagai khalifah sementara di Makkah
dan Madinah serta Iraq dan Mesir telah menempa dirham yang berbentuk bulat antara
tahun 61H-73H. Beliau juga merupakan orang pertama yang memperkenalkan dirham
9

berbentuk bulat serta turut menempa dirham dengan menera ungkapan ‫محمد رسول ال‬
pada bahagian hadapan dan perkataan ‫اممر ال بالوفمأ والعدل‬ pada bahagian belakang.
Pada tahun 70H, adiknya Mus’ab yang menjadi gabenor Iraq menempa dirham mengikut

acuan drachm Sasan dan menerakan padanya perkataan ‫ بركة‬dan ‫( ال‬al-Baladhuri 1987
: 653).

Kemuncak kepada usaha menempa mata wang dengan identiti dan jati diri Islam
yang tersendiri berlaku pada zaman Khalifah Abd al- Malik bin Marwan yang memegang
tampuk pemerintahan bermula dari tahun 65 Hijrah hingga tahun 81 Hijrah. Beberapa
percubaan telah dibuat untuk tujuan tersebut selain daripada kejayaannya mengalahkan
Mus’ab Ibn Zubair Abdul Malik Ibn Marwan pada tahun 73H dan meletakkan dunia
Islam di bawah satu pemerintahan oleh Dinasti Umawi. Usaha-usaha ini tidak terbatas
hanya dengan menambah perkataan atau ungkapan yang bersifat Islam pada syiling yang
ditempa dengan menggunakan acuan-acuan Byzantium atau Sasan seperti sebelum ini
walaupun ia masih diteruskan.

Perubahan mata wang syiling yang diperkenalkan oleh Khalifah Abd Malik
menunjukkan Islam sebagai ikon yang menghilangkan lambang-lambang atau imej-imej
dan simbol musuh yang dijajah dan sesetengah daripadanya diganti dengan lambang-
lambang lain. Ini dapat dilihat pada penggunaan mata wang yang telah mengalami
evolusi dan beliau telah berjaya mencipta mata wang khas yang bebas dari pengaruh Rom
dan Parsi serta beliau telah mencipta wang daripada dinar dengan memiliki cirri-ciri
keislaman. Contohnya, semenjak tahun 72H teraan salib yang terdapat pada mahkota
atau topi besi maharaja Byzantium dalam dinar telah dibuang. Begitu juga dengan teraan
salib yang lain (Suhaida Abu Bakar 2006 : 13-15).
10

Ukiran pada mata wang dinar mengalami perubahan yang ketara yang dibuat
berdasarkan mata wang Islam dengan membuang segala bentuk gambar yang tidak
Islamik seperti mata wang yang terdahulu dengan digantikan dengan tulisan Arab

menurut kufi yang terdiri daripada kalimah ‫ال‬ ‫بسم ال ل ال ال وحده محمد رسول‬ pada
bahagian belakang yang jelas memberi sifat Islam kepada mata wang tersebut.
Sebahagian daripada syiling dirham telah dihiasi dengan teraan gambar tombak atau
lembing dan panji-panji mihrab atau gambar khalifah diapit oleh dua orang pengawal
pada bahagian belakang atau gambar tiga orang sedang bersembahyang bagi
menggantikan teraan gambar tempat penyembahan api agama Majusi pada syiling Sasan.

Kira-kira pada tahun 74H, gambar khalifah berdiri menyandang pedang telah
ditera pada bahagian hadapan mata wang dinar dan dirham atau fals bagi mengantikan
gambar maharaja Byzantium dan juga maharaja Sasan. Pada masa yang sama, terdapat
gabenor-gabenor di wilayah-wilayah Daulah Umayyah yang mengambil inasiatif
menempa fals dan sesetengah dirham memasukkan ungkapan-ungkapan yang bersifat
Islamik.

Pada akhir tahun 77H, Khalifah Abd al-Malik b. Marwan telah mengeluarkan
tempaan baru mata wang dinar yang berbeza sama sekali daripada mata wang-mata wang
yang ditempa sebelum ini. Tempaan yang dibuat dan digantikan dengan tulisan Arab

dalam huruf Kufi yang terdiri daripada kalimah syahadah ‫ل اله ال ال وحده ل شريك له‬
pada bahagian hadapan serta dikelilingi dengan kata-kata dalam huruf yang serupa tetapi

lebih halus ‫سنة‬...‫بسم ال ضرب هذا الدينر ب‬... dengan menentukan tempat dan tarikh
tempaan mata wang itu dibuat. Pada bahagian belakang pula ditera dengan sebahagian
besar daripada ayat-ayat al-Quran, surah al-Ikhlas dan surah Taubah ayat 33.
11

Selain itu, beliau juga telah menghapuskan gambar-gambar haiwan pada mata
wang dinar untuk digantikan dengan lafaz-lafaz Islam. Lafaz-lafaz Islam yang dicetak itu

seperti “ ‫( ’’ ال احد‬Allah yang Esa) dan “ ‫( ’’ال بقأ‬Allah itu Kekal Abadi) serta gambar
manusia tidak digunakan lagi. Manakala pada sisinya diberi tulisan “ ‫ ’’ لاله ٳل ال‬pada
sisi sebaliknya terdapat tarikh percetakan serta nama khalifah atau wali (gabenor) yang
memerintah, kalimah syahadah Nabi saw, satu ayat al-Quran atau lafaz yang
menggambarkan kebesaran Allah s.w.t. Begitu juga dengan mata wang dirham sehingga
bentuknya agak unik serta dapat dilihat tarikh yang ditulis pada mata wang dengan tahun
hijrah.

Pembaharuan terakhir yang dibuat oleh Khalifah Abd al-Malik bin Marwan tidak
hanya terbatas pada penampilan luaran mata wang semata-mata tetapi juga
mengambilkira pada piawaian berat syiling yang ditempa terutama yang melibatkan dinar
dan dirham. Dinar yang ditempa sebelum perubahan yang dibuat oleh khalifah Abd Malik
mempunyai berat yang tidak jauh berbeza dengan berat solidus Byzantium iaitu antara
4.50 g dan 4.35 g. Berat dinar yang baru ditempa bersamaan dengan 4.25 g. Begitu juga
dengan berat drachm Sasan yang asalnya bersamaan dengan 4.15 g manakala dirham
yang ditempa bersamaan 3.98 g. Namun begitu, Khalifah Abd Malik telah menetapkan
supaya berat dirham baru ialah bersamaan dengan 2.97 g.

Berat piawai inilah yang menetukan bayaran-bayaran zakat dan cukai-cukai lain
sebelum zaman Abd Al- Malik lagi. Menurut Ibn Khaldun, berat piawaian pada masa itu

hanya ada dalam perkiraan pemikiran (‫الذهمن‬ ‫)فمي‬ tetapi tidak ada dalam bentuk mata
wang. Namun begitu, Abd Malik telah membawa pembaharuan dalam bentuk mata wang

(‫الخرج‬ ‫)فمي‬ dengan menempa syiling-syiling dinar dan dirham (ensiklopedia ekonomi
Islam jil.2)
12

Penyelarasan piawaian berat ini merupakan faktor utama yang mendorong


Khalifah Abd Malik bin Marwan melaksanakan perubahan mata wang semasa
pemerintahannya. Selain itu, perbezaan besar yang berlaku dalam timbangan dan ukuran
yang wujud telah menyukarkan lagi masyarakat pada masa itu untuk berurusan dengan
wilayah lain yang melibatkan jizyah, cukai dan zakat. Ia juga bertujuan untuk menjaga
kebebasan ekonomi negara disebabkan wilayah Islam semakin luas.

Tempat penempaan wang Dinar yang terkenal pada Zaman Umayyah ailah Dar
Dharbi yang merupakan tempat rasmi penempaan wang dinar dan ada pendapat yang
mengatakan bahawa Hajjaj merupakan orang yang pertama memperkenalkan Dar Dharbi
di wilayah Islam seperti Baghdad, Damsyik, Basra dan Andalus dan ditentukan
timbangannya emas dan perak adalah 1/10.

Sepanjang pemerintahan Bani Umayyah, tidak ada khalifah yang cuba meminda
atau merubah bentuk serta membuang atau menambah ayat-ayat al-Quran serta ungkapan
yang ditera pada mata wang syiling dinar dan dirham seperti yang telah dibuat oleh
Khalifah Abd Malik. Keadaan ini berterusan hinggalah pada zaman Kerajaan
Abbasiyyah.

2.2.4 MATA WANG PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH ( 752M-1258M )

Pada zaman Pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah, usaha-usaha untuk mengeluarkan mata


wang dinar dan dirham diteruskan seperti yang telah dijalankan dan dilaksanakan oleh
Kerajaan Umayyah sebelum ini. Akan tetapi, setelah kerajaan Abbasiyyah mulai lemah
akibat pelbagai peperangan dan perpecahan yang serius di antara orang Islam sedikit
sebanyak telah memberi ruang kepada musuh untuk mempengaruhi ekonomi Negara.
Urusan Negara juga dimonopoli oleh orang-orang Turki dan wang Negara banyak
13

digunakan oleh projek-projek mewah di mana kerajaan memerlukan belanja yang besar
untuk tujuan tersebut. Maka sejak itu, gejala penipuan wang-wang dirham muncul semula
menyebabkan wang-wang dirham palsu mengambil tempat dalam masyarakat ketika itu.
Selepas itu, timbul pula masalah inflasi yang menyebabkan turunnya nilai mata wang ke
peringkat yang paling rendah.

Sejarah penggunaan mata wang pada zaman Abbasiyyah telah menyaksikan


berlaku pengurangan dalam timbangan mata wang dan juga berlaku penipuan terhadap
mata wang bermula daripada zaman pemerintahan Abu Jaafar al-Mansur Ubaidullah ibn
Ziyad (763-775M). Beliau dikatakan orang yang pertama mengeluarkan mata wang palsu
pada tahun 64H sehingga tersebar ke seluruh pelusuk kerajaan Bani Buwaih dan Bani
Saljuk. (Al-Maqrizi 1967 : 21).

Namun begitu, status dinar berubah tatkala pemerintahan Ibn Tulun apabila beliau
telah mengeluarkan dinar emas semula yang dikenali sebagai al-Ahmadiyah yang awal
menekankan kepada keaslian dan bentuknya yang asal. Pada zaman ini nilai tukaran dinar
dan dirham ialah 1 : 15 iaitu 1 dinar bersamaan 15 dirham. Ini adalah salah satu usaha
beliau untuk meningkatkan ekonomi disamping militeri di zaman beliau.

Namun begitu, status dinar telah berubah ketika pemerintahan al-Malik al-Zahir
Barqaq, mata wang fulus telah mengambil alih dan berkembang sehinggalah ia menjadi
transaksi utama menggantikan dinar, menyebabkan fulus pada masa itu sebagai mata
wang utama. Segala nilai barang dan perkhidmatan dirham dengan menggunakan fulus
dinar dan dirham hanya ditukar untuk mendapatkan fulus. Pada zaman tersebut jugalah
penggunaan mata wang dikawal ketat dan mutu logamnya dijaga melalui perbatasan
tempat penempaan mata wang sehingga syiling-syiling tempaan mereka amat terkenal
dan wujud dengan meluas.
14

Oleh itu, secara umumnya dapat dikatakan bahawa pada zaman Abbasiyyah ini
boleh dibahagikan kepada 2 keadaan iaitu pertama berlaku pengurangan dalam
timbangan dirham dan dinar. Manakala keadaan kedua pula ialah kelemahan khalifah
dalam pemerintahan mereka sehingga ianya dapat dikuasai oleh orang lain dalam
pentadbiran negara dan juga banyak tanggungjawab ke arah lain sehingga masyarakat
menumpukan pada kesenangan sehingga tidak mengendahkan mengenai mata wang. Hal
ini memberi peluang kepada kemasukan wang tambahan sehinggalah berlaku penipuan
pada dirham yang dicampurkan dengan tembaga.

2.2.5 MATA WANG ZAMAN KERAJAAN FATIMIYYAH

Kerajaan Fatimiyyah merupakan kerajaan kecil yang mengisytiharkan kerajaannya


sebagai khalifah yang bebas merdeka daripada pemerintahan Abbasiyyah. Ia berkuasa di
Afrika Utara, Mesir dan Suriah. Kerajaan ini lahir dari gerakkan Ismailiyyah pada abad
ke-3. Walaupun kerajaan Fatimiyyah mempunyai sumbangan yang banyak terutama
kepada aspek pembangunan tamadun material Islam, namun era tersebut jugalah yang
menyaksikan pelbagai masalah dan penyelewengan yang timbul. Antaranya dalam mata
wang Islam ketika itu. Semasa pemerintahan Fatimiyyah, penipuan terhadap wang
dirham berlaku secara berleluasa, yang menyebabkan harga perak jatuh menjunam.
Pernah disebutkan bahawa semasa pemerintahan al-Hakim bin Amrillah, nilai 1 dinar
bersamaan dengan 34 dirham.

Pada zaman pemerintahan Salahuddin al-Ayyubi (1138M-1193M) pula, jumlah


logam emas tidak mencukupi untuk dijadikan mata wang. Ianya berpunca daripada
peperangan yang di zaman tersebut antara perang Salib sehingga mata wang utama
kepada masyarakat pada masa itu ialah wang perak. Namun, wang tersebut bukanlah
15

perak yang tulen sebaliknya logam tersebut telah dicampurkan dengan logam-logam lain
yang menyebabkan mutunya makin menurun.
Semasa pemerintahan Mamalik (kerajaan Uthmaniyah), wang-wang fulus (wang
yang tidak ada nilai umpama satu sen) dikeluarkan secara berleluasa hinggakan wang ini
dijadikan wang utama sehingga ke zaman pemerintahan al-Zahir Barquq. Manakala mata
wang dirham sudah lenyap dalam pasaran. Antara punca-puncanya ialah banyaknya
logam perak di eksport ke Eropah, bertambahnya jumlah import tembaga daripada
negara-negara Eropah akibat daripada bertambahnya lombong-lombong tembaga di
kebanyakan wilayah Eropah, serta bertambahnya penggunaan barang-barang perak.

2.2.6 MATA WANG ZAMAN DAULAH UTHMANIYYAH ( 1299 M-1924 M )

Kerajaan Uthmaniyyah berasal daripada orang Turki yang memasuki Anatolia bersama-
sama tentera Saljuq pada suku terakhir abad ke-5H, keluarga Uthmani mula mengorak
langkah membangunkan imarah mereka sendiri di barat Anatolia. Selepas kejatuhan
Baghdad pada tahun 656H/1258M di tangan Monggol, Kerajaan Uthmaniyyah pula
mengambil alih pemerintahan. Sejak awal lagi, pemerintah-pemerintah Uthmani ini telah
mengeluarkan mata wang mereka yang terdiri daripada acke yang diperbuat daripada
perak. Mata wang ini pada awalnya banyak dipengaruhi oleh mata wang Ilkhan. Nama-
nama Khulafa’ al-Rasyidin telah diukir mengelilingi kalimah syahadah. Namun, sejak
tahun 782H, kalimah syahadah ini tidak lagi ditera pada mata wang. Pada waktu ini juga,
mata wang tembaga yang dikenali sebagai mangir telah dikeluarkan. Semua mata wang
ini telah dikeluarkan atas nama mereka sendiri tanpa menyebut mana-mana kuasa lain
mengatasi mereka. Tetapi, dalam tempoh kekalutan perang saudara yang dihadapi oleh
dinasti Uthmani selepas mereka dikalahkan oleh Timur Lang, terdapat mata wang
Uthmani yang dibuat atas nama Timur (Anwar Zainal Abidin 2002:44).
16

Pemerintah Uthmani pertama yang menera perkataan al-Sultan dalam mata wang
ialah Urkhan yang memakai gelaran ‫السلطان العظم‬atau ‫السلطان العدل‬Selepas Urkhan tiada
lagi pemerintah yang menera gelaran tersebut pada mata wang mereka sehinggalah
zaman Muhammad I yang telah menera gelaran tersebut pada tahun 816H, tetapi telah
ditinggalkan amalan tersebut. Gelaran al-Sultan ini hanya diguna pakai semula dalam
mata wang oleh Sultan Muhammad II selepas kematian Shah Rukh, pemerintah dinasti
Timur pada tahun 850H. Gelaran yang digunakan oleh beliau ialah ‫سملطان البريمن وخاقان‬
‫ البحرين السلطان بن السلطان‬dan ‫ضارب النضر وصاحب العز والنصر في البر والبحر‬yang menjadi ikutan
para sultan selepasnya untuk beberapa abad. Buat pertama kalinya, mata wang Uthmani
telah ditera dengan tughra atau cap mohor Sultan pada tahun 824H dan kemudiannya
telah menjadi ikutan (Anwar Zainal Abidin 2002:45).

Semua mata wang acke Uthmani telah ditempa dengan piawaian berat yang sama
iaitu 1.1g sehingga tahun 848H. Selepas itu, setiap kali mata wang baru ditempa, maka
beratnya akan dikurangkan. Pada tahun 882H, Sultan Muhammad II telah menempa
mata wang emas Uthmani yang pertama, dikenali sebagai sultani yang telah mengikut
berat piawai ducat yang dikeluarkan oleh Venice iaitu 3.52g. Pada era penaklukan Selim I
dan Saleyman I, mata wang tempatan seperti dinar ashrafi di Mesir dan syiling emas
dinasti Ziyan di al-Maghrib terus diguna pakai di samping penggunaan dinar sultani.
Namun selepas itu, nilai acke ini mengalami kejatuhan yang teruk serta mendatangkan
inflasi dan kesusahan. Ianya disebabkan oleh kemasukan perak berlebihan yang dibawa
oleh pedagang-pedagang Eropah yang membeli emas untuk dieksport ke negara mereka.

Semenjak tahun 1534M (955H), sistem mata wang yang digunakan pada masa ini
ialah standard emas dan perak atau dikenali sebagai standard bimetalisme. Kedua-dua
mata wang emas dan perak berada di pasaran sebagai transaksi utama dalam urusan
harian mereka. Sejak kerajaan Uthmaniyyah memegang tampuk pemerintahan pada tahun
955H bersamaan dengan tahun 1513 Masihi, sistem wang yang digunakan pada masa itu
17

ialah mengikut kaedah gabungan dua bentuk logam iaitu emas dan perak dengan nisbah 1
: 5.

Pada tahun 1839 Masihi, kerajaan Utmaniyyah telah mengeluarkan mata wang
baru dikenali sebagai Qa-I-Mah (Gaima) dalam bentuk wang kertas. Dan dalam tahun
1844 Masihi, sistem wang baru diperkenalkan sebagai al Majidi ( perak ) dan begitu juga
wang emas dinar.

Semasa pemerintahan Uthmaniyyah di Turki sistem penggunaan mata wang baru


bagi menggantikan mata wang logam emas dan perak dimulakan dan kekal hingga
Perang Dunia Pertama pada tahun 1914. Namun begitu apabila berlaku Perang Dunia
yang Pertama, kerajaan Turki mengisytiharkan bahawa satu-satunya bentuk mata wang
yang digunakan ialah wang kertas sahaja yang sah diperlakukan,manakala wang emas
dan perak dimansuhkan. Peraturan ini berkuatkuasa ke atas semua negeri-negeri di bawah
kuasa kerajaan Uthmaniyyah. Maka sejak tahun 1914 Masihi, penggunaan wang-wang
kertas di semua negeri-negeri adalah satu kemestian dan dijadikan mata wang asasi dan
tidak akan menerima sebarang perubahan. Ianya disebabkan oleh beberapa faktor
antaranya pemerintahan di bawah Mustafa Kamal dan kurangnya stok emas ketika itu
akibat pelbagai peperangan.

Setelah Perang Dunia 1 berakhir, emas dan perak digunakan kembali sebagai
mata wang tetapi hanya bersifat parsial (sementara). Selepas itu kerajaan Inggeris telah
cuba untuk kembali berpegang kepada sistem lindungan emas demi menjamin keutuhan
mata wang agar mantap dalam semua keadaan. Ketika negara Islam (Khilafah) di Turki
hancur pada tahun 1924, dinar dan dirham tidak lagi menjadi mata wang kaum muslimin.
Pada tahun 1925 hingga tahun 1971 jongkong-jongkong emas dijadikan sebagai
pelindung dan penaung kepada mata wang kertas.
18

Demikianlah usaha-usaha kerajaan Inggeris untuk cuba menerajui program ini


yang kemudiannya diikuti oleh negara Perancis pada tahun 1928 serta seluruh negara-
negara yang lain yang menggunakan sistem jongkong-jongkong emas.
19

PENUTUP

Dalam tempoh yang begitu lama, mata wang Islam baik yang ditempa daripada emas
(dinar) atau perak (dirham) dan juga pelbagai nama lain telah mengalami jatuh
bangunnya sama seperti nasib umat Islam. Suatu ketika dahulu, dinar Islam ini
merupakan salah satu mata wang utama di dunia dan ianya telah menjadi ikutan serta
ditiru oleh orang Eropah. Begitu juga dengan mata wang dirham yang tersebar luas dan
mempunyai permintaan tertinggi serta kesediaan orang ramai menerinanya sebagai mata
wang di timur dan utara Eropah. Tetapi, akhirnya nama dinar dan dirham ini hanya
tinggal kenangan walaupun terdapat beberapa buah negara lagi yang masih menggunakan
namanya untuk mata wang kertas mereka.

Di samping itu, pada zaman sebelum Islam dan zaman Islam sehingga ke zaman
pra-moden, mata wang ini mempunyai kaitan rapat dengan agama. Mata wang-mata
wang Greek dan Roman sebelum Kristian dipenuhi dengan lambang-lambang agama
seperti teraan gambar-gambar dewa dan juga wira mereka. Selepas Kristian, mata wang-
mata wang tersebut dihiasi pula dengan lambang-lambang Kristian seperti salib. Mata
wang Parsi pula dihiasi dengan tempat penyembahan api orang Majusi sementara mata
wang Yahudi dihiasi dengan menorah mereka. Orang Islam pula telah meletakkan
lambang-lambang Islam pada mata wang yang pertama dikeluarkan seperti kalimah
syahadah dan ayat-ayat al-Quran yang sesuai dalam bentuk tulisan yang unik kepada
peradaban Islam. Jadi, boleh dikatakan disini mata wang ini bukan sahaja digunakan
untuk urusniaga malah ianya boleh digunakan sebagai media dakwah dan propaganda.

Kesimpulannya, mata wang dan pengeluarannya berkait rapat dengan keadaan


dan kedudukan ekonomi sesebuah negara atau pemerintahan yang tidak dapat dipisahkan
daripada keadaan sekeliling baik secara positif atau negatif. Faktor-faktor dalaman seperti
pentadbiran yang baik dan politik yang stabil banyak mempengaruhi kejayaan sesuatu
mata wang.
20

RUJUKAN

Al-Ris Muhammad Dhiya al-Din. 1969. al-Kharaj wa Nuzum al-Kharaj wa Nuzum


Maliyat al-Dawlah. Egypt: Dar Maarif.

Ibrahim Soleh al-Umar. 1993. al-Nuqud al-Atimaniyyah Dauruha wa Atharuha fi Ikthiso


di Islami. Dar al-Ashimah.

Mahayuddin Hj Yahya. 1986. Ensiklopedia Sejarah Islam. jil 1. UKM. Bangi.

Maqrizi Taqiyuddin Ahmad Ibn Ali. 1967. Syudhur alUqud fi Dhikr al-Nuqud (ed)
Muhammad Bakr al-Ulum Naqif:Mansyurat al-Maktabah al-Haidariyyah wa
Matba’atuha.

Muhammad Abdul Mun’im al-Jammal. 1992. Ensiklopedia Ekonomi Islam.jil 2 ter.


Salahuddin Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Rashad Shamsuddin. 2000. Khulafa’ Rashidun dan Daulah Islamiyah. Kuala
Lumpur: al-Hidayah.

MAKALAH

Amat @ Anwar Hj Zainal Abidin (2002). Sejarah Pengunaan Mata Wang Dinar. kertas
kerja seminar Dinar Peringkat Kebangsaan 16 Mac 2002.
21

LAMPIRAN

Dinar Emas dan Dirham Perak

You might also like