You are on page 1of 2

MUHAMMAD SAFUAN BIN IBRAHIM

930113035463
SOALAN:
28. APAKAH TANGGUNGJAWAB KLIEN PADA FASA PRA SESI?

Tanggungjawab klien pada fasa pra sesi ialah klien perlu memahami keadaan dirinya
yang

memerlukan

perkhidmatan

kuanseling

secara

sukarela

atau

dirujuk.

Pemahaman yang baik terhadap pelaksanaan sesi kaunseling yang akan dijalankan
akan memudahkan dan melancarkan tindakan kaunselor untuk membantu klien
dalam menyelesaikan isu atau permasalahan yang timbul khususnya dalam
keluarganya. Justeru, tanggungjawab klien pada ketika ini perlulah mengisi borang
untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dengan menyatakan maklumat diri,
latar belakang dan sebagainya. Hal ini dapat memberi satu gambaran kepada
kaunselor bagi melihat isu latar belakang klien yang ingin mendapatkan
perkhidmatan dalam usaha membantu klien melihat permasalah yang timbul dalam
dirinya.
Selain itu, tanggungjawab klien pada fasa ini memerlukan klien untuk
memberi maklumat yang betul berkaitan dengan diri klien bagi memudahkan
kaunselor membina matlamat sesi yang akan dijalankan nanti. Klien perlu memberi
kerjasama kepada kaunselor dengan memberikan maklumat diri mereka dengan
betul supaya sebarang masalah yang dikemukakan oleh klien dapat dibincangkan
bersama bersama kaunselor berpandukan maklumat awal yang telah diberikan. Hal
ini akan melancarkan proses sesi kaunseling yang akan dijalankan nanti.
Di samping itu, klien pada ketika boleh memohon kepada kaunselor sekiranya
persekitaran yang disediakannya tidak privacy yang dapat memberi kesan kepada
klien untuk meluahkan masalah yang wujud dalam dirinya terutamanya masalah
keluarga. Oleh itu, klien perlu bersedia untuk memulakan proses kaunseling,
persetujuan antara kedua-dua pihak bagi memulakan proses kaunseling mestilah
dipersetujui. Brammer (1973) menganggap persetujuan ini sebagai satu kontrak
antara kaunselor dan kliennya serta sebagai tanda persetujuan tanda permulaan
sesuatu proses kaunseling. Persetujuan antara kontrak ini akan berubah pada bilabila masa mengikut kehendak dan keadaan klien itu sendiri. Klien perlu bekerjasama

dengan kaunselor supaya tidak wujud masalah lain yang timbul diantara kaunselor
dan

klien.

Hal

ini

akan

menampakkan

klien

bersungguh-sungguh

untuk

menyelesaikan isu yang wujud dalam dirinya dengan bantuan kaunselor. Kerjasama
yang baik perlu diberikan kepada kaunselor supaya setiap masalah yang
dikeluarkan oleh klien dapat diteroka dengan baik oleh kaunselor tanpa ada
perasaan berselindung.
Kesimpulannya, pada fasa pra sesi ini, klien perlu memahami tugas dirinya
sebagi seorang klien yang memerlukan khidmat nasihat daripada kaunselor untuk
membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pada fasa ini juga, klien perlu
berusaha untuk memberikan maklumat perubadi yang tepat kepada kaunselor di
mana dengan maklumat awal yang diberikan dapa menjelaskan dan memudahkan
urusan kaunselor dalam menyelidiki dan menyediakan pelan awal bagi membantu
klien. Klien pada fasa ini jangan sesekali menipu maklumat yang diberikan kepada
kaunselor.

You might also like