You are on page 1of 19

1.

0 PENGENALAN

Bilik darjah merupakan satu tempat dimana berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Ia juga boleh dikatakan sebagai medan perjuangan utama kerjaya
seseorang guru. Secara amnya, bilik darjah ialah bilik-bilik di sekolah dimana sekumpulan
murid mengikuti pelajaran dalam sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk
konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses
pengajaran dan pembelajaran, tetapi mewujudkan peluang untuk pelajar-pelajar dan guru
untuk berinteraksi antara satu sama lain di dalamnya.

Oleh itu, mulai dari tahun 2013, Kementerian Pendidikan Malaysia mula memberi
tumpuan penting untuk menambah baiki suasana pembelajaran agar dapat merangsang
minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Ini merupakan antara isu semasa
dalam bidang pendidikan yang dipergiatkan agar dapat mendorong keminatan para murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran. Isu ini mula diketengahkan oleh kerajaan kerana
keperluan negara untuk melahirkan model insan yang dapat membawa kemajuan di masa
hadapan. Disebabkan perlunya perubahan dalam sistem pendidikan di negara Malaysia,
maka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah diperkenalkan hasil daripada tuntutan
pelbagai pihak. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan satu dasar dan juga
isu utama yang diberi perhatian utama oleh kerajaan bagi melahirkan warga Malaysia yang
seimbang. Pelbagai langkah dan cadangan telah dikemukakan dalam dasar tersebut
dengan mengambil kira beberapa kriteria agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif kepada murid-murid.

Antara contoh kesan daripada pengubalan dasar pendidikan adalah keadaan di bilik
darjah telah mula mengalami perubahan mengikut peredaran masa. Sebelum pengenalan
sistem pendidikan ini, bilik darjah tidak begitu kondusif dan mengikuti proses pengajaran
tradisional (chalk and talk) . Tetapi pada masa kini, bilik darjah menjadi semakin kondusif
dengan pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik dan moden. Ini disebabkan kesan
daripada usaha kerajaan untuk menambah baikkan sistem pendidikan negara dari semasa
ke semasa. Tidak dapat nafikan jika kita katakan bahawa bilik darjah memainkan peranan
yang penting dalam memupuk semangat ingin belajar di dalam diri murid-murid. Para pelajar
tidak akan menunjukkan minat mereka untuk belajar di kelas jika bilik darjah berada dalam
keadaan yang tidak sempurna. Sebaliknya, keadaan bilik darjah yang kondusif dan
sempurna akan menarik minat untuk mereka belajar dan memberikan fokus kepada
pengajaran guru.

1
Dalam isu pendidikan Malaysia pada masa kini, guru merupakan aset utama yang
berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Perkara ini dapat
dibuktikan dengan cadangan dan dasar yang diutarakan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia dimana guru perlu melengkapkan diri mereka dalam semua aspek
agar dapat melahirkan model insan yang berguna. Pada masa sekarang, peranan guru
dijadikan isu penting dalam sistem pendidikan Malaysia dan diberi tumpuan istimewa agar
dapat melengkapkan personaliti guru dalam semua aspek. Maka, kesan daripada persoalan
ini, telah ditetapkan beberapa kriteria tertentu agar profesionalisme keguruan tidak lagi
dipersoalkan dan guru juga dapat meningkatkan prestasi dan potensi mereka.

2
2.0 ISU SEMASA - PERANAN GURU JANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Dalam isu semasa sistem pendidikan di Malaysia, guru memainkan peranan yang
penting dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang moden dan kondusif. Guru
merupakan tunjang dalam sistem pendidikan sesuatu negara. Guru merupakan elemen
yang paling penting dalam mencorakkan stail pengajaran yang berkesan agar segala
matlamat dalam dunia pendidikan dapat dicapai secara optimum. Mok Soon Sang
(2008:465) mengatakan bahawa guru merupakan seorang ahli ikhtisas dalam bidang
perguruan yang menjalankan pelbagai tugas mendidik di sekolah.

Menurut Noor Jamaluddin (1978:1) guru adalah seorang pendidik iaitu seorang
dewasa yang bertanggungjawab memberi bimbingan kepada anak didik dalam
perkembangan jasmani dan rohaninya agar mencapai kedewasaannya. Maka peranan guru
dalam sistem pendidikan merupakan isu semasa yang diberi perhatian khusus oleh
Kementerian Pendidikan agar dapat melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Perkara ini dapat dibuktikan melalui beberapa dasar yang ditetapkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia dimana kualiti dan peranan guru amat dititikberatkan.
Dalam anjakan keempat iaitu transformasi keguruan sebagai profesion pilihan, kerajaan
telah berusaha untuk memilih guru yang benar-benar mempunyai kelayakan dan menepati
kriteria yang telah ditetapkan.

Oleh itu, warga pendidik memainkan peranan penting untuk membawa perubahan
dalam sistem pendidikan Malaysia. Bagi menjana transformasi dalam sistem pendidikan
guru perlu melengkapi di mereka dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang setimpal
dalam semua aspek. Antaranya adalah seperti berpengetahuan luas, berkemahiran ICT,
bersikap asertif, kreatif, inovatif, menjadi teladan yang baik (role model), pembimbing dan
sebagainya. Kerjaya guru penuh dengan pelbagai cabaran, maka penyelesaian bagi
cabaran tersebut ada pada tangan guru. Seorang guru perlu peka dalam mencari
penyelesaian bagi masalah yang dihadapi oleh mereka semasa berada di sekolah. Jadi, isu
guru penjana transformasi pendidikan dapat dijadi sebagai kenyataan jika semua guru
bersatu hati dan membawa perubahan pada diri mereka.

3
2.1 BERPENGETAHUAN LUAS, MENDALAM DAN TERKINI

Ilmu pengetahuan merupakan perkara asas yang seharusnya ada dalam setiap diri
guru yang mengajar di sekolah. Seseorang guru haruslah melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan yang luas, mendalam dan juga terkini sebelum memulakan sesuatu sesi
pengajaran. Ragbir Kaur (2007) mengatakan bahawa peranan seseorang guru ialah
mendidik murid dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai
disiplin dalam kurikulum sekolah.

Guru perlu melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan kerana kekurangan dan
kelemahan yang ada dalam diri guru sendiri akan mengakibatkan kurangnya keyakinan diri
sendiri. Ini akan memcacatkan penyampaian maklumat daripada guru kepada murid.
Kegagalan penyampaian para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan
menghilangkan kepercayaan para murid terhadap guru mereka.

Apabila guru melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang luas, maka
mereka dapat mewujudkan pembelajaran yang berkesan dan efektif semasa berada di
dalam bilik darjah. Dengan ini, guru dapat meningkatkan keyakinan diri sendiri dan juga
keyakinan para pelajar terhadap mereka. Bukan itu sahaja, pengetahuan guru tehadap
fizikal dan psikologi pelajar juga amat dititikberatkan. Seseorang guru juga perlu menguasai
ilmu pengetahuan mengenai teori pedagogi supaya penyampaian ilmu pengetahuan kepada
para pelajar dapat disampaikan dengan cara yang lebih berkesan dan menarik.

Tambahan pula, para guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat
menyebarkan ilmu kepada para pelajar. Melalui penyebaran ilmu ini guru dapat melahirkan
para pelajar sebagai insan dan warganegara yang berilmu. Guru yang berperanan sebagai
penyebar ilmu guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan
kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani,
Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa dalam
era transformasi pendidikan.

Secara ringkasnya, para guru haruslah memiliki beberapa sifat seperti sifat amanah,
berkorban masa dan tenaga serta mempunyai sikap membantu dan juga menyampaikan
seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan diberikan kepada sikap dan
penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu.

4
Guru yang berperanan sebagai berpengetahuan luas, mendalam dan terkini dapat
memaksimumkan kadar penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk bilik darjah abad ke-21. Pertama sekali, seseorang guru yang berpengetahuan dapat
melahirkan generasi murid yang berpendidikan dan tidak buta huruf. Ilmu yang diberikan
oleh guru membolehkan kanak-kanak menambahkan ilmu pengetahuan. Mereka dapat
mengetahui segala perkara yang berlaku di dunia ini. Selain itu, guru yang berpengetahuan
juga dapat melahirkan para murid yang sentiasa peka terhadap pembaharuan dan
transformasi yang berlaku di dunia. Guru yang berilmu membolehkan para pelajar sentiasa
mempelajari sesuatu perkara yang baru yang berteraskan dengan pembaharuan dunia.
Para pelajar juga tidak akan ketinggalan dengan transformasi dan perubahan dunia yang
sering berlaku di sekeliling kita.

Melalui ilmu pengetahuan, guru dapat melahirkan para pelajar yang yakin terhadap
diri sendiri kerana dirinya melengkapi dengan ilmu. Para pelajar yang berimu juga mampu
menguruskan diri dengan baik dan dapat mengambil keputusan yang bijak dalam
kehidupannya. Seterusnya, guru yang berilmu juga dapat melahirkan para pelajar yang
mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Ia juga mewujudkan peluang untuk potensi pelajar
berkembang dalam aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi
mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa dalam era transformasi pendidikan.

Guru yang berilmu akan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dalam proses
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang pelbagai ini membolehkan para pelajar
dapat mempelajari sesuatu dengan cepat dan mudah. Selain itu, kanak kanak yang lemah
dalam pelajaran juga mendapat kebaikan melalui ini. Kanak - kanak yang lemah dan tidak
ada pendedahan untuk mencari ilmu akan berminat untuk mendapat ilmu yang baru. Mereka
juga akan menumpukan perhatian untuk mempelajari sesuatu yang baru yang tidak pernah
dipelajari sebelum ini. Dengan ini, prestasi pelajar dari segi akademik dapat dipertingkatkan.
Melalui ini, bukan sahaja pelajar yang berada di bandar cemerlang dalam akademik malah
pelajar yang berada dalam kawasan pedalaman juga boleh menikmati keenakkan ilmu
bersama.

Oleh itu, peranan guru sebagai seorang yang berpengetahuan luas, mendalam dan
terkini dapat melahiran generasi yang bijak dan berpengetahuan. Para guru haruslah
menjalankan peranan mereka dengan baik supaya pelajar mereka menjadi seorang berguna
dan berpengetahuan luas dalam setiap bidang. Melalui ini, para pelajar akan mewujudkan
negara yang maju dan sentiasa peka terhadap transformasi dunia.

5
2.2 BERKEMAHIRAN ICT

Guru yang berkesan perlu mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT). Sebagai pemangkin setiap guru harus mempunyai kemahiran dalam
teknologi maklumat supaya dapat menghasilkan pendidikan yang cemerlang, berkualiti dan
berkesan. Perkembangan Sains dan Teknologi menyebabkan teknologi maklumat
mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Seseorang guru yang berkesan haruslah
berusaha untuk sentiasa menggunakan aplikasi ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Selain itu, setiap guru harus memainkan peranan mereka dengan sentiasa
mengemaskini kemahiran menggunakan komputer. Para guru harus mengemaskini
kemahiran-kemahiran ini dengan menghadiri kursus-kursus ICT dan juga dengan sentiasa
bertanya kepada mana-mana rakan guru yang lebih mahir dalam bidang. Dengan ini, para
guru boleh menggunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran
untuk mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Setiap guru perlu mempunyai kemahiran menggunakan segala bahan yang ada
secara cekap dengan kadar yang optimum. Kemahiran ini amat penting bagi seseorang
guru untuk mendapatkan maklumat, membuat analisis serta membuat perancangan dan
mengelolakan sesuatu rancangan. Sejajar dengan perkembangan dunia teknologi yang ada
pada hari ni guru digalakkan untuk mengakses maklumat secara meluas sebagai
pemangkin bagi kaedah pengajaran sewaktu di dalam kelas.

Dengan ini, guru seharusnya merebut peluang sedia ada untuk memajukan dan
melengkapkan diri dalam pengguna ICT agar dapat menggunakan untuk kepentingan diri
dan murid-murid. Guru yang mahir ICT dapat melahirkan warga pelajar yang
berpengetahuan ICT. Murid-murid yang berpengetahuan ICT dapat menguasai kemahiran
dan ilmu yang bersesuain dengan minat, bakat, serta potensi pelajar sekaligus dapat
menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini secara tidak langsung dapat
melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang digarapkan
dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

6
Guru juga digalakkan menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka. Guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya objektif
pengajaran dan pembelajaran dicapai. Contohnya, guru boleh menggunakan ICT dalam
pengajaran mereka. Dengan ini, minat para pelajar dapat ditingkatkan. Murid-murid juga
tidak akan jemu dan berasa bosan untuk menuntut ilmu sebaliknya kaedah pengajaran ini
lebih menyeronokkan para pelajar. Mereka akan berasa seronok belajar dan proses
pembelajaran akan menjadi mudah dan cepat. Kaedah ini amat sesuai untuk pelajar yang
pandai dan juga lemah dalam pelajaran.

Tanggungjawab ini sememangnya terpikul atas bahu para guru yang komited dengan
tugas serta bersedia dan sanggup menerima perubahan mengikut peredaran masa. Semua
ini menuntut pengorbanan yang besar dalam kalangan guru-guru untuk terus menambah
ilmu dan kemahiran, bertepatan dan bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang
hayat.

Tidak salah jika kita katakan bahawa guru yang mahir ICT dapat memaksimumkan
penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pertama sekali, guru yang
mahir ICT dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai kemahiran dalam penggunaan
teknologi maklumat. Para pelajar akan mempelajari cara mendapatkan maklumat dari
internet yang amat membantu dalam pembelajaran mereka. Mereka dapat mencari
maklumat bukan hanya tentang pelajaran sebaliknya yang berkaitan dengan bidang yang
mereka minati. Ini akan menambahkan ilmu pengetahuan mereka.

Para pelajar dapat mencari nota dan latihan yang yang diperlukan dalam sekelip
mata melalui internet. Dengan ini, mereka tidak perlu bergantung kepada pengajaran guru di
sekolah malah mereka juga boleh mempelajarinya dengan sendiri tanpa bantuan orang lain.
Contohnya, para pelajar boleh membuat latihan dalam internet dan meminta bantuan guru
untuk menyemaknya. Mereka juga boleh mencari jawapan untuk latihan yang telah mereka
buat dengan bantuan internet tanpa bergantung kepada guru. Pelajar yang menggunakan
ICT dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka yang tidak diajar di sekolah.

Dalam era teknologi ini, guru yang mahir ICT akan berusaha mempelbagaikan
kaedah pengajaran yang berasaskan penggunaan ICT. Apabila guru menjalankan
pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan ICT ia akan meningkatkan minat pelajar
dalam pembelajaran. Para pelajar akan menumpukan perhatian mereka semasa guru
mengajar. Contohnya, unsur-unsur grafik, bunyi dan animasi yang terdapat dalam ICT
membolehkan para pelajar belajar bersungguh-sungguh. Mereka akan berasa seronok dan

7
tidak bosan kerana keadah yang digunakan oleh guru adalah sesuatu yang baru dan
berlainan. Ini membolehkan para pelajar mudah dan cepat memahami pengajaran serta
dapat mencapai objektif pengajaran guru.

Secara konklusinya, para guru haruslah melengkapkan diri mereka dengan


kemahiran ICT supaya dapat melahirkan insan yang pakar dalam ICT pada masa depan.
Mereka juga dapat melatih para pelajar melengkapkan diri mereka dengan ilmu yang baru
dan mengikut peredaran masa. Oleh itu, para pelajar juga harus menggunakan peluang ini
dengan baik supaya dapat mencapai kejayaan di masa depan kelak.

2.3 GURU ASERTIF

Seterusnya, seseorang guru juga perlu memainkan peranan sebagai guru yang
bersikap asertif. Guru yang asertif merupakan guru yang jelas, yakin menyatakan jangkaan
serta mengeluarkan arahan yang konsisten dengan tegas. Selain itu, guru yang asertif
berkeupayaan untuk membina hubungan saling mempercayai dengan para pelajar. Guru
yang asertif juga sentiasa membimbing murid-murid cara menunjukkan tingkah laku yang
menggalakkan kerjasama antara guru dengan para pelajar. Menurut Canter pendekatan
asertif merupakan pendekatan yang terbaik untuk mengurus disiplin bilik darjah. Guru yang
asertif mempunyai pengetahuan tentang perkara yang diingini daripada para pelajar. Mereka
akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid dan
menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid.

Sebagai contoh, rutin dan peraturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan
diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-
murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan
tersebut. Guru akan memberi penerangan tentang akibat yang munasabah sekiranya
mereka melanggar peraturan. Selain itu, guru asertif juga menjalankan perbincangan secara
kumpulan dengan murid-murid. Tambahan pula, secara langsung guru yang bersikap asertif
akan membantu murid-muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat
membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Guru
asertif tidak membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Mereka dapat
mengenal pasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada masa
yang sama mengambil berat dan berlaku adil terhadap semua murid.

8
Justeru itu, guru asertif juga mewujudkan peluang kepada guru dan murid untuk
memenuhi keperluan masing-masing. Mereka menggalakkan kerjasama dan membantu
murid-murid mengaplikasikan tingkah laku yang diingini. Guru boleh diharapkan untuk
memberikan jangkaan yang sesuai kepada tingkah laku dan kebolehan mereka. Guru asertif
bersifat konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid. Hal ini dapat membantu
membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan
pembelajaran murid.

Dengan pendekatan asertif, para guru boleh melahirkan murid-murid yang baik
tingkah lakunya. Tingkah laku murid yang baik memberikan peluang untuk mewujudkan
suasana bilik darjah yang berdisiplin serta sihat. Pelajar akan sentiasa mematuhi peraturan
yang disediakan oleh guru dan pihak sekolah tanpa bantahan. Para pelajar yang
berkelakuan baik dapat mewujudkan hubungan yang harmoni sesama rakan dalam kelas.
Selain itu, hubungan antara guru dengan murid juga akan menjadi lebih rapat. Para pelajar
akan berusaha untuk menjaga nama baik kelas dengan menjaga tingkah laku mereka.
Melalui ini, guru dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang ceria dan harmoni. Guru juga
dapat mengurangkan masalah disiplin yang sangat berleluasa dalam kalangan murid pada
masa kini.

Selain itu, guru yang berperanan sebagai asertif, membolehkan murid-murid


mengamalkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, toleransi dan saling membantu. Secara
tidak langsung para pelajar dapat mengamalkan sikap berkerjasama dalam menyiapkan
sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Mereka juga akan saling membantu dan saling
mengambil berat antara satu sama lain. Secara tidak langsung guru dapat melahirkan satu
generasi murid yang bermoral. Tingkah laku yang positif inilah yang akan mendorong para
pelajar ke arah yang baik.

Dengan cara ini, guru dapat melahirkan golongan pelajar yang berdisiplin serta
berguna pada masa hadapan. Oleh itu, setiap guru yang berkesan perlulah mengamalkan
sikap asertif dalam diri mereka supaya melahirkan golongan murid yang berguna serta
mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Murid-murid inilah yang akan
mengharumkan nama baik keluarga dan nama baik negara kita pada masa hadapan.

9
2.4 GURU YANG KREATIF DAN INOVATIF

Peranan seterusnya yang perlu ada dalam diri setiap orang guru ialah berfikiran
kreatif dan inovatif. Pemikiran kreatif ditakrifkan sebagai kebolehan menggabungkan idea-
idea bagi memenuhi sesuatu keperluan (Halpern, 1984). Sebagai agen penggerak tamadun
bangsa, guru perlu sentiasa mencari ruang untuk menjamin kualiti pendidikan. Oleh itu,
fikiran kreatif harus ada dalam diri setiap guru. Hal ini kerana pemikiran kreatif adalah
membolehkan guru mengeluarkan idea-idea baru untuk mencapai sesuatu. Ia juga
melibatkan keberanian mencabar strategi yang lazimnya digunakan iaitu berkebolehan
melihat sesuatu situasi daripada sudut yang berlainan.

Kreativiti wujud hasil daripada pelaburan masa, penyediaan atau ketekunan kerana
memerlukan konsentrasi dan keazaman yang kuat, dedikasi dan disiplin kendiri seseorang
guru. Guru yang kreatif mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan
mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Guru yang kreatif akan menggunakan
pelbagai jenis bahan pendidikan dan bahan bantuan mengajar yang kreatif dan dapat
memberi kesan positif terhadap proses pembelajaran para pelajar. Guru yang kreatif juga
akan sentiasa menjalankan proses pengajaran dengan pelbagai kaedah yang berlainan.
Mereka juga akan melengkapkan diri mereka dengan idea-idea baru. Mereka juga akan
menggalakkan penyertaan pelajar secara optimum dalam kelas. Guru yang kreatif juga
mengutamakan interaksi pelajar berbanding penguasaan guru sepenuhnya dalam kelas.

Manakala, inovatif pula membawa pengertian kemampuan membuat transformasi


atau mencipta sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk sumber atau kaedah yang
relevan dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang
lebih dinamik. Guru adalah pemangkin pembangunan negara, pembentuk generasi dan
menjadi asas kemajuan pendidikan negara di samping memacu kejayaan rakyat. Guru yang
melengkapi diri dengan kualiti dan Standard Guru Malaysia diakui mampu menjamin
keberhasilan negara, antaranya guru yang inovatif dan kreatif, teras kejayaan wawasan,
guru berkesan pendidikan cemerlang, guru berkualiti pemangkin kegemilangan dan guru
cemerlang negara terbilang.

Guru yang inovatif berupaya menjana idea, konsep atau strategi baru yang boleh
mempertingkat amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada generasi anak
didik. Tambahan pula, guru yang inovatif juga berkemampuan mencipta kelainan atau
modifikasi menggunakan unsur dan sumber sedia ada serta menjelmakannya sebagai
elemen sintesis yang memudah dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, guru yang inovatif juga mempunyai tahap ketekunan yang tinggi, belajar daripada

10
kesilapan, menyusun dan mengurus idea secara perekodan sistematik serta sentiasa
cenderung mendapatkan pengetahuan baharu.

Guru yang kreatif dan inovatif juga memainkan peranan yang penting dalam
memaksimumkan kadar penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk bilik darjah abad ke-21. Guru yang bersikap kreatif dan inovatif akan melahirkan
golongan pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif bukan sahaja dalam proses
pembelajaran malah dalam kehidupan seharian mereka. Mereka akan sentiasa berfikir
secara kreatif dan inovatif dalam menyiapkan tugasan pembelajaran. Contohnya, para
pelajar akan mencuba menghasilkan projek-projek yang diberikan oleh guru dengan kreatif
dan inovatif. Mereka akan sentiasa berfikir sesuatu idea yang baru dalam proses
menyelesaikan masalah pembelajaran mereka. Sebagai contoh, seorang murid yang
mempunyai masalah dalam mengarang karangan maka dia boleh membuat peta minda
yang kreatif supaya mengingat isi isi pentingannya. Dengan ini, pelajar tersebut boleh
memperbaiki kelemahan dirinya.

Sikap ini juga menggalakkan pelajar berusaha untuk mencipta sesuatu dan
berusaha untuk memperbaiki kelemahan mereka. Mereka sentiasa membuka diri kepada
idea -idea yang baru. Contohnya, pelajar dapat menghasilkan karya yang kreatif dan inovatif
yang menonjolkan bakat diri sendiri para pelajar tersebut. Pengajaran secara kreatif dan
inovatif membolehkan para pelajar mudah memahami kandungan yang diajar oleh guru dan
cepat menaakul ajaran guru. Kaedah pengajaran yang kreatif dan inovatif oleh guru
meningkatkan prestasi murid dalam akademik serta melahirkan warga pelajar yang sentiasa
berusaha, berkeyakinan diri dan tidak mudah berputus asa. Oleh itu, setiap guru harus
mengamalkan sikap kreatif dan inovatif supaya dapat mewujudkan generasi yang menuju ke
arah sesuatu yang baru.

2.5 GURU SEBAGAI ROLE MODEL /TELADAN KEPADA MURID

Seterusnya, guru yang berkesan juga memainkan peranan sebagai teladan ataupun
role model kepada pelajar. Mari kita melihat apakah yang dimaksudkan sebagai role
model. Role bermaksud bahagian yang dilakukan atau tugas seseorang dalam satu-satu
usaha mahupun peranan. Sementara model pula bererti membentuk sesuatu atau bekerja
sebagai contoh tauladan.

11
Pelajar sering melihat guru mereka sebagai contoh teladan yang positif. Seseorang
pelajar akan menjadikan guru sebagai idola mereka jika guru mereka yang dilihat baik,
berkelakuan sopan dan berjaya dalam pelajaran. Pada pandangan pelajar, guru seperti ini
berupaya untuk memberikan mereka semangat untuk berjaya dalam hidup. Selain itu, guru
yang baik juga berupaya untuk menghasilkan warga murid yang berguna di dunia ini sama
seperti guru mereka.

Pada pandangan murid, guru merupakan inspirasi mereka. Nilai nilai murni yang
ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung diterapkan dalam jiwa murid. Setiap
tingkah laku, gerak geri dan aktiviti yang dilakukan oleh guru akan dinilai oleh semua orang,
terutamanya anak didik di sekolah masing-masing. Tugas guru bukan sekadar
menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, malahan tingkah laku dan amalan baik
mereka akan sentiasa menjadi ikutan dan rujukan oleh semua pihak. Akan tetapi,
penghormatan terhadap guru pada suatu masa dahulu adalah begitu dimuliakan oleh ahli
masyarakat, namun masa kini masih lagi masyarakat menyanjung guru.

Tambahan pula, guru memainkan peranan sebagai ibu bapa sementara kepada para
pelajar semasa mereka berada di sekolah. Sesuatu amalan, perbuatan, dan tingkah laku
baik para guru yang disaksikan oleh murid akan dijadikan sebagai ikutan. Sebagai contoh,
sekiranya guru berpakaian yang sopan dan sesuai, bertutur dengan sopan, maka murid
akan meniru contoh amalan yang baik ini. Orang yang melakukan sesuatu kebaikan akan
memperolehi pahala yang sama dengan orang yang mengikutinya.

Seorang guru yang berperanan sebagai role model bukan sahaja menyuruh
muridnya berkelakuan baik, tetapi turut mempraktikkannya, kerana kanak- kanak jarang
sekali memulakan sesuatu tanpa adanya dorongan atau contoh yang baik diperlihat oleh
guru sebagai peniruan awal bagi kanak-kanak itu seperti mana pepatah Melayu ada
selangkah guru melangkah sejuta mata memandang.

Seorang guru yang berperanan sebagai role model akan melahirkan warga
pelajar yang berwawasan tinggi. Setiap tingkah laku guru akan dijadikan teladan bagi
kehidupan mereka. Contohnya, jika seseorang guru mengamalkan sikap disiplin maka
pelajar juga akan mengikuti sikap tersebut dalam kehidupan mereka. Pelajar juga
mengamalkan sikap disiplin seperti menepati masa, sentiasa mematuhi peraturan,
menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan dan sebagainya. Melalui ini, guru dapat
melahirkan golongan pelajar yang mempunyai tingkah laku yang baik.

12
Selain itu, guru yang berwawasan juga akan melahirkan golongan ilmuan yang berdedikasi
dan bercita-cita tinggi. Pelajar juga akan mempunyai wawasan yang tinggi dan sentiasa
memberi keutamaan kepada prestasi pendidikan mereka yang akan menentukan masa
hadapan mereka. Oleh itu, tidak hairanlah jika kita katakan bahawa tingkah laku guru
sentiasa dijadikan sebagai role model oleh para pelajar.

Sebagai kesimpulannya, seorang guru yang dikatakan sebagai pendidik adalah


merupakan role model terbaik dalam pembentukan modal insan. Oleh itu, bolehlah
dikatakan bahawa masa depan kanak-kanak dalam dunia moden kini sedikit sebanyak
adalah hasil daripada pengaruh guru yang telah banyak mendidik mereka dalam sistem
formal yang telah dilalui oleh kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang berdisiplin dan
berkelakuan baik dapat dilahirkan melalui sorang guru yang berperanan sebagai role model.

Tidak dapat disangkalkan bahawa para pemimpin, juru bina, ahli-ahli ekonomi dan
setiap anggota masyarakat yang menghadapi cabaran hidup masing-masing, semuanya
telah menemui para guru terlebih dahulu semasa bersekolah sebelum menduduki jawatan
yang mereka jawat sekarang ini.

2.6 GURU SEBAGAI PEMBIMBING

Seseorang guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai penyampai maklumat


dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah tugas seseorang guru yang berkesan
ialah guru perlu memastikan bahawa anak didiknya membina kemahiran untuk menangani
masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya.

Pembelajaran para pelajar akan terjejas sekiranya pelajar tidak tahu cara menangani
masalah emosi dan masalah peribadinya. Justeru, pelajar tersebut tidak dapat mengikuti
aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itulah, seseorang guru yang berkesan tidak
boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar, bukan sahaja dalam
mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan masalah harian
yang dihadapinya.

Walaupun bimbingan ialah satu cara untuk membantu pelajar, namun ini tidak
bermaksud bahawa guru atau kaunselor harus menyelesaikan masalah pelajar. Sebaliknya,
ini bermaksud guru haruslah mempunyai sikap mengambil berat dan mendengar masalah
yang mengganggu para pelajar. Dengan ini, pelajar dapat menerokai dan memahami situasi
dan dirinya dengan lebih baik, lalu membina kemahirannya sendiri untuk menangani
masalahnya.

13
Tambahan pula, seseorang guru memastikan bahawa bimbingan yang diberikan
kepada pelajar sejajar dengan prinsip dan etika tertentu. Seseorang guru haruslah
menjalankan bimbingan bagi semua pelajar, kerana perkembangan diri, dijalankan secara
sistematik dan terancang dan tidak harus ditujukan kepada pelajar bermasalah sahaja.
Fokus utama bimbingan adalah untuk pencegahan iaitu untuk mencegah masalah yang
serius dalam kalangan pelajar dengan memberi mereka kemahiran untuk menangani
masalah sementara masalah itu masih boleh dikawal. Pelajar haruslah menyertai proses
bimbingan ini sepenuhnya dan penuh rela, serta membina matlamat sendiri untuk
membantu dirinya iaitu, faham bahawa ia bertanggungjawab terhadap perkembangan
dirinya serta keputusan yang dibuat dalam hidupnya pada akhirnya. Guru atau kaunselor
tidak membuat keputusan bagi pelajar.

Bimbingan para guru boleh memaksimumkan kadar penglibatan murid dalam segala
aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk bilik darjah abad ke -21. Pertama sekali, melalui
bimbingan guru, murid dapat membina potensinya supaya dirinya menjadi seorang yang
sihat dan seimbang. Dengan cara ini, para pelajar dapat menangani cabaran dan kesukaran
hidup dengan berkesan pada masa akan datang.

Selain itu, bimbingan yang diberikan oleh guru juga membolehkan para pelajar
membina kemahiran menyelesaikan masalah. Para pelajar dapat berfikir secara mendalam
cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan yang tidak memberi impak
buruk kepada mana-mana pihak. Selain menyelesaikan masalah dalam cara yang baik,
para pelajar juga membina kemahiran membuat keputusan melalui bimbingan guru. Dengan
bimbingan dan ajaran para guru, pelajar dapat berfikir dan mengambil keputusan yang bijak.

Bukan itu sahaja, bimbingan seseorang guru dapat membina kemahiran diri para
pelajar. Antaranya ialah menguruskan masa dengan baik, menguruskan tekanan, serta
menentukan matlamat hidup dan keutamaan untuk diri mereka. Dengan ini, seseorang guru
dapat menghasilkan satu generasi yang berguna yang akan mewujudkan pembaharuan di
dunia ini. Selain itu, pelajar juga dapat memperbaiki hubungan interpersonalnya serta
membina kemahiran komunikasi yang baik. Melalui bimbingan seseorang guru, para pelajar
akan mempelajari cara membaiki kelemahan diri sendiri supaya dapat mengamalkan
interpersonal yang baik. Para pelajar juga akan belajar bergaul dan menghormati orang lain
serta mewujudkan hubungan yang harmonis antara satu sama lain.

14
Bimbingan guru memberi kesan terhadap diri seseorang pelajar. Kesan yang
seterusnya ialah pelajar mendapat peluang untuk membina nilai dan sikap yang sihat dan
positif terhadap dirinya dan orang lain. Ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dirinya
serta kefahaman peranan dan tanggung jawabnya dalam hidupan. Akhir sekali, melalui
bimbingan yang diberikan oleh guru, para pelajar dapat membina kemahiran dan sikap bagi
kejayaan akademik dan kerjayanya. Bimbingan yang positif yang diberikan oleh para guru
akan membolehkan pelajar membina kemahiran dan sikap bagi kejayaan akademik dan
kerjayanya. Generasi yang bijak dan berpendidikan dapat dilahirkan melalui bimbingan
seseorang guru.

15
3.0 HALANGAN/ CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU

Profesion guru merupakan satu pekerjaan yang murni dan baik. Seseorang guru juga
berperanan untuk menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik,
membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi
modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Namun seseorang guru
sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik
darjah dan sekolah.

Halangan pertama yang dihadapi oleh seseorang guru dalam menjalankan tugasnya
ialah menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pada masa kini, guru-guru terpaksa
menggunakan pelbagai pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaru dalam sistem
pendidikan yang sering mengalami perubahan. Pengajaran chalk and talk bukan lagi satu
kaedah pengajaran yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pada masa kini, guru mesti menguasai kaedah pedagogi dan menggunakan bahan bantuan
mengajar yang sistematik. Selain itu, guru juga terpaksa menggunakan teknologi terkini
dalam P&P dengan sumber kewangan yang terhad.

Selain itu, guru juga diberikan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan
oleh seseorang guru. Guru pada masa kini terpaksa memegang tanggungjawab
menyiapkan portfolio dalam sesuatu jawatankuasa yang diwujudkan atas kapasiti yang tidak
berkaitan dengan matapelajaran yang diajar. Sebagai contoh, seorang guru yang sudah
dilantik sebagai Ketua Panitia subjek terpaksa menjadi ahli untuk jawatankuasa bagi
pengurusan Hal Ehwal Murid. Dengan kesibukan dalam menyediakan rancangan
pembelajaran dan pengajaran dalam kelas serta menanda latihan murid seorang guru
terpaksa menguruskan hal-hal yang sedemikian seperti sistem pemfailan, inventori dan
sebagainya.

Seterusnya guru juga berdepan dengan masalah disiplin para pelajar yang tidak
mendapat kerjasama daripada ibu bapa pelajar tersebut. Ada ibu bapa yang tidak
menghadirkan diri walaupun beberapa kali telah dipanggil oleh guru. Guru menghadapi
masalah dalam mengendalikan para pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Manakala,
guru pula disalahkan atas kelakuan negatif murid. Halangan seterusnya ialah, keadaan
persekitaran bilik darjah. Keadaan bilik darjah yang tidak kondusif juga membawa masalah
kepada para guru. Kekurangan kemudahan seperti peralatan ICT, tidak ada bekalan elektrik
dan keadaan bilik darjah dalam keadaan yang kurang selesa akan mengganggu proses
pengajaran guru dan proses pembelajaran murid. Oleh sebab ini, guru tidak dapat mencapai
objektif pengajaran dengan baik.

16
4.0 CADANGAN BAGI MENGATASI HALANGAN YANG DIHADAPI OLEH GURU

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh para guru.
Pertama sekali, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memberi pendedahan kepada guru
tentang teori pengajaran. Selain itu, pengetahuan tentang ICT perlu sentiasa diberikan
kepada para guru supaya mereka dapat meningkatkan ilmu mereka dalam bidang ICT. Guru
-guru juga harus dihantar ke kursus-kursus yang berkaitan dengan teknik pengajaran
supaya pelbagai pendekatan, teknik dan kaedah yang terbaru dalam sistem pendidikan
yang sering mengalami perubahan dapat dipelajari oleh para guru.

Selain itu, pihak sekolah guru harus mengurangkan bebanan para guru yang terikat
dengan pelbagai tugasan. Pihak sekolah harus melantik pekerja untuk menyiapkan kerja
kerja pemfailan, inventori, rekod kemas kini dan sebagainya yang perlu dilengkapkan dan
diurus. Guru perlu diberi kebebasan untuk menambaikkan teknik pengajaran mereka.

Justeru itu, ibu bapa juga perlu memberi kerjasama supaya guru dapat
melaksanakan tugas mereka dengan sempurna. Ibu bapa harus melibatkan diri mereka
dalam pengurusan bilik darjah pada peringkat awal. Contohnya, penglibatan yang berbentuk
positif seperti meminta ibu bapa berkongsi kepakaran mereka. Ibu bapa yang mahir IT atau
seorang kaunselor boleh menyumbang kepakaran mereka kepada kebajikan kelas. Guru
boleh berhubung dengan ibu bapa untuk menyatakan kejayaan dan pencapaian mereka. Ibu
bapa juga sentiasa perlu berjumpa dengan para guru untuk memastikan prestasi murid
dalam keadaan baik.

Akhir sekali, pihak kerajaan dan pihak sekolah haruslah bersatu padu untuk
mewujudkan suasana sekolah dan bilik darjah yang selesa dan kondusif. Pihak kerajaan
harus memberi peruntukan untuk menambahbaikan kemudahan sekolah. Pihak sekolah
juga harus menjaga harta benda sekolah dengan baik dan menggunakan segala wang
peruntukkan dalam cara yang berfaedah. Melalui ini, para guru dapat menjalankan tugas
mereka iaitu melahirkan generasi pelajar yang berguna dan maju dalam semua aspek.

17
5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan pendidikan


anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang lebih tinggi. Pengisian
guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan harus diberi keutamaan supaya mampu
menyediakan generasi muda untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa
masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa
bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan
maklumat sejagat. Oleh itu, guru harus memainkan peranan-peranan mereka dengan baik
kerana para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu
menghadapi alaf baru, abad ke-21.

Guru berkesan di sekolah adalah guru yang tahu mengimbangi peranannya dengan
mengambil kira aspek kualiti, kemahiran, personaliti dan kepelbagaian kaedah mengajar
yang bertitik mula dari dalam diri guru tersebut yang akhirnya menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan berdasarkan perlakuan mengajar yang menekankan
perancangan, perlaksanaan dan penilaian yang mana tahap penentuannya ditunjukkan
berdasarkan keputusan dan kesan pengajaran mengikut perlakuan dan prestasi pelajar.

Para guru haruslah menjalankan segala peranan mereka dengan baik dan sempurna
supaya dapat melahirkan golongan pelajar yang akan mengharumkan nama keluarga,
sekolah dan nama negara kita pada masa depan. Para pelajar pula sentiasa memberi
kerjasama kepada guru supaya guru dapat mencapai matlamat pengajaran dan
pembelajaran dengan baik. Guru harus sentiasa sabar dan berusaha untuk menghadapi
cabaran dengan tabah agar golongan pelajar yang berdedikasi dan berguna dapat
dilahirkan.

18
BIBLIOGRAFI

Buku

Choong Len Keow (2008). Murid dan Alam Belajar untuk Program Perguruan Pendidikan

Rendah Pengajian Empat Tahun. Subang Jaya , Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Haliza Hamzah,(2009),Pergurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, Shah Alam, Selangor,

Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Mook Soon Song (2008).Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran .Penerbitan


Multimedia Sdn.Bhd.

Internet
http://www.slideshare.net/KaizenKohana/peranan-guru-dalam-pengurusan-bilik-darjah
http://yangalim.blogspot.com/2010/04/1.html
http://hewar.7forum.biz/t152-ciri-ciri-guru-berkesan
vhttp://ifeanesilval.blogspot.com/2010/10/guru-berkesan-di-sekolah.html
http://gcpengajianam.blogspot.com/2010/10/guru-berkesan.html

19

You might also like