You are on page 1of 4

7.

a) bahan bercetak,buku,peta,pelan,lukisan,gambar,mikrofilem,filem
wayang gambar dan rakaman suara yang diterima atau dikeluarkan
oleh mana-mana jabatan kerajaan dalam apa-apa bentuk jua sekalipun untuk
tujuan menjalankan dan menunaikan urusan rasmi mereka.

A. Usaha-usaha memelihara rekod jabatan

i. Bilik simpanan sesuai


Jabatan jabatan hendaklah menentukan bahawa rekod-rekod hendaklah disimpan dalam
bilik-bilik sesuai yang tidak lembab,bocor atapnya atau berlubang dindingnya.Bilik simpanan
rekod mestilah terhindar dari tikus dan serangga termasuk anai-anai.Untuk menjaga dr
kelembapan,bilik simpanan memerlukan pusingan udara spt pemasangan kipas angin.Di
mana bangunan-bangunan dihawadinginkan,maka bilik-bilik rekod hendaklah juga
dihawadinginkan.

ii. Rekod patut disimpan atas rak-rak

-jgn diletak di atas lantai.


-sebaik guna rak-rak besi yg beri ruang sebanyak 6 inci di antara lantai dan rak pertama-
mudahkan pusingan udara dan pembersihan.Sekiranya rak-rak kayu digunakan,perlu diawasi
dari anai2 atau bubuk dengan menyembur diedrin terlebih dahulu kepada rak-rak kayu.

iii. Mengeringkan rekod


-jika rekod basah,anginkan spy kering (jgn dijemur atau disalai).
-yg lapuk hdklah dibersihkan
-beranai/semut dikeluarkan/dibinasakan serangga tersebut.

iv. Rekod koyak perlu dibaiki

-yg koyak ditampal dengan kertas lain(guna pelekat tepung ubi kayu )
-gam cair atau tape cellulose tidak elok digunakan(rosakkan/cacatkan)
-yg tanggaldari fail disemat semula dgn segera.

v. Bilik rekod dijaga/dibersihkan

-jgn guna tpt makan minum/merokok/simpan bahan2 lain spt


asid,cat,dakwat,minyak spirit.
-dibersihkan selalu/guna pencuci hampagas digunakan elak habuk terkumpul.

8. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

ii) Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan.

iii) Memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor rendah daya pengeluarannya
berpindah kepada sektor yang lebih lumayan.

iv) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara yang di kawasan
Bandar dan luar bandar dan antara wilayah.
v) Memodenkan kehidupan di luar bandar.

vi) Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumputera.

vii) Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.

viii) Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

12.i) Amanah
Amanah bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain untuk
melaksanakannya. Orang yang tidak amanah dianggap telah melakukan satu
pengkhianatan dan juga penipuan. Nilai amanah perlu ada pada setiap anggota awam kerana
tugas mereka adalah mengurus dan menjaga kepentingan serta harta benda awam.

ii) Bertanggungjawab
Tanggungjawab bermaksud sesuatu kerja, tugas, janji dan lain-lain yang mesti
dilaksanakan. Seseorang penjawat awam yang telah diberi tanggungjawab untuk
menjalankan sesuatu tugas bermakna beliau telah diamanahkan melaksanakan tugas tersebut.
Oleh itu ia mempunyai rasa tanggungjawab terhadap dirinya dan kepada Tuhan. Ia
dikehendaki melaksanakan tugasnya sebagai pemegang amanah negara dan rakyat
tugasnya sebagai pemegang amanah negara dan rakyat dengan cemerlang dan memberikan
hasil yang maksimum. Semua anggota perkhidmatan awam daripada peringkat bawahan
hingga peringkat tertinggi mestilah mempunyai sikap bertnggungjawab. Ejayaan mereka
memikul tanggungjawab akan membawa kejayaan kepada perkhidmatan awam.
Sebaliknya mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna boleh
dikenakan tindakan tatatertib seperti yang termaktub dalam Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (K&TT) 1993.

iii. Ikhlas
Ikhlas bermasud hati yang bersih, jujur dan suci. Jika seseorang itu ikhlas dalam
kerjanya ia akan melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna dan menghasilkan
output yang memuaskan secara berterusan. Tanpa sifat ikhlas, seseorang itu akan sentiasa
merungut, menyalahkan orang lain, menunjuk-nunjuk dan gagal melaksanakan
ugasnya dengan baik. Seseorang yang tidak ikhlas, tidak dapat melaksanakan tugas yang
cemerlang secara berterusan.

iv. Berdedikasi
Berdedikasi bermaksud pembaktian seseorang bagi melaksanakan tugas dengan
sempurna. Sikap berdedikasi sangat perlu dimiliki oleh semua anggota perkhidmatan awam.
Seseorang yang mempunyai sifat berdedikasi akan melaksanakan kerja tanpa mengharapkan
sebarang tambahan upahan, ganjaran dan juga puji- pujian. Setiap tugas akan dilaksanakan
dengan cepat, berkesan dan berkualiti. Seseorang yang mempunyai sifat berdedikasi juga
akan sentiasa berusaha memperbaiki kelamahan dirinya dan bersedia menerima nasihat,
teguran dan tunjuk ajar.
v) Berdisiplin
Berdisiplin bermaksud patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang.
Pekerja yang berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan, arahan dan undang-
undang. Mereka juga sentiasa berpegang teguh kepad ajaran agama dan sentiasa menjaga
imej dan maruah diri dan jabatannya.

vi) Bekerjasama
Bekerjasama bermaksud saling tolong-menolong antara satu sama lain, terutamanya
bekerjasama dalam memberikan kebaikan kepada jabatan, dan kepada manusia. Kita ditegah
bekerjasama dalam perkara-perkara yang membawa kepada kerosakan. Sebagaimana yang
diperlukan oleh perkhidmatan awam, setiap pekerja mestilah mempunyai semangat
bekerjasama sebagai satu pasukan. Nilai kerjasama ini dapat melahirkan suasana kerja
yang harmoni, aman, gembira dan mengeratkan hubungan silaturahim. Suasana demikian
akan meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja.

vii) Bersih
Bersih bermaksud kebersihan dari aspek fizikal (misalnya diri, pakaian, bangunan
pejabat, rumah, kawasan persekitaran,, pengurusan dan pemilikan harta) dan juga kebersihan
moral (hati yang baik, fikiran bersih, jiwa yang murni, tidak sombong, angkuh dan
sebagainya). Kebersihan dari segi tempat tinggal akan mewujudkan kesihatan yang baik
dan terhindar daripada penyakit. Kebersihan daripada aspek rohani akan menghindarkan
seseorang itu daripada perasaan dengki., khianat, tamak haloba, dan sifat-sifat lain
yang cela.

viii) Tekun
Tekun bermaksud bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu tugas. Seseorang yang
tekun akan dapat menyiapkan tugasnya mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pekerja
yang tekun akan mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan peribadi, sanggup
berkorban masa dan tenaga untuk perkhidmatan dan sentiasa meningkatkan mutu kecekapan
dan produktiviti.

ix) Sederhana
Kesederhanaan adalah sikap yang menentang akan sikap keterlaluan sama ada
keterlaluan dalam menetapkan sesuatu peraturan perbelanjaan atau dari segi kelakuan
seperti percakapan, pakaian, tindakan dan tingkah laku.

12. Kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripada proses kerja yang terdapat di dalam
MPK dan FM ialah:

i) Mengelakkan kesilapan operasi dan perundangan ketika menjalankan tugas.

ii) Memperlihatkan tindakan-tindakan lengkap yangperlu diambil semasa menjalan


tugas.
iii) Membantu kerja penyeliaan.

iv) Memudahkan semakan dan pindaan ke atas proses kerja apabila mengemaskini
diperlukan.

v) Mengurangkan arahan biasa yang berulang-ulang.

vi) Memendekkan masa latihan kepada pekerja-pekerja baru.

vii) Mengekalkan tahap kecekapan dan keberkesanan kerja seseorang pegawai.

viii) Memudah dan melicinkan urusan harian pejabat.

ix) Menjamin pencapaian kualiti kerja melalui standard kerja yang telah ditetapkan

You might also like