You are on page 1of 17

1.

0 PENDAHULUAN

Pendidikan adalah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (National

Key Result Area- NKRA). NKRA pendidikan merupakan landasan dan titik permulaan

dalam usaha menambah baik prestasi pelajar dalam sistem pendidikan peringkat

sekolah secara menyeluruh, serta membolehkan mereka mendapat akses

pendidikan yang berkualiti, KPM (2010).

Sehubungan dengan itu, guru perlulah bijak menggunakan pelbagai teknik

mengajar seiring dengan perkembangan arus pendidikan. Pengajaran dan

pembelajaran hari ini perlulah lebih kreatif, kritis dan inovatif dalam meneroka serta

mengeksploitasikan maklumat yang sedia ada. Oleh itu, antara strategi yang boleh

digunakan oleh guru ialah pendekataan koperatif.

Cohen (1994: 64) mendefinisikan bahawa pembelajaran koperatif ialah

pelajarbekerjasamadalamkumpulan keciluntuk mencapaimatlamatyang dikongsi

secara bersama-sama. Strategi pengajaran ini diiktiraf secara meluasdan

menggalakkan proses sosialisasidalamkalanganpelajar. Menurut kajian yang

dilakukan oleh Stevens (2003 : 9) membuktikan bahawa pembelajaran koperatif

telahdigunakandenganjayanyauntuk meningkatkan pencapaian

kemahiranmenulisdalam kalangan pelajar.

Dalam susunan kemahiran bahasa, kemahiran menulis merupakan kemahiran

yang tertinggi yang perlu dicapai oleh pelajar. Kemahiran ini memerlukan seseorang

itu menerapkan beberapa subkemahiran, seperti kemahiran mengenal dan menulis

huruf-huruf dalam satu himpunan perkataan, frasa atau ayat mengikut sistem tulisan

dan ejaan yang telah ditentukan, di samping berkemampuan menggunakan tanda-

tanda bacaan. Hal ini disokong oleh Byrne (1981 : 1) yang berpendapat bahawa
penulisan ialah urutan ayat-ayat yang disusun dalam susunan yang tertentu dan

berkait antara satu sama lain dengan cara-cara tertentu.

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu

Saya telah dipertanggungjawab dan diamanahkan mengajar murid-murid

tahun satu di sekolah saya. Sepanjang minggu transisi selama tiga minggu, saya

telah menjalankan beberapa pemerhatian terhadap murid-murid tahun satu tersebut

mengenai kemahiran-kemahiran yang telah dan belum mereka kuasai. Di antara

kemahiran yang masih belum mereka kuasai adalah kemahiran bukan lisan iaitu

kemahiran menulis.

Definisi menulis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), muka surat

1729 ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam, kapur

, pensel dan lain-lain. Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug (2008),

Menulis adalah keperluan peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada

kesenangan dan ada manfaat untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai

dalam kegiatan ini.. Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik

yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya

disusun menjadi ayat-ayat. Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan

lambang-lambang bunyi di samping sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan

perasaan.

Selain itu, jika kita lihat pada dokumen standard kurikulum yang telah

dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2009), antara fokus utama yang

terkandung dalam tunjang komunikasi adalah merangkumi kemahiran mendengar,

kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Standard


kandungan bagi fokus kemahiran menulis adalah (BM 3.1). Maka dengan ini,

kemahiran menulis adalah sangat berkait rapat dan perlu diberi penekanan kepada

murid-murid tahun 1 yang belum menguasai kemahiran ini.

Berdasarkan daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya

laksanakan di dalam kelas , semasa set induksi yang saya jalankan selama lima

minit, saya telah meminta murid menyanyikan lagu abc. Murid-murid tersebut dapat

menyanyikan dengan baik. Malahan semasa set induksi juga saya telah meminta

beberapa orang murid menyanyikan lagu tersebut secara individu. Hasil daripada set

induksi yang dijalankan murid secara keseluruhannya dapat mengingat kesemua

huruf-huruf dari a hingga z

Pada peringkat perkembangan pengajaran pula saya telah menjalankan

selama sepuluh minit. Saya telah menulis huruf-huruf secara rawak pada papan

putih dan murid menyebutkan huruf yang ditulis. Pada langkah ini terdapat

sebilangan murid yang dapat mengecam dan menyebut huruf yang ditulis dengan

baik. Maka dari sini saya dapat mengenalpasti bahawa murid-murid tersebut tidak

mempunyai masalah dalam mengecam huruf. Oleh itu dalam langkah satu juga,

saya telah meminta beberapa orang murid untuk menulis huruf yang disebutkan oleh

saya. Maka bermula dari situlah saya mula dapat mengesan masalah yang murid

tersebut hadapi.

Contohnya apabila saya meminta murid menulis huruf a, murid dapat

melakukan dengan baik sama juga seperti huruf-huruf lain. Namun masalah mula

kelihatan apabila saya meminta mereka menulis huruf-huruf b, d, p, q. Mereka mula

kelihatan ragu-ragu dan tidak berkeyakinan. Saya meminta mereka menulis apa

sahaja yang berada di dalam pemikiran mereka. Hasilnya ternyata jelas di mana
murid tersebut mengalami kekeliruan dalam menulisnya iaitu mereka tersilap menulis

iaitu menulis secara terbalik. Antara contoh murid menulis terbalik tersebut adalah

seperti apabila murid diminta menulis huruf b misalannya, murid tersebut tidak

dapat menulis huruf b dengan betul sebaliknya murid tersebut menulis huruf d.

Namun walaubagaimanapun, apabila saya menulis huruf b di papan putih, murid

tersebut dapat mengenali huruf yang ditunjukkan.

Seterusnya pada peringkat perkembangan kedua yang saya jalankan selama

sepuluh minit juga, saya memberikan lembaran kerja kepada murid di mana kertas

yang saya berikan kepada mereka tersebut telah disediakan kotak-kotak untuk murid

menulis huruf. Saya meminta murid menulis huruf a hingga z tanpa berpandukan

apa-apa iaitu saya tidak menunjukkan kad carta huruf kepada murid. Hasil daripada

itu dapat dilihat dengan jelas bahawa murid tersebut memang mempunyai masalah

dalam menulis huruf b, d, p, q" dengan baik iaitu menulis huruf secara terbalik.

Contohnya adalah b sebagai d dan p sebagai q dan begitulah sebaliknya.

Seterusnya pada sesi penutup yang saya jalankan selama lima minit, aktiviti

pengukuhan telah dilaksanakan di mana sekali lagi saya menunjukkan huruf secara

rawak pada kad carta huruf dan hasilnya murid dapat mengecam dan menyebut

dengan baik. Sekali lagi pengujian dilakukan iaitu meminta murid menulis huruf yang

disebut guru, ternyata sekali lagi murid masih menulis huruf secara terbalik iaitu

terkeliru antara huruf b, d, p, q.

Selain daripada itu, masalah ini juga dapat dilihat dengan jelas terutamanya

ketika murid-murid tersebut menulis namanya pada lembaran kerja. Murid-murid

tersebut akan meniru nama mereka yang terdapat pada tanda nama sementara yang

tertera nama mereka dan menyalinnya semula. Semasa menulis murid tersebut akan
membuat kesalahan dengan menulis secara terbalik namun apabila di tegur dan

ditunjukkan dengan cara yang betul, murid tersebut dapat melakukannya semula

dengan baik. Oleh itu, dapat saya simpulkan berdasarkan pemerhatian saya murid

tersebut dapat mengecam huruf tetapi tidak dapat menulisnya jika tiada bimbingan

dan petunjuk yang diberikan.

Antara tingkahlaku yang ditunjukkan bagi murid yang mempunyai masalah

dalam kemahiran menulis secara mekanis adalah cara menggenggam pensil yang

salah, kedudukan badan yang canggung semasa menulis, tidak dapat membentuk

huruf dengan betul, menulis huruf secara terbalik dan keliru dengan arah (contoh

tulisan cermin / tulisan terbalik). Perkara-perkara ini dapat dilihat dalam segelintir

murid-murid tahun satu tersebut sehingga menyebabkan tulisan huruf b, d, p, q

mereka adalah terbalik.

Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea

atau maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis,

penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan

keadaan, alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh. Oleh yang demikian,

kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetapi mampu membantu ke arah

pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam suasana

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid

menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis

penulisan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting

kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan

mempamerkan buah fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di


mana kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada

kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya. Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis

dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah seharusnya dijalankan

serentak atau dalam masa selari. Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya

mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak telah pandai menulis ketika

masuk sekolah. Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu mereka menulis mereka

juga membaca.

Namun walaubagaimanapun, saya telah dapat mengenal pasti terdapat

beberapa orang murid di mana masalah yang dihadapinya adalah bersesuaian

dengan tajuk kajian tindakan yang ingin saya laksanakan iaitu meningkatkan

kemahiran menulis huruf si buncit dan si kurus iaitu huruf b,d,p,q. Maksud bagi

istilah si buncit adalah lengkungan-lengkungan atau perut yang terdapat pada

huruf-huruf b, d, p, q tersebut manakala maksud bagi istilah si kurus adalah garisan

lurus atau batang yang terdapat pada huruf b, d, p, q.

Oleh itu saya beranggapan murid tersebut perlu diberi lebih banyak latihan

dalam menulis huruf b, d, p, q dengan bimbingan dan saya yakin bahawa apabila

menggunakan teknik yang betul dalam mengajar murid tersebut menulis huruf b, d,

p, q, sudah pastinya murid akan dapat menguasai kemahiran tersebut dan tidak

akan melakukan kesilapan yang sama lagi.


1.2 Pengumpulan data awal

Bagi mengenalpasti murid yang mempunyai masalah dalam menulis huruf b,

d, p, q ini, saya telah menggunakan beberapa instrumen iaitu seperti pemerhatian,

menilai hasil kerja murid dan juga temubual bersama guru prasekolah dan temubual

bersama murid.

1.2.1 Pemerhatian

Hasil daripada pemerhatian yang saya jalankan secara tidak langsung di

dalam kelas membuahkan hasil pemerhatian yang baik. Melalui proses pemerhatian

yang dijalankan berdasarkan senarai semak yang dibina, ternyata murid-murid ini

memang mempunyai masalah dalam menulis huruf b, d, p, q. Ianya dapat dilihat

apabila murid-murid tersebut menulis nama mereka pada lembaran kerja yang

diberikan. Malahan hari yang ditulis contoh seperti Rabu juga kadangkala murid

tersebut melakukan kesilapan yang sama. Namun walaubagaimanapun seperti yang

telah dinyatakan sebelumnya, apabila murid ditegur mengenai kesalahan yang

dilakukan dan ditunjukkan huruf yang betul ternyata murid dapat membaikinya

dengan baik iaitu menulisnya dengan betul, kemas dan tidak terbalik.

1.2.2 Temu bual

Hasil daripada sesi temu bual yang saya lakukan terhadap murid-murid tahun

satu yang berusia tujuh tahun tersebut, ada di antara mereka yang dapat mengecam

huruf b, d, p, q dengan baik namun apabila diminta untuk menulisnya mereka mula

keliru dan ragu-ragu. Malahan ada di antara mereka yang langsung tidak dapat

membayangkan bagaimana bentuk bagi sesuatu huruf tersebut. Apabila saya

menyoal mereka mengapa perkara ini berlaku, antara jawapan yang diberikan
adalah tidak ingat dan tidak tahu. Selain itu, saya juga melaksanakan sesi temu

bual bersama murid setelah mereka selesai menyiapkan kerja yang diberikan.

Berdasarkan daripada temubual tersebut, saya ada menanyakan kepada mereka

apakah huruf-huruf yang ditulis oleh mereka dan juga saya meminta mereka untuk

menulis semula huruf yang disebutkan oleh saya. Kesimpulan yang dapat saya buat

adalah, kesalahan yang dilakukan oleh murid adalah secara tidak konsisten.

Selain itu, hasil daripada sesi temubual yang dijalankan bersama guru

prasekolah tersebut, menurut beliau bahawa kebolehan murid dalam menulis huruf-

huruf tersebut sememangnya tidak konsisten dimana kadangkala mereka dapat

menulis dengan baik dan kadangkala salah dalam menulis. Malah ada di antara

mereka yang sudah dapat mengecam huruf dengan baik tetapi tidak dapat menulis

dan ada di anatara mereka yang tidak dapat mengusai kedua-duanya.

1.2.3 Hasil kerja murid

Berdasarkan hasil kerja murid iaitu meminta murid menulis huruf a z tanpa

sebarang panduan atau tunjuk ajar guru, terdapat beberapa hasil yang dapat saya

lihat. Ada di antara mereka yang lemah dalam menulis huruf di mana mereka

menulisnya secara terbalik. Hanya terdapat seorang murid sahaja yang dapat

menulis semua huruf dari a-z dengan baik. Murid-murid lain pula melakukan

beberapa kesalahan. Antara kesalahan yang jelas dan ramai yang melakukannya

adalah dalam menulis huruf b, d, p, q. Contoh gambar di bawah adalah bukti di mana

salah seorang daripada murid yang menulis huruf b dan d secara terbalik.

Rajah 1
2.0 Fokus Kajian

Kajian yang akan dijalankan ini adalah bagi melihat permasalahan murid dan

bagaimana cara atau kaedah sesuai untuk mengatasinya sekaligus menarik minat

murid di samping menghasilkan sebuah pembelajaran yang berkesan. Sehubungan

dengan itu, bagi mengatasi masalah murid dalam menulis huruf b,d,p,q ini saya

menggunakan kad tekap tindih dan kaedah pengajaran yang digunakan adalah

melalui kaedah kad tekap tindih.

2.1 Huraian Fokus Kajian

Hasil daripada sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan

dalan kelas prasekolah, saya mendapati bahawa murid-murid tersebut mempunyai

masalah dalam menulis beberapa huruf. Antara huruf-huruf yang menjadi

permasalahan kepada murid adalah huruf b,d,p,q. Murid-murid ini bukanlah

mempunyai masalah dari aspek pengecaman dan menyebut huruf kerana apabila

ditunjukkan huruf-huruf tersebut, murid dapat menyebutnya dengan baik tetapi

apabila diminta untuk menulis tanpa sebarang panduan dan petunjuk contohnya

seperti kad carta huruf ternyata murid tersebut tidak dapat melaksanakannya.

Malahan kadangkala prestasi yang ditunjukkan oleh murid ini adalah tidak konsisten

di mana kadangkala murid dapat menulis dengan betul bagi keempat-empat huruf

dan kadangkala hasil penulisan mereka adalah salah iaitu menulis dengan cara

terbalik.

2.1.1 Kepentingan fokus kajian

Kepentingan fokus kajian yang ingin saya laksanakan ini adalah

meningkatkan kemahiran murid dalam menulis huruf-huruf b,d,p,q. Saya memilih

fokus kajian ini adalah kerana masalah ini dapat dilihat dengan jelas dalam kalangan

murid. Saya memberi pemfokusan terhadap menulis sahaja kerana melalui


pemerhatian yang dijalankan, rata-rata murid dapat mengecam tetapi sukar untuk

menulis. Malahan ada di antara mereka yang menulis huruf-huruf tersebut dengan

teknik yang salah.

Selain itu, kajian ini juga penting kerana pada pandangan saya jika masalah

ini tidak diatasi dengan segera maka tidak mustahil jika murid tersebut mempunyai

pengekalan di dalam pemahaman mereka bahawa huruf b adalah seperti huruf d

manakala huruf p adalah seperti huruf q dan begitulah sebaliknya.

Oleh itu saya juga yakin bahawa melalui kajian ini, masalah murid-murid

tersebut akan dapat diatasi kerana murid-murid ini tidaklah mempunyai masalah

disleksia tetapi mereka hanyalah mempunyai sedikit kekeliruan disebabakan huruf

tersebut seakan-akan sama yang membezakannya adalah kedudukan batang huruf

dan juga kedudukan perut huruf.,Jika diberi latihan dan kaedah pembelajaran yang

sesuai sudah pasti murid tersebut dapat menulisnya dengan baik di samping tidak

lagi mengalami kekeliruan terhadap keempat-empat huruf tersebut.

2.1.2 Kebolehtadbiran fokus kajian

Kebolehtadbiran kajian ini adalah tinggi kerana salah satu daripadanya

adalah kajian ini tidak menggunakan kos yang terlalu tinggi di mana anggaran bagi

melaksanakannya adalah berada di bawah lingkungan RM 200 sahaja. Selain

daripada itu, bagi melaksanakan aktiviti menggunakan kad 2T ini juga tidak

memerlukan sebarang ruangan khas kerana tempat untuk menjalankan aktiviti ini

adalah bebas iaitu di mana-mana sahaja sudut yang terdapat di dalam kelas Tahun

1, contohnya seperti sudut aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Namun yang

penting adalah tempat tersebut kondusif dan selamat.


Di samping itu juga, perancangan bagi melaksanakan aktiviti ini adalah teratur

di mana aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan daripada aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang bermula dari set induksi hinggalah ke masa penutup. Alatan yang

digunakan untuk membina kad 2T ini juga adalah mudah didapati iaitu seperti

mounting board, ring file, elephant board dan gambar-gambar yang bersesuaian.

Tambahan pula, teknik untuk membuatnya juga adalah mudah kerana ianya banyak

melibatkan kemahiran menggunting dan menampal sahaja.Perancangan bagi

melaksanakan aktiviti ini adalah mengikut daripada jadual perancangan yang

disediakan. Ekoran itu, kajian ini dapat dijalankan dengan teratur dan terancang di

samping murid-murid yang terlibat juga dapat memberikan kerjasama yang baik.

2.1.3 Kerelevanan fokus kajian

Kajian yang ingin dilaksanakan ini iaitu menulis huruf b, d, p, q menggunakan

kad 2T ini bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada huruf-huruf tersebut malah turut

boleh diaplikasikan kepada huruf-huruf lain iaitu bermula dari huruf a-z dengan

hanya membina sebuah kad 2T mengikut huruf yang diingini. Malahan konsep kad

2T ini juga boleh digantikan dengan cara menulis nombor. Tambahan pula, kajian ini

juga bukan sekadar sesuai bagi murid-murid prasekolah malahan guru-guru tahun

satu serta guru pemulihan juga turut boleh mengaplikasikan kaedah yang digunakan

ini iaitu kad 2T kepada murid mereka yang mempunyai masalah dalam kemahiran

menulis. Oleh itu, dengan adanya kaedah penyelesaian masalah seperti kad 2T ini,

kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dapat dipertingkatkan di samping murid

dapat memahami konsep menulis huruf b, d, p, q dengan mudah dan pantas.

Dengan adanya pelaksananan penyelesaian kepada masalah menulis huruf b,

d, p, q ini diharapkan murid-murid tersebut dapat memahami cara untuk menulis


huruf-huruf tersebut dengan teknik yang betul dan tidak lagi berlaku kekeliruan untuk

menulisnya kerana pada peringkat permulaa tahun 1 ini, konsep asas seperti

menulis huruf sewajibnya dikuasai oleh semua murid. Namun di dalam kelas ini ,

terdapat tiga orang murid yang mempunyai masalah dalam menulis huruf b, d, p, q

dengan betul. Dengan ini, fokus kajian ini adalah relevan kepada murid tersebut.

2.1.4 Kebolehgunaan fokus kajian

Kebolehgunaan fokus kajian ini adalah tinggi di mana kajian ini boleh

dilaksanakan oleh sesiapa sahaja kerana kajian ini sangat mudah difahami dan

mudah diaplikasikan. Penggunaan kad 2T tersebut juga adalah mudah untuk diguna

pakai walaupun tanpa sebarang bimbingan dan panduan penggunaannya. Malahan

murid-murid sendiri juga boleh menggunakannya secara sendiri tanpa bimbingan

guru sebagai latihan lanjut kepada murid. Kajian ini juga banyak memberi kesan

postif kepada guru serta murid dimana guru dapat memudahkan sesi pengajaran dan

pembelajaran di samping objektif pengajaran mudah untuk dicapai. Manakala kesan

positif kepada murid adalah dapat menguasai kemahiran menulis huruf-huruf

tersebut dan tidak memberi tekanan kepada murid tersebut kelak kerana masih tidak

dapat menguasai kemahiran menulis huruf tersebut dengan baik.

Malahan dalam membina kad 2T itu juga tidak memerlukan kos yang tinggi di

samping kad tersebut boleh diaplikasikan kepada semua murid dan boleh

digunapakai berulang kali kepada murid yang berlainan kerana lampiran-lampiran di

dalam kad 2T tersebut mudah untuk dikeluarkan dan di masukkan bagi

menggantikan helaian yang baru. Selain itu, teknik penggunaan kad 2T ini juga

mudah digunapakai oleh semua orang kerana dengan melihatnya sahaja, guru

sudah mengetahui cara penggunaannya.


2.2 Tindakan / Intervensi

Bagi menyelesaikan masalah murid dalam menulis huruf b, d, p, q ini saya

akan menggunakan satu tindakan iaitu melalui penggunaan kad 2T iaitu tekap tindih.

Kad 2T ini akan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana

dengan adanya kad ini murid akan dapat mengetahui cara menulis dengan betul bagi

sesuatu huruf tersebut.

Kad ini dinamakan kad 2T adalah disebabahkan kad tersebut disusun secara

bertindih dan murid hanya perlu menekapkan huruf tersebut untuk menulisnya. Cara

penggunaan kad ini adalah murid menggunakan pensel warna dan menekap pada

ruang yang disediakan dan akhirnya akan menghasilkan huruf yang ditekap.

Contohnya dalam kemahiran menulis huruf b. Bagi menulis huruf b dengan

cara yang betul seharusnya ialah batangnya iaitu satu garisan lurus yang panjang di

buat terlebih dahulu diikuti dengan huruf c terbalik yang ditulis pada bahagian

bawah kanan garisan lurus tersebut.

2.1.1 Langkah-langkah tindakan

a.Lapisan pertama

Kad 2T tersebut akan disusun secara bertindih di mana pada lapisan yang

pertama adalah gambar bagi huruf tersebut beserta gambar-gambar yang bermula

dengan huruf b, rujuk rajah 2. Melalui ini, murid akan dapat membuat hubungkait

iaitu setiap gambar yang dilihat tersebut adalah bermula dengan huruf b.

Rajah 2
b. Lapisan kedua

Manakala pada lapisan yang kedua ialah kertas yang dibahagikan kepada

empat garisan yang membentuk ruangan yang sama panjang dan lebar. Pada

lapisan ini huruf b dibentuk sekali lagi menggunakan benang bulu kambing dengan

tujuan murid dapat menyentuh huruf tersebut. Batang bagi huruf tersebut terletak

pada tengah garisan menegak manakala perutnya diletakkan pada ruangan

bahagian kanan bawah kad tersebut. Rujuk rajah 3.

Rajah 3

c. Lapisan ketiga

Seterusnya pada lapisan ketiga adalah satu garisan panjang yang

dilubangkan pada bahagian tengah untuk murid menekap garisan tersebut

menggunakan pensel warna. Hasil daripada tekapannya akan dapat dilihat pada

lapisan kelima. Rujuk rajah 4.

Rajah 4
d. Lapisan keempat

Manakala pada lapisan keempat adalah huruf c yang ditulis secara terbalik

yang telah dilubangkan pada bahagian tengahnya dimana murid dapat menekap

huruf tersebut dengan menggunakan pensel warna. Seperti yang sebelumnya, hasil

tekapan tersebut akan terlihat pada lapisan kelima. Rujuk rajah 5.

Rajah 5

e. Lapisan kelima

Pada lapisan kelima tersebut, satu huruf b yang telah siap akan terebentuk

hasil daripada proses penekapan yang telah dilaksanakan pada langkah yang

sebelumnya. Rujuk rajah 6 .

Rajah 6
f. Lapisan keenam

Manakala lapisan yang terakhir adalah satu ruangan kosong yang mempunyai

garisan di mana ruang tersebut murid boleh menulis huruf b melalui bantuan

garisan grid yang disediakan. Rujuk rajah 7.

Rajah 7

g. Lapisan ketujuh

Pada lapisan yang terakhir di sediakan beberapa helai kertas kosong. Kertas-

kertas tersebut disediakan bagi tujuan aktiviti penilaian yang dilakukan bersama guru

dan juga sebagai latihan tambahan untuk kegunaan murid.

Lapisan-lapisan lubang tersebut telah disusun dengan tepat di mana hasil

daripada penekapan yang dilakukan tersebut dapat menghasilkan huruf b yang

betul. Langkah yang sama juga akan dilaksanakan bagi huruf d, p, q dengan

menggunakan kad 2T yang berlainan. Melalui kaedah yang digunakan ini, secara

tidak langsung murid bukan sahaja dapat menulis huruf tersebut dengan baik

malahan murid juga dapat menulis huruf tersebut dengan teknik yang betul kerana

dalam kalangan murid ini juga dapat dilihat bahawa teknik penulisan yang dilakukan

oleh mereka adalah salah di mana mereka selalunya menulis perut terlebih dahulu

diikuti dengan batang huruf tersebut.

Tujuan saya memilih kaedah ini adalah kerana berdasarkan daripada

penggunaan kad 2T ini, murid akan dapat melihat dengan lebih jelas cara yang perlu

dilaksanakan dalam menulis sesebuah huruf tersebut di mana contohnya bagi


menulis huruf d, murid akan mengetahui bahawa murid perlu menulis huruf c

terlebih dahulu kemudian diikuti menulis garisan panjang. Selain itu murid juga akan

dapat mengetahui bahawa kedudukan sesuatu bentuk tersebut di mana kedudukan

perut bagi huruf d adalah bahagian bawah kiri dan seterunya membuat garisan

panjang disebelah kanan huruf c tersebut.

Selain itu, melalui penggunaan kaedah ini juga murid akan lebih seronok

semasa melaksanakan aktiviti ini kerana secara tidak langsung murid dapat bermain

kerana melalui penggunaan kad 2T ini ianya tidaklah berbentuk formal kerana murid

dapat membuat pemerhatian dan penerokaan terhadap sesuatu huruf tersebut. Di

samping itu juga, melalui penggunaan kad 2T ini, kemahiran murid dapat

dipertingkatkan secara individu di mana murid-murid tersebut dapat melaksanakan

aktiviti secara individu dan masa untuk murid membuat penerokaan dan pemerhatian

adalah lebih panjang sebelum aktiviti seterusnya dilaksanakan.

Melalui kaedah ini juga, murid dapat membina keyakinan dirinya sendiri

kerana semasa melaksanakan aktiviti tersebut murid melaksanakannya secara

individu dan hanya kad 2T itu sahaja yang bertindak sebagai pembantunya di

samping guru yang berperanan melakukan pemerhatian terhadap aktiviti yang

dilakukan murid.

You might also like