You are on page 1of 2

Isu Berniaga di sekolah

Online : Freemalaysiatoday
Berhenti jadi guru kalau nak meniaga di sekolah,
kata PIBGN
Faiz Zainudin
Published on | October 1, 2016

PETALING JAYA: Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) berkata guru yang tidak
lagi berminat untuk mendidik dan sibuk berniaga di sekolah disarankan supaya meletakkan
jawatan.

Presiden PIBGN Datuk Dr Mohamad Ali berkata ini kerana tugas guru ialah mendidik anak
bangsa, bukannya berniaga di sekolah dan dibimbangkan fokus mereka akan terjejas
kerana ada aktiviti peribadi di tempat mengajar.

Kalau betul guru minat berniaga dan ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan
saya kira mereka kena berhenti menjadi guru dan berniaga sepenuh masa supaya ia tidak
mencacatkan bidang perguruan.

Sebagai seorang guru mereka sepatutnya memberi tumpuan sepenuh masa kepada
pelajar kerana itu prinsip utama. Mereka juga seharusnya menyalahgunakan masa waktu
sekolah dengan melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti perniagaan, katanya kepada
FMT.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sikap segelintir guru yang mengambil kesempatan
berniaga di sekolah.

Mohamad berkata pihaknya tidak mahu guru mengambil kesempatan mempromosikan


MLM atau menjual barangan kemas dan baju pada waktu persekolahan kerana ia
menjejaskan etika seorang pendidik.

Bagaimanapun, katanya tidak semua guru bersikap begitu kerana kebanyakan masih patuh
peraturan ditetapkan pihak sekolah.

Kes tidak banyak, hanya 1 atau 2 kes, tetapi kita ambil langkah menasihati pihak
berkenaan untuk pengawal diri dan menjaga disiplin, katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Pendidikan Kebangsaan (NUTP)


Kamaruzzaman Abdul Razak berkata kes guru berniaga pada waktu sekolah merupakan
isu terpencil dan belum ke tahap membimbangkan sehingga menjejaskan sesi
pembelajaran murid.

Isu yang berlaku bukan tahap membimbangkan, hanya segelintir guru saja minat berniaga,
tidaklah sampai menjejaskan pengajaran dan pembelajaran.

Perkara ini kadang-kadang guru seronok biasalah manusia, tetapi kalau mana-mana ibu
bapa yang kurang berpuas hati mereka boleh membuat aduan menerusi saluran PIBG di
setiap sekolah, bukannya membuat rungutan di luar, katanya kepada FMT.

You might also like