You are on page 1of 1

ISU PENAMPILAN

Rasuah kantin perangkap guru besar


Akhbar Kosmo 7/2/2017

Oleh SUHANA MD. YUSOP


SUBRAMANIAM
menerima RM4,400
daripada pengusaha
kantin SJKT Rawang
bagi mendapatkan
surat sokongan lanjut
kontrak.

SHAH ALAM Seorang guru besar dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah
Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menerima suapan
berjumlah RM4,400 daripada seorang pengusaha kantin bagi mendapatkan surat sokongan
untuk melanjutkan kontrak kantin tiga tahun lalu.

Hakim Asmadi Hussin memerintahkan tertuduh, M. Subramaniam, 56, menjalani hukuman


penjara masing-masing empat bulan bagi setiap pertuduhan selepas mendapati pihak
pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Mahkamah
juga menetapkan hukuman berjalan secara berasingan berkuat kuasa semalam.

Mengikut pertuduhan, Subramaniam yang ketika kejadian berkhidmat di Sekolah Jenis


Kebangsaan Tamil (SJKT) Rawang didakwa menerima cek bernilai RM1,500 tanpa balasan
daripada pengusaha kantin tersebut di kantin sekolah itu antara 11 pagi dan 2 petang pada 30
Januari 2014.Dia juga didakwa menerima wang tunai RM2,900 tanpa balasan daripada
pengusaha kantin itu di bilik makan guru kantin sekolah itu pada 3.15 petang 8 Oktober 2014.

Subramaniam, yang kini guru besar sebuah sekolah di Sungai Buloh, didakwa mengikut
Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau
denda atau kedua-duanya.

You might also like