You are on page 1of 3

Isu keprihatinan

kes pelajar sekolah di suruh makan rumput oleh seorang guru

parit buntar

Youtube TV3

Published on Jan 26, 2014


kes pelajar sekolah di suruh makan rumput oleh seorang guru

Guru paksa murid makan rumput


MUHAMMAD Nasvinder Muhammad Amit (kanan) dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith yang dihukum secara melampau oleh guru
Bahasa Inggeris di SJKC Khai Meng, Sungkai, Perak, baru-baru ini.

SUNGKAI 25 Jan. - Hanya kerana gagal menyiapkan tugasan sekolah yang


diberi, dua murid tahun empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai
Meng dekat sini dilayan seperti seekor lembu apabila digantung loceng di
leher dan dipaksa memakan rumput oleh seorang guru sekolah itu, Khamis
lalu.

Guru lelaki berusia 26 tahun yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris
itu bukan sahaja menggelarkan Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan
Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith masing-masing 10 tahun sebagai lembu
malah turut mengugut akan memuat naik gambar mereka yang diambil
menggunakan telefon bimbit di laman sosial Facebook.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, empat orang murid gagal
menyiapkan tugasan yang diberi namun guru terbabit hanya memberikan
hukuman kepada kedua-dua mangsa.

Difahamkan, dua lagi murid lain tidak dikenakan denda kerana berpenyakit
dan mempunyai surat sakit daripada doktor.

Bapa saudara kepada Muhammad Nasvinder, Muktasim Hashim, 28, berkata,


pada mulanya kedua-dua murid berkenaan dirotan sebanyak dua kali di
bahagian tapak tangan sebelum diarahkan memakai loceng di leher dari
pukul 9 pagi sehingga tamat waktu persekolahan pada pukul 1.30 petang.

Katanya, jika murid itu ingkar arahan berkenaan, mereka akan dikenakan
hukuman lebih berat iaitu denda rotan sebanyak 10 kali lagi.
Kedua-dua murid ini akur dengan arahan guru tersebut kerana bimbang
akan dirotan lagi. Bagaimanapun, tindakan guru terbabit membuatkan
mereka malu untuk ke kantin sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Balai
Islam Taman Permai di sini hari ini.

Muktasim berkata, kejadian kedua pula berlaku pada pukul 10.10 pagi iaitu
pada waktu rehat yang guru tersebut datang semula ke kelas mangsa
sebelum mengambil rumput di hadapan kelas lalu memaksa mangsa makan.

Tindakan keterlaluan guru itu, katanya, memaksa Muhammad Nasvinder


mengeluarkan kata-kata Lembu puasa hari ini jadi saya tidak boleh
makan kepada gurunya kerana tidak tahan dipaksa makan rumput
tersebut.

Empat murid tidak siapkan kerja sekolah iaitu dua daripada kaum Cina dan
dua lagi murid beragama Islam yang diambil tindakan hanya dua pelajar
Islam sahaja dua lagi tiada apa-apa tindakan.

Alasan yang diberikan guru itu kerana dua lagi (murid Cina) berpenyakit
dan mempunyai surat sakit daripada doktor. Ini tidak masuk akal kerana
anak saudara saya juga mempunyai masalah kesihatan kerana menghidap
asma," katanya.

Sementara itu, ibu Muhammad Nasvinder, Siti Aisha Hashim, 32,


memberitahu, anaknya trauma dan malu dengan kejadian tersebut apabila
terdapat rakan-rakannya mengejek dengan panggilan lembu.

Katanya, guru terbabit mengakui anaknya seorang murid yang pandai,


namun akibat perbuatannya, anak kedua daripada enam beradik itu kini
fobia untuk ke sekolah.

Saya rasa cukup terkilan kerana kita hantar mereka pergi sekolah untuk
belajar tetapi guru pula tunjuk contoh tidak baik, apa akan jadi pada masa
akan datang," katanya.

Dalam pada itu, Yarni Kasuma Dewi Zainal Aripin, 33, ibu kepada Mohd. Izat
Iqbal berkata, mereka membuat laporan polis di Balai Polis Sungkai
berhubung perbuatan melampau guru berkenaan, semalam.

Katanya, guru itu ada menemui mereka dan membuat permohonan maaf,
namun permohonan maaf itu dilihat dibuat dalam keadaan tidak ikhlas.
Guru besar yang ditemui juga memberitahu kejadian itu (gantung loceng)
bukan kali pertama dilakukan oleh guru terbabit tetapi memaksa makan
rumput dengan gelaran lembu adalah kali pertama," katanya.

Justeru katanya, mereka sebulat suara mahukan guru tersebut diambil


tindakan keras agar kejadian sama tidak berulang.

You might also like