You are on page 1of 1

BANDINGAN KEPIMPINAN TRASFORMASI DENGAN KEPIMPINAN LAIN

Perbezaan dengan kepimpinan transaksi

Burns (1978) membandingkan kepimpinan transformasi kepada kepimpinan transaksi. Dalam kepimpinan
transaksi hubungan antara ketua dan pengikut tidak melebihi proses tawar menawar. Dalam gaya kepimpinan ini, ketua
dan pengikut mengambil bahagian untuk sama mendapat keuntungan. Setiap mereka sedar akan kuasa yang ada pada
setiap mereka dan pertukaran mungkin dalam bentuk ekonomi, politik atau psikologikal. Sebaliknya ketua transformasi
adalah ketua yang mermoral kerana lebih kepada ideal dan nilai berbanding keperlua dan kemahuan pengikut.

Burns (1978) melihat kepimpinan transaksional dan transformasi sebagai jelas, manakala Bass (1985) pula
merasakan seorang ketua boleh menggunakan kedua-dua gaya kepimpinan tersebut. Bass melihat kepimpinan
transformasi dan transaksi sebagai dimensi yang bebas dan menganungi faktor-faktor yang jelas (Seltzer dan Bass, 1990).
Teori asal menyatakan kepimpinan transaksi terdiri daripada dua tingkah laku dan kepimpinan transformasi pula terdiri
daripada tiga tingkah laku.
Tingkah laku kepimpinan transaksional ialah penggayaan pilihaan dan pengurusan melalui pengecualian.
Penggayaan pilihan termasuk pujian, kenaikan pangkat, pengiktirafan atau lain-lain penghargaan untuk persembahan atau
kerja yang baik. Ia juga merangkumi dendaan atau reaksi negatif untuk persembahan buruk.

Tiga dimensi asal kepimpinan transformasi ialah kepimpinan yang berkarismatik dan berinpirasi, memikirkan
individu dan berintelek. Ketua yang berkarisma dan berinspirasi boleh di katakan sebagai tingkah laku dan personaliti
yang mewujudkan ketaatan, rasa hormat dan kepercayaan daripada pengikut. Memikirkan individu termasuk menilai
potensi pengikut dan memberi tugasan yang akan membangunkan perkembangan dan moivasi mereka. Berintelek
bermaksud ketua yang boleh menyebabkan pengikut menjadi kreatif dalam melihat masalah dan menyelesaikanya. Burns
(1978) menyatakan kepimpinan bukan hanya tertumpu pada produktiviti tetapi perkembangan pengikut juga sebahgian
daripada proses kepimpinan.

Bass (1985) membangunkan Multifactor Leadership Questionaire (MLQ) untuk mengukur tingkah laku
transaksional dan transformasi seorang ketua. Sejak 1985, MLQ telah membangun dan memperlihat enam dimensi
kepimpinan karisma/inspirasi, intelek, memikirkan individu, ganjaran pilihan, pengurusan aktif melalui pengecualian
dan tingkah laku kepimpinan pengelakkan pasif (Avolio, 1999). Pengurusan aktif secara pengecualian memantau
perkembangan masalah dan membetulkanya, manakala pengelakan pasif ialah berdepan dengan masalah hanya apabila ia
timbul.

Teori Bass (1985) adalah berdasarkan idea bahawa kepimpian transformasi berkisar kepada persaan sayang
pengikut kepada ketuanya. Hasil daripada tingkah laku ketua menyebabkan pengikut percaya, sanjung, taat dan
menghormatinya. Bass menyatakan kepimpinan transformasi boleh dicapai dengan cara meningkatkan fahaman pengikut
tentang kepentingan cara bekerja dan hasil kerja mereka dengan menggalakkan pengikut melebihkan kepentingan pasukan
daripada individu atau keperluan individu yang tamak (Bass, 1985) 1.

Selain daripada memfokus kepada keupayaan ketua untuk menggalakkan dan menurunkan kuasa kepada ahli
organisasi, budaya organisasi juga penting kepada kepimpinan transformasi. Budaya organisasi termasuk kepercayaan dan
andaian yag dikongsi oleh ahli-ahli dalam organisasi (Yukl, 1999). Schein (1992) menerangkan lima mekanisma untuk
mengubah budaya organisasi; perhatian, reaksi kepada krisis, model contoh, pemberian ganjaran dan kriteria pemilihan
dan pemecatan. Mekanisma lain ialah reka bentuk sistem dan prosedur, reka bentuk struktur organisasi, reka bentuk
kemudahan, cerita, lagenda dan kenyataan formal.

Tichy dan Deranna (1986) telah menemu bual pemimpin dan ahli-ahli dalam organisasi untuk mengenal pasti
karekteristik dan kaedah pemimpin transformasi. Hasil daripada temu bual, mereka mencadangkan pemimpin
transformasi mula mengenal pasti keperluan untuk berubah dalam organisasi, kemudian mengurus masa peralihan,
kemudian membina wawasan baru dan melaksanakan perubahan. Mereka juga menyatakan pemimpin transformasi dalam
kajian mereka mempunyai beberapa trait yang sama iaitu sebagai agen perubahan, berani dan percaya pada orang lain,
mengejar nilai, belajar sepanjang hayat, mempunyai kebolehan kognitif untuk berdepan dengan masalah yang kompleks.

1
Tesis Kepimpinan transformasi pengetua dan kepuasan kerja guru di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya oleh
rina Abas pada tahun 2011, m/s 40

You might also like