You are on page 1of 20

Jenayah

Dua istilah yang digunakan oleh para fuquha dalam penulisan-


penulisan para ulama untuk menjelaskan kesalahan-kesalahan dalam konsep
yang di maksudkan.1

Dalam penggunaan biasa perkataan jarimah dan jinayah mengertikan


kesalahan secara umum tidak kira sama ada ia melibatkan soal moral atau
fizikal, dan sama ada ia melibatkan tubuh badan, harta benda atau
kepentingan-kepentingan lain.2

Hudud

Dalam bahasa Arab, hudud atau kata mufradnya hadd, bererti


pembatasan atau pencegahan.3 Dari sudut istilah pula ia bermaksud:
pembalasan yan telah ditetapkan (jenis dan kadarnya) dan di wajibkan
sebagai memenuhi hak Allah S.W.T. Ungkapan pembalasan yang telah
ditetapkan bermaksud jenis dan kadarnya telah ditetapkan oleh syarak. Ini
bermakna tidak ada sesiapa pun yabg di benarkan untuk menentu serta
menetapkan jenis dan kadarnya.4 Para fuquha mendefinisikan sebagai
keseksaan yang bentuk dan kadarnya telah ditetapkan oleh syara untuk
dilaksanakan bagi menjaga hak Allah S.W.T. 5

Enam kesalahan yang umumnya di akui sebagai kesalahan hudud ialah


meminum arak, mencuri, merompak, berzina, memfitnah berzina dan

1 Mahmood Zuhdi Ab. Majid (2001), Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah


Syariah di Malaysia. Ampang,
Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.hal.2.

2 Ibid.hal.2.

3 Ibid.hal.2.

4 Prof. Madya Dr. Mat Saad Abd. Rahman(1996),Tinjauan Kepada


Perundangan Islam : Uqubah di Dalam Jenayah Hudud dan Pelaksanaannya
Dalam Masyarakat Majmuk. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM). hal.257.

5 Mahmood Zuhdi Ab.Majid, op. cit, hal.5.

1
murtad.6 Menurut ulama Mazhab Hanafi, kesalahan-kesalahan di dalam
jenayah hudud itu hanya terbahagi kepada lima jenis sahaja, iaitu kesalahan
zina, tuduhan zina (qadhf), minum arak, curi dan merompak. 7

Qisas

Dari segi bahasa qisas bermaksud memotong. Manakala dari segi


syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas Al-
Quran dan Hadis-hadis Nabi S.A.W kerana kesalahan-kesalahan yang
melibatkan hak individu. Para fuquha menghuraikan qisas sebagai keseksaan
dan bentuk dan kadarnya telah ditetapkan oleh syara, dan dilaksanakan
sebagai hak persendirian.8

Jenayah qisas mengandungi kesalahan-kesalahan membunuh,


mencedera dan menggugurkan janin.9

Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh


dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti
mencederakan mata, hidung dan telinga. 10

Diat

Diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah


sebagai ganti qisas. Hukuman ini sebagai satu altenatif bagi hukuman qisas
apabila ia tidak dapat di laksanakan oleh sebab-sebab tertentu, seperti
apabila jenayah itu sendiri berlaku dengan secara separuh sengaja atau tidak
sengaja. Begitu juga apabila hukuman qisas tidak dapat di laksanakan oleh
sebab-sebab fizikal, seperti ketiadaan anggota yang sama pada pesalah
berkenaan, atau semata-mata kerana pihak mangsa bersetuju tidak mahu

6 Mohamed S. El-Awa (1999).Hukuman Dalam Undang-Undang Islam.


(terj.Dewan Bahasa dan Pustaka). Ampang, Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka.hal. 2.

7 Prof. Madya Dr. Mat Saad Abd Rahman, op. cit, hal.260.

8 Mahmood Zuhdi Ab. Majid, op. cit, hlm. 6.

9 Dr. Hj. Mat Saad Abd. Rahman (2008). Isu-isu Dalam Masyarakat Islam
Malaysia. Rawang, Selangor: iBook Publication Sdn. Bhd.hal. 271.

10 http://man999.tripod.com/jenayah_Islam.htm (5 Februari 2010)

2
melaksanakan qisas, sebaliknya mengambil diyat dan beberapa sebab lain
lagi.11

Tazir

Dari segi bahasa, perkataan tazir berasal dari kata kerja azara, yang
membawa maksud mencegah, menghormati, serta memulih. Dalam
penulisan perundangan Islam, perkataan tazir menandakan suatu hukuman
yang bermatlamat, pertama mencegah penjenayah daripada terus
melakukan jenayah, dan kedua memulihkannya. 12

Para fuqaha mendefinisikan tazir sebagai keseksaan yang sifat dan


kadarnya tidak di tentukan secara rigid dan terperinci oleh syara. Ia di
laksanakan bagi menjamin hak-hak Allah S.W.T atau hak-hak perseorangan
dalam kes-kes kesalahan yang tidak diperuntukkan hukuman hudud, qisas,
dan diyat dan tidak dikenakan kiffarah. Ini bererti, tazir ialah kesalahan-
kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman berkenaan. 13

11 Mahmood Zuhdi Ab. Majid, op. cit. hal. 8.

12 Mohamad S. El-Awa, op. cit,. hal.143.

13 Mahmood Zuhdi Ab. Majid, op. cit, hal 10.

3
Arak

11 ditahan minum arak14 ,JAIJ tahan 18 suspek minum arak15


kedua-dua tajuk ini terpampang di helaian akhbar arus nasional negara
di kala pasca tahun baru 2010. Majoriti mereka yang di tangkap oleh
penguatkuasa adalah mereka yang berumur di antara 20-an hingga
40-an yang mana di kategorikan sebagai belia negara. Budaya
meminum arak alcoholic sudah menjadi suatu kebiasaan anak muda
mudi berseronok di bandar-bandar besar. Arak (alcohol) mempunyai
lebih banyak keburukkan daripada kebaikannya.

Menurut statistik rasmi di United Kingdom, jenayah berkaitan


arak Alcohol-related crime mengundang masalah antaranya hampir
45 peratus hingga 46 peratus kejadian jenayah, mangsa meyakini
bahawa penyerangnya di bawah pengaruh arak (alkohol), 39 peratus
keganasan dalam rumahtangga melibatkan arak (alcohol), dan hampir
sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007 hingga 2008,
dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa
mabuk.16

Manakala di Russia pula, sekitar 72 peratus kes pembunuhan


adalah berkait dengan arak (alcohol), 42 peratus kes mati bunuh diri
berkait dengan arak (alcohol). Menurut Prof Nemtsov, Russia
kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 orang ke 750,000 orang
akibat arak (alcohol). Menurut kajian Biro Keadilan Mangsa Jenayah
Kebangsaan (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat) pada tahun 1996
sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Statistik ini
menunjukkan bahawa kebanyakkan perogol mabuk semasa melakukan
jenayah tersebut.

14 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0202&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm&arc
=hive (6 Februari 2010)

15 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0103&pub=utusan_malaysia&sec=Johor&pg=wj_05.htm&arc=hi
ve (6 Februari 2010)

16 British Crime Survey 2007/08

4
Penghambaan diri pada arak (alcohol) membawa kemudharatan
kepada peminumnya. Dari aspek sosial, akan menimbulkan kebencian
dan permusuhan di antara manusia, memporak perandakan rumah
tangga, keluarga, masyarakat dan juga negara. Manakala dari aspek
kesihatan, meminum arak dengan konsisten akan mengganggu
kesihatan antaranya, tekanan darah tidak menentu, rosaknya urat
saraf, menyebabkan hepatitis, kerosakkan jantung, buah pinggang,
kanser, angin ahmar, lumpuh, keracunan dan gila. Kesan panjang arak
(alcohol) akan membawa perubahan metabolisma kepada akal fikiran,
organ hati dan menyekat peranan otak dari berfungsi dengan baik.

Daripada perspektif Islam, arak (alcohol) sama sekali di


haramkan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi,


pemujaan berhala dan bertenung nasib dengan anak-anak
panah, adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan.
Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya". 17

Pengharaman ini adalah untuk menjaga kewarasan manusia


daripada bertindak di dalam keadaan luar sedar. Selain itu, ia juga
adalah suatu ketetapan yang di tetapkan oleh ALLAH S.W.T ke atas
hamba-hambanya yang bertaqwa.

Dari segi hukuman, undang-undang Islam menganggap


meminum arak sebagai suatu kesalahan yang mesti dihukum dengan
hukuman hadd 18. Pesalah akan di hukum dengan hukuman sebat,
berdasarkan kepada nas Hadis. Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud:

sesiapa yang meminum khamr maka hendaklah kamu


sebatnya,kemudian jika dia meminumnya lagi maka hendaklah
kamu sebatntya,kemudian jika dia meminumnya lagi maka
hendaklah kamu sebatnya, kemudian jika dia meminumnya lagi
pada kali keempatnya maka hendaklah kamu membunuhnya. 19

17 Surah Al-Maidah, 5:90.

18 Mohamed S. El-Awa, op. cit, hal.64.

19 Riwayat al-Tarmidhi, 4:722,723 dan Abu Daud, 12:185, 188. Lihat al-
Muttaqi al-Hindi, 5:13728,13733.

5
Menurut pendapat kebanyakkan ulama, hukum bunuh yang
tersebut menerusi hadis di atas sudah di mansuhkan. Tetapi menurut
sebahagian ulama yang lain hukum itu masih kekal dan harus
dilaksanakan oleh pemerintah kerana ia di perlukan sebagai
pembalasan.20

Pegangan al-Syafie dan ulama mazhabnya adalah, hukuman


sebat yang sebenar adalah hanya 40 kali sebat, mereka menganggap
sebat yang lebih daripada kadar itu sebagai tazir yang harus dilakukan
oleh pemerintah atas dasar sesuatu kepentingan yang di pandang
perlu.21

Perlaksanaan hukuman sebat di Malaysia bagi jenayah minum


arak wujud di dalam peruntukkan enakmen Mahkamah Syariah
(mengikut peruntukan enakmen Mahkamah Syariah negeri), tetapi
pengaplikasiannya masih tidak di laksanakan. Hukuman sebat
bergantung mengikut kaedah yang di putuskan oleh Mahkamah
Syariah negeri masing-masing (rujuk lampiran 1).

Kesimpulannya, pengharaman arak oleh agama Islam bukanlah


pengharaman secara membabi buta. Tetapi pengharaman arak adalah
untuk menjaga kehormatan manusia itu sendiri. Kesan daripada
penggunaan arak akan menyebabkan kerosakkan sistem sosial di
dalam masyarakat itu sendiri. Bermula daripada individu hinggalah
memberi kesan negatif kepada negara. Kualiti sumber manusianya
tidak mencapai piawaian yang di tetapkan oleh Allah S.W.T.

20 Dr. Abd al-Karim Zaidan, Majmu at Buhuth Fighiyyah, hal. 401-402.

21 Abd Khaliq al-Nawawi, al-Tashri al-JinaI, hal. 177.

6
Jenayah membunuh

Statistik Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa


terdapat 152 kes bunuh yang berlaku dalam suku tahun pertama 2006.
Secara purata, pada setiap 14 jam 13 minit berlaku satu kes
pembunuhan. Jadi, tidak hairanlah kalau setiap hari kita mendengar
dan menyaksikan berita pembunuhan samada di kaca televisyen
ataupun di dada-dada akhbar. Jadi, tidak hairanlah kalau setiap hari
kita mendengar dan menyaksikan berita pembunuhan samada di kaca
televisyen ataupun di akhbar-akhbar.

Empat sekeluarga dibunuh kejam22. Begitulah tajuk utama di


dada-dada akhbar awal januari lalu. Kisah tragis ini, menimbulkan
persoalan kenapa seorang anak sanggup membunuh ahli keluarganya
sendiri?.

Jenayah membunuh mencetuskan suasana tidak selamat di


dalam masyarakat. Sehinggakan di dalam rumah sendiri pun akan
wujud suasana tidak selamat. Keadaan ini akan mempengaruhi
perkembangan budaya hidup masyarakat.

Jenayah membunuh di sebabkan oleh beberapa faktor antaranya,


pertelingkahan di antara dua pihak, dendam, iri hati, cemburu,
masalah hidup dan lain-lain.

Kualiti masyarakat hari ini sudah mencapai pada tahap yang


rendah. Manusia saling berbunuh-bunuhan untuk memuaskan
kehendak mereka.

Di dalam Islam, Allah benar-benar menjaga nyawa manusia dari


sebarang pembunuhan tanpa hak. Terdapat banyak nas-nas Al-Quran

22 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0106&pub=utusan_malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm&arc
=hive (6 Februari 2010)

7
dan Al-Hadis dalam perkara ini. Jika terjadi pembunuhan tanpa hak,
maka pelakunya wajib dihukum mengikut hukum Islam, samada
diqisas, diyat atau diampunkan (oleh waris si mati). Allah berfirman
maksudnya:

Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu hukum qisas dalam


pembunuhan iaitu orang merdeka dengan merdeka, hamba dengan
hamba dan perempuan dengan perempuan. Sesiapa yang mendapat
kemaafan daripada saudaranya (magsa) dengan pembayaran yang
sesuai maka hendaklah ia mengikutnya secara baik dan membayar
(diyat) kepadanya dengan cara yang baik. Demikian itu suatu
keringanan dan rahmat daripada Tuhan kamu. Sesiapa yang
melampau batas sesudah itu maka baginya azab yang sangat pedih.
Hukuman qisas menjamin kehidupan untuk kamu, wahai orang yang
berakal, semoga kamu bertaqwa.23

Dalam ayat di bawah di tetapkan hukuman bagi pembunuhan


yang di sengajakan.

Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh


seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja dan sesiapa
yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka
(wajiblah dia membayar kafarah) dengan memerdekakan seorang
hamba yang beriman serta membayar "diat" (denda ganti nyawa)
yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka
sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika dia (yang terbunuh dengan
tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang dia
sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kafarah
sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman dan jika
dia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir)
yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka

23 Al-Baqarah, 2:178-179.

8
wajiblah membayar "diat" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya
serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu,
sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan
dimerdekakannya), maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-
turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima
taubat (membersihkan diri kamu) dan (ingatlah) Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.24

Perlaksanaan hukum qisas adalah untuk memastikan nyawa


manusia lain terjaga kerana hakikatnya jika orang yang berakal
mengetahui bahawa apabila ia membunuh, ia akan dibunuh, maka ia
tidak akan melakukan pembunuhan.

Jenayah Ragut

5 Mei 2009 - wanita mengandung dua bulan, Jamilah Selamat,


31, meninggal dunia selepas koma tiga hari akibat terjatuh daripada
motosikal, diragut dua lelaki, 70 meter dari rumahnya di Johor Bahru.
25

29 April 2009 - pelajar Tingkatan Dua, Lee Chee Wai, 14,


hampir kehilangan dua jari tangan kiri selepas dilibas pisau peragut di
26
Subang Jaya kerana mahu merampas kembali alat permainannya.

24 An-Nisa, 4:92.

25 Akhbar Berita Harian, 7 Mei 2009

26 Ibid.

9
21 Februari 2009 wanita warga Singapura cedera di lutut dan
rugi kira-kira S$5,300 (RM13,000) selepas beg tangannya diragut dua
27
lelaki di Kuantan.

Sejak akhir-akhir ini jenayah ragut semakin berleluasa dan


menimbulkan kebimbangan banyak pihak. Banyak kes yang dilaporkan
sering melibatkan kematian di kalangan mangsa ragut. Baru-baru ini
kita digemparkan dengan kematian dua wanita yang telah menjadi
mangsa ragut manusia yang tidak bertanggungjawab. Lebih
menyedihkan, kedua-dua wanita tersebut sedang berbadan dua.

Ini hanya sebahagian kes yang mendapat liputan meluas media.


Banyak lagi kes ragut yang tidak dilaporkan kerana sikap masyarakat
kita yang masih memandang remeh terhadap kes tersebut. Hal ini
menunjukkan bahawa jenayah ragut perlu ditangani segera dan tugas
ini bukan hanya terletak di bahu pihak berkuasa sahaja, bahkan ia
menjadi tanggungjawab bersama.

Ekoran itu, semua rakyat negara ini juga perlu saling


bekerjasama antara satu sama lain dalam usaha mencegah,
membendung dan mengurangkan jenayah ragut iaitu dengan memberi
sokongan terhadap aktiviti komuniti yang dilakukan oleh pihak
berkuasa di kawasan setempat.

Kebiasaannya, peragut akan mencari mangsa yang berjalan atau


menunggang motosikal secara berseorangan di kawasan sunyi dan
gelap. Ini kerana situasi sebegini memudahkan peragut menjalankan
aktiviti mereka dengan mudah tanpa dilihat oleh orang lain. Ciri-ciri
mangsa ragut selalunya ialah wanita yang memakai mini skirt, kain
ketat dan berkasut tinggi selain berseorangan. Peragut akan bertindak
meragut wanita yang berpakaian sebegini kerana wanita tersebut

27 Ibid.

10
dilihat sukar untuk bertindak balas terhadap mereka. Oleh itu, kaum
wanita perlu memikirkan perkara ini sebelum memilih untuk
berpakaian sebegitu apabila keluar berseorangan.

Di samping itu, kebanyakan wanita gemar membawa beg tangan


dengan memegangnya di tangan sahaja dan tidak kurang juga dengan
mengepit beg duit di celah ketiak apabila keluar bekerja mahupun
bersiar-siar atau kemana jua. Seterusnya, mangsa juga terdiri daripada
penunggang atau pembonceng yang menggalas beg tangan semasa
menunggang atau membonceng motosikal. Keadaan ini boleh memberi
peluang yang mudah untuk peragut melaksanakan misi mereka.

Dalam hal ini, orang ramai perlu diberi tip tertentu untuk
mengelak mereka menjadi mangsa ragut seperti tidak membawa beg
tangan yang disandang di bahu sebaliknya hanya membawa dompet
wang yang disimpan di dalam poket seluar. Mereka juga digalakkan
membawa bersama cecair penyembur berlada untuk memancitkan ke
mata penjenayah. Yang lebih penting orang ramai diminta mengingat
nombor pendaftaran kenderaan penjenayah dan jenis kenderaan
sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Keadaan ekonomi yang agak suram dengan peningkatan


bilangan mereka yang diberhentikan kerja termasuk dikalangan warga
asing juga harus diberi perhatian. Bilangan pekerja asing di negara ini
bukanlah sedikit malah dalam angka jutaan. Di Malaysia sahaja sudah
terdapat kira-kira 400,000 pekerja Bangladesh. Ini boleh menjadi kadar
faktor jenayah ragut meningkat.

Justeru itu, hasrat kerajaan untuk mengambil lebih ramai


anggota polis hingga mencapai 150,000 orang menjelang 2011 adalah
wajar untuk mengurangkan kadar jenayah dan mengekalkan
keamanan negara. Hukuman keatas mereka yang terlibat dengan

11
perbuatan ragut dan samun perlu dikaji semula dengan hukuman yang
lebih berat.

12
Rogol

Definisi Rogol:

Rogol (atau pencabulan) adalah serangan seksual yang dianggap


oleh kebanyakan orang sebagai jenayah yang sangat serius. Definasi
teknikal untuk "rogol" merangkumi sebarang serangan serius dan yang
merosakkan terhadap seseorang atau sekumpulan orang, tetapi dalam
penggunaan sehari-harian, istilah tersebut adalah mengenai serangan
seksual

Statistik Rogol:

Statistik kes rogol pada tahun 2008 yang lalu yang


membabitkan pelajar di negeri ini agak membimbangkan apabila
sebanyak 226 kes direkodkan daripada keseluruhan 309 jenayah
tersebut.

Daripada 226 kes rogol yang membabitkan pelajar itu, sebanyak


210 kes adalah pelajar berusia 12 tahun hingga 18 tahun. Jumlah
tersebut mencatatkan 74.12 peratus daripada keseluruhan kes rogol
sepanjang tahun lalu.

Secara keseluruhannya statistik menunjukan sebanyak


187 kes membabitkan pelajar berusia 12 hingga 16 tahun, manakala
39 kes lagi membabitkan pelajar berusia 17 hingga 18 tahun.

Punca Rogol:

Punca kepada rogol ialah kehadiran ubat rangsangan seks yang


mudah didapati di pasaran kerana penjualan ubat ini turut
menyumbang kepada jenayah rogol.

Cara Mengatasi:

13
Ibu bapa perlu memainkan perana penting dan tanggungjawab
yang sepenuhnya terhadap aktiviti dan perlakuan anak-anak mereka.

Sesetengah ibu bapa langsung tidak mengambil tahu perihal


anak gadis mereka sehingga ia menyumbang kepada peningkatan kes
rogol dalam kalangan remaja terbabit,. Didikan awal di rumah dapat
membentuk jiwa kanak-kanak dan ahli keluarga supaya menghormati
wanita.Membetulkan cara didikan kanak-kanak.Masyarakat diajak
untuk memberi ruang kepada mangsa dan keluarga bagi melupakan
tragedi hitam dengan cara memberi sokongan emosi dan
fizikal.Mempercepatkan pendakwaan kepada pesalah rogol.

Pertubuhan bukan kerajaan diberi akses yang lebih luas kepada


penubuhan pusat perlindungan seperti bantuan geran, khidmat
kaunselor dan kursus peningkatan pengurusan tempat perlindungan
supaya mangsa rogol berasa yakin dan dapat menerima kehidupan
baru.

Tapisan keselamatan ke atas semua pekerja yang akan diambil


bertugas tanpa mengira sektor.Mewujudkan Majlis Perundingan
Keluarga Negara (MPKN) supaya program dan aktiviti pembangunan
keluarga dapat disusun dari peringkat kampung, taman perumahan,
daerah dan negeri. Penglibatannya pula diperluaskan.

Menggerakkan peranan Jawatankuasa Kemajuan dan


Keselamatan Kampung (JKKK) dan persatuan penduduk melalui aktiviti
pemantauan dan pencegahan secara berterusan. Kempen
memperhebatkan talian hotline Polis Diraja Malaysia iaitu 03-26226555
bagi memudahkan orang ramai membuat aduan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) wajar mengambil tanggungjawab


memastikan persekitaran kawasan perumahan khususnya jalan atau
lorong gelap. Kawasan seperti ini berpotensi menjadi tempat

14
penjenayah rogol mencari mangsa mereka. Contoh kes ialah Audrey
Melisa yang dirogol ketika ke sekolah di laluan awam kerana ketiadaan
lampu jalan.

Murtad

Definisi Murtad

Murtad bermaksud meninggalkan ("keluar") dari sesuatu


agama28. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau
memilih untuk kekal tanpa agama (ateisme).

Terdapat juga orang yang murtad tetapi masih mengaku kekal


dalam agama yang sama. Ini terjadi apabila seseorang itu menolak
sebahagian asas kepada agama mereka tersebut tetapi patuh kepada
asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam Islam
tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran
Islam, dianggap sebagai musyrik.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed


Khusrin Munawi berkata sebanyak 109 kes murtad dilaporkan di negeri
itu sejak tahun 2007 hingga 2009.

28 http://ms.wikipedia.org/wiki/Murtad

15
Pada tahun 2007 terdapat 27 kes, 2008 42 kes, 2009 ia
mencatatkan penurunan dengan 40 kes dilaporkan dan setakat bulan
Januari 2010, telah ada 3 kes.

Kebanyakan agama menganggap murtad sebagai satu dosa.

Faktor berlakunya gejala murtad di Malaysia

1. Lemah pegangan agama.

2. Jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam.

3. Terpengaruh dengan tawaran kebendaan.

4. Faktor perkahwinan.

Dalam menangani masalah murtad

Unit Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)


turut menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
seperti Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan mengadakan sesi


kaunseling dan penerangan kepada orang ramai.

isu keluar Islam melibatkan akidah dan pendirian agama


seseorang itu sukar untuk diubah dan ia mengambil masa yang
panjang.

16
Statistik permohonan murtad bagi tahun 2000 hingga 2006.
Statistik permohonan murtad yang didapati di JAKIM hasil daripada
kajian fail menunjukkan peningkatan yang tinggi pada tahun 2004
hingga 2006.

Sejumlah 46 kes pada tahun 2004 dan 2005 manakala 41 kes


pada tahun 2006 berbanding pada tahun-tahun sebelumnya. Ia seperti
yang termaktub dalam jadual di bawah:

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan),

Rasulullah SAW berpesan Bersegeralah kamu melakukan


amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu
fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam
di malam gelap gelita tak nampak.

Sahabat bertanya Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?


Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada
masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.
Sahabat bertanya lagi. Mengapa begitu ya Rasullullah?, Rasullullah
SAW menjawab, Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, Akan datang


fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu
hitam di malam gelap. Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok
satu perkara dengan cahaya keimanan.

17
Bibliograf
Al-Quran dan Terjemahan, Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman.

Mahmood Zuhdi Ab. Majid (2001), Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah


Syariah di Malaysia. Ampang,
Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Khatib Al-Syarbaini (2006). Mugni Al-Muhtaj (Fikih Jenayah).(Tim Manar


Azhar). Johor Bahru, Johor Darul Takzim: Perniagaan Jahabersa.

Mohamed S. El-Awa (1999).Hukuman Dalam Undang-Undang Islam.


(Dewan Bahasa dan Pustaka). Ampang, Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Dr. Hj. Mat Saad Abd. Rahman (2008). Isu-isu Dalam Masyarakat Islam
Malaysia. Rawang, Selangor: iBook Publication Sdn. Bhd.

Akhbar Kosmo,15 Julai 2009.

Akhbar Berita Harian, 7 Mei 2009.

18
Lampiran

19
Lampiran 1

Hukuman sebat Mahkamah Syariah

Pesalah perempuan disebat dalam keadaan duduk manakala


lelaki dalam keadaan berdiri.
Sebatan dilakukan dalam kadar sederhana, tangan tukang sebat
tidak melebihi kepala.
Alat sebatan diperbuat daripada rotan atau ranting kecil yang
tiada ruas dan buku.
Panjang rotan tidak melebihi 1.22 meter dan ukur lilit tidak
melebihi 0.0125 meter.
Hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang Pegawai
Perubatan Kerajaan di mana-mana tempat sebagaimana yang
diarahkan oleh Mahkamah atau di suatu tempat yang di tetapkan
oleh Kerajaan Negeri.
Orang yang di lantik untuk melaksankan hukuman itu hendaklah
seorang yang adil dan matang.
Orang itu hendaklah menggunakan alat sebat dengan kekuatan
sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepalanya supaya
tidak melukakan kulit pesalah.
Selepas mengenakan sebat, dia hendaklah mengangkat alat
sebat itu ke atas dan tidak menariknya.
Sebat boleh dikenakan di seluruh bahagian tubuh kecuali muka,
kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit.
Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut hukum syara.

(Sumber: Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 Negeri Pahang,


Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2003 Negeri Selangor.)

20

You might also like