You are on page 1of 8

SULIT 2 011

BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21
Pilih perkataan yang sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.

dan bahawa agar untuk


tetapi yang kerana pada

Terdapat banyak sebab dadah diambil secara kerap. Hal ini disebabkan kepercayaan
___________ dadah dapat menyelesaikan masalah atau penyakit. Ada juga yang percaya
dadah boleh menimbulkan keseronokan kepada mereka yang mengambilnya. Sebenarnya
banyak cara lain yang boleh dipilih _________ mencari keseronokan seperti melakukan
aktiviti seni, rekreasi dan khidmat masyarakat. Keseronokan begini lebih bermakna
__________ berfaedah. Justeru, jauhi dadah _________ hidup kita lebih sejahtera.

[ 4 markah ]

Soalan 22

a Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Ayat tanya : __________________________________________________________

__________________________________________________________

Jawapan: Harga barangan yang semakin meningkat menyebabkan para


pengguna risau.
[ 2 markah ]

011 SULIT
SULIT 3 011

b Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

Datuk Temenggung, tangkap


petualang yang berbuat honar di
negeri ini.

Sultan Ibrahim Temenggung Ali

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[ 2 markah ]
c Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
[ 2 markah ]

011 SULIT
SULIT 4 011

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Satu daripada matlamat wawasan negara yang ingin dicapai oleh pemimpin kita ialah
melahirkan masyarakat penyayang. Kelahiran dan kewujudan masyarakat penyayang dapat
membentuk dan membina negara maju dalam semua bidang, iaitu ekonomi, politik dan
sosial.

Langkah pertama untuk mewujudkan masyarakat penyayang ialah mewujudkan


perasaan muhibah antara kaum dan menghapuskan sifat perkauman. Penubuhan Rukun
Tetangga merupakan satu cara perasaan muhibah dapat disuburkan dalam diri masyarakat
Malaysia yang memaparkan kebudayaan dan adat resam semua kaum.

Sambutan Hari Keluarga yang sering dianjurkan oleh kerajaan atau badan-badan
swasta merupakan satu langkah ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Sambutan yang
diadakan ini dapat mengeratkan silaturahim dan kemesraan dalam sesebuah institusi
keluarga.

Selain itu, sekolah juga dapat memainkan peranan ke arah mewujudkan masyarakat
penyayang. Aktiviti yang dijalankan adalah melalui aktiviti kokurikulum seperti persatuan,
unit beruniform dan permainan. Melalui aktiviti ini semangat perpaduan, semangat muhibah
dan bersatu padu antara pelajar berbilang kaum dapat disemaikan.

a. Antara matlamat wawasan negara ialah melahirkan __________________________

[ 1 markah ]

b. Mengapakah masyarakat penyayang perlu diwujudkan?

[ 2 markah ]

SULIT 011

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah


ditunjukkan sebagai contoh.

011 SULIT
5

Aktiviti kokurikulum seperti persatuan, unit


beruniform dan permainan dapat melahirkan
masyarakat muhibah.

Penubuhan Rukun Tetangga dan sambutan Hari


Keluarga tidak mewujudkan masyarakat
betul
penyayang.

Sekolah memainkan peranan yang besar dalam salah


menyemai semangat perpaduan dalam kalangan
murid.

Masyarakat penyayang dapat mewujudkan


perasaan muhibah antara kaum dan menghapuskan
sifat perkauman.

[ 2 markah ]

SULIT 011

Soalan 24
Baca petikan surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

011 SULIT
6

45, Jalan Jaya 5,


Taman Kota Jaya,
81900 Kota Tinggi,
Johor.

20 Jun 2016.

Ke hadapan saudari Raudhah yang kini berada di Negeri Sembilan. Semoga dalam keadaan
sihat walafiat dan ceria bersama keluarga tercinta.

Saudari,

Tujuan surat ini diutus adalah untuk membalas surat saudari yang telah saya terima
pada minggu lepas. Terima kasih kerana saudari sudi berkongsi info tentang tarian piring
yang sememangnya terkenal di negeri saudari. Seperti yang saudari minta, dalam lembaran
ini saya ceritakan pula tarian yang menjadi identiti bagi rakyat di negeri Johor iaitu Tarian
Zapin.

Tarian Zapin Johor merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian
Zapin ini dipercayai berasal dari Tanah Arab yang gerakannya adalah cepat dan tidak banyak
gerakan bunga tarinya. Tarian Zapin Johor dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan
Zapin Arab.
Zapin biasanya diiringi oleh beberapa instrumen muzik seperti biola, marwas dan
gambus. Dalam Zapin, tiada peraturan yang tetap dalam menentukan bilangan penari yang
diperlukan untuk membuat persembahan. Namun, oleh sebab penari perlu berinteraksi antara
satu sama lain, tarian Zapin digalakkan untuk dilakukan secara berpasangan gandaan 2.
Muzik lagu yang mengiringi Tarian Zapin terdiri daripada lagu Lancang Kuning,
Naan Sidi, Ya salam, Zapin Budi, Ya Ladan dan banyak lagi. Penarinya mengenakan busana
kurung Teluk Belanga dikancing dengan butang emas ataupun suasa, kain samping, seluar
dan songkok. Penari wanita juga berbaju kurung teluk belanga dan samping dagang luar,
bersanggul atau bertudung serta dipadankan dengan aksesori rantai emas
Saya harap maklumat yang saya berikan tentang tarian Zapin ini dapat membantu
saudari menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru saudari. Sampai di sini sahaja
yang dapat saya coretkan. Diharap dapat bertemu lagi dalam lebaran yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Murni

SULIT 011

a. Perkataan info dalam petikan boleh digantikan dengan _____________________

011 SULIT
7

(1 markah )

b. Bagaimanakah gerakan Tarian Zapin?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(2 markah)

c. Mengapakah penari Tarian Zapin perlu berpasangan gandaan 2?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(2 markah)

d. Pada pendapat kamu, apakah kebaikan yang diperoleh dengan mempelajari Tarian
Zapin ?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(3 markah)

SULIT 011

Soalan 25

011 SULIT
8

Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bermain serunai di pinggir laman,


Di bawah teduhan pohon cemara;
Kelab alumni mainkan peranan,
Sekolah ceria murid gembira.

Harum aroma buah kuini,


Enak dimakan sebagai kudapan;
Program sarana inisiatif murni,
Demi kecemerlangan masa hadapan.

Lebat hujan di pinggiran hutan,


Jamah sarapan semangkuk pengat;
Aspek kebajikan dan keselamatan,
Antara sumbangan paling bermanfaat.

Udang galah dijadikan hidangan,


Makan bersama si ulam bacang;
Program sekolah mendapat sokongan,
Melicinkan segala program dirancang.

Mari dihulur secawan santan,


Gulai patin sedia dihidang;
Bantuan dihulur tanda ingatan,
Komuniti prihatin sekolah cemerlang.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[2 markah]

011 SULIT
SULIT 9 011

b. Mengapakah program sekolah perlu disokong?


_____________________________________________________________________
[1 markah]

c. Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Program sarana memberikan kebaikan


Aspek kebajikan dan sukan sumbangan paling bermanfaat
[1 markah]

Bantuan dihulur tanda ingatan,


Komuniti prihatin sekolah cemerlang.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

011 SULIT

You might also like