You are on page 1of 4

Tugasan 3 Laporan Refleksi

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Puan Chin Soo Fong atas bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan sehingga
saya menyempurnakan tugasan ini. Beliau begitu sabar membimbing saya
dalam membuat kerja kursus WAJ 3073 Seni Dalam Pendidikan ini walaupun
saya menghadapi pelbagai masalah. Saya bersyukur kerana mempunyai
seorang pensyarah yang mampu memberi motivasi dan meningkatkan semangat
saya dalam menyiapkan tugasan WAJ3073 ini. Walaupun Puan Chin selalu
menegur saya atas sebab yang tertentu, namun beliau banyak menerapkan etika
keguruan dalam diri dari semasa ke semasa. Walaupun kadang-kala saya akan
berasa takut dan sedih, tetapi selepas saya mendalami kandungan yang
disampaikan oleh Pn Chin dan saya membuat refleksi secara mendalam, saya
setuju dengan apa yang ditegur oleh Pn. Chin kepada saya. Pada akhirnya, saya
berasa sangat gembira apabila saya mendapat pujian daripada Pn. Chin bahawa
bahan bantu mengajar (BBM) saya dibuat dengan baik dan beliau dapat
memerhati usaha saya dalam menjalankan tugasan ini.

Dalam menjalankan tugasan ini, saya memang banyak menghadapi


masalah. Hal ini demikian kerana saya bukan guru pelatih major Pendidikan Seni
Visual (PSV), maka saya tidak mahir dalam menulis RPH bagi mata pelajaran
Seni. Sehubungan dengan itu, saya mengambil langkah proaktif untuk meminta
tunjuk ajar daripada pensyarah dan kawan-kawan senior yang mengambil PSV
sebagai mata pelajaran major. Mereka banyak memberi tunjuk ajar kepada saya
sehinggalah saya mempunyai idea-idea BBM yang saya ingin hasilkan. Dalam
usaha saya untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah banyak mendapat ilmu
pengetahuan dan pengalaman yang tidak ternilai harganya. Antaranya ialah saya
telah belajar bagaimana untuk menulis rancangan pengajaran harian yang
menjadi suatu kewajipan sepanjang kerjaya saya sebagai seorang guru. Saya
telah didedahkan bahawa satu rancangan pengajaran yang baik akan dapat
memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Saya menyedari pelbagai kekurangan yang ada pada diri saya sepanjang
pelaksanaan pengajaran mikro. Antara kekurangan saya ialah penggunaan
bahasa saya yang tidak lancar dan fasih. Contohnya saya menggunakan
perkataan simpan, tetapi perkataan yang lebih sesuai ialah perkataan letak.
Dalam hal ini, saya beriktizam untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa
Melayu yang mantap. Hal ini demikian kerana saya akan mengajar di Sekolah
Kebangsaan kelak, jadi saya perlu mempunyai penguasaan bahasa yang lancar
dan fasih.

Selain itu, demonstrasi yang saya buat tidak memberi akses peluang yang
sama kepada semua murid. Hal ini menyebabkan sebahagian murid tidak dapat
melihat apa yang saya demonstrasi. Contohnya semasa saya menjalankan
proses membuat tiupan. Cara penambahbaikan ialah saya boleh menyuruh
murid yang duduk di belakang tampil ke hadapan untuk lihat apa yang
ditunjukkan oleh guru. Dalam membuat demonstrasi, saya tidak menggunakan
pelbagai warna bagi membezakan latar belakang dan bentuk warna muka. Hal
ini menyebabkan murid kurang berminat untuk memerhati apa yang diajar oleh
guru. Cara penambahbaikan bagi masalah ini ialah saya boleh mempelbagaikan
warna semasa menjalankan demonstrasi supaya murid dapat membezakan
ruang yang diwarnakan.

Terdapat juga kawan-kawan saya yang memberi komen bahawa saya


tidak begitu serius semasa membuat demonstrasi. Cara demonstarsi guru
kurang kemas dan hal ini menyebabkan murid juga kurang inisiatif untuk
memerhati apa yang didemonstrasi oleh guru. Hal ini juga menyebabkan
interaksi antara guru dan murid menjadi kurang. Bagi kekurangan ini, saya
mengakui bahawa saya tidak mempunyai keyakinan semasa mengajar. Saya
akan banyak berlatih selepas ini supaya saya mempunyai keyakinan yang penuh
semasa menjalankan P&P. Saya akan lebih bersemangat dan serius dalam
membuat demonstarsi supaya memberi motivasi kepada murid untuk belajar. Hal
ini juga membolehkan murid-murid memahami apa yang diajar oleh guru. Lagi
satu cara penambahbaikan ialah saya akan membuat persediaan awal dengan
cukup dan lebih rapi supaya suasana kelas tidak huru-hara dalam proses PdP.
Hal ini juga membolehkan saya mengajar dengan penuh yakin dan lancar.

Ada juga memberi komen bahawa arahan guru tidak jelas dan penjelasan
guru terlalu cepat. Seterusnya, lukisan yang didemonstrasikan oleh guru kurang
menarik. Kawan-kawan saya mencadang kepada saya bahawa saya boleh
menggunakan video atau powerpoint dalam menerangkan cara atau proses
penghasilan karya. Contohnya proses tiupan yang agak susah untuk ditunjuk
kepada semua murid di dalam kelas. Lagi satu cadangan yang dicadang oleh
rakan saya ialah saya perlu memaparkan hasil karya saya dihadapan papan
putih dan bukan letak di meja sahaja.

Walaupun saya terdapat banyak kelemahan semasa saya menjalankan


pengajaran mikro, tetapi saya juga ada kelebihan saya perlu saya kekalkan
sepanjang hayat dalam kehidupan menjadi seorang guru. Antara kelebihan saya
ialah suara saya jelas dan lantang. Seterusnya ialah saya sebagai guru ada
membuat pantuan dalam kelas semasa murid membuat kerja. Saya membuat
pantuan kerana saya ingin mengetahui perkembangan murid dalam
menghasilkan karya mereka. Selain itu, saya juga memastikan murid menjaga
kebersihan kelas dengan sentiasa mengingatkan mereka tentang cara menjaga
kebersihan semasa menjalankan amali seni. Saya tegas dengan kebersihan
kelas semasa pengajaran mikro kerana saya pernah mengabaikan segmen ini
dan saya ditegur oleh pensyarah saya Pn. Chin. Sekiranya beliau tidak menegur
saya pada masa itu, saya tidak akan ingat sampai sekarang dan murid saya juga
tidak akan berdisiplin semasa menjalankan kerja amali. Di sini, sekali lagi saya
ingin berterima kasih kepada Pn. Chin yang banyak memberi tunjuk ajar kepada
saya bagaimana menjadi seorang guru yang profesional dan bertanggungjawab.
Saya bersyukur kerana mendapat seorang pensyarah yang sanggup menegur
terus dan berusaha bangkitkan semangat saya walaupun saya tahu Pn. Chin
juga bersusah hati sekiranya beliau menegur anak murid yang beliau sayangi.
Walaupun beliau berasa sedih selepas menegur saya, tetapi saya tahu bahawa
ia adalah baik kepada saya, jadi saya terima dengan hati yang tenang. Dengan
pengajaran yang pernah Pn. Chin bagi kepada saya, maka saya juga sentiasa
mementingkan kebersihan dalam kelas.

Kelebihan yang perlu saya kekalkan ialah saya menjalankan demonstrasi


mengikut langkah demi langkah dan tersusun. Saya ada bagi maklum balas
kepada murid sekiranya mereka memberi respon. Saya juga ada memberi pujian
sekiranya murid pandai menjawab soalan. Hal ini demikian kerana saya tahu
bahawa pujian itu penting dalam membentuk semangat pelajar untuk belajar dan
berusaha. Pengalaman sendiri yang telah saya lalui ialah saya mendapat pujian
daripada Pn. Chin semasa saya menunjukkan hasil karya kepada Pn. Chin dan
beliau memuji hasil karya saya. Masa itu saya memang rasa gembira dan
berjanji akan meneruskan usaha dengan penuh semangat supaya menyiapkan
BBM tersebut dengan penuh hati sampai puas hati.

Satu lagi ialah saya menggunakan teknik perbandingan untuk murid


membezakan kedua-dua karya. Soalan sebegini merupakan soalan yang lebih
bersifat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Konsep KBAT perlu diterapkan
dalam PdP untuk mencetus pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan murid.
Saya juga ada menggunakan teknik imbas kembali dalam mengingatkan murid
tentang langkah menghasilkan karya. Semasa menerangkan proses
penghasilan, saya juga menerapkan nilai murni iaitu menjaga kebersihan kelas.

Akhir sekali, saya akan berusaha untuk memperbaiki kesilapan saya dan
berharap akan dapat membuat dengan lebih baik lagi pada masa akan datang.
Dengan kelebihan yang ada, saya akan kekal dan teruskan supaya ia dijadikan
sebagai contoh yang baik kepada murid dan membolehkan PdP dijalankan
dengan lancar dan berjaya. Semoga saya akan dapat mengaplikasikan semua
pengalaman saya pada kali ini dan saya tiada akan lupa apa yang diajar oleh
pensyarah saya iaitu Pn. Chin, yang baik akan diperbaik lagi dan yang buruk
akan dijadikan sebagai pengajaran. Sekian.

You might also like