You are on page 1of 9

Perkhemahan

Kadet Pertahanan Awam SSB


Peringkat SMK Seri Bedena Bagi
Tahun 2011

TARIKH : 15 17 Julai 2011


HARI : Jumaat Ahad
TEMPAT : TERATAK RIVER VIEW

ANJURAN: UNIT DISIPLIN & KAUNSELING


SMK SERI BEDENA
Perkhemahan
Kadet Pertahanan Awam SSB
Peringkat SMK Seri Bedena Bagi Tahun 2011

1.0 Latar Belakang

Penubuhan pasukan Kadet Pertahanan Awam di sekolah-sekolah adalah usaha


kementerian Pelajaran Malaysia ke arah mencapai hasrat untuk melahirkan masyarakat
bersepadu, berdisplin dan terlatih. Penerapan nilai-nilai murni dilaksanakan secara
bersepadu merentasi segala aktiviti sekolah, sama ada dalam bilik darjah mahupun
aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti pasukan badan beruniform.

2.0 Rasional

Dalam usia penubuhannya diperingkat kementerian, Kadet Pertahanan Awam


telah bergerak maju menuju sasaran utama dalam melengkapkan aktiviti kokurikulum
dan memenuhi segala keperluan dari aspek fizikal, mental dan kerohanian dalam unit
pasukan beruniform di peringkat sekolah. Sebagaimana pertubuhan badan-badan
beruniform yang lain, perkhemahan tahunan, merupakan acara kemuncak dalam
merialisasikan objektif sebenar kewujudannya ditambah dengan kesinambungan di
peringkat kebangsaan untuk mencari bakat-bakat kepimpinan dikalangan anggota Kadet
Pertahanan Awam.

3.0 Matlamat

Dapat mengeratkan lagi kerjesama yang sedia terjalin di antara kadet sekolah
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.
Pembentukan Kadet Pertahanan Awam SSB yang bersatu hati serta mempunyai
hala tuju yang sama
Memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara dikalangan ahli-ahli kadet

4.0 Pengenalan

Perkhemahan ini dijalankan selama 3 hari berteraskan falsafah Kokurikulum


Pendidikan Pelajaran Malaysia. Perkhemahan ini disertai oleh 30 orang ahli yang
terdiri daripada ahli Kadet Pertahanan Awam SMK Seri Bedena.

5.0 Objektif

Melahirkan ahli-ahli kadet yang mahir dalam selok belok perkhemahan


Mempertingkatkan minat ahli kadet untuk terus aktif dan meningkatkan diri
dengan mematuhi peraturan dan undang-undang
Memupuk semangat kerjasama dan berdikari pada diri setiap ahli kadet dan
menghayati peraturan yang tertera
6.0 Tarikh dan tempat pelaksanaan

Program ini akan dijalankan seperti berikut :-

Tarikh : 15 hingga 17 Julai 2011


Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : Tapak Perkhemahan SBPI Sabak Bernam
Anjuran : Kadet Pertahanan Awam SMK Seri Bedena
Kump.Sasaran : Ahli Kadet Pertahanan Awam SMK Seri Bedena

7.0 Jawatankuasa Perkhemahan

7.1 Jawatankuasa Induk Pelaksana

Penasihat : Pemangku Pengetua SMK Seri Bedena

Pengerusi : En Ishak bi Hj Mashudi.


Penolong Kanan Ko Kurikulum
SMK Seri Bedena, Sungai Besar

Penyelaras : En. Mohd Fadli Khalidin


Perkhemahan Ketua Guru Penasihat
Unit Kadet Bomba dan Penyelamat.
SMK Seri Bedena, Sungai Besar

Setiausaha : Cik Norshahidah Binti Agus Salim

Bendahari : Pn. Sharina Binti Sobri

Ahli Jawatankuasa:

Penempatan dan Logistik Keselamatan dan Kecemasan

En. Norazami B. Abu Bakar En. Atan Masri


Muhammad Syahir Bin Mohd Fouat Muhammad Amar Syafiq Bin Jamal
Chia Soo Hui

Pendaftaran & Sijil Hadiah Dan Cenderahati


Pn. Anita Bt. Sukamat En. Zahrilail Bin Sabri
Cheah Chai Yee Nazatul Zahirah Binti Bahar

Makan dan Minuman Kem Komandan


Pn. Norasfalela Binti Mohd Nor En. Hussain Bin Ramli
Matul Fatihah Binti M. Ali
Nurul Izzati Binti Abd Samat
8.0 Jadual Perkhemahan

Masa Aktiviti Tindakan


HARI PERTAMA ( JUMAAT ) - 15 Julai 2011
1500-1600 Pendaftaran Peserta Kadet AJK Pendaftaran
1600 1630 Taklimat Perkhemahan Kem Komandan
1635 1900 Mendirikan khemah, solat Asar, minum AJK Penempatan dan AJK
petang dan masak makan malam Makanan
1900 2100 Solat Maghrib & makan malam & solat Semua AJK dan peserta
Isyak & persiapan diri perkhemahan
2105 2300 Patriotisma Semua AJK
2300 Minum malam & rehat *1 AJK Makan dan AJK
Keselamatan
HARI KEDUA ( SABTU ) 16 Julai 2011
0530 0630 Solat Subuh & persiapan diri En. Hussin Ramli
0630 0730 Pegurusan kumpulan (sarapan) AJK Makanan
0730 0830 Latihan Kecergasan Kem Komandan
0830 1030 Kawad En. Mohd Fadli Khalidin
1030 1100 Minum Pagi AJK Makan
1100 1230 Resque En. Atan Masri
1230 1400 Makan & solat AJK Makanan
1400 1700 Tali pandu En. Zahrilail Sabri
1700 1730 Minum petang & solat Asar AJK Makanan
1730 1830 Persiapan Malam Kebudayaan Kem Komandan
1830 2100 Solat Maghrib & makan malam & solat AJK Makan
isyak & persiapan diri *2
2100 2300 Malam Kebudayaan Pn. Anita Sukamat
2300 Minum malam & rehat *3 AJK Makan
HARI KETIGA ( AHAD )
0530 0630 Solat Subuh & persiapan diri
0700 0800 Kecergasan Kem Komandan dan AJK
0800 0830 Sarapan pagi & persiapan diri QM
0830 1000 Pertandingan: Jurulatih, Guru dan
Kawad Kaki Pengadil
1000 1100 Ujian Kenaikan Pangkat Semua AJK
1100 1230 Penutup Semua AJK
1230 - 1400 Makan, mengemas tapak perkhemahan AJK Makanan dan AJK
*4 kebersihan
1400 Bersurai Semua yang terlibat
*Jadual Tertakluk Kepada Pindaan
*1 Kecemasan
*2 Pemantauan
*3 Aktiviti burung Hantu
*4 Hadiah Dan Sijil
9.0 Keperluan Peserta :

9.1 Kelengkapan pakaian kawad dan latihan

Seluar sekolah hijau


T Shirt Sekolah
T Shirt JPAM
Kasut sarung hitam
Stokin
Bottom Trak hitam / gelap
Tudung ( kadet Perempuan ) warna hitam

9.2 Pakaian harian ( pakaian yang sopan )


9.3 Pakaian / kelengkapan ibadah
9.4 Keperluan harian seperti sabun,ubat gigi,tuala mandi dan lain-lain
9.5 Bawa 1 pinggan makan & 1 cawan / gelas

9.6 Larangan Membawa :

Telefon Bimbit
Barang-barang kemas
Duit jumlah yang banyak
Sebarang benda yang bersifat senjata

* Untuk menjaga kepentingan anggota kadet, pihak guru pengiring setiap pasukan /
kumpulan dikehendaki mengumpulkan barang berharga anggota pasukannya /
kumpulannya yang di / terbawa

10.0 Peraturan Perkhemahan

i. Sentiasa berdisiplin dan bersiap sedia setiap masa ( menepati masa )


ii. Wujudkan suasana kemesraan dan harmoni dan elakkan sebarang
pergaduhan dan perselisihan faham
iii. Setiap orang bertanggungjawab ke atas keselamatan barang masing-masing
iv. ( sebarang kehilangan tanggungjawab sendiri )
v. Perbuatan mencuri atau mengambil barang orang lain amat dilarang.
Tindakan berat akan dikenakan kepada mana-mana individu yang terbukti
melakukan perbuatan tersebut.
vi. Hindarkan sebarang perbuatan yang menyalahi peraturan seperti sumbang
mahram, berdua-duaan dengan lain jenis, sifat kenegerian dan berpuak-puak
dan lain-lain.
vii. Pakaian hendaklah sentiasa sopan dan berdisiplin
11.0 Peraturan Kawad Dan Latihan

a) Hadir ditapak kawad/ latihan 10 minit lebih awal


b) Pakaian kemas dan bersesuaian dengan aktiviti yang akan dijalankan
c) Sentiasa bergerak bersama / didalam kumpulan

12.0 Peraturan penginapan di khemah

a) Mengikut peraturan pembahagian kawasan lelaki dan perempuan sebarang


pencerobohan akan dikenakan tindakan disiplin
b) Berada di khemah masing-masing pada waktu yang ditetapkan ( waktu rehat )
c) Tidak dibenarkan melakukan sebarang kegiatan yang melibatkan punca api
didalam dan persekitaran khemah tanpa kebenaran.
d) Bagi anggota kadet yang sakit tidak dibenarkan berada dikhemah ( khususnya
diwaktu aktiviti sedang berjalan ) tetapi akan ditempatkan di pusat kesihatan
yang disediakan

13.0 Peraturan semasa makan

a) Dalam keadaan teratur semasa makanan, berdisiplin dan hormat


b) Mulakan makan bersama-sama dengan berdoa.
c) Jaga kebersihan setap masa. ( tidak meninggalkan sebarang sampah atau sisa
makanan ditempat )
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL KEPERLUAN KIRAAN JUMLAH

1 MAKANAN
- Sarapan RM 2.00 x 2 x 30 RM 120.00
orang
- Makan Tengahari RM 3.50 x 2 x 30 RM 210.00
orang
- Makan Malam RM 3.50 x 2 x 30 RM 210.00
orang
- Kudapan RM 1.50 x 2 x 30 RM 90.00
orang
RM 630.00
2 HADIAH/CENDERAHATI
Pertandingan Kawad Kaki
- Johan RM 50.00 x 1 hamper RM 50.00
- Naib Johan RM 30.00 x 1 hamper RM 30.00
- Ketiga RM 20.00 x 1 hamper RM 20.00
RM 100.00
Pertandingan Persembahan
Malam Kebudayaan
- Johan RM 50.00 x 1 hamper RM 50.00
- Naib Johan RM 30.00 x 1 hamper RM 30.00
- Ketiga RM 20.00 x 1 hamper RM 20.00
RM 100.00

JUMLAH RM830.00

15.0 PENDAPATAN

BIL PUNCA PENDAPATAN JUMLAH


1 Sumbangan Ko-kurikulum RM 230.00
2 Yuran Perkhemahan Pelajar RM20.00 x 30 orang RM 600.00
JUMLAH RM 830.00
16.0 Kesimpulan

Amat menjadi harapan pihak penganjur program perkhemahan ini akan dapat
menghasilkan kejayaan dan mencapai objektif program. Di samping dapat menerapkan
nilai-nilai murni dan meningkatkan intregriti kepada semua anggota kadet yang terlibat.

Disediakan oleh:

( MOHD FADLI KHALDIN )

Disahkan Oleh,

(ENCIK ABDUL HAMID BIN HASSAN)


Pengetua
SMK Seri Bedena

You might also like