You are on page 1of 3

Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita.

Dan
semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti
anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri
daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam
memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.

1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.

Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan


metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa
kenyang.

Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam.
Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda
merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah
mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi
dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.

Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk
meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar
kalori dalam proses tersebut.

2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.

Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana
badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda
merasa letih.

Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun


jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air
sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup
air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah
anda keseluruh badan.

3. Air mampu mengurangkan stres.

Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri
daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami
dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut
stres.

Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang


anda mengalami dehidrasi.

Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di


atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.

4. Bentuk otot anda dengan air.

Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan


melincirkan otot di dalam badan.

Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan


senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah
payah.

5. Mencantikkan kulit anda.

Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan


minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum
Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka
pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak
kira masa.

Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan


mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.

Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan


akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan
dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan
cantik.

Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran


darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.

6. Air melancarkan proses penghadaman.


Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu
melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk
dikeluarkan melalui saluran penghadaman.

Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap


semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi
kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa
buangan badan.

7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.

Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan


ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam
dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut
antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu
karang.

Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang


tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum
banyak air!

Adakah anda minum air dengan cukup?

Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-


kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas
air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi
gula, tetapi air suam ataupun air mineral.

You might also like