You are on page 1of 2

RBT 3193 E PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Suki Ha Chi Wei


Semester 6 PSV (SJKC)

6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN KEWANGAN SYARIKAT DUTCH LADY

Syarikat Dutch Lady mempunyai nisbah semasa yang baik pada tahun 2013
menunjukkan nisbah yang baik. Hal ini kerana nisbah yang baik ialah nisbah yang
lebih daripada 1.0 kali. Bagi Syarikat Dutch Lady terdapat nisbah yang baik iaitu
RM1.80 bagi setiap RM1.00 liabiliti semasa. Ini menunjukkan syarikat mempunyai
kecairan aset yang mencukupi bagi menghadapi liability jangka pendek.

Nisbah cepat bagi Syarikat Dutch Lady pada tahun 2013 ialah 0.98 kali.
Nisbah cepat yang lebih kecil daripada 1:1 menunjukkan tahap kedudukan
kewangan syarikat adalah kurang kukuh.

Pusing ganti aset tetap bagi Syarikat Dutch Lady pada tahun 2013 ialah
12.48 kali.Ini meurpakan fenomena yang baik kerana bagi setiap RM 1 yang
dilaburkan dalam asetnya menghasilkan RM 12.48.

Syarikat Dutch Lady mempunyai pusing ganti jumlah aset sebanyak 2.36 kali
bagi setiap ringgit yang dilaburkan pada tahun 2013. Ini menunjukkan setiap ringgit
aset yang dilaburkan dapat menghasilkan sebanyak RM2.36.

Pusing ganti inventori bagi Syarikat Dutch Lady pada tahun 2013 ialah
sebanyak 5.4 kali, bermakna barang dalam stor akan diganti setiap 2.2 bulan.
Dalam keadaan ini, jika syarikat ingin meningkatkan pusing ganti inventorinya, bagi
barang yang cepat terjual, stok hendaklah bersaiz kecil supaya syarikat tidak
menangggung kos inventori yang tinggi.

Tempoh pungutan syarikat bagi tahun 2013 ialah 13.18 hari. Berdasarkan
nisbah ini, bayaran hutang yang diterima agak cepat. Dengan ini, syarikat boleh
menghadapi risiko kekurangan modal dalam syarikat.

Syarikat Dutch Lady mempunyai nisbah hutang sebanyak 55% pada tahun
2013. Ini bermakna setiap RM1 yang diberikan oleh syarikat, ia masih berhutang
sebanyak 55 sen. Syarikat harus merancang pinjamannya dengan lebih cekap bagi
meminimumkan nisbah hutangnya.

Nisbah hutang kepada ekuiti syarikat pada tahun 2013 ialah 1.22%. INi
menunjukkan kedudukan kewangan syarikat yang kurang stabil. Syarikat harus
sentiasa memastikan nisbah hutang kepada ekuiti kurang daripada 1:1 bagi
menjamin kedudukan kewangan syarikat berada pada tahap yang stabil.

19
RBT 3193 E PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Suki Ha Chi Wei
Semester 6 PSV (SJKC)

Bagi nisbah perlindungan faedah pula, syarikat mencapai 57.29 kali pada
tahun 2013. Ini menunjukkan Syarikat Dutch Lady mempunyai kemampuan untuk
membayar kesemua faedah ke atas pinjamannya.

Syarikat Dutch Lady mempunyai margin untung kasar dan margin untung
bersih yang tinggi iaitu sebannyak 38.05% dan 14.07% bagi setiap RM1.00
jualannya pada tahun 2013. Margin untung bersih ini mengukur peratusan setiap
ringgit hasil bersih daripada jualan bersih bagi suatu tempoh tertentu. Ini
menunjukkan kedudukan kewangan syarikat yang kukuh.

Nisbah pulangan atas aset Syarikat Dutch Lady bagi tahun 2013 ialah
33.20%. Ini bermakna syarikat mendapat pulangan 33.20 sen bagi setiap ringgit
pelaburan dan menunjukkan peningkatan berbanding dengan tahun 2012.

Nisbah pulangan ekuiti syarikat bagi tahun 2013 menunjukkan peningkatan


berbanding dengan tahun 2012 iaitu daripada 57.08% sehingga kepada 73.55%. Ini
menunjukkan syarikat mendapat pulangan sebanyak 73.55% bagi setiap RM1
pelaburannnya.

20

You might also like