You are on page 1of 5

Pencarian Maklumat

Dalam dunia yang semakin berasaskan maklumat


sudah mengalami kebanjiran maklumat, kita
harus bijak mencari jalan bagi mendapat
maklumat yang tepat dan menggunakannya
dengan berkesan.
Maklumat yang tepat menjamin ketepatan
keputusan dan keberkesanan tindakan.

Tanpa maklumat tertentu sesetengah


keputusan tidak dapat dibuat atau sekiranya
dibuat, boleh membawa akibat yang buruk.
Kemahiran mencari maklumat adalah sesuatu
yang boleh dipelajari.

Cara Mencari Maklumat


Kemahiran mencari maklumat bagi setiap
bentuk dan sumber yang berbeza pula
memerlukan teknik yang berbeza juga untuk
mendapat hasil yang sepatutnya.
Contohnya untuk mencari bahan digital
melalui enjin carian Google.
Begitu juga apabila ingin mencari bahan bercetak
di perpustakaan, ada peraturan asas penyusunan
buku di perpustakaan yang perlu difahami seperti
nombor panggilan dan cara pengelasan bahan.

Sebelum mencari maklumat, kita perlu


mengetahui sebab mencari maklumat. Hal ini
kerana setiap orang ada sebab yang berbeza
untuk mencari maklumat.
Sebab yang berbeza ini membentuk persepsi
dan motivasi yang berbeza semasa berdepan
dengan maklumat

Bentuk Maklumat
Maklumat boleh wujud dalam bentuk artifak,
lukisan, imej, ensiklopedia, indeks, jurnal,
buku, majalah, cakera padat, lisan, kaset,
video dan banyak lagi.
Manakala sumber maklumat pula boleh jadi
daripada manusia, bahan bercetak, bahan
digital, bahan filem, bahan seni, bahan bunyi
dan sebagainya.

You might also like