You are on page 1of 1

Laporan Program BIG- Perkhemahan Unit Beruniform

LAPORAN KEM BINA INSAN GURU

SABK MATEMATIK BAHASA MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

HARI : JUMAAT

TEMPAT : DEWAN SRI KLEBANG

MASA : 10.00 PAGI 12.00 TGH

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

Majlis telah disempurnakan En Mohd Radzi bin Johari mewakili Pengarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Ipoh. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Awjad bin
Ahmad.

Tayangan slide sepanjang 3 hari berada di Program telah ditayangkan. Majlis diteruskan
dengan ucapan pengerusi program iaitu Encik Najmuddin bin Muhammad. Beliau
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung sepanjang program dilaksanakan.

Acara majlis perasmian penutup diteruskan dengan ucapan oleh Y. Berusaha Encik Mohd
Radzi bin Johari. Beliau amat berbangga dengan pencapaian semua peserta program yang
dapat melibatkan diri dalam semua program yang disediakan. Ini adalah untuk
memantapkan keperibadian guru dalam menempuh kehidupan di sekolah nanti.

Penyampaian hadiah telah diberikan kepada Kumpulan Matematik untuk aktiviti air dan
Kumpulan Bahasa Melayu untuk aktiviti Kembara Ikhtiar hidup. Encik Radzi telah
menyampaikan hadiah tersebut kepada pemenang-pemenang. Sebagai tanda penghargaan
daripada pelajar, semua jurulatih telah dihadiahkan sedikit tanda mata.

Simbolik tanda tamatnya Program Bina Insan, Encik Muhd Anwar bin Che Kosim telah
menyampaikan bendera kepada penolong Kem Komandan, Encik Sharifuddin bin Abdul Aziz
dan beliau seterusnya menyampaikan kepada Encik Mohd Radzi.

Majlis berakhir pada jam 11.30 pagi. Semua tetamu dan peserta menikmati hidangan yang
telah disediakan.

43 | P a g e

You might also like