You are on page 1of 20

Topik Insentif dan

8 Faedah

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan kelebihan-kelebihan program pembayaran insentif;
2. Membandingkan program-program insentif individu, kumpulan dan
industri;
3. Menerangkan ciri-ciri program faedah yang berkesan; dan
4. Membezakan antara faedah wajib dan faedah tidak wajib.

PENGENALAN
Faktor-faktor utama yang menentukan kadar bayaran ganjaran bagi sesuatu
pekerjaan ialah beban kerja dan kepentingan pekerjaan. Walau bagaimanapun,
pembayaran upah yang hanya berdasarkan kepada faktor-faktor di atas
selalunya gagal untuk memberi motivasi pada pekerja supaya mencapai potensi
sepenuhnya. Dalam erti kata lain, gaji yang sama rata bukannya jaminan bagi
pekerja untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi. Dalam kes ini, insentif dan
faedah dipercayai menjadi pengaruh utama yang boleh membantu
meningkatkan produktiviti, menggalakkan pekerja menggunakan kemahiran
serta pengetahuan dalam menjalankan kerja dan menggalakkan dia bekerja
sebagai satu pasukan.

Oleh itu, pemberian insentif dan faedah kepada pekerja adalah satu lagi aspek
kritikal yang perlu dirancang dan diuruskan oleh pihak pengurusan,
terutamanya unit pengurusan sumber manusia. Di dalam topik ini, kita akan
membincangkan insentif dan faedah.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 INSENTIF DAN FAEDAH 183

8.1 INSENTIF

AKTIVITI 8.1
Pada pendapat anda, perlukah majikan memberi insentif kepada pekerja
mereka? Bayangkan apa yang akan berlaku jika majikan tidak memberikan
apa-apa insentif kepada pekerja mereka.

Program insentif dikenali juga sebagai pelan pembayaran berubah. Pembayaran


insentif kepada pekerja kerap dilihat sebagai dimensi tambahan terhadap
struktur gaji atau pampasan seperti yang telah dibincangkan dalam Topik 7.
Mari kita lihat keadaan semasa di mana kenaikan gaji di dalam skim gaji
selalunya tidak dapat bersaing dengan peningkatan kos hidup. Tanpa pelan
insentif yang menarik, apakah yang akan berlaku kepada para pekerja dan
prestasi organisasi secara keseluruhannya? Kini, kita akan meneroka pelan-pelan
insentif yang ditawarkan oleh organisasi.

8.1.1 Kepentingan dan Kerelevanan sebuah Pelan


Insentif
Persaingan global dan penstrukturan semula ekonomi global memerlukan
perniagaan untuk menjadi lebih produktif. Strategi dan sistem pembayaran yang
digunakan sebelum ini sudah ketinggalan zaman. Ia menyebabkan organisasi
tidak dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Di samping itu, sistem
pembayaran tradisional sering gagal untuk mengaitkan pembayaran dengan
prestasi atau produktiviti secara berkesan. Oleh sebab itu, semakin banyak
organisasi mula menawarkan pelan-pelan insentif kepada pekerja mereka
sebagai tambahan kepada struktur gaji asas yang sedia ada.

Antara sebab-sebab utama sesebuah organisasi melaksanakan pelan insentif


adalah supaya ia memberi tumpuan terhadap pembayaran untuk prestasi dan
dapat mengaitkan ganjaran-ganjaran kepada matlamat organisasi. Oleh itu,
seorang pekerja akan menjadi lebih setia dan yakin dengan pekerjaannya,
seterusnya dapat meningkatkan keseluruhan usaha dan prestasi pekerjaannya.

Selain daripada itu, insentif juga menggalakkan pekerja-pekerja untuk bekerja


dengan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan tugas-tugas mereka. Oleh
yang demikian, insentif kewangan yang ditawarkan kepada pekerja diharap
dapat mengekal atau meningkatkan produktiviti serta kualiti. Atas sebab ini, ia
membolehkan organisasi bersaing di peringkat global.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


184 TOPIK 8 INSENTIF DAN FAEDAH

Di samping itu, pasaran buruh yang berdaya saing juga memaksa organisasi
untuk bersaing dan menawarkan pelbagai pelan insentif yang menarik bagi
menarik dan mengekalkan pekerja yang berkualiti di dalam organisasi.

LATIHAN 8.1

Berikan dua sebab mengapa pihak pengurusan menjalankan pelan-pelan


insentif.

8.1.2 Kelebihan-kelebihan Program Pembayaran


Insentif
Kelebihan-kelebihan program insentif adalah:

(a) Insentif membolehkan seseorang pekerja itu memberi tumpuan terhadap


sasaran khusus prestasi pekerjaan. Ia memberikan motivasi kepada pekerja
dan dengan sebab itu dapat menghasilkan hasil pekerjaan yang
memuaskan.

(b) Insentif merupakan kos berubah yang boleh dikaitkan dengan pencapaian
hasil, seterusnya menggalakkan peningkatan di dalam pengeluaran.

(c) Insentif secara langsungnya berkait dengan pencapaian operasi jika objektif
prestasi dicapai maka insentif akan diberikan. Sebaliknya, jika pekerja
gagal mencapai objektif prestasi, maka dia tidak akan diberi insentif.

(d) Insentif menggalakkan pekerja untuk bekerja sebagai satu pasukan dan
meningkatkan pergantungan kerana pembayaran bagi individu
bergantung kepada pencapaian kumpulan.

(e) Insentif juga menggalakkan perkongsian kejayaan dalam kalangan mereka


yang terlibat dalam usaha untuk mencapai prestasi.

8.1.3 Ciri-ciri Pelan Insentif yang Berkesan


Untuk melaksanakan pelan insentif yang berjaya, organisasi perlu
membangunkan pelan insentif yang menarik dan menyakinkan kepada pekerja
tentang kelebihannya. Ciri-ciri pelan insentif yang berkesan ialah:

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 INSENTIF DAN FAEDAH 185

(a) Ia melibatkan pekerja dalam pembangunan dan pentadbiran pelan insentif,


yang akhirnya dapat meningkatkan penerimaan daripada pekerja;

(b) Pekerja dapat melihat dengan jelas perhubungan antara bayaran insentif
yang diterima dengan prestasi kerja;

(c) Ia menekankan bahawa insentif yang diterima adalah melalui usaha


pekerja itu dan bukannya kerana ganjaran yang semua pekerja layak untuk
dinikmati;

(d) Program insentif adalah adil kepada semua pekerja;

(e) Kualiti keseragaman atau produktiviti yang digunakan sebagai penanda


aras dalam pemberian insentif perlu mencabar tetapi dapat dicapai oleh
pekerja; dan

(f) Formula pembayaran insentif yang diperkenalkan perlulah ringkas dan


mudah difahami oleh pekerja.

8.1.4 Pentadbiran Pelan Insentif


Biasanya, pelan insentif yang berkesan dapat mengurangkan kos buruh
langsung. Akan tetapi, untuk sesebuah organisasi mendapat keseluruhan
manfaat daripada pelan insentif tersebut, ia perlu dirancang secara teliti dan
dijalankan secara berhati-hati. Pentadbiran pelan intensif yang berkesan perlu
mengambil kira isu-isu berikut:

(a) Pengurus bersedia untuk memberikan insentif yang berdasarkan perbezaan


dalam prestasi individu, pasukan dan tenaga kerja secara keseluruhan.

(b) Belanjawan tahunan perlu cukup untuk memberi ganjaran dan juga
mengesahkan prestasi yang cemerlang.

(c) Kos tidak langsung yang berkaitan dengan pentadbiran dan pelaksanaan
pelan insentif perlu dikenal pasti. Ini termasuk kos bagi membangunkan
keseragaman prestasi dan kos tambahan untuk tujuan rekod. Selain itu,
masa yang digunakan dalam menyampaikan pelan insentif kepada para
pekerja, menjawab soalan-soalan yang timbul serta mengendalikan aduan-
aduan yang berkaitan perlu dipertimbangkan dalam pengiraan kos.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


186 TOPIK 8 INSENTIF DAN FAEDAH

8.1.5 Jenis-jenis Pelan Insentif


Terdapat banyak jenis pelan insentif yang diamalkan oleh sesebuah organisasi
dan setiap organisasi biasanya mempunyai pelan insentif mereka sendiri. Secara
amnya, pelan insentif boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

Pelan insentif individu;

Pelan insentif kumpulan; dan

Pelan insentif industri.

(a) Pelan Insentif Individu


Terdapat beberapa pelan insentif yang boleh dibangunkan sebagai
ganjaran untuk seseorang pekerja hasil daripada prestasi pekerjaannya
yang cemerlang. Ini termasuk:

(i) Unit Kerja


Unit kerja adalah merupakan satu bentuk pelan insentif terawal yang
diperkenalkan. Terdapat dua jenis unit insentif kerja iaitu:

Satu Kerja Terus


Melalui satu kerja terus, pekerja diberi insentif berdasarkan
kadar tetap yang tertentu bagi menghasilkan setiap unit dalam
satu tempoh masa tertentu, selain daripada gaji pokok.

Contoh:

Katakan seorang pekerja dibayar RM500 untuk membuat topi.


Selain daripada itu, beliau juga ditawarkan insentif sebanyak
RM0.20 bagi setiap unit yang dihasilkan. Jika pekerja itu mampu
menghasilkan 100 unit topi dalam masa sebulan, apakah
ganjaran yang patut diterimanya?

Gaji Pokok RM500


Insentif (RM0.20 x 100) 20
Jumlah ganjaran 520

Kadar Satu Berbeza


Di bawah kaedah ini, pekerja diberi kadar bayaran insentif yang
tinggi bagi keseluruhan kerja, sekiranya pengeluaran melebihi
tahap pengeluaran piawai yang ditetapkan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 INSENTIF DAN FAEDAH 187

Contoh:
Katakan tahap piawai yang telah ditetapkan oleh syarikat ialah
1,000 unit sebulan. Kadar bayaran insentif bagi pengeluaran
yang melebihi tahap piawai ialah RM0.30 seunit. Walau
bagaimanapun, kadar bayaran insentif bagi pengeluran yang
tidak melepasi tahap piawai ialah RM0.10 seunit. Jika Ali dan
Chandra masing-masing menghasilkan 1,200 dan 900 unit di
dalam satu bulan yang tertentu, berapakah insentif yang
diterima oleh mereka?

Insentif untuk Ali RM0.30 1,200 = RM360


Insentif untuk Chandra RM0.10 900 = RM90

(ii) Pelan Jam Piawai


Dalam pelan ini, kadar bayaran insentif berasaskan kepada masa
piawai yang ditetapkan oleh organisasi untuk menyelesaikan sesuatu
tugas tanpa mengambil kira masa sebenar yang diambil oleh pekerja
untuk menyelesaikannya. Sekiranya pekerja tersebut dapat
menyelesaikan tugas lebh awal daripada masa piawai, organisasi
masih membayar insentif berdasarkan masa piawai kepada pekerja
itu. Pelan ini sesuai untuk kerja atau operasi yang memerlukan masa
yang lama untuk disiapkan.

Contoh:
Masa piawai yang ditetapkan untuk menyelesaikan kerja melukis
ialah 10 jam dengan kadar bayaran insentif sebanyak RM10.00 sejam.
Jika pekerja A menggunakan 9 jam untuk menyiapkan kerja, maka
dia menerima bayaran insentif sebanyak:

Jam piawai (10 jam) kadar insentif (RM10.00) = RM100

Sebaliknya, jika pekerja A menggunakan lebih banyak masa untuk


menyelesaikan tugas, katakan 20 jam, dia akan menerima bayaran
insentif sebanyak RM100 sahaja.

(iii) Bonus
Bonus ialah salah satu insentif yang diberi kepada pekerja-pekerja
sebagai tambahan kepada gaji pokok mereka. Bonus boleh diberi
berdasarkan kos penjimatan, peningkatan dalam kualiti prestasi atau
kriteria-kriteria yang telah dikenal pasti oleh organisasi. Selain itu,
organisasi boleh menggunakan bonus segera. Ia ialah bonus yang
diberi secara spontan bagi menghargai usaha atau sumbangan
tidak langsung berkaitan dengan ketetapan prestasi piawai. Sebagai

Copyright Open University Malaysia (OUM)


188 TOPIK 8 INSENTIF DAN FAEDAH

contoh, seorang pekerja diberi bonus secara spontan atas usaha


beliau bekerja lebih masa untuk melayan pelanggan yang ramai.

(iv) Bayaran Merit


Bayaran merit ialah program kenaikan gaji berdasarkan pencapaian
prestasi pekerja dalam menjalankan tugas melalui proses penilaian
prestasi. Bagi memastikan keberkesanan pelan bayaran merit,
penilaian terhadap pekerja perlu dilakukan secara objektif dan
prestasi pekerja diukur berdasarkan objektif dan kriteria yang adil.

(v) Insentif Jualan


Insentif kewangan biasanya digunakan oleh organisasi untuk
mendorong kakitangan jualan dan menggalakkan peningkatan jualan
di dalam pasaran yang berdaya saing. Skim gaji jurujual biasanya
mengandungi dua bahagian iaitu gaji pokok dan komisen. Komisen
ialah jumlah insentif jualan yang dikira berdasarkan peratusan jumlah
jualan yang diperolehi oleh jurujual pada satu tempoh tertentu.

Contoh:
Syariket Vena menawarkan komisen jualan sebanyak 2% kepada
jurujual berdasarkan ke atas jumlah jualan setiap bulan. Jika Samy
mampu untuk mencapai RM10,000 jualan dalam bulam Mac, berapa
banyakkah komisen jualan yang akan diterimanya?

Komisen: 2% RM10,000 = RM200

(vi) Keluk Matang


Keluk matang juga dikenali sebagai keluk kerjaya. Ia sering
digunakan sebagai asas dalam kenaikan gaji kepada pekerja
profesional. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.1, keluk
menggambarkan kadar gaji tahunan yang berdasarkan kepada
pengalaman dan prestasi kerja pekerja.

Keluk-keluk yang berbeza bentuknya menunjukkan tahap prestasi


yang berbeza dan maklumat tentang kenaikan gaji tahunan. Keluk
yang menunjukkan kadar kenaikan gaji yang lebih tinggi
menggambarkan prestasi kerja yang tinggi dan mampu untuk
mendapat gaji tahunan yang tinggi berbanding dengan keluk yang
menggambarkan prestasi kerja yang lemah.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 INSENTIF DAN FAEDAH 189

Rajah 8.1: Keluk matang

(b) Pelan Insentif Kumpulan


Pelbagai pelan insentif kumpulan mula mendapat perhatian pihak
pengurusan akibat daripada pengurusan kualiti keseluruhan yang
diamalkan dan penjimatan kos dalam mencapai daya saing. Selain itu,
pelan insentif kumpulan juga dilakukan apabila usaha seorang pekerja
sukar untuk dikenal pasti secara individu atau apabila pihak pengurusan
mahu menggalakkan kerjasama di dalam organisasi.

Pelan insentif kumpulan dapat menggalakkan kerjasama, kerja berpasukan


dalam kalangan para pekerja dan memberi ganjaran kepada mereka di atas
sumbangan secara bersama terhadap organisasi.

(i) Pelan Insentif Pasukan


Pemberian pelan insentif kepada setiap ahli di dalam pasukan
melalui pembayaran insentif bonus apabila pasukan berjaya
mencapai piawaian prestasi yang telah ditetapkan. Oleh kerana
terdapat pelbagai jenis pasukan yang boleh dibentuk seperti pasukan
silang fungsi, pasukan peningkatan proses dan lain-lain, ianya amat
sukar untuk membentuk satu kaedah pembayaran atau satu formula
pengiraan yang piawai untuk insentif-insentif pasukan. Oleh sebab
itu, organisasi perlu mengambil langkah-langkah berikut dalam
membentuk skim insentif pasukan:

Menentukan kriteria penilaian prestasi pasukan seperti


peningkatan pengeluaran, keupayaan, kualiti atau pengurangan
kos bahan serta buruh.

Menetapkan tahap maksima jumlah insentif yang dapat diberi.


Sebagai contoh, jumlah insentif tidak boleh melebihi 10%
daripada gaji pokok.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


190 TOPIK 8 INSENTIF DAN FAEDAH

Menetapkan formula pengiraan insentif serta memberikan


penerangan yang jelas kepada para pekerja.

(ii) Pelan Insentif Perkongsian Keuntungan


Pelan insentif perkongsian keuntungan ialah pelan yang
dibangunkan oleh organisasi bagi tujuan meningkatkan produktiviti
atau mengurangkan kos buruh dan berkongsi keuntungan dengan
pekerja. Insentif dibayar mengikut satu formula yang
membandingkan prestasi yang telah ditetapkan dengan produktiviti
sebenar dalam satu tempoh tertentu. Pelan insentif ini direka bagi
meningkatkan produktiviti melalui penggunaan dengan berkesan
sumber-sumber organisasi. Terdapat empat jenis pelan insentif
perkongsian keuntungan:

Pelan Scanlon
Pelan ini menggabungkan usaha-usaha pekerja dan pihak
pengurusan bagi mengurangkan kos pengeluaran. Falsafah di
sebalik pelan ini ialah pekerja perlu memberi pendapat serta
cadangan untuk meningkatkan produktiviti dan insentif yang
akan diberi kepada pekerja sebagai ganjaran bagi usaha tersebut.
Insentif kewangan yang ditawarkan di bawah pelan ini
berasaskan pada satu formula yang datangnya daripada
peningkatan produktiviti pekerja yang berkaitan dengan
penjimatan kos buruh.

Pelan Rucker
Pelan ini selalunya digunakan bagi pekerja-pekerja di dalam
seksyen operasi. Insentif yang dibayar adalah berdasarkan pada
perhubungan antara jumlah upah sejam yang diperolehi oleh
pekerja dengan nilai pengeluaran yang dihasilkan. Sebagai
contoh, seorang pekerja akan menerima bonus sebanyak 1%
daripada gajinya bagi setiap 1% kenaikan di dalam nilai
pengeluaran yang dicapainya.

Improshare
Improshare merupakan singkatan untuk improved productivity
through sharing yang merupakan peningkatan produktiviti
melalui perkongsian. Bonus dibayar berasaskan kepada
keseluruhan produktiviti yang dicapai oleh pasukan kerja, iaitu
bilangan produk yang dihasilkan oleh pasukan kerja dalam
tempoh masa tertentu.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 INSENTIF DAN FAEDAH 191

Pendapatan-pada-risiko
Pendapatan-pada-risiko ialah pelan insentif yang meletakkan risiko
sebahagian daripada gaji pokok. Walau bagaimanapun, pekerja
diberi peluang untuk mendapatkan bayaran yang tinggi sekiranya
mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Tujuan program ini adalah untuk membuat pekerja sedar yang dia
menghadapi risiko disebabkan prestasi yang lemah, sedangkan
pada waktu yang sama mengharapkan ganjaran.

Contoh:
Katakan gaji pokok pekerja A ialah RM1,200. RM200 daripada gaji
pokok ditahan dan dimasukkan sebagai upah risiko. Sekiranya
pekerja A tidak dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan,
dia tidak layak untuk menerima gaji sebanyak RM1,000. Jika
pekerja A dapat mencapai matlamat, dia akan menerima insentif
tambahan selain daripada gaji pokok RM1,200.

(c) Pelan Insentif Organisasi


Pelan insentif organisasi berbeza dengan pelan insentif individu dan
kumpulan di mana ianya melibatkan semua pekerja di dalam organisasi.
Dalam erti kata lain, insentif industri memberi ganjaran kepada semua
pekerja berdasarkan keuntungan organisasi dalam tempoh masa yang
tertentu. Tujuan pelan ini ialah untuk mewujudkan budaya yang
menggalakkan kerjasama dan kerja berpasukan dalam kalangan pekerja
dalam organisasi. Antara pelan insentif industri ialah:

(i) Perkongsian Keuntungan


Setiap pekerja di dalam organisasi dapat menikmati perkongsian
keuntungan dengan menerima jumlah tertentu dalam bentuk tunai
ataupun bayaran tertunggak, selain daripada gaji pokok. Tujuannya
untuk memberi peluang kepada para pekerja menikmati pendapatan
tambahan melalui sumbangan atau usaha mereka dalam membantu
organisasi dalam mencapai pertumbuhan keuntungan. Antara
sumbangan-sumbangan ini ialah peningkatan dalam kualiti produk,
pengurangan dalam kos operasi dan peningkatan dalam kaedah-
kaedah kerja.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


192 TOPIK 8 INSENTIF DAN FAEDAH

(ii) Pemilikan Saham


Program pemilikan saham merupakan salah satu daripada insentif
yang mana organisasi menawarkan saham kepada para pekerjanya
pada harga tertentu dalam satu tempoh masa tertentu. Dengan
membenarkan pekerja membeli saham organisasi sendiri, dipercayai
dapat meningkatkan produktivti pekerja tersebut.

SEMAK KENDIRI 8.1

Cuba fikirkan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pembangunan


pelan insentif yang ditawarkan oleh sesebuah organisasi.

AKTIVITI 8.2

Kita telah membincangkan tiga jenis pelan insentif iaitu insentif individu,
kumpulan dan industri yang boleh ditawarkan oleh organisasi kepada
pekerjanya. Apakah perbezaan-perbezaan antara ketiga-tiga pelan
tersebut?

LATIHAN 8.2
1. Nyatakan jenis pelan insentif individu yang digunakan oleh
organisasi untuk memberi kenaikan gaji kepada pekerja profesional
berdasarkan pengalaman dan prestasi.

2. Terangkan secara ringkas pelan insentif jam piawai.

8.2 FAEDAH
Secara amnya, kebanyakan organisasi menyediakan pelbagai faedah kepada para
pekerjanya sebagai tambahan kepada gaji atau upah yang dibayar. Program
faedah pekerja merupakan satu bentuk ganjaran tidak langsung yang tujuannya
untuk meningkatkan kualiti kerja dan gaya hidup pekerja. Dengan ini, pihak
pengurusan berharap pekerja akan menjadi lebih produktif dan setia terhadap
organisasi.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 INSENTIF DAN FAEDAH 193

8.2.1 Ciri-ciri Program Faedah yang Berkesan


Selalunya, pelbagai faedah yang ditawarkan oleh pihak majikan kepada pekerja
adalah kerana tekanan dan permintaan daripada kesatuan sekerja atau mengikut
trend semasa. Namun, sejauh mana faedah dapat memberi sumbangan kepada
program pengurusan sumber manusia bergantung pada perkara-perkara berikut:

(a) Membentuk Objektif Spesifik


Program faedah pekerja perlu berdasarkan kepada objektif yang spesifik.
Objektif yang dibentuk oleh organisasi bergantung pada banyak faktor
seperti saiz firma, lokasi dan tahap penglibatan kesatuan sekerja. Walau
bagaimanapun objektif spesifik bagi program faedah perlu berada secara
selari dengan pelan strategik pengurusan pampasan organisasi.

Antara objektif utama program faedah ialah:

(i) Meningkatkan kepuasan pekerja;


(ii) Memenuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerja;
(iii) Menarik dan memberi motivasi kepada pekerja; dan
(iv) Mengekalkan daya saing organisasi.

Selain daripada itu, objektif program faedah ialah untuk


mempertimbangkan isu mengenai sekatan kos.

(b) Membenarkan Input daripada Pekerja


Sebelum memperkenalkan program faedah yang baru, organisasi perlu
mengenal pasti keperluan program faedah melalui rundingan atau
perbincangan dengan para pekerja dan menjalankan kajian tentang
pendapat mereka.

(c) Mereka Bentuk Semula Faedah Pekerja


Selaras dengan tujuan menawarkan program ini, program faedah pekerja
perlu sentiasa dikemaskinikan agar ia sesuai untuk sebarang perubahan
dalam masyarakat dan persekitaran, terutamanya perubahan dalam
komposisi dan gaya hidup. Perubahan-perubahan ini memaksa pihak
pengurusan menawarkan bentuk-bentuk faedah baru yang dapat
memenuhi keperluan-keperluan ini. Sebagai contoh, disebabkan oleh
peningkatan bilangan pekerja wanita, jenis pakej faedah yang ditawarkan
mestilah menjurus kepada mesra keluarga bagi membolehkan pekerja
wanita memainkan peranan mereka dengan baik di dalam organisasi.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


194 TOPIK 8 INSENTIF DAN FAEDAH

(d) Perancangan Fleksibel


Bagi memenuhi keperluan individu yang berbeza, pihak pengurusan perlu
menawarkan lebih banyak pakej faedah yang fleksibel seperti
menyediakan pelan kafetaria. Pelan kafeteria ialah satu program faedah
yang membolehkan individu untuk memilh faedah yang paling sesuai
untuk keperluannya daripada beberapa bentuk faedah yang ditawarkan
oleh organisasi. Ini menghalang daripada berlakunya pembaziran dalam
pakej faedah yang berpunca daripada ketidaksuaian keperluan pekerja.

Walau bagaimanapun, faedah yang asas atau utama disediakan oleh pihak
pengurusan kepada semua pekerja seperti insuran kesihatan, cuti tahun,
hari tidak bekerja dan lain-lain lagi. Selain daripada pakej faedah yang
asas, para pekerja dibenarkan untuk memilih beberapa faedah tambahan
yang disediakan oleh pihak pengurusan dengan ketetapan had kos,
katakan sebanyak RM500 bagi setiap pekerja.

(e) Menyampaikan Maklumat Mengenai Faedah kepada Pekerja


Maklumat mengenai faedah mesti disebar dan disampaikan kepada semua
pekerja bagi memastikan mereka memahami dengan jelas tentang setiap
faedah yang disediakan. Inisiatif ini akan mengelakkan salah faham serta
kekeliruan tentang pakej yang ditawarkan oleh pihak majikan. Terdapat
banyak cara bagi menyampaikan maklumat secara berkesan kepada
pekerja. Antaranya ialah:

(i) Pengedaran bahan bercetak;


(ii) Buku panduan pekerja; dan
(iii) Buletin organisasi dan lain-lain.

Selain itu, pengurusan sumber manusia boleh menggunakan peluang ini


untuk menjawab sebarang ketidakpastian yang timbul mengenai program-
program faedah semasa program orientasi, program latihan dan lain-lain.

AKTIVITI 8.3

Terangkan mengapa sesebuah organisasi memilih untuk menawarkan


pelan faedah kafeteria kepada pekerjanya.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 INSENTIF DAN FAEDAH 195

LATIHAN 8.3

Senaraikan lima ciri program faedah yang berkesan.

8.2.2 Jenis-jenis Program Faedah


Kebanyakan organisasi menawarkan pelbagai pakej faedah kepada pekerja.
Sebahagian daripada pakej faedah yang diperuntukkan oleh majikan
berdasarkan kepada konsep sukarela dan bukannya secara kekerasan. Walau
bagaimanapun, terdapat juga faedah-faedah yang wajib atau perlu disediakan
oleh pihak pengurusan disebabkan keperluan undang-undang. Dalam erti kata
lain, terdapat dua jenis program faedah iaitu:

Program faedah wajib; dan

Program faedah tidak wajib

(a) Program Faedah Wajib


Program faedah wajib ialah faedah yang ditetapkan oleh sistem buruh. Ia
merupakan peruntukan yang paling minimum terhadap hak-hak pekerja
dan perlu disediakan oleh pihak majikan. Antara faedah wajib ialah:

(i) Bayaran untuk Masa Tidak Bekerja

Masa Tidak Bekerja Hujung Minggu


Pekerja mempunyai hak untuk menikmati sehari dalam
seminggu cuti seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen
59(1) Akta Pekerjaan 1955.

Cuti Am
Mengikut seksyen 60D(1) Akta Pekerjaan 1955, pekerja layak
untuk 10 hari cuti umum setahun dan akan masih dibayar
dengan bayaran kadar gaji pokok. 10 hari cuti umum tersebut
perlu termasuk empat hari berikut:

Hari Kemerdekaan;
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong;

Copyright Open University Malaysia (OUM)


196 TOPIK 8 INSENTIF DAN FAEDAH

Hari Keputeraan Sultan atau Yang di-Pertua Negeri atau


Hari Wilayah Persekutuan; dan
Hari Buruh.

Cuti Tahunan
Di bawah seksyen 60E Akta Pekerjaan 1955, seorang pekerja
layak untuk menikmati beberapa hari cuti tahunan minimum
mengikut tempoh perkhidmatan beliau seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 8.1.

Jadual 8.1: Cuti Tahunan Mengikut Tempoh Perkhidmatan

Tempoh Perkhidmatan Cuti Tahunan


Kurang daripada 2 tahun 8 hari
2 tahun atau lebih, tetapi kurang daripada 5 tahun 12 hari
5 tahun atau lebih 16 hari

Cuti Sakit
Di bawah seksyen 60F Akta Pekerjaan 1955, seorang pekerja
layak menikmati beberapa hari cuti sakit minima mengikut
tempoh perkhidmatan beliau seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 8.2.

Jadual 8.2: Cuti Sakit Mengikut Tempoh Perkhidmatan

Tempoh Perkhidmatan Cuti Tahunan


Kurang daripada 2 tahun 14 hari
2 tahun atau lebih, tetapi kurang daripada 5 tahun 18 hari
5 tahun atau lebih 22 hari

(ii) Perlindungan Cuti Bersalin


Di bawah seksyen 37 Akta Pekerjaan 1955, setiap pekerja wanita
berhak ke atas sekurang-kurangnya 60 hari cuti bersalin setiap kali
dia melahirkan. Selain itu, dia juga akan menikmati elaun bersalin
untuk lima orang anak.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 INSENTIF DAN FAEDAH 197

(iii) Caruman Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


Seperti yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991, kedua-
duanya, iaitu pekerja dan majikan perlu menyumbang ke dalam
akaun KWSP pekerja. Ini bagi menggalakkan para pekerja
menyimpan bagi persaraan mereka.

(iv) Skim Keselamatan Sosial (PERKESO)


Skim ini diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja
dan diuruskan oleh Skim Keselamatan Sosial (PERKESO). Tujuan
skim ini ialah untuk memberi perlindungan kepada pekerja
sekiranya berlaku sebarang bencana, kecederaan dan kematian
semasa kerja. Terdapat dua jenis skim perlindungan iaitu Skim
Insurans Bencana Kerja dan Skim Kemalangan Pencen. Majikan dan
pekerja dikenakan caruman tertentu berdasarkan gaji pekerja seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 8.3.

Jadual 8.3: Kadar Caruman Skim Keselamatan Sosial

Caruman Mengikut Gaji Pekerja


Skim Insurans Bencana Kerja Majikan Pekerja
Skim Kemalangan Pencen 1.25% -
0.5% 0.5%

(b) Program Faedah Bukan Wajib


Faedah bukan wajib ialah faedah-faedah yang ditawarkan oleh majikan
kepada pekerja secara sukarela dan tanpa paksaan. Biasanya, faedah bukan
wajib ditawarkan bagi tujuan menarik pekerja baru yang mempunyai
potensi dan bakat dari luar organisasi. Selain itu, ia juga dapat
meningkatkan kepuasan dan memberikan motivasi pekerja. Antara faedah
bukan wajib yang biasa disediakan oleh pihak majikan kepada pekerja-
pekerjanya ialah:

(i) Skim Insurans


Skim insurans berkelompok untuk pekerja merupakan salah satu
faedah yang disediakan oleh majikan. Ia termasuk insurans hayat
yang menjamin pembayaran faedah kepada ahli keluarga pekerja
sekiranya pekerja meninggal dunia atau melindungi pekerja
sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan. Kos insurans
premium ditanggung oleh majikan dan pekerja biasanya dibenarkan
untuk membuat bayaran tambahan atas perbelanjaan sendiri.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


198 TOPIK 8 INSENTIF DAN FAEDAH

(ii) Penjagaan Kesihatan


Ini ialah pakej faedah yang telah mendapat perhatian serius daripada
pihak majikan sejak kos penjagaan kesihatan bertambah tinggi. Di
samping itu, pekerja pada hari ini memberi lebih penekanan kepada
penjagaan kesihatan berbanding dengan pekerja sebelum ini. Pakej
faedah biasanya terdiri daripada perbelanjaan perubatan,
pembedahan dan pergigian.

(iii) Program Bantuan Pekerja


Program ini direka bagi membantu para pekerja mengendalikan
pelbagai masalah yang mungkin memberi kesan kepada prestasi
kerja mereka. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di bawah
program ini termasuk nasihat, rawatan berkaitan dengan dadah dan
alkohol serta gangguan emosi.

(iv) Pusat Penjagaan Kanak-kanak


Peningkatan pekerja wanita serta pendapatan dwikeluarga
menyebabkan majikan perlu menyediakan kemudahan di tempat
kerja yang bersifat mesra keluarga. Kemudahan ini dikenali sebagai
pusat penjagaan kanak-kanak. Kos menyediakan pusat ini
ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikan ataupun pihak majikan
hanya menyediakan kemudahan ini dan pekerja yang menggunakan
kemudahan tersebut perlu membayar bagi tujuan kos operasinya.

(v) Perkhidmatan Makanan


Perkhidmatan makanan disediakan bagi kemudahan pekerja serta
menggalakkan pekerja untuk sentiasa berada di dalam tempat kerja.
Makanan yang disediakan sama ada dijual pada harga kos atau lebih
rendah daripada kos disebabkan subsidi daripada majikan.

(vi) Perkhidmatan Pengangkutan


Pengangkutan untuk pergi dan balik dari tempat kerja disediakan
oleh majikan. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan kenderaan
persendirian pada tempat letak kereta syarikat, tetapi juga dapat
mengurangkan keletihan dan ketidakhadiran.

(v) Kemudahan Pendidikan


Kebanyakan organisasi menawarkan biasiswa atau pinjaman pelajaran
kepada pekerja yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam
bidang tertentu. Ini selaras dengan usaha organisasi untuk
mewujudkan pekerja yang berpengetahuan dan menggalakkan
budaya pembelajaran yang berterusan.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 INSENTIF DAN FAEDAH 199

(vi) Kemudahan Pinjaman


Terdapat juga organisasi yang menawarkan kemudahan pinjaman
kewangan kepada pekerja tanpa mengenakan apa-apa faedah atau
mengenakan kadar faedah yang lebih rendah berbanding dengan
institusi kewangan di luar organisasi. Pinjaman kewangan ialah
untuk tujuan pembelian rumah dan kenderaan.

SEMAK KENDIRI 8.2

Apakah kepentingan faedah kepada pekerja? Apakah bentuk-bentuk


faedah yang biasanya diberi oleh majikan kepada pekerja?

AKTIVITI 8.4

Apakah perbezaan antara faedah wajib dan faedah bukan wajib?

LATIHAN 8.4

Kenyataan BETUL (B) atau SALAH (S)

1. Pelan Rucker ialah sejenis pelan insentif yang memberi faedah


kepada pekerja bagi idea-idea berguna atau cadangan yang diberi
oleh pekerja bagi tujuan peningkatan produktiviti.

2. Untuk memastikan keberkesanan sesuatu pelan insentif, seseorang


pekerja perlu melihat perhubungan antara pembayaran insentif
yang diterimanya dengan prestasi kerjanya.

3. Pekerja diberi satu kadar yang tetap bagi setiap unit yang
dihasilkan di bawah unit kerja kadar tetap.

4. Bayaran insentif di bawah Pelan Scanlon berdasarkan peningkatan


dalam keseluruhan jualan produk organisasi.

Copyright Open University Malaysia (OUM)


200 TOPIK 8 INSENTIF DAN FAEDAH

Soalan-soalan Pelbagai Pilihan

1. Satu sistem insentif yang berkesan ialah _____


A. Prestasi piawai tidak dinyatakan dengan jelas
B. Pekerja melihat insentif sebagai satu kemestian
C. Pengurus menilai insentif berdasarkan perbezaan dalam
prestasi
D. Kos yang berkaitan dengan pelan insentif susah untuk
ditentukan

2. Berikut ialah contoh-contoh pelan insentif individu KECUALI:


A. Insentif jualan
B. Bonus
C. Bayaran merit
D. Pemilikan saham

3. Berikut ialah ciri-ciri program faedah yang berkesan KECUALI:


A. Pelan program faedah yang fleksibel.
B. Penyebaran maklumat tentang faedah kepada pekerja.
C. Pembangunan objektif program faedah umum.
D. Membenarkan input daripada pekerja.

4. Apakah jenis pelan insentif yang ditawarkan jika seorang pekerja


diberi satu kadar insentif yang tinggi bagi kesemua kerja yang
dihasilkan melepasi tahap piawai output?
A. Kadar satu berbeza
B. Unit kadar tetap
C. Bayaran merit
D. Bonus

5. Berikut ialah pelan-pelan insentif perkongsian keuntungan


KECUALI:
A. Pelan pendapatan-pada-keuntungan
B. Pelan Rucker
C. Pelan Improshare
D. Pelan Scanlon

Copyright Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 INSENTIF DAN FAEDAH 201

Soalan-soalan Esei

1. Jika gaji seorang pekerja ialah RM500 sebulan, berapakah jumlah


caruman majikan dan pekerja kepada PERKESO?

2. Terangkan maksud faedah wajib dan berikan dua contoh.

3. Terangkan maksud program faedah bukan wajib. Bincangkan mana-


mana tiga program.

4. Nyatakan tiga isu yang perlu dipertimbangkan dalam memastikan


keberkesanan pelan pentadbiran.

Pada masa ini, pelan insentif dan pengurusan faedah sangat mencabar,
kompleks dan memerlukan perancangan yang teliti untuk memastikan
keberkesanan kedua-dua jenis ganjaran ini.

Pengurus sumber manusia terutamanya perlu memastikan insentif dan


faedah direka serta dilaksanakan dengan baik bagi mencapai matlamat asal
kedua-dua jenis ganjaran tersebut.

Pelam insentif kumpulan Program faedah tidak wajib


Pelan insentif individu Program faedah wajib
Pelan insentif industri

Copyright Open University Malaysia (OUM)

You might also like