You are on page 1of 5

1.

1 Kronologi Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman


Daing Kuning tujuh bersaudara mendarat di Kuala Larut, tempat mendarat dinamakan Pangkalan
Alur atau Relur Tujuh(kini dikenali sebagai Ayer Kuning).Hanya Daing Kuning yang terus menetap
dan bertapa di situ(gua tempat pertapaan Daing Kuning masih lagi wujud dan terletak di Bukit Larut).
Daing Kuning berkahwin dengan seorang puteri Raja Pattani dan dikurniakan anak iaitu Penghulu
Che Ngah Tambah. Che Ngah Tambah ialah seorang pembesar negeri Perak(Orang Besar Lapan).

1875 Daing Kuning meninggal dunia dan dimakamkan di Kampung Tupai, Taiping. Che Ngah
Tambah mempunyai empat orang isteri. Dari salah seorang isterinya, beliau dikurniakan
seorang anak lelaki yang dinamakan Uda Mohd.Hashim. Anak-anak beliau yang lain ialah Long
Khatijah(Long), Mariah(Yah), Aminah(Minah), Mariam(Yam); isteri lain Alang Ahmad, Putih
Mat Salleh, Ahmad dan Abdul Wahab.

Awal 1900-an Uda Mohd.Hashim bernikah dengan Sharifah Aluyah binti Syed Zainal Al-
Attas(seorang janda cantik). Mereka telah berpindah dari Ayer Kuning ke Kampung
Lake Garden, Taiping(dikurniakan tiga orang anak Meor Abdul Aziz, Meor Abdul
Rahman dan Siti Sadiah di samping tiga anak daripada suami pertama Sharifah
Aluyah iaitu Alin, Hendon dan Putih).

21 Ogos, 1915 Meor Abdul Rahman dilahirkan di Kampung Lake Garden.

1925 Berpindah ke Kampung Pokok Assam. Bersekolah di Sekolah Melayu Taiping (di Kamunting).

1928 Mula belajar Silat Seni Gayong daripada datuknya,Syed Zainal Al-Attas bersama-sama dengan
40 rakan.

1931 Tamat mempelajari Silat Seni Gayong, tetapi tidak dikhatamkan.

1933-35 Bersekolah di Sekolah Inggeris Kamunting dan Government Trade School, Ipoh. Sering
menziarahi kakaknya, Hendon di Kota Sarang Semut, Kedah(bersuamikan Zainal Abidin,
seorang pegawai kanan polis berpangkat inspektor di Balai Polis Kota Sarang Semut).

1936 Menetap di rumah baru Hendon di Kuala Nerang, Kedah(Zainal Abidin dinaikkan pangkat ke
pangkat ASP dan bertugas sebagai Ketua Polis Kuala Nerang). Berkawan dengan Tengku
Nong, anak saudara Tunku Abdul Rahman. Berkenalan dengan Tok Mek Jah(berasal dari
Menam, selatan Thailand)di pekan Rabu, Kuala Nerang. Mengikuti Tok Mek Jah pulang ke
Menam. Perjalanan menembusi Padang Sanai(bertanding dengan juara tomoi),Padang
Terap(menemui Tok Choh), Kuak(menginap di rumah Lenchon, ketua kampung Siam; patahkan
duit syiling perak untuk mengelak daripada bertarung dengan jaguh tomoi tempatan),
Menam(dinding rumah penduduk diperbuat daripada kulit binatang). Di dalam hutan Menam,
Meor Abdul Rahman dikhatamkan oleh Hang Tuah(dalam mimpi?) di batu hitam(batu hitam ini
sekarang telah ditenggelami air untuk dijadikan empangan). Meor Abdul Rahman telah
menghadap Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar di Manong dan menyembahkan taat setia.
Beliau telah diuji dengan pelbagai ujian oleh Sultan. Sultan berpuas hati, memberi gelaran
"Panglima Sendo Perak", dan berkenan mengambil beliau sebagai anak angkat. Meor Abdul
Rahman diminta tinggal di istana.

1938 Sultan Alang Iskandar mangkat. Meor Abdul Rahman kembali semula ke Kampung Pokok
Assam. Beliau telah dikahwinkan dengan Kalsom binti Hj.Kechik di Kota Sarang Semut.
Kalsom adalah orang tempatan Kota Sarang Semut dan telah tinggal bersama Hendon sejak
Hendon menetap di Kota Sarang Semut lagi. Selepas berkahwin, mereka suami-isteri menetap
di rumah Hendon di Kuala Nerang.
Penghujung 1938 Meor Abdul Rahman merantau ke Singapura bersama Zainal Abidin(sepupu).
Bekerja sebagai tukang kimpal di Naval Base. Naval Base baru sahaja dibuka dan
dirasmikan pada ketika itu.

Pertengahan 1939 Bekerja sebagai mekanik di Royal Signal Corps, Gillman Barrack. Menewaskan
guru kombat yang berasal dari Hong Kong lalu dilantik menjadi guru kombat
Royal Signal Corps yang baru. Membawa isteri, Kalsom binti Hj.Kechik ke
Singapura.

1941 Pulang ke Kota Sarang Semut. Tinggalkan isteri, Kalsom binti Hj.Kechik yang sedang sarat
mengandung di rumah Hendon di Kuala Nerang. Dalam perjalanan pulang ke Singapura,
beliau singgah di Taiping untuk menziarahi sepupunya, Nuteh binti Alang Ahmad. Beliau telah
terpikat dengan anak Nuteh, Faridah binti Yusof(Anin). Tidak lama selepas itu, beliau telah
berkahwin dengan Faridah dan dibawa ke Singapura. Menyewa bilik di Bushi Park, Prince
South Street(dekat pawagam Cathay); kemudian disertai oleh Kalsom binti Hj.Kechik.

1942 Berpindah ke Raden Mas (di Kampung Baru). Menyewa sebuah rumah(dua isteri, ibu mertua,
adik ipar lelaki, dan anak,Fadhilah).

Februari,1942 Perang Dunia Kedua meletus di Singapura. Meor Abdul Rahman telah membina kubu
bawah tanah. Berpindah ke Batu 5 Pasir Panjang(ada jeti di situ). Kemudian
berperahu ke Pulau Sudong.

17 Februari,1942 Pukul 11.00 pagi, di rumah penghulu Pulau Sudong, tujuh orang murid pertama
Gayong: Naning, Mat Resad, Ahmad Puah, Mustapa, Kekeh, Wak Bendol dan Wak
Kusang diperlimausintukkan. Berjaya menyelamatkan penduduk wanita Pulau
Sudong daripada ancaman keganasan tentera Jepun.

Pertengahan 1942 Kembali ke Taiping.

1943 Dituduh menderhaka oleh tentera Jepun, lalu beliau telah ditangkap dan dipenjarakan di
Taiping.Dijatuhi hukuman gantung tetapi beliau telah melawan, kemudian dibebaskan. Dua
minggu kemudian dipaksa menyertai tentera Jepun sebagai polis Jepun (Kempeitai).
Ditugaskan di Taiping dan kemudian di Ipoh (Kampung Selibing). Berkahwin dengan Syarifah
Rehan binti Syed Chik(saudara sebelah ibu)(sebulan kemudian berpisah).

1945 Kembali semula ke Pulau Sudong dan ditawarkan menjadi Penghulu Besar. Gayong
berkembang di wilayah Indonesia. Pulau Sudong menjadi Pusat Silat Seni Gayong.

1947 Berpindah ke Singapura kerana ditawarkan bekerja di Malayan Secret Service - Jabatan
Keselamatan Dalam Negeri Singapura(ditugaskan menahan orang politik). Empat bulan
kemudian, mohon bertukar jabatan - bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah (ditugaskan di
bahagian Merinyu Timbangan mencegah penyeludupan dan penipuan dalam timbangan).
Dari Bahagian Merinyu Timbangan, kemudian berpindah ke Balai Polis Central,
Singapura(mata-mata gelap berpangkat Sarjan). Tinggal di tingkat dua, Kuarters Polis, Jabatan
Siasatan Jenayah. Memiliki motosikal Triumph sebagai kenaikan. Isteri kedua, Faridah belajar
menjahit di Geylang Serai manakala isteri pertama, Kalsom tinggal di rumah mengasuh anak.

23 Disember,1947 Dikurniakan pingat King George VI oleh Kerajaan British.

1949 Gayong diperkenalkan kepada rakan-rakan di Jabatan Siasatan Jenayah. Tujuh orang murid
pertama di tanah besar Singapura; antaranya Ahmad Suni, Mansor Fadal, Sinwan(CID), Jonid
Hanim(CID), Salim(CID) dan Hosni Ahmad. Bakar Sampah menjadi pusat latihan Gayong bagi
tahun 1950-an.
1954 Barisan wanita pertama sertai Gayong(kedua-dua isteri Mahaguru, Che Asmah/isteri Jonid,
Aisyah/isteri Mansor Fadal, Rafeah Fadal, Hindun, Intan). Diserahkan di bawah pengawasan
Ustaz Salim dan Said. Jonid telah dilantik menjadi Wakil Tunggal di Singapura semasa
ketiadaan Mahaguru.

1955 Gayong berkembang di Studio Jalan Ampas. Antara yang menyertainya ialah Jasni Ahmad,
Neng Yatimah(ibu bapa Roseyatimah), Kasma Booty, A.Rahim, dan Nordin Ahmad. Kasma
Booty ialah wanita pertama yang diuji berjalan di atas bara api serta lengannya dituris dengan
pisau. Gelanggang Gayong di Singapura pada tahun 1950-an:

Bakar Sampah

Jalan Red Hill(Jonid)

Kg.Ubi(Jonid)

Sek.Men.Victoria(Hussain Kaslan)

Balestiar Road(Jasni Ahmad)

Kg.Tentera British(Nordin Abd.Rahman)

Kg.Melayu(Abbas)

Sim Avenue(Mansor Fadal dan Jonid)

Paridah menjalankan kelas jahitan di Batu 4 Pasir Panjang(rumah kedai dua tingkat). Meor
Abdul Rahman telah berpindah ke tingkat atas kedai(tingkat bawah disewa oleh Faridah).
Murid Gayong bertambah ramai - Meor Abd.Rahman melantik Hosni Ahmad membantu Jonid
mengajar di gelanggang serta menjalankan perlimau adat. Berpindah ke Alexandra(menyewa
rumah teres batu). Faridah menjadi guru jahitan di Alexandra, Bukit Timah, Tanjung Pagar dan
di Sekolah Latihan Polis, Thompson Road.

1957 Tengku Kassim, Tengku Laksamana Kedah datang ke Singapura menemui Meor Abdul
Rahman. Rombongan Silat Seni Gayong seramai 43 orang mengadakan persembahan silat di
Sultan Abdul Hamid Sport Club. Berpindah pula ke Woodlands(setelah dua tahun menetap di
Alexandra). Meor Abdul Rahman membina dua rumah papan(terletak dekat dengan kem
tentera dan berhampiran pantai). Kalsom membuka kedai runcit. Faridah mengajar jahitan di
Balai Keranji, Woodlands. Pusat Latihan Silat Seni Gayong ditubuhkan di Lorong Fatimah,
Woodlands.

1958 Perkhataman keris kali kedua di Melaka.

1959 Dato Onn Jaafar bertemu dengan Meor Abdul Rahman dan melamar untuk menjadi ahli
Gayong. Dato Onn telah dilantik sebagai Penasihat dan Waris Beradat Gayong. Meor Abdul
Rahman diundang ke Melaka untuk mengadakan persembahan silat di Bukit Lintang. Lembaga
Beradat Gayong mula dibentuk dengan perlantikan Orang Besar 4,Orang Besar 8, Orang
Besar 16 dan Orang Besar 32. Meor Abdul Rahman bersama Dato Onn Jaafar serta
rombongan Gayong dari Singapura telah melawat Kedah.

1961 Meor Abdul Rahman bersara daripada perkhidmatan kerajaan(kepolisan) dan menumpukan
sepenuh perhatian untuk mengembangkan Gayong, berpusat di kediamannya, di No.13A,
Lorong Fatimah, Woodlands, Singapura.

9 Disember 1961 Sharifah Aluyah meninggal dunia dan dimakamkan di Ayer Kuning.
1962 Meor Abdul Rahman melawat Kedah, dan membawa guru-guru dari Kedah untuk
mengembangkan Gayong di Negeri Sembilan, Johor dan Singapura. Meor Abdul Rahman telah
mendaftarkan Silat Seni Gayong sebagai sebuah pertubuhan berdaftar. Dato Onn telah
merangka perlembagaan pertubuhan.

November 1962 Meor Abdul Rahman membawa guru-guru Kedah di Singapura bergerak naik ke
Melaka dan membuka gelanggang di Taboh Naning, Alor Gajah dan Bukit Lintang.

Disember,1962 Meor Abdul Rahman melantik Abd.Majid Mat Isa menjadi Gurulatih Tertinggi
merangkap Timbalan Pengarah Silat Seni Gayong.

Januari,1963 Meor Abdul Rahman bersama rombongan Gayong dari Singapura melawat ke Kedah.

Mac,1963 Meor Abdul Rahman membawa tujuh orang guru dari Kedah untuk kembangkan Gayong
ke seluruh Tanah Melayu. Tiba di Perak, buka gelanggang di Kampung Ayer Kuning,
Kampung Terong dan Kampung Lubuk Terong. Dari Perak, rombongan seterusnya menuju
ke Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singapura. Meor Abdul Rahman telah
memanggil semua guru yang bertugas di Semenanjung untuk menghadiri kenduri
perkahwinan Fadhilah di Lorong Fatimah, Woodlands.

22 Oktober,1963 Pendaftaran Silat Seni Gayong diluluskan dan dikenali sebagai Pertubuhan Silat
Seni Gayong dengan nombor pendaftaran 361.

1964 Mesyuarat Agung PSSGM pertama di Gurun ,Kedah. Meor Abd.Rahman(YDP) dan Meor Abdul
Aziz(NYDP). Ibu pejabat PSSGM berpindah ke Kota Sarang Semut Meor Abdul Rahman
turut berpindah dari Singapura dan menetap di Kedah. Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni
Gayong telah berpindah dari Woodlands, Singapura ke Kota Sarang Semut, Kedah.
Bagaimanapun, upacara adat istiadat dijalankan di Ayer Kuning, Taiping. Gayong Perdana
yang pertama diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar dan dirasmikan oleh Sultan Kedah,
Sultan Abd.Halim Muadzam Syah.

18 Februari,1964 Uda Mohd.Hashim meninggal dunia dan dimakamkan di Ayer Kuning.

1965 Perdana Gayong kedua diadakan di Stadium Kubu, Melaka.

1966 Meor Abdul Aziz meninggal dunia.

1967 Istiadat pertabalan ahli Lembaga Beradat diadakan di Ayer Kuning, Taiping.

31 Ogos,1967 Sambutan 10 tahun Merdeka - 500 orang ahli Gayong telah mengetuai perbarisan.

1969 Meor Abdul Rahman menetap di Ayer Kuning, Taiping.

Dato Harun Hj.Idris diisytihar sebagai Imam Khalifah Selangor.

1970 Meor Abdul Rahman bersama Setiausaha Agung PSSGM dan dua gurulatih Gayong Selangor
diundang ke Osaka, Jepun (mengadakan persembahan silat selama dua minggu di Osaka 70).
Balai adat PSSGM dibentuk di Ayer Kuning.

27 Januari,1971 Balai Adat dan Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong Malaysia dirasmikan oleh
Sultan Perak, Sultan Idris Syah. Sultan Idris bersetuju menjadi Penaung Agung Silat
Seni Gayong Malaysia

1971 Meor Abd.Rahman dikurniakan darjah kebesaran Dato'Paduka Chura Simanjakini(DPCM) oleh
Sultan Perak(membawa gelaran Dato) dan Dato Meor Abdul Rahman telah menggelarkan
Sultan Perak, Sultan Idris Syah dengan gelaran Sang Sapurba Negara. Silat Seni Gayong
diperkenalkan kepada Angkatan Tentera Malaysia.
1973 Silat Seni Gayong diperkenalkan kepada Polis Diraja Malaysia. Dato Meor Abdul Rahman
menewaskan Bruce Lee di Hong Kong.

1974 Balai Adat baru dibina, khas untuk dilangsungkan upacara adat istiadat pertabalan,
penganugerahan tauliah dan bengkung tertinggi. Dato Meor Abd.Rahman melawat Sabah,
bertemu Tun Datu Mustapha, Ketua Menteri Sabah.Tun Datu Mustapha telah dilantik sebagai
Imam Khalifah Gayong bagi Negara-negara Islam.

Mac,1975 Tun Abdul Razak ditabalkan sebagai Timbalan Imam Khalifah Agung Silat Seni Gayong
Malaysia dan Serantau.

1976 DatoMeor Abd.Rahman dan isteri pertama, Kalsom Hj.Kechik melawat Sarawak, bertemu
dengan Datuk Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub, Ketua Menteri Sarawak.

11 Disember,1976 Televisyen BBC London merakamkan upacara Mandi Minyak di Dewan Belia
Kampung Pandan yang dijalankan oleh Dato Meor Abdul Rahman.

Julai,1977 Perkhataman keris kali kelima di Teluk Batik, Perak.

Ogos, 1977 Cikgu Abd.Majid Mat Isa dilucutkan jawatannya sebagai Gurulatih Tertinggi PSSGM oleh
Dato' Meor Abdul Rahman.

April, 1978 Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia(PSSPGM) ditubuhkan dan didaftarkan
di Pulau Pinang.

20-23 Februari,1985 Dato Meor Abdul Rahman melawat ke Brunei kali pertama. Menghadap Sultan
Brunei.

Januari,1986 Datin Kalsom Hj. Kechik meninggal dunia.

19-21 Mac,1986 Dato Meor Abdul Rahman melawat Brunei kali kedua. Dato Meor Abdul Rahman
bersama Tuan Haji Ahmad Nayan bin Saad melawat London.

Disember,1987 Dato Meor Abdul Rahman menghadiri Kejohanan Silat Sedunia di Kuala Lumpur.
Pengakuan aktor terkenal Indonesia, Dicky Zulkarnain bahawa bukan beliau yang
menewaskan Bruce Lee tetapi Dato Meor Abd.Rahman.

Disember,1989 Pertabalan ahli Lembaga Beradat Selangor dan perlantikan Tan Sri Muhammad bin
Muhd. Taib sebagai Imam Khalifah Gayong Selangor.

Mei,1991 Perkhataman keris terakhir yang dijalankan oleh Dato Meor Abd.Rahman di Port Dickson,
Negeri Sembilan.

23 Jun,1991 Dato Meor Abdul Rahman meninggal dunia di Ipoh Specialist Centre. Beliau
dimakamkan di tanah perkuburan di perkarangan Masjid Lama, Taiping. Beliau
meninggalkan seorang balu (Datin Faridah Yusof), seorang anak kandung (Siti
Fadzilah) dan beberapa orang anak angkat.

You might also like