You are on page 1of 1

RESIPI MEE GORENG

BAHAN-BAHAN

1. 1 pek kecil mee kuning


2. 4 ulas bawang putih - ketuk & cincang
3. 1 sudu besar cili kisar
4. 3 sudu besar sos tomato
5. 3 sudu besar sos cili
6. 1 sudu besar sos tiram
7. Garam
8. Kicap secukupnya
9. 1 ikat sayur sawi
10. Udang dan sotong
11. Limau nipis - perah
12. Daun bawang - tabur

CARA-CARA

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.


2. Lepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.
3. Setelah cili garing, masukkan semua bahan sos, kicap dan sedikit air.
4. Masak sehingga mendidih dan terbit minyak.
5. Sementara ianya mendidih, ketika ini bolehlah kita memotong sayuran atau apa sahaja.
6. Air lebih kurang 1/2 mug tapi dimasukkan sedikit sedikit supaya tidak terlembik pulak mee.
7. Masukkan udang dan sotong serta batang sawi. Kacau rata.
8. Kemudian masukkan mee dan daun sawi.
9. Masukkan sedikit garam, kacau rata dan setelah secukup rasa, bolehlah ditutup api.

You might also like