You are on page 1of 2

PROJEK HERBARIUM SCE 3112

PENGAWETAN TUMBUHAN SECARA KERING.

Disediakan oleh : Mohamad Amir Bin Abas

Tumbuhan : Pokok Keladi

Pengawetan tumbuhan dilakukan melibatkan proses-proses berikut:

1. Pengumpulan

Spesimen tumbuhan yang dipilih dan di pungut ialah Pokok Keladi. Spesimen ini
telah diambil di Kampung Hilir Kubang Rotan, Alor Setar Kedah. Spesimen
yang diambil dipastikan segar dan sihat. Beberapa bahagian penting juga
dikenal pasti terdapat pada tumbuhan dikumpul. Antaranya daun, batang dan
akar.

2. Penekanan

Selepas spesimen pokok keladi dikumpulkan, spesimen telah disusun


secara mendatar di antara surat khabar lama. Setiap bahagian tumbuhan
dipastikan diletak elok dan terkembang agar mudah dilihat. Kemudiannya lagi,
bahagian daun juga diselang selikan antara bahagian yang terlentang dan
tertiarap. Selepas spesimen tumbuhan disusun rapi, sekeping papan nipis
diletakkan di bahagian atas dan bawah susunan spesimen. Kemudiannya,
spesimen itu diketatkan di antara papan nipis lain menggunakan alat pengetat.
Setelah seminggu spesimen ditekan, spesimen itu kemudiannya di bawa
ke bilik untuk ditekankan lagi menggunakan alat pemberat lain.

3. Pengeringan

Pengeringan spesimen dilakukan di bawah alat tekanan dan alat pemberat.


Pemberat dan alat tekanan digunakan membantu menekan dan mengeluarkan
cecair di dalam spesimen untuk menjadi kering. Surat khabar yang digunakan
untuk mengalas spesimen turut ditukar selang seminggu.
PROJEK HERBARIUM SCE 3112

4. Pemanjangan (Susun dan Lekat)

Setelah spesimen kering, spesimen diletakkan di atas mounting board yang


berwarna putih berukuran 30 x 40 cm. Warna cerah seperti putih digunakan
bertujuan agar bahagian-bahagian tumbuhan itu jelas dapat dilihat. Spesimen
dilekatkan di atas mounting board menggunakan gam (glue stick).

5. Pengelasan

Dalam mengenalpasti spesimen, pengumpul telah pun melakukan beberapa


rujukan dan pencarian maklumat dari pelbagai sumber. Antaranya daripada
sumber internet yang banyak memberikan maklumat yang mencukupi. Selepas,
maklumat diperolehi, tumbuhan spesimen dapat dikenalpasti dan diketahui
dari segi nama, ciri-ciri, sifat dan kegunaannya serta lain-lain lagi.

6. Pelabelan

Selepas pemerolehan maklumat mengenai spesimen dibuat, spesimen daun


sederi dilabelkan. Segala maklumat dijadualkan dan dilabelkan di sebelah kanan
bawah spesimen.

7. Penyimpanan

Spesimen yang telah siap dilabel dibalut kemas dengan plastik lutsinar agar
bertujuan untuk menjaga spesimen daripada rosak dan tahan lama. Spesimen
kemudiannya disimpan elok dan disusun kemas.

You might also like