You are on page 1of 15

Isu akidah

Kertas kerja kedua pula dibentang oleh Y. Bhg. Dr. Haji Muhammad Nur Manuty bertajuk
Ancaman Fahaman Pluralisme Dan Liberalisme Terhadap Aqidah Ahli Sunnah
Waljamaah. Pembentang menjelaskan bahawa Implikasi fahaman liberal Terhadap
Kedudukan Islam dan Penganut-Penganutnya di <?xml:namespace prefix = st1 ns =
"urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Malaysia adalah seperti berikut:
Isu Artikel 121(1A) Ekoran insiden kematian Muhammad
Abdullah Moorthy - idea liberalisme dijadikan kesempatan golongan
bukan Islam untuk melemahkan kedudukan Islam.
Penubuhan Inter Faith Council (IFC) berusaha untuk
menjejaskan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Isu murtad golongan Muslim liberal dengan menggunakan
kerjasama NGO bukan Islam menggunakan saluran undang-
undang untuk memudahkan proses penukaran agama dan
mencabar peruntukan undang-undang syarak dan sivil.
Penentangan terhadap konsep dan pelaksanaan syariat
Islam menolak pelaksanaan syariat Islam khususnya hukum
hudud
Gerakan Feminisme Sisters In Islam menggunakan jaringan ahli
politik, penggubal undang-undang dan media untuk menentang
penggubalan Rang Undang-Undang Kekeluargaan (Wilayah
Persekutuan, 2005)
Reformasi Kurikulum Institusi Pendidikan Islam Menyatakan
bahawa kurikulum pendidikan Islam yang ada sekarang bersifat
jumud dan tidak relevan dengan zaman.
Seminar sehari ini diakhiri dengan sesi forum yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Ust. Aziz
bin Jusoh dan dibarisi dengan dua orang panel yang terdiri daripada bekas pengikut setia
Kumpulan Al-Arqam iaitu Saudara Zabidi bin Muhammad dan saudara Mohd Fakhruddin
Ar-Razi. Dalam forum tersebut kedua-dua ahli panel telah mendedahkan
penyelewengan-penyelewengan Asaari sejak menubuhkan Al-Arqam sehingga kepada
pertukaran nama pertubuhan itu kepada Rufaqa. Asaari dikatakan bahawa mula
menyebarkan fahaman dan menanamkan ketaksuban di dalam diri pengikutnya dengan
mendedahkan kepada mereka tentang hadis-hadis akhir zaman dan menekankan
siapakah sebenarnya pemuda Bani Tamim yang ditunggu-tungu itu.
Seminar sehari itu berjaya mencapai matlamat yang telah digariskan oleh pihak
Urusetia. Seminar pada hari tersebut akan menjadi program tetap JAKIM dan akan
diteruskan pada masa-masa yang datang.

SESUNGGUHNYA agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam dan
orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih
(mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada
mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-
mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa
yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat
segera hitungan hisab-Nya. (ali Imran : 19)

Bagi membekalkan ilmu pengetahuan dengan kepelbagaian kaedah dakwah untuk


diterapkan kepada pelajar-pelajar sekolah, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
(Perkim) Kebangsaan telah menganjurkan Seminar Guru-guru Pendidikan Islam dan
Guru Islam Tahun 2012 bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur
pada awal Mei lalu.

Program itu anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP)
Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan
(Jawi) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Ugama Malaysia Barat (KKGUMB) Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.

Ia disertai lebih 1,500 peserta terdiri daripada guru pendidikan Islam (GPI) sekolah
rendah dan menengah, guru Islam sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan guru
besar serta pengetua sekolah.

Pemangku Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr. Muhammad Rais Abdul
Karim berkata, strategi gerakan transformasi dakwah akan berkesan melalui tenaga
penggerak yang terdiri daripada kalangan pendakwah yang berilmu dan terlatih.

"Seminar ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru pendidikan Islam bagi
memperkasakan kaedah dakwah kepada pelajar sekolah berkaitan akidah dan sahsiah.

"Umat Islam kini terdedah dengan cabaran ujian kekuatan akidah iaitu dengan pelbagai
fahaman, ideologi moden seperti pluralisme, sekularisme, liberalisme, kapitalisme,
materialisme, humanisme dan unsur negatif mempengaruhi dengan mudah
terutamanya pelajar sekolah.

"Dalam kemajuan era globalisasi, negara kita digemparkan dengan isu murtad dan
cubaan memurtadkan umat Islam bahkan dihimpit juga dengan budaya songsang, black
metal, punk, gejala gay, lesbian, pondan, mat rempit, seks bebas, penyalahgunaan
dadah, penagihan arak serta sukan judi," katanya.

Menurut Rais, peranan dan tanggungjawab guru-guru semakin luas dan mencabar
terutamanya dalam soal penyelewengan akidah di kalangan para pelajar serta gejala
sosial yang semakin meruncing dalam masyarakat serta ia merupakan satu cabaran yang
hebat terhadap semua pihak di negara ini khususnya guru-guru.

"Guru-guru harus bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai kegiatan dan cabaran
dakyah pihak tertentu dalam usaha meruntuhkan akidah atau moral dengan
menyebarkan dakyah secara halus kepada murid-murid dan pelajar sekolah," tegasnya.

GPI bertanggungjawab memberi ajaran agama yang sebenar dengan merujuk fakta-fakta
rasmi dan bertepatan serta mewujudkan kumpulan pelajar yang dibekalkan
pengetahuan dan bimbingan dakwah agar mereka berperanan membantu penghayatan
Islam di sekolah di samping berperanan sensitif terhadap dakyah agama asing di
kalangan pihak-pihak tertentu. Ia sejajar dengan suruhan Allah dalam surah at-Tahrim
ayat enam.
Seminar tersebut dijadikan medan untuk bertukar pendapat, ilmu pengetahuan,
perkongsian dan merapatkan hubungan silaturahim di kalangan guru pendidikan Islam
dalam membina kekuatan ummah.

Ia dimantapkan lagi dengan pembentangan kertas kerja oleh Mufti Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dengan tajuk Kegiatan Dakyah dan Usaha
Pihak Tertentu Untuk Memesongkan Akidah Umat Islam.

Tegas Wan Zahid, gerakan Liberalisme, Pluralisme, Sekularisme, Yahudi dan Emotion
Spiritual and Quotient (ESQ) yang menjadi ancaman serta perkembangannya akan
merosakkan akidah umat Islam sekiranya tidak dibendung.

Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20120529/ba_02/Perkasa-guru-


agama-tangani-isu-akidah#ixzz3DaHRNL6Y
Utusan Melayu (M) Bhd

Sis

Sisters in Islam atau dikenali SIS merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang
dianggotai sekumpulan wanita profesional beragama Islam yang memperjuangkan hak-
hak wanita dalam kerangka Islam. SIS menekankan pentingnya untuk mentafsir
semulaQur'an dan hadith mengikut konteks sejarah dan budaya.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Sejarah

2 Aktiviti advokasi

3 Isu kontroversi SIS

o 3.1 Buku "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism"

o 3.2 Isu poligami

o 3.3 Cadangan SIS diharamkan

o 3.4 Hukuman rotan kepada pesalah wanita

o 3.5 Yogaoga

4 Lihat juga
5 Pautan luar

6 Nota kaki

Sejarah[sunting | sunting sumber]


Pada tahun 1988, sekumpulan lapan orang peguam, aktivis, ahli akademik dan
wartawan wanita bersama-sama menubuhkan satu pergerakan untuk menyelesaikan
masalah wanita Islam di mahkamah syariah. Pengasasnya adalah:-

Amina Wadud, pensyarah Pengajian Al-Quran di Universiti Islam Antarabangsa.

Askiah Adam, penganalisa di Institute of Strategic dan International Studies


(ISIS) Malaysia

Norani Othman, a sociologist at the Universiti Kebangsaan Malaysia

Rashidah Abdullah, pegawai program kanan dalam program gender dan


perkembangan di Asian and Pacific Development Centre (APDC)

Rose Ismail, pemberita di New Straits Times

Salbiah Ahmad, pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa.

Sharifah Zuriah Aljeffri, penasihan hal ehwal budaya di kedutaan US dan seorang
artis

Zainah Anwar, penganalisa kanan ISIS Malaysia[1]

Pada tahun 1993, gerakan ini secara rasmi didaftarkan sebagai pertubuhan bukan
kerajaan di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad dan sehingga kini dikenali
sebagai Sisters in Islam atau ringkasnya SIS. Tumpuannya adalah untuk mencabar
undang-undang dan dasar atas nama Islam yang mendiskriminasikan wanita. Tumpuan
SIS kemudiannya diperluaskan kepada isu lebih besar seperti demokrasi, hak asasi
manusia dan perlembagaan.

Logo SIS berbentuk rahim, sebagai simbolik alat reproduksi wanita anugerah Tuhan
yang melaluinya kehidupan lahir dan juga nama Tuhan iaitu Rahim, diambil daripada
lukisan Sharifah Zuriah Aljeffri bertajuk RAHIM (1995). [2]

Aktiviti advokasi[sunting | sunting sumber]


SIS menyokong semangat revolusi Islam dan mengakui Islam telah mempertingkatkan
martabat wanita apabila ia diturunkan 1,400 tahun dahulu. Mereka percaya Islam
menolak penindasan wanita dan penafian hak-hak asasi mereka seperti kesaksamaan
dan martabat kemanusiaan.

Objektif utama SIS adalah:

Menegak dan membangunkan satu kerangka hak-hak wanita dalam Islam yang
mengambil kira pengalaman dan realiti wanita

Menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita dengan


mengubah amalan-amalan serta nilai-nilai yang menganggap bahawa taraf wanita
adalah lebih rendah daripada lelaki

Membina kesedaran awam dan memperbaharui undang-undang serta dasar-


dasar mengenai kesaksamaan, keadilan, kebebasan, martabat dan demokrasi
dalam Islam.

Aktiviti SIS merangkumi empat bidang program:

Penyelidikan dan tafsiran sumber-sumber teks Islam

Advokasi untuk pembaharuan dasar dan undang-undang

Meningkatkan kesedaran orang ramai dan pendidikan awam

Perancangan strategik dan pembentukan dasar

Isu kontroversi SIS[sunting | sunting sumber]


Buku "Muslim Women and the Challenge of Islamic
Extremism"[sunting | sunting sumber]
Pada 25 Januari 2010, Hakim Mohamad Ariff Md Yusof memutuskan bahawa edaran
buku itu tidak mengancam ketenteraman awam kerana hanya tujuh dari 215 halaman
buku itu dikatakan menyinggung garis panduan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM). Menteri Dalam Negeri telah bertindak secara tidak sah dan tidak
rasional dalam mengharamkan buku itu pada 31 Julai 2008, selepas ia berada dalam
edaran selama dua tahun (sejak 2005). Ia hanya diharamkan pada tahun 2008.

Menteri Dalam Negeri membayar kos kepada SIS. Pengharaman buku itu adalah di luar
bidang kuasa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan melanggar Artikel 8(2), 10(1)
(a) dan 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Koleksi esei itu telah disunting oleh
Prof Norani Othman dari Institiut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Buku itu tentang undang-undang keluarga Islam dan undang-
undang jenayah syariah. Tidak ada yang menyentuh prinsip Islam. [3]
Isu poligami[sunting | sunting sumber]
Pada 8 Januari 2002, SIS telah membuat kenyataan bahawa SIS ingin menegaskan
bahawa Islam bukanlah mewujudkan atau menggalakkan poligami. Poligami tanpa had
pernah menjadi amalan sedia ada di zaman sebelum al-Quran diwahyukan. SIS turut
mempersoalkan sama ada poligami patut terus dibenarkan di bawah Undang-Undang
Keluarga Islam.[4]
Cadangan SIS diharamkan[sunting | sunting sumber]
Pada 7 Jun 2009, dalam Muktamar PAS 2009 ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam,
usul PAS Shah Alam (Khalid Abd Samad) diterima tanpa bahas. Usul itu
mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang
membawa aliran Islam liberal. Seterusnya mengharamkan sister in Islam sekiranya
terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas
ahli-ahlinya.

Pada 12 Jun 2009, Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria juga anggota Majlis Fatwa
Kebangsaan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyiasat kenyataan ganjil
SIS. Antaranya berhubung isu poligami dan pembahagian harta pusaka yang
membelakangkan ayat al-Quran. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy
Jamaluddin dan mantanPerdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir
Mohamad dan Karpal Singh membantah cadangan tersebut.[5]
Hukuman rotan kepada pesalah wanita[sunting | sunting sumber]
Saya tidak mahu ulas panjang. Bagi yang berfikir sila baca kenyatan media
SIS tentang beberapa isu :
"Pihak Sisters In Islam berpendirian bahawa pihak berkuasa tidak
sepatutnya menggunakan paksaan dalam hasratnya untuk melihat
wanita Islam menutup aurat. Agama bergantung atas iman dan
kesanggupan. Mengenakan undang-undang dan peraturan atas
pemakaian tidak semestinya akan menambahkan ketaqwaan orang-
orang Islam. Sebaliknya ini membawa kepatuhan yang timbul dari
perasaan gerunkan kepada pihak berkuasa dan Islam. Ini bukannya
jalan kearah taqwa"

"Al-Qur'an tidak memerintahkan kita memakai pakaian yang


tertentu. Ayat-ayat mengenai kesederhanaan kelakuan dan pakaian
dalam Al-Qur'an, apabila di tafsirkan menurut konteks sosio-sejarah
zaman ianya di turunkan, mengagungkan sikap kesederhanaan dan
tidak melampaui batas, menghindar dari perbuatan sumbang dan
tidak sopan, dan memerintah kita menghormati kaum wanita sebagai
satu tanda ketaqwaan. (sila lihat surat-surat Sisters In Islam kepada
pengarang; NST dan Utusan Malaysia Ogos 9, 1997).
Kenyataan Media SIS tentang Kod Pakaian Terengganu 21 Mac 2000
http://www.sistersinislam.org.my/BM/kenyataan
%20akhbar/21032000.htm

" Oleh yang demikian, persoalan yang wajar dipertimbangkan dalam


masyarakat kita pada hari ini bukanlah sama ada poligami patut
dibenarkan semula bagi bukan Islam, tetapi sama ada poligami patut
terus dibenarkan di bawah undang-unang keluarga Islam, apabila
difikirkan secara mendalam akan tujuan sebenar ayat al-Qur'an
mengenai poligami: "jika takut tidak dapat berlaku adil (terhadap
isteri-isteri), maka kahwinilah seorang sahaja". Sebenarnya, Kitab
Suci al-Qur'an adalah satu-satunya kitab suci yang mengandungi
rangkaikata "kahwinilah seorang sahaja". Malah, masyarakat orang
Islamlah yang sepatutnya telah memimpin masyarakat lain dalam
perjuangan menentang poligami dan penyalahgunaannya."
Kenyataan Media SIS tentang Kontroversi mengenai Poligami8
Januari 2002
http://www.sistersinislam.org.my/BM/kenyataan
%20akhbar/08012002.htm

Ini hanya sebahagian sahaja, di masa akan datang saya akan cuba mencari
lagi kenyatan SIS yang mencabar Islam. Bagi yang berilmu fikir dan
renungkanlah.... apakah ini cara SIS membantu Islam?
Nampaknya masih ramai lagi yang bangkit mebantah cadangan
pengharaman Sister In Islam. Terbaru hari ini Wanita Umno Perak
membantah cadangan pengharaman tersebut sekaligus bersama dengan 322
NGO yang membantah semalam. Bahkan mereka berpendapat perlu adanya
NGO seperti SIS yang memperjuangkan hak - hak wanita.

Saya tidak mahu ulas panjang. Bagi yang berfikir sila baca kenyatan media
SIS tentang beberapa isu :
"Pihak Sisters In Islam berpendirian bahawa pihak berkuasa tidak
sepatutnya menggunakan paksaan dalam hasratnya untuk melihat
wanita Islam menutup aurat. Agama bergantung atas iman dan
kesanggupan. Mengenakan undang-undang dan peraturan atas
pemakaian tidak semestinya akan menambahkan ketaqwaan orang-
orang Islam. Sebaliknya ini membawa kepatuhan yang timbul dari
perasaan gerunkan kepada pihak berkuasa dan Islam. Ini bukannya
jalan kearah taqwa"

"Al-Qur'an tidak memerintahkan kita memakai pakaian yang


tertentu. Ayat-ayat mengenai kesederhanaan kelakuan dan pakaian
dalam Al-Qur'an, apabila di tafsirkan menurut konteks sosio-sejarah
zaman ianya di turunkan, mengagungkan sikap kesederhanaan dan
tidak melampaui batas, menghindar dari perbuatan sumbang dan
tidak sopan, dan memerintah kita menghormati kaum wanita sebagai
satu tanda ketaqwaan. (sila lihat surat-surat Sisters In Islam kepada
pengarang; NST dan Utusan Malaysia Ogos 9, 1997).
Kenyataan Media SIS tentang Kod Pakaian Terengganu 21 Mac 2000
http://www.sistersinislam.org.my/BM/kenyataan
%20akhbar/21032000.htm

" Oleh yang demikian, persoalan yang wajar dipertimbangkan dalam


masyarakat kita pada hari ini bukanlah sama ada poligami patut
dibenarkan semula bagi bukan Islam, tetapi sama ada poligami patut
terus dibenarkan di bawah undang-unang keluarga Islam, apabila
difikirkan secara mendalam akan tujuan sebenar ayat al-Qur'an
mengenai poligami: "jika takut tidak dapat berlaku adil (terhadap
isteri-isteri), maka kahwinilah seorang sahaja". Sebenarnya, Kitab
Suci al-Qur'an adalah satu-satunya kitab suci yang mengandungi
rangkaikata "kahwinilah seorang sahaja". Malah, masyarakat orang
Islamlah yang sepatutnya telah memimpin masyarakat lain dalam
perjuangan menentang poligami dan penyalahgunaannya."
Kenyataan Media SIS tentang Kontroversi mengenai Poligami8
Januari 2002
http://www.sistersinislam.org.my/BM/kenyataan
%20akhbar/08012002.htm

Ini hanya sebahagian sahaja, di masa akan datang saya akan cuba mencari
lagi kenyatan SIS yang mencabar Islam. Bagi yang berilmu fikir dan
renungkanlah.... apakah ini cara SIS membantu Islam?
Dicatat oleh al-basori di Friday, June 12, 2009

1/1)

Alimah Jongang:
nih aku dapat artical nih kat satu website..so aku rasa..aku patut kongsi...

Salam..

Hari ni aku nak membawa semua pembaca untuk kita sama2 menilai dan mengkaji
semula tentang satu pertubuhan yang agak popular satu ketika dahulu iaitu Sisters
In Islam..
Kepada pembaca yang kurang mengenali, eloklah kita berkenalan dahulu dengan
mereka ini..

Sisters in Islam (SIS) mula ditubuhkan pada tahun 1988 dan didaftarkan sebagai
sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada tahun 1993.

Bertujuan untuk mengetengahkan tentang kesedaran prinsip-prinsip Islam yang


sebenar..Prinsip yang berkaitan dengan persamaan diantara lelaki dan
perempuan..Juga ingin menubuhkan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan
prinsip islam yang berkaitan kesaksamaan, keadilan, kebebasan, dan maruah serta
martabat didalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Dengan sedikit gambaran itu dapatlah kita mengenali SIS dengan lebih dekat
lagi..untuk mendapatkan lebih maklumat tentang mereka, pembaca boleh melayari
laman web SIS di www.sistersinislam.org.my

Kita teruskan dengan matlamat asal penulisan aku kali ini...Selepas mendapat gaji
awal bulan 2 hari tu, aku dengan senang hatinya menyinggah ker kedai buku yg
selalu aku singgah kalo ader duit..hehe..sambil membelek2 buku aper yg ader, aku
ternampak majalah Al-Islam keluaran tebaru...

Aku dah lama tak membeli majalah Al-Islam nie sebab dulu ketua pengarang dia
Astora Jabat kan..Astora Jabat ni pejuang Islam Liberal kat Malaysia nie...Pastu
aku belek2 lar aper cerita bulan nie..Aku tertarik dengan tajuk sampingan dia iaitu
Sisters in islam dalangi kes Lina Joy & Islam Liberal..

Terus ambil dan pergi bayar kat kaunter...

Aku terus menyelak muka surat yang berkaitan dengan tajuk yg menarik minat aku
tadi..
Satu persatu aku teliti setiap apa yang diwawancarakan dan inilah hasil
pemerhatian dan komen aku....Aku hanya mengambil point2 penting sahaja..
Ikuti dialog antara Al-Islam dan pengurus projek SIS iaitu Norhayati Kaprawi :

AL ISLAM : Bagaimana pula dengan isu aurat yang mengatakan SIS menolak
pemakaian tudung dikalangan wanita Islam ?

SIS : Pada SIS, tidak boleh ada paksaan. Terpulang pada individu, kita tidak boleh
paksa orang pakai tudung dan tidak boleh paksa orang buka tudung. Ramai orang
yang suka menuduh SIS bukan-bukan, tapi tidak pernah buka website SIS, dan
tidak mahu datang jumpa SIS bagi mendapatkan keterangan. Mereka menuduh
bukan-bukan berdasarkan prasangka. Isunya jelas, bahawa tiada paksaan di dalam
pemakaian tudung. Kalau di barat memaksa wanita buka tudung pun, SIS
menentang juga.

Komen Aku : Inilah antara pandangan pendokong Islam Liberal yang berada di
malaysia sekarang ini..memutar belitkan fakta dan ayat...sebahagian kita nampak
macam betul, sebahagian kita nampak macam tak betul..hakikatnya semua tak
betul...Siapa kata tidak boleh ada paksaan..memang benar tiada paksaan di dalam
beragama, tetapi itu dalam konteks memilih agama..islam tak paksa manusia pilih
islam sebagai agama yg perlu dianuti..Tetapi jika dah masuk islam mesti kena
paksa ikut apa yang Islam suruh..jika tak paksa, macam mana nak buat betul tak..??

Contoh : Amin tidak pernah disuruh/dipaksa sembahyang oleh ibunya...Adakah


Amin akan sembahyang..??? Tentu tidak..

jadi bila dah masuk islam mesti paksa diri ikut apa yang islam suruh dan paksa
tinggal apa yang islam larang...dari paksaan akhirnya menjadi kebiasaan dan
seterusnya menjadi suatu kemanisan..

Isu tudung dengan jelas Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 31 yang
bermaksud

" dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat


pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan
leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau
bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri
mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang
lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-
perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang
lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak
Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-
orang Yang beriman, supaya kamu berjaya "
dan juga dari surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud

" Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta


perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih
sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu
mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani "

Jelas sudah pegangan SIS pada isu ini adalah bertentangan dengan Islam yang
sebenar...Suatu penipuan yang jelas oleh wakil SIS ini..katanya akan menetang jika
ada negara di Barat yang memaksa rakyatnya membuka tudung..Di Turki kita sedia
maklum kerajaannya tidak membenarkan pelajar2 Universiti dan penjawat umum
memakai tudung..dimana SIS ketika itu..??

AL ISLAM : Beralih pula kepada isu yang kontroversi suatu masa dahulu, iaitu kes
Lina Joy. Ada yang mengatakan SIS menjadi dalang utama di dalam kes Lina Joy.
Sejauh mana kebenaran tohmahan itu ?

SIS : Saya rasa semua orang tahu, dan hal ini juga telah diutarakan oleh Dr. Mohd
Asri Zainul Abidin, Mantan Mufti Perlis, iaitu sebaik saja seseorang itu Islam itu
berniat untuk keluar agama Islam dan tidak lagi beriman kepada Allah dan Rasul-
Nya, maka dia itu telah keluar daripada Islam. Jadi, isu sama ada kita beri dia
kebenaran atau tidak , tidak sepatutnya timbul. Itu bukan hak manusia. Urusan
iman adalah urusan Allah dan hamba-Nya. Sebagai manusia, kita boleh menasihati
dan memujuk, tapi tidak boleh memaksa seseorang untuk beriman dengan Allah,
atau tidak beriman kepada Allah..Ini jelas dalam Islam - tiada paksaan dalam
agama. SIS tidak pernah menyuruh Lina Joy untuk keluar agama Islam, tetapi kami
berpendapat, hasrat beliau harus dihormati. Tiada siapa berhak menghalangnya
kerana perlembagaan Malaysia telah jelas menyatakan bahawa tiada paksaan
dalam agama.

Komen Aku :
Sekali lagi wakil SIS ini cuba mengelirukan pembaca. " Tidak menyuruh Lina Joy
keluar agama Islam, tetapi menghormati hasratnya.." Apa ni..??
Hanya orang jahil saja yang keluarkan kenyataan begini...Kerana adanya orang
islam yang sebeginilah maka ramai umat islam di Malaysia sudah murtad. Islam
mengajar kita supaya mengamalkan islam sepenuhnya..bukan ikut yang mana
sesuai..Isu murtad ini sangat sensitif bagi umat islam..
Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 106 yang bermaksud
" sesiapa Yang kufur(murtad ) kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya
kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang Yang dipaksa (melakukan kufur)
sedang hatinya tenang tenteram Dengan iman; akan tetapi sesiapa Yang terbuka
hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan
mereka pula beroleh azab Yang besar "
Didalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud

" Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah:
"Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari
jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidilharam dan mengusir
penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah[134]. Dan berbuat
fitnah[135] lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak henti-
hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari
agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang
murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka
itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni
neraka, mereka kekal di dalamnya " (Al-Baqarah ayat 217 )

Dan juga penjelasan dari Nabi Muhammad S.A.W

" Jika seseorang muslim itu ingin keluar dari agama islam, maka tahanlah. Jika dia
enggan maka bunuhlah dia. " ( Auqomaqol )

Jadi jelas dalam isu ini, bahawa SIS sekali lagi berpegang kepada pegangan yang
bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Masalah perlembagaan adalah
masalah kepimpinan di Malaysia...apabila yang memerintah tidak islamik maka
jadilah seperti mana yg berlaku..Sekali lagi SIS berniat jahat dengan membawa
kata-kata mantan Mufti perlis untuk menyokong pendapatnya..sedangkan apa yang
dikatakan oleh mantan Mufti perlis itu bukanlah merujuk kepada apa yang
dipegang oleh SIS. " sebaik saja seseorang itu Islam itu berniat untuk keluar agama
Islam dan tidak lagi beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka dia itu telah
keluar daripada Islam ". Jika sudah jadi begitu mmg benarlah dia sudah terkeluar
dari islam..Tapi tugas kita adalah mengajaknya kembali kepada Islam, bukan
menyokong pendapatnya seperti yang SIS buat..

AL ISLAM : Akhir sekali yang terbaru adalah fatwa mengharamkan pengkid,


sekali lagi SIS keluar dengan pendapatnya. Sebenarnya bagaimana pendirian SIS
terhadap isu pengkid ?

SIS : Kalau kita ingat dulu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
pernah menyarankan agar wanita-wanita cantik tidak diberikan keutamaan dalam
pemberian kerja kerana beliau beranggapan wanita cantik senang dapat suami
kaya. Persoalan utamanya adalah - siapa yang menilai sama ada seseorang wanita
itu cantik atau tidak ? Akan marahlah bapa, ibu, suami atau kekasih wanita itu jika
dikatakan anak atau pasangan mereka tidak cantik. orang putih kata "beauty is the
eye of the beholder"...cantik itu di mata masing-masing. . Maka isu tomboi ini
begitu juga...siapa yang akan menilai seorang wanita itu kelihatan seperti tomboi
atau tidak ? tidak semestinya seorang perempuan yang memakai seluar panjang,
berbaju kemeja atau berambut pendek itu seorang tomboi. Fesyen pakaian masa ini
sudah pelbagai ragam. Malah yang memakai tudung tetapi berkelakuan seperti
lelaki, maka adakah wanita ini juga dikatakan tomboi ? Jadi, perkara ini penting
yang harus difikirkan oleh pembuat dasar dan undang-undang. Jadi SIS tidak ada
mahu adanya wanit , terutama sekali remaja-remaja perempuan, dikacau dan diugut
oleh pegawai-pegawai penguat kuasa yang tidak membuat pertimbangan betul.
Kita tidak mahu ada wanita ditahan, dan masuk lokap tak pasal-pasal. Tidak
semestinya juga wanita yang dikatakan berpakaian seperti lelaki itu seorang
lesbian. Nampak sangat mereka tidak faham isu homoseksualiti. Wanita yang
berpakaian dan berperawakan seperti wanita tulen pun, mungkin juga seorang
lesbian, dan seorang lelaki hensem yang macho juga mungkin seorang gay. Jadi,
pakaian tidak boleh dijadikan ukuran, dan tidak wajar wanita yang dianggap
tomboi itu dijadikan sasaran. Dalam isu fatwa tomboi ini, pada SIS banyak lagi isu
penting yang harus difikirkan oleh para mufti kita bagi menyelesaikan kepada
masalah semasa. Sebagai contoh, isu mat rempit yang membahayakan keselamatan
pengguna jalan raya lain dan isu para bapa yang tidak bayar nafkah.

Komen Aku : SIS cuba membawa satu lagi kemusykilan kepada pembaca dengan
menyatakan siapa yang akan menilai seseorang itu cantik atau tidak...Ini satu
kenyataan yang jahil bagi aku..
Contoh : Jika seseorang itu cantik, maka semua orang akan nampak dia
cantik...Aku tanya, berapa ramai orang yg kata SITI NURHALIZA cantik..hampir
semua orang di Malaysia..Itu bermakna dia memang cantik dari segi
fizikalnya...wlupun ader beberapa yang orang yg kata tak cantik... Jika kita dengar
satu lagu, dan kita suka dengar berkali-kali..Itu maknanya lagu itu sedap di
dengar..dan ramai orang suka dengar lagu itu..maknanya lagu itu mmg sedap untuk
didengar..jawapan yg diberikan itu menunjukkan SIS tidakmatang dalam
pemikiran..
Isu tomboi pulak..Fesyen dijadikan alasan untuk membenarkan wanita berpakaian
seperti lelaki..apa nie...??? Bukankah telah terang lagi bersuluh dan sudah difahami
oleh semua umat islam di dunia dengan sabda Nabi kita yang bemaksud
Allah melaknat daripada golongan kamu iaitu lelaki yang menyerupai wanita dan
wanita yang menyerupai lelaki " (Auqomaqol)
" Barangsiapa yang mengikut sesuatu kaum, maka dia tergolong di dalam kaum
itu" (Auqomaqol)
Jika kita mengikut fesyen orang kafir, maka kita tergolong dalam golongan mereka
yang akan ke neraka...Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan
sebaliknya, jadi apa guna hidup ini jika sudah dilaknat..Tidak akan diterima segala
amalan kita selagi mana kita dilaknat...Kecuali kita bertaubat Nasuha..
Jika sudah jelas nampak perwatakannya seperti lelaki maka kita mesti
menasihatinya dan membimbingnya supaya tidak terus hanyut dengan gaya dan
fesyen yg sebegitu..bukan membiarkan dan seolah-olah menghormati hak dia
sebagai seorang manusia..
Mana mugkin kita tahu seseorang itu lesbian atau pun gay, jika tanpa perawakan
yang jelas..jika tersembunyi kita serahkan kepada Allah untuk menentukan dan kita
pohon agar dia diberikan hidayah untuk pulang ke pangkal jalan..itu
caranya..bukan menjadikan itu sebagai alasan untuk menghalalkan sesuatu yg
haram..
Aku menyokong sepenuhnya Fatwa yg dikeluarkan oleh majlis Fatwa
kebangsaan..Dengan cara ini kita dapat menyekat dan menghalang manusia dari
terus ditipu dan dihanyutkan dengan sentimen yg boleh merosakkan kita sebagai
umat islam..
Kerajaan sepatutnya mengambil tindakan yang tegas dan betul terhadap
pertubuhan SIS kerana mereka semakin hari semakin tersasar dari agama
islam..dengan menggunakan nama islam, SIS sepatutnya membawa islam yg
syumul dan benar..Bukanlah seperti yang dibawa sekarang ini..Inilah akibatnya
jika terlalu menyahut seruan barat dan orang kafir...
Hak Asasi Manusia " yang telah menjahanamkan segala apa yang ada di dalam
Islam..Dengan moto semua orang ada hak masing-masing yang tidak boleh di
pertikaikan oleh orang lain..
Jadi diharap kepada semua yang membaca artikel ini dapat menyebar luaskan
perkara ini dan sampaikan kepada semua yg kita kenali agar kita tidak akan
terjerumus dan terbelenggu dengan permasalahan sebegini..
Saya menyeru jika ada sesiapa yang sudah menganggotai SIS atau mengikut secara
tidak langsung, agar bertaubat dan meninggalkan pertubuhan ini..Dengan harapan
agar islam kembali agung dan disanjung kembali...
Wallahualam...

yan_teksi:
SIS ni macam Astora Jabat gak...ikut akal,bukan ikut perintah Allah SWT yg d
turunkan
melalui Al Quran dan Al Hadis..

apid:
masalah sekarang tntang puak sesat ni,mereka ada backup org2 atasan yang
berpengaruh sbb tu kita xbleh nk buat apa,mcm skrang ni penceramah yg berckp
tntang islam ganggu sgt tp yg btul2 sesat xbrani plak nk halang.

Navigation

You might also like