You are on page 1of 1

Rujukan kami : PPDS.

700-5/6 ( 10 )
Tarikh : 21 Mac 2017
22 Jamadil Akhir 1438

Guru Besar,
SK, SJKC, SJKT ,
SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
Tuan,
JEMPUTAN KE PESTA PANTUN PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1, 2017

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Seremban akan mengadakan
Pesta Pantun Peringkat Daerah Seremban 1, 2017 yang akan dikelolakan oleh SK Sungai Machang
seperti ketetapan berikut :
TARIKH : 28 MAC 2017 (SELASA)
TEMPAT : DEWAN SK SUNGAI MACHANG
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG
MAJLIS PENUTUP : 12.30 PETANG

3. Dengan segala hormatnya, tuan dijemput untuk hadir dalam pertandingan ini, seterusnya
bersama-sama dalam Majlis Penutupan Rasmi pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.
Semoga dengan kehadiran tuan akan menambahkan kemeriahan dan keceriaan program.

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengerusi Pengelola di talian 06-7585422 atau


En. Zulkarnain b. Mohamed (Penyelia Kokurikulum PPD Seremban) di talian : 017-6706913.

Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan
setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

(HAJAH RODIAH BINTI MOHD JAN)


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

Sk Fail Kokurikulum

You might also like