You are on page 1of 5

SENARAI KANDUNGAN.

PERKARA HALAMAN

Pengakuan i

Soalan Tugasan ii

Penghargaan iv

TUGASAN 1

1. Transkipsi temu bual.


2. Laporan temu bual.

TUGASAN 2

1. Pendahuluan
2. Kekurangan Nilai-Nilai Negara Bangsa dalam Kalangan Murid Masa Kini.
3. Ciri-Ciri Pelajar untuk Membina Negara Bangsa.
4. Cabaran dan Peranan Guru dalam Inisiatif Pembinaan Negara Bangsa Bagi
Murid-Murid dan Komuniti di Peringkat Sekolah Rendah.

Rujukan 12

Lampiran 13

PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya saya telah jelaskan sumbernya.

(NURHANANI BINTI SURIANA)

7 MAC 2017

Soalan Tugasan

Tugasan 1 : Menulis Laporan Temu Bual (20%)


i. Tugasan ini dilaksanakan semasa mengikuti PBS Fasa 4 di sekolah dan dilaksanakan

secara individu.
ii. Anda dikehendaki menemu bual salah satu pengurus atau pemimpin di sekolah sama

ada guru besar, penolong kanan akademik, penolong kanan hal ehwal murid atau

penolong kanan kokurikulum.


iii. Isi kandungan temu bual mestilah berkaitan aspek peranan, kesan dan implikasi

kepelbagaian sosiobudaya dalam pembentukan iklim pembelajaran dan persekitaran di

sekolah berkenaan.
iv. Rakaman video dan transkirpsi temu bual perlu disediakan sebagai sokongan/lampiran

kepada tugasan anda.


v. Sila sediakan laporan temu bual anda dalam 600 patah perkataan.

Tugasan 2 : Penulisan Akademik (30%)

Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara diperlukan untuk

kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid berbangga dikenali sebagai rakyat

Malaysia tanpa mengira etnik, agama dan status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu

dipupuk dalam diri setiap murid dengan memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi

yang sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar,

semangat kerangkuman yang teguh amat diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai

bukan hanya belajar memahami dan menerima kepelbagaian tetapi juga menghayati

kepelbagaian

(PPPM, 2013-2025)

ii

Berdasarkan penyataan diatas, menunjukkan bahawa isu pembinaan negara bangsa

merupakan satu isu yang kritikal dan harus ditangani di peringkat akar umbi.

i. Dalam konteks ini, identity nasional akan menghasilkan konsep negara bangsa. Jelaskan

apakah konsep negara.


ii. Berdasarkan lima kajian/jurnal/artikel, bincangkan kekurangan nilai-nilai negara bangsa

dalam kalangan murid-murid di sekolah rendah pada masa kini.


iii. Apakah ciri-ciri pelajar untuk membina negara bangsa dalam kalagan murid-murid sekolah

rendah?
iv. Bincangkan cabaran dan peranan guru dalam inisiatif pembinaan negara bangsa bagi

murid-murid dan komuniti di peringkat sekolah rendah.

iii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbilalamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan

limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh

jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Chanthirasekar A/L Karpan,
pensyarah matapelajaran Budaya dan Pembelajaran (EDUP3073) di atas kesudian beliau

memberi panduan dan dorongan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak

membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan

tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan

tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigm dalam era globalisasi ini, begitulah

dominannya peranan siswa pendidik khususnya bakal pendidik di negara ini untuk

merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.

Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina,

begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini

tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.

Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-

renungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun.

Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

iv

You might also like