You are on page 1of 6

1

CADANGAN
KERTAS KERJA
PROGRAM
MENAIK TARAF
PUSAT SUMBER
SEKOLAH (PSS)
2017
2
PROGRAM MENAIK TARAF PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah (PSS) memeainkan peranan penting dalam


mempertingkatkan mutu pendidikan di sesebuah sekolah. Ia berfungsi untuk
membantu proses pengajaran dan pemudahcara ( PdPc) supaya lebih berkesan
dan memberi sokongan kepada usaha belajar sendiri berasaskan sumber.

Tahap penggunaan PSS di kalangan guru-guru dan murid-murid SK Wangsa Maju


Seksyen 2 masih belum mencapai tahap optimum. Masih banyak kemudahan
yang diperlukan bagi memastikan Pusat Sumber SK Wangsa maju Seksyen 2
dapat menjalankan fungsinya dengan lebih baik.

Oleh itu, pihak sekolah perlu mengambil langkah proaktif melaksanakan Program
Menaik Taraf PSS bagi tujuan untuk menceriakan Pusat Sumber dan menjadikan
Pusat Sumber Sekolah lebih ceria dan kondusif untuk digunakan oleh semua
warga sekolah ini.

2.0 MATLAMAT
i. Menjadikan PSS sebagai gedung ilmu dan nadi kepada kecemerlangan
sekolah.
ii. Mengumpulkan, menyimpan dan mengedarkan pelbagai jenis maklumat
serta menyediakan perisian pendidikan kepada murid-murid dan guru.
iii. Membentuk masyarakat berbudaya ilmu dan gemar membaca.

3.0 OBJEKTIF
i. Untuk mewujudkan suasana yang ceria dan kondusif di Pusat Sumber
Sekolah
ii. Meningkatkan nisbah bacaan murid dan guru.
iii. Meningkatkan nisbah penggunaan Pusat Sumber Sekolah oleh murid dan
guru.
iv.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua warga SK Wangsa Maju Seksyen 2.

5.0 PELAKSANAAN

3
5.1 Membuat draf kertas kerja
5.2 Pembentangan kertas kerja
5.3 Pelaksanaan aktiviti menaik taraf
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL KEPERLUAN ANGGARAN
KOS
1. Sumbangan PIBG

1. Bahan-bahan untuk Keceriaan RM 600.00


2. Rak Kasut Guru & Murid RM 200.00
3. Kotak Buku RM 50.00
4. Karpet 9 kaki x 7 kaki RM 200.00
5. Banner PSS RM 250.00
6. Mini LED Projektor RM 200.00

JUMLAH
RM 1500.00
2. Sumbangan Ahli Parlimen

1. Rak Buku ( 6 Unit ) RM 2000.00


2. Meja Ruangan Membaca ( 1 Unit ) RM 1000.00
3. Set Sofa Guru ( 1 Set ) RM 1000.00
4. Komputer ( 1 Unit ) RM 1000.00

JUMLAH
RM 5000.00
3. Sumbangan Pihak Swasta / Korporat

1. Kaunter Pinjaman & Pemulangan RM 2000.00


2. Meja Karel / Partision RM 2000.00
5. Komputer ( 1 Unit ) RM 1000.00

JUMLAH RM 5000.00
5. Sumbangan Individu

1. Buku/ Majalah terpakai/ baru RM .


2. Mainan terpakai yang masih elok RM .
3. Kotak Buku RM 50.00
4. Kain Skirting Meja RM 50.00
5. Bunga RM -

JUMLAH RM 100.00
JUMLAH RM 11,600.00

7.0 SUMBER PENDAPATAN


i. Sumbangan PIBG
4
ii. Sumbangan Ahli Parlimen
iii.Sumbangan Pihak Swasta/Korporat
iv. Sumbangan Individu

8.0 PENUTUP
Diharapkan semua perancangan dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.
Kerjasama dan komitmen semua pihak amatlah diharapkan dan dihargai,

Disediakan oleh, Disemak oleh,


(NIK NORIZAN BT CHE RAHANI) (MUZAFAR SHAH BIN MUSTAFFA)
Guru Perpustakaan & Media Pengerusi / GPK Kurikulum & Pentadbiran
SK Wangsa Maju Seksyen 2, KL SK Wangsa Maju Seksyen 2, KL

Disahkan oleh,

..
(PN. NORHANIZA BT MOHD DAHALAN)
Guru Besar/ Penasihat JK Induk PSS
SK Wangsa Maju Seksyen 2, KL

5
6

You might also like