You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KE 3/2014

SMK ISKANDAR SHAH, JASIN, MELAKA

TARIKH : 1 JULAI 2014


HARI : SELASA
TEMPAT : BILIK MATEMATIK
MASA : 3.00 PETANG

KEHADIRAN
1. Pn. Habibah Binti Abdullah (GKMP Sains & Matematik)
2. Pn. Nurul Bahiyah Binti Johari (Ketua Panitia Matematik ) Pengerusi
3. En. Zainalfitri Bin Buang
4. Pn. Fadzilah Bt Bahron
5. En. S. Ravi Santharan
6. Cik Nor Hanani Bt Ibrahim
7. Pn. Khadijah Binti Mohd Abdul Karim
8. Pn. Ling Yuk Chii
9. En. Mohd Amran Bin Mohd Ghazali
10. Tn. Hj Ramli Bin Samat
11. En. Neo Kok Theong
12. Pn Hjh Jamilah Binti Ibrahim
13. Pn. Vasuki A/P Annamalai

URUSETIA MESYUARAT
1. Cik Nor Hanani Bt Ibrahim (S/U Panitia Matematik)

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru


Matematik SMKIS. Beliau juga berharap agar semua guru Matematik
dapat memberikan kerjasama bagi memantapkan lagi kecemerlangan
dalam matapelajaran Matematik dan Matematik Tambahan.
Tindakan : Semua guru Matematik

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT

2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali ke 2/2014 yang lalu. En.
Mohd Amran Mohd Ghazali mencadangkan minit mesyuarat kali ke
2/2014 untuk disahkan dan telah disokong oleh En. Zainalfitri Buang.
Minit disahkan tanpa sebarang pindaan.

3.0 BANGKITAN MINIT


3.1 Pengerusi mengingatkan guru-guru untuk mepertingkatkan lagi
penggunaan frogvle dan latihan atas talian. Guru-guru juga diminta untuk
memantau setiap perkembangan pelajar terutamanya bagi pelajar
Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.
Tindakan : Semua Guru Matematik

3.2 Pengerusi juga meminta kerjasama daripada guru-guru untuk


meningkatkan usaha dalam membantu pelajar dalam TIMSS bagi
meningkatkan lagi kecemerlangan pelajar-pelajar kita dalam TIMSS.
Tindakan : Semua Guru Matematik

3.3 Pengerusi juga turut mengingatkan guru-guru untuk sama-sama


menggiatkan lagi aktiviti seperti kelas tambahan dan juga kelas pemulihan
bagi pelajar yang lemah Matematik dan Matematik Tambahan bagi
meningkatkan lagi kecemerlangan PT 3 dan juga SPM 2014. Bagi
Matematik Tambahan, Pengerusi menyatakan Program Guru Muda masih
dan perlu diteruskan bagi membantu pelajar-pelajar yang lemah.
Tindakan : Semua Guru Matematik

4.0 ANALISIS DAN POST MORTEM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN


TAHUN

4.1 Pengerusi membentangkan analisis keputusan peperiksaan pertengahan


tahun bagi Tingkatan 3, 4 dan 5 untuk subjek Matematik. Bagi Tingkatan
3, peratus lulus adalah 50.68% dan pelajar yang gagal seramai 109 orang
manakala bagi Tingkatan 4 92.98% pelajar lulus dan 12 orang gagal.
Peratus lulus bagi Tingkatan 5 adalah 87.65% dan seramai 2 orang
pelajar gagal. Pengerusi berharap agar guru-guru dapat meningkatkan
lagi kecemerlangan pelajar-pelajar dalam matapelajaran Matematik.
Tindakan : Semua guru Matematik

4.2 Pengerusi juga turut membentangkan analisis peperiksaan pertengahan


tahun bagi subjek Matematik Tambahan untuk Tingkatan 4 dan 5. Bagi
Tingkatan 4, peratus lulus adalah 35.92% dan 91 pelajar gagal manakala
peratus lulus bagi Tingkatan 5 adalah 42.57% dengan bilangan 85 pelajar
gagal. Beliau berharap guru Matematik tambahan mengambil inisiatif
untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam matapelajaran Matematik
tambahan dan memberi fokus kepada pelajar yang lemah bagi
mengurangkan bilangan pelajar yang gagal.
Tindakan : Semua guru Matematik Tambahan

5.0 LAPORAN KPI SUKU TAHUN 2014


5.1 Pengerusi membentang laporan KPI suku tahun 2014 dari Januari hingga
Mac. Beliau juga memberitahu sekiranya guru-guru ada memerlukan
bahan-bahan atau alat untuk bantuan mengajar yang hendak dibeli boleh
maklumkan kepada beliau. (rujuk Lampiran)
Tindakan : Semua guru

HAL-HAL LAIN
6.0
6.1 Pengerusi memaklumkan semua guru hendaklah mengemaskini
perekodan PBS secara offline bagi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 dan
memastikan data PBS sentiasa direkod bagi memudahkan guru membuat
pemantauan perkembangan pelajar.
Tindakan : Semua guru Matematik
6.2 Pengerusi juga memaklumkan kelas tambahan bagi Subjek Matematik
Tambahan akan diadakan pada hari Rabu (7.45 9.25pagi) dan kelas
tambahan Matematik PT 3 turut diadakan pada hari tersebut. Pengerusi
meminta kerjasama guru-guru untuk memberikan komitmen sepenuhnya
dalam menjayakan aktiviti sekolah dan panitia.
Tindakan : Semua guru Matematik

7. 0 PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat. Mesyuarat


ditangguhkan sehingga jam 5.00 petang.

Disediakan oleh : Cik Nor Hanani Bt Ibrahim, Setiausaha Panitia

Disemak oleh : Pn. Hjh Jamilah Bt Ibrahim, GKMP Sains dan Matematik

Tarikh : 4 Julai 2014

You might also like