You are on page 1of 3

SURAT PERJANJIAN JUAL TANAH DAN RUMAH

PADA HARI INI BERTARIKH : 22 DISEMBER 2016

PERJANJIAN INI DIPERBUAT DI GUAR CHEMPEDAK KEDAH

Perjanjian ini diperbuat di antara MARZUKI BIN ABD RAHAMAN No. K/P 800903-02-5643
yang tinggal di alamat No. 131, Jalan Raya Guar Chempedak, 08800 Gurun, Kedah dan selepas
ini disebut sebagai PIHAK YANG PERTAMA adalah merupakan tuan tanah dan rumah.
Manakala MOHAMAD SUFI BIN SHAHABUDIN No. K/P 710619-02-5655 yang tinggal di
alamat Kampung Banggol Sanai,Jenun,06720 Pendang,Kedah yang disebut sebagai PIHAK
YANG KEDUA adalah merupakan tuan pembeli.

Bahawasanya pada tarikh diperbuat surat perjanjian ini ditandatangan oleh kedua-dua belah
pihak dihadapan saksi kedua-dua belah pihak, maka dengan ini pihak yang pertama mengaku dan
berjanji dengan sesungguhnya bersetuju hendak menjual putus sebahagian tanah dan rumah
dengan keluasan ( 1235 kaki persegi ) seperti mana yang tersebut dalam surat hak milik GM
230, Lot 4973, Bandar Guar Chempedak Daerah Yan kepada pihak yang kedua dengan harga
jualan sebanyak RM 25,000.00 sahaja ( Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Ribu Sahaja ) dengan
dikenakan syarat-syarat perjanjian seperti berikut:

1. Hasil rundingan dan persetujuan bersama oleh kedua-dua belah pihak di hadapan saksi
kedua-dua belah pihak bahawasanya dengan ini pihak yang kedua mengaku dan berjanji
dengan sesungguhnya bersetuju untuk membeli harta tanah dan rumah mengikut keluasan
yang dinyatakan di atas dengan pihak yang pertama.
2. Bahawasanya bagi menunaikan di atas peretujuan ini maka pada tarikh ini pihak yang
kedua mengaku dan berjanji dengan sesungguhnya telah menjelaskan bayaran berupa
wang tunai secara tunai sebanyak RM 25,000.00 sahaja kepada pihak yang pertama
( tuan tanah dan rumah ) di hadapan saksi kedua-dua belah pihak.
3. Bahawanya pada tarikh ini pihak yang pertama dengan ini mengaku dengan
sesungguhnya telah menerima wang tunai secara tunai sebanyak RM 25,000.00 sahaja
daripada pihak yang kedua iaitu pembeli di hadapan saksi kedua-dua belah pihak
sebagai bayaran harta tanah dan rumah tersebut.
4. Maka serentak dengan itu pihak yang pertama mengaku dan berjanji dengan
sesungguhnya telah menyerahkan akan harta tanah dan rumah yang tersebut itu kepada
pihak yang kedua dengan tidak mungkir janji.
5. Bahawasanya dengan ini pihak yang kedua mengaku dan berjanji dengan sesungguhnya
telah menerima serahan akan harta tanah dan rumah yang tersebut daripada pihak yang
pertama. Maka dengan ini pihak yang pertama tidak berkuasa di atas harta tanah dan
rumah yang tersebut itu.
6. Sepanjang tempoh perjanjian ini berkuatkuasa, jika salah satu pihak meninggal dunia
(mati) maka dengan ini semua waris-waris yang terlibat bersama-sama bertanggungjawab
serta mematuhi semua syarat-syarat yang tercatat di dalamnya sehingga selesai
sepenuhnya. Manakala jika mana-mana pihak tidak mematuhi atau mingkir janji syarat-
syarat yang tersebut itu maka pada masa itu pihak yang satu lagi boleh membuat aduan
kepada mana-mana pihak yang berkaitan dengannya dengan membuktikan surat
perjanjian yang sah serta menurut Undang-Undang Negara yang termaktub di dalamnya.
7. Bahawasanya jika ada pengambilan tanah (Pelan Tanah GM 230, Lot 4973 ) daripada
mana-mana pihak dan agihan bayaran pampasan dibuat, maka pihak yang pertama iaitu
pemilik asal tanah perlu memberi wang pampasan tersebut mengikut kadar keluasan
tanah kepada pihak yang kedua secara adil jika pihak yang pertama bersetuju untuk
mengambil wang pampasan dengan anjakan tanah dan sebaliknya tidak mengambil wang
pampasan tersebut dengan keadaan tanah kekal tanpa anjakan dan wang tersebut
diberikan kepada pihak tuan tanah yang diambil oleh mana-mana pihak untuk tujuan
pembangunan dan sebagainya.

Bagi mengesahkan surat perjanjian ini berkuatkuasa maka dengan ini kami kedua belah pihak
bersama-sama bersetuju menurunkan tandatangan kami di bawah ini di hadapan saksi kedua-
dua belah pihak:

TANDATANGAN PIHAK YANG PERTAMA TANDATANGAN PIHAK YANG


DAN COP JARI TUAN TANAH / RUMAH KEDUA DAN COP JARI

DI HADAPAN SAKSI PEMBELI DI HADAPAN SAKSI

________________________________ _________________________________

( MARZUKI BIN ABD RAHAMAN ) (MOHAMAD SUFI BIN SHAHABUDIN)

( K/P 800903-02-5643 ) ( K/P 710619-02-5655 )

DI HADAPAN SAKSI PIHAK PERTAMA DI HADAPAN SAKSI PIHAK KEDUA

________________________________ __________________________________

( RIMA BINTI MD TAHIR ) ( HUSIN BIN ISMAIL )

( K/P 820111-05-5682 ) ( K/P 651026-02-5935 )

You might also like