You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM SMK PERTANG KALI 3/2016

TARIKH

: 29 SEPTEMBER 2016

HARI

: KHAMIS

MASA

: 4.00 PETANG

TEMPAT

: BILIK GERAKAN SMK PERTANG

KEHADIRAN :

1. En. Norazman Bin Abd Samad


2. Cik Lim Boon Yuan
3. Puan Salina Binti Mahat
4. En. Abd Jalil Bin Dahban
5. En. Nazari Bin Othman
6. En. Jailani Bin Damsuki
7. En. Md Noralami Bin Abd Malek
8. En. Gan Cheng Teck
9. Pn. Sarashwathy A/P Shunmugam
10. Cik Choo Yong Ping
11. Pn. Marziana Binti Md Sari
12. Pn. Noor Aisyah Binti M. Nasir
13. Cik Azdahlia Bt Zulkifli
14. Pn. Noraidah Binti Jamaludin
15. En. Muhamad Zahid bin Azis
16. Pn. Amalinda Binti Amsar
17. Pn. Latifah Binti Hj Reduan
18. Pn. New Kiat Yee
19. En. Marzuki Bin Abd Rahaman
20. En. Mimi Noor Azam Bin Ramli
21. Pn. Musnita Bt Musa
22. En. Samsul Fuad Bin Situ

23. Pn. Wan Norizan Bt Wan Ab. Rahman


24. Pn. Farrah Shahida Bt. Rusli
25. En. Mohd Khir Bin Othman
26. Pn. Loh Siew Cheng
27. Pn. Samti Binti Iskandar
28. Pn. Rohaiza Binti Ismail
29. En. Norulhaizy bin Mohd Nasir
30. En. Mariappan A/L Kattaiyan
31. Pn. Hafizah Binti Hasan

Agenda Mesyuarat:
1.0 Ucapan alu-aluan Pengerusi iaitu Puan Salina Bt Mahat
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kesudian guru hadir ke mesyuarat
kokurikulum kali ke-3 tahun 2016
1.2 Memaklumkan supaya meningkatkan latihan dalam setiap aktiviti yang disertai agar
pencapaian lebih memberansangkan
2.0 Pengesahan minit mesyuarat
2.1 Cik Lim Boon Yuan mencadangkan minit mesyuarat kokurikulum kali kedua tahun
2016 disahkan dan disokong oleh En. Norazman Bin Abd samad
3.0 Perkara-perkara berbangkit
- Pengerusi memaklumkan minit mesyuarat yang dibincangkan adalah minit
mesyuarat kali ke-2
- En. Samsul Fuad bin Situ mencadangkan bahawa murid yang terlibat peperiksaan
tidak perlu mewakili sebarang acara sukan. Ini akan ditentukan dalam keputusan
mesyuarat daerah
4.0 Perkara penting dalam mesyuarat
4.1 PAJSK Pengerusi memaklumkan bahawa borang kokurikulum setiap murid
diberikan kepada guru tingkatan supaya pelajar boleh melengkapkan jawatan dan
pencapaiannya sepanjang tahun 2016. Pelajar perlu berjumpa dengan guru unit
beruniform,kelab dan persatuan serta sukan dan permainan untuk menentukan
kehadiran dan tandatangan guru. Bahagian ekstra kokurikulum diisi oleh pelajar
program luar yang disertainya dan guru tingkatan akan memasukkan data tersebut
apabila PAJSK sekolah menengah dibuka.
4.2 Laporan aktiviti kokurikulum Semua guru yang mengendalikan aktiviti atau
menghantar pelajar mengikuti aktiviti dimohon menghantar laporan kepada GPK
kokurukulum. Borang boleh didapati di bilik kokurikulum. Guru juga
bertanggungjawab membuat tuntutan makan dan minum pelajar serta menjaga
peralatan perkhemahan yang dipinjam dan memulangkan semula.

4.3 Markah kokurikulum 2016 Guru tingkatan perlu melengkapkan PAJSK secara
online dan cetak markah SEGAK dua salinan dan dihantar untuk simpanan.
4.4 Rekod data kokurikulum dalam APDM
- Pengerusi memaklumkan agar
mengemaskini data jika tidak lengkap.
4.5 Aktiviti selepas peperiksaan Bahagian kokurikulum akan mengendalikan
permainan mengikut minat pelajar. Permainan tersebut mengikut kreativiti guru dan
sumber yang ada. Kelab dan persatuan bolehlah merancang aktiviti masing-masing
untuk para pelajar.
5.0 Hal-hal lain
5.1 Pengerusi memaklumkan agar menulis pencapaian yang dicapai sepajang tahun
2016 dalam unit beruniform, sukan permainan dan kelab persatuan untuk hari
anugerah 2016.
5.2 Pengerusi memaklumkan agar guru-guru mengendalikan data kehadiran dalam kad
kokurikulum secara sistematik, peranan guru semasa aktiviti kokurikulum dijalankan
dan tugasan guru apabila pelajar terlibat dalam aktiviti daerah dan negeri.
5.3 Pengerusi memaklumkan agar pelajar memakai pakaian seragam kokurikulum atau
t-shirt yang bersesuaian.
5.4 En. Jailani memaklumkan unit beruniform silat gayong akan diteruskan pada tahun
2017 dengan memakai pakaian silat yang bersesuaian
6.0 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang
Disediakan oleh,
Marzuki bin Abd Rahaman
Setiausaha Kokurikulum SMK Pertang

You might also like