You are on page 1of 1

8/14/2014 Berita Harian | Minda Pengarang: Elak bazir elektrik ketika tarif rendah

RENCANA

Minda Pengarang: Elak bazir elektrik ketika tarif rendah


2012/10/11 - 08:28:30 AM Emel Kaw an Cetak

Rakyat pastinya menarik nafas lega dengan keputusan Kabinet menangguhkan kenaikan tarif
elektrik dan mengekalkannya pada paras semasa sehingga Jun tahun depan. Hakikatnya, tarif
elektrik bagi sektor domestik, komersial dan industri boleh dikatakan baru dinaikkan berkuat
kuasa 1 Jun 2011 pada kadar purata 2.23 sen perkilowatt sejam (kwj) daripada 31.31 sen/kwj
kepada 33.54 sen/kw.

Dengan keputusan Kabinet kelmarin, kira-kira 75 peratus atau 4.4 juta pengguna domestik akan
terus menikmati kadar subsidi 21.8 sen/kWj atau dengan syarat mereka menggunakan elektrik
pada kadar 300 kwj sebulan atau kurang daripada itu. Namun, rakyat perlu berfikiran rasional
bahawa kadar tarif elektrik semasa yang dinikmati ketika ini tidak semestinya dapat bertahan
lama, bahkan ia bakal meningkat pada masa depan seiring dengan peningkatan kos, khasnya kos
infrastruktur dan kos modal.
Kenaikan kos operasi pastinya tidak
Shell Jobs in dapat dielakkan sekali gus mendorong
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan
Malaysia kerajaan menyemak serta mengkaji
shell.com.my/technicalcareers semula tarif elektrik pada masa depan.
Tindakan menaikkan tarif elektrik
Experience world-class engineering with
bukanlah satu keputusan popular,
Shell Malaysia. Join us today!
lebih-lebih lagi ketika tarikh Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU13) semakin
menghampiri. Namun, semua pihak khasnya rakyat perlu berfikiran jauh dan matang dalam isu
kenaikan tarif elektrik atau apa saja yang berkaitan dengan isu hak pengguna.

Dalam isu tarif elektrik, sebahagian besar kenaikan kadarnya disebabkan peningkatan harga gas
asli dan kos arang batu yang menjadi input utama kepada pembekalan tenaga elektrik. Oleh itu,
kenaikan kos input ini pada peringkat global turut memberi kesan langsung kepada kos bekalan
elektrik di negara ini. Ketika ini, rakyat kita mewah dengan tenaga elektrik disebabkan harganya
murah kerana ia diberikan subsidi kerajaan, namun harga yang rendah ini tidak memberi inisiatif
kepada industri dan pengguna untuk menjimatkan penggunaan elektrik. Mungkin bagi
pengguna, jika tarif elektrik dianggap murah, mengapa mereka perlu mengurangkan
penggunaannya.

Inilah masanya, rakyat perlu melakukan transformasi fikiran dan persepsi untuk memahami
bahawa semua tarif keperluan asas sama ada bekalan elektrik atau air tidak akan murah selama-
lamanya. Pengguna harus berusaha untuk memahami bagaimana kita dapat mengurangkan
penggunaan tenaga elektrik dan memahami asas penentuan tarifnya pada masa depan. Pelbagai
kempen penjimatan dilakukan kerajaan dan persatuan hak pengguna dan seharusnya ia mampu
menyedarkan kita untuk sama-sama menyokong usaha itu.

http://www.bharian.com.my/articles/MindaPengarang_Elakbazirelektrikketikatarifrendah/Article/ 1/1

You might also like