You are on page 1of 5

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2803 T1A4

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

NAMA : BILBONE BIN SALLEH

NO. MATRIK : 840102125691001

NO. KAD PENGENALAN : 840102 12 - 5691

NO. TELEFON : 011-31667621

EMAIL : davidjossua@gmail.com

NAMA E-TUTOR : LOH LEH CHIONG

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SANDAKAN, SABAH


AKTIVITI 4 : PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Aktiviti membersihkan dan mengindahkan kawasan sekolah dan membersihkan tanah


perkuburan ini merupakan satu program khidmat masyarakat yang disasarkan kepada
komuniti sekolah terdiri daripada guru-guru, anggota kakitangan sokongan sekolah, pekerja
swasta sekolah dan juga pelajar-pelajar bekerjasama dengan komuniti luar sekolah iaitu ibu
bapa dan masyarakat sekitar sekolah. Program ini dirancang dengan tujuan memupuk
perasaan muhibah di antara komuniti sekolah dengan komuniti sekitar, menyemai semangat
kerjasama serta saling tolong-menolong antara satu sama lain semasa perancangan,
pelaksanaan dan seterusnya selepas pelaksanaan.
Sebagai individu dalam masyarakat, saya berpendapat bahawa program-program
khidmat masyarakat seperti ini membantu saya untuk saling berkomunikasi dengan ahli
masyarakat yang lain. Melalui program sebegini, hubungan silaturahim dapat dibina melalui
perkenalan dan semangat kerjasama. Selama ini, walaupun sering bersua muka dan berbalas
senyuman setiap kali terserempak di tempat-tempat awam, sukar untuk bertegur sapa kerana
saling tidak mengenali. Melalui program khidmat masyarakat seperti ini, kita mempunyai
masa dan alasan untuk saling memperkenalkan diri sambil bertukar-tukar cerita semasa
menjalankan aktiviti.
Dari sudut pandangan seorang pelajar pula, program khidmat masyarakat ini
membantunya dalam mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik yang telah
diajarkan di sekolah. Program ini juga memberikan kesedaran mengenai kepentingan
mengamalkan kebersihan dalam hidup. Mereka juga belajar cara bergotong-royong sekaligus
menyedari kelebihan hidup bergotong-royong yang memudahkan sesuatu kerja yang berat
disiapkan. Malah ia juga mendedahkan pelajar dengan realiti sebenar kehidupan
bermasyarakat.
Bagi ibu bapa, program-program sebegini dapat merapatkan hubungan antara guru
dan ibu bapa. Selama ini, terdapat jurang antara ibu bapa dan guru dengan anggapan bahawa
guru merupakan kuasa besar di sekolah. Terdapat juga ibu bapa yang tidak mahu datang
berurusan di sekolah kerana masalah kurang komunikasi antara guru dan ibu bapa. Melalui
program ini juga, ibu bapa dapat meninjau persekitaran sekolah dan menilai sejauh mana
tahap keselamatan anak-anak mereka di ambil berat oleh pihak sekolah. Dengan melihat serta
menjalankan sendiri program khidmat masyarakat seperti ini, tahap keyakinan ibu bapa
terhadap sekolah dan guru-guru akan dapat ditingkat. Bagi program khidmat masyarakat di
luar sekolah pula, penglibatan ibu bapa dapat membantu menunjukkan kepada pihak luar
akan kerjasama erat serta sokongan antara ibu bapa dengan pihak sekolah yang dapat
mewujudkan kepercayaan masyarakat terhadap keutuhan sekolah sebagai sebuah institusi
ilmu.
Bagi masyarakat, program seperti ini sangat penting dalam mewujudkan satu
organisasi masyarakat yang saling mengambil berat antara satu sama lain. Ia akan
menguatkan hubungan kerjasama antara setiap ahli masyarakat sekaligus membendung sikap
saling mementingkan diri. Program ini juga mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam
kumpulan masyarakat dan mewujudkan sifat muhibbah dan harmoni tanpa mengira
perbezaan kaum dan agama. Sifat saling mempercayai dan bertolak ansur serta saling bantu
menbantu akan mengelakkan perpecahan dan dapat mengukuhkan perpaduan yang sukar
diganggu gugat oleh anasir luar.
Bagi penerima khidmat masyarakat pula iaitu pihak sekolah dan pihak waris tanah
perkuburan, sudah pasti khidmat masyarakat ini memberikan kelegaan dan kegembiraan.
Bagi pihak sekolah, pembersihan dan pengindahan kawasan sekolah akan memberikan wajah
baru kepada sekolah sekaligus menarik minat murid untuk ke sekolah. Masalah-masalah
seperti kawasan berbahaya di sekolah dapat diselesaikan melalui gotong-royong dengan
komuniti. Malah pengindahan sekolah seperti mengecat, menanam bunga-bunga mengikut
lanskap baru juga dapat diselesaikan tanpa perlu menunggu peruntukan kewangan dari
kementerian. Baik pulih peralatan juga membantu pihak sekolah mengatasi masalah
kekurangan peralatan sekolah akibat kerosakan.
Bagi pihak waris dan pengurusan tanah perkuburan, khidmat masyarakat yang
dilakukan pastinya menggembirakan kerana mengetahui masih ada golongan yang
mengambil peduli akan kebajikan kawasan yang sememangnya kurang mendapat perhatian
ini. Sesetengah daripada waris adalah dari golongan tua dan kurang upaya yang tidak dapat
melakukan kerja-kerja pembersihan tanah perkuburan ahli keluarga mereka sekiranya
dilakukan secara bersendirian. Oleh itu, bantuan dari pihak sekolah dan komuniti adalah
sangat dihargai.
Secara keseluruhannya, saya bersyukur kerana banyak perkara telah dipelajari dalam
program khidmat masyarakat ini. Selain daripada berupaya menganjurkan aktiviti atau
program di peringkat sekolah dan komuniti, saya amat menyedari betapa pentingnya peranan
sebagai peneraju utama atau penganjur dalam sesuatu program yang melibatkan pihak
sekolah berkerjasama dengan komuniti sekitar. Persediaan yang teliti serta tersusun amat
perlu untuk menjayakan program ini selain daripada memastikan objektifnya tercapai. Saya
juga turut sedar bahawa sebagai ahli dalam masyarakat, komitmen tinggi, kerjasama serta
bertanggungjawab perlu sentiasa ada terutamanya dalam melibatkan diri dengan aktiviti atau
program yang dijalankan. Keupayaan program seperti ini dalam mengeratkan hubungan
sosial masyarakat kampung memang tidak dapat disangkal malah ianya turut mempengaruhi
pembangunan insan dari segi mental, emosi dan jasmani seterusnya membentuk masyarakat
yang cemerlang. Ketika menjayakan program khidmat masyarakat ini, saya juga telah
membentuk persepsi bahawa seseorang individu merupakan unsur yang membina sesebuah
masyarakat malahan juga perlu dididik supaya mengenali dan membantu masyarakat di
sekelilingnya. Sebagai seorang warga pendidik juga, saya amat berbangga kerana
penganjuran program ini secara tidak langsung sedikit sebanyak telah menyumbang ilmu,
kemahiran serta pengalaman saya sebagai seorang guru kepada komuniti. Saya juga melihat
bahawa keterlibatan murid-murid dalam aktiviti khidmat masyarakat adalah salah satu aktiviti
yang penting bagi mereka mengasah kemahiran-kemahiran yang telah diajarkan di sekolah
dan mengaplikasikan dalam kehidupan bermasyarakat mereka.
REFERENSI

Asmah Ahmad (2005) Kualiti Hidup Dan Pengurusan Persekitaran Di Malaysia. Prosiding
Seminar Kebangsaan Pengurusan Persekitaran 2005. Program Pengurusan
Persekitaran, Pusat Pengajian Siswazah Ukm. Halaman 3-14.

Azahan Awang, Abdul Samad Hadi, Jamaluddin Md Jahi, Asmah Ahmad, Abdul Hadi
Harman Shah (2006) Mendefinisikan Semula Makna Kualiti Hidup Dalam Konteks
Ilmu Sosial. Malaysia Journal Of Environment Management 7, 19-32.

Berger, E. H. (2000). Parents As Partners In Education: Families And Schools Working


Together (5th Ed). Columbus, Oh : Prentice Hall.

Buku Rasmi Tahunan Malaysia 2006 Oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

Pelan Transformasi Minda Ke Arah Negara Bersih, Indah Dan Sejahtera 2015-2020.
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Kuala
Lumpur : Sw Corp Malaysia.

You might also like