You are on page 1of 3

Ayat Majmuk

AYATMAJMUK

AyatMajmukGabungan AyatMajmukPancangan

dan, atau, tetapi, sambil, Relatif yang


bahkan, lantas, malahan, Komplemen bahawa,supaya,untuk
sambil,serta,lalu Keterangan kerana, apabila, dengan, ketika,
seperti,bagi,setelah,macam,bak

1.Ayatmajmukialahayatyangmempunyaiduaataulebihayattunggal.
2.Ayatmajmukbiasanyalebihpanjangberbandingdenganayattunggal.
3.Ayat majmuk dibahagikan kepada dua iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk
pancangan.
4.Ayatmajmukgabunganialahayatyangterdiridaripadacantumanduaataulebihayat
tunggaldenganmenggunakankatahubungsepertidan,atau,tetapi,sambil,dansebagainya.
Contohnya:
(a)Ayahkepejabat.(ayattunggal)
(b)Abangjugakepejabat(ayattunggal)
(c)Ayahdanabangkepejabat.(ayatmajmukgabungan)
5.Ayatmajmukpancanganialahgabungansatuayatindukdansatuataubeberapaayat
kecil.
6.Ayatindukdanbeberapaayatkecilbolehberdirisebagaiayatyanglengkap.
7.Ayatayatkecilinidipancangkandenganayatindukdanmenjadisebahagiandalamayat
induk.
8.Ayatmajmukpancangandapatdibahagikankepadatigajenisiaituayatmajmukpancangan
relatif,ayatmajmukpancangankomplemen,danayatmajmukpancanganketerangan.
9. Ayat majmuk pancangan relatifterbentuk melalui cantuman dua ayat dengan
menggunakankatarelatifiaituyang.
Contohnya:
(a)Kakakmemakaibaju.(ayattunggal)
(b)Bajuituberwarnabiru.(ayattunggal)
(c)Kakakmemakaibajuyangberwarnabiru.(ayatmajmukpancanganrelatif)
10.Ayatmajmukpancangankomplemenialahayatyangterbentukmelaluipencantuman
dua ayat yang menggunakan penanda komplemen iaitubahawa, supaya, untuk,dan
sebagainya.
Contohnya:
(a)Doktormemberikanpendapatnya.(ayattunggal)
(b)Mencegahwabakdenggiadalahlebihbaikdaripadamerawat.(ayattunggal)
(c) Doktor memberikan pendapatnya bahawa mencegah wabak denggi adalah lebih baik
daripadamerawat.(ayatmajmukpancangankomplemen)
11. Ayat majmuk pancangan keteranganialah cantuman ayat induk dengan ayat kecil
yangberfungsisebagaiketerangankepadapredikat.
12.Katahubungyangdigunakanialahkerana,apabila,dengan,ketika,seperti,bagi,setelah,
macam,bak,dansebagainya.
Contohnya:
(a)Remajaituterlibatdalamlumbaharam.(ayattunggal)
(b)Remajaituterpengaruhdenganrakansebaya.(ayattunggal)
(c)Remajaituterlibatdalamlumbaharamkeranaterpengaruhdenganrakansebaya.(ayat
majmukpancanganketerangan)
TATABAHASA : Ayat Mudah Dan Ayat Majmuk
(PMR/SPM)
AYAT MUDAH DAN AYAT MAJMUK.
A. MAKSUD AYAT:
1. Ayat mudah/ ayat selapis/ ayat pendek/ ayat tunggal.
- ialah ayat yang hanya mempunyai satu subjek dan satu pradikat sahaja.
2. Ayat majmuk/ ayat berlapis/ ayat berkait/ ayat panjang.
- ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu subjek dan/ atau lebih daripada satu predikat.

B. MENUKARKAN AYAT MUDAH SUPAYA MENJADI AYAT MAJMUK :

Syarat penukaran:

i. Jangan mengubah maksud asal ayat yang diberi.

ii. Jangan mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu mesti didahulukan.

iii. Sambung ayat dengan menggunakan kata sendi dan kata hubung.
a. Kata sendi : di, ke, dari, daripada, pada, kepada, demi, untuk, yang dan sebagainya.
b. Kata hubung : dan, tetapi, atau, maka, walaupun, oleh sebab.maka, walaupun .namun
dan lain-lain.

iv. Perkataan yang sama tidak boleh disebut semula kecuali atau digunakan.

v. Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan soalan yang diberi.

vi. Ayat baru boleh dibuat jika sesuatu ayat mudah itu menceritakan perkara yang berlainan daripada
perkara yang sebelumnya.

vii. Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan.

C. CONTOH MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK 1 :


1. Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka membeli gula. Mereka
membeli ikan.
Ayat majmuk : Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan ikan.

2. Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus.


Ayat majmuk : Hetty gemuk tetapi kakaknya kurus.

3. Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan melabur juga.


Ayat majmuk : 1. Baik kaum lelaki mahupun perempuan, mereka digalakkan melabur.
2. Kaum lelaki atau kaum perempuan digalakkan melabur.

4. Dia malas belajar. Dia gagal dalam peperiksaan itu.


Ayat majmuk : Oleh sebab malas maka dia gagal dalam peperiksaan itu.

5. Dia sangat kaya. Dia kedekut.


Ayat majmuk : Walaupun kaya tetapi dia sangat kedekut.

D. CONTOH LATIHAN MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA MAJMUK :

Contoh 1 :
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada hari
Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah. Ramai
pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati
suasana pasar malam di situ. Pasar malam itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan
peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi
bersama rakan-rakan.

Jawapan :1. Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang diadakan pada hari Jumaat itu menjual
pelbagai barang dengan harga yang murah.

2. Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke pasar malam itu untuk menikmati
suasana pasar malam yang meriah tersebut.

3. Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar malam itu bersama ibu bapa
dan rakan-rakan.

Contoh 2 :
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

Kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan persendirian.
Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga. Ramai pemilik kenderaan masih
engkar. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang.
Pesalah akan ditangkap. Mereka akan didenda RM300. Pemilik kenderaan tersebut akan disaman.
Penumpang ketiga itu akan disaman juga. Saman ini dapat dijadikan pengajaran.

Jawapan :
1. Walaupun kerajaan telah memberi amaran tegas kepada pemilik kenderaan persendirian supaya
memasang tali pinggang keselamatan ketiga tetapi ramai pemilik tersebut masih engkar.

2. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas untuk menguatkuasakan undang-undang dengan


menangkap pesalah dan didenda RM300.

3. Baik pemilik kenderaan tersebut mahupun penumpang ketiga itu akan disaman supaya dapat
dijadikan pengajaran.

You might also like