You are on page 1of 5

DRAF

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT GRAMATIS MURID TAHUN 5


DINAMIK DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU (BAHAGIAN A)
MENGGUNAKAN KAEDAH PELAN MAKLUMAT DAN KATA TANYA

ABSTRAK

Kajian tindakan ini adalah disasarkan kepada 40 orang murid Tahun 5 Dinamik,
Sekolah Kebangsaan Desa Pandan bagi meningkatkan lagi prestasi mereka dalam penulisan
bahagian A menggunakan kaedah Pelan Maklumat Dan Kata Tanya. Kaedah yang digunakan
dalam kajian ini adalah untuk melatih murid-murid menulis ayat yang gramatis berdasarkan
bahan grafik. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui
markah 3 siri ujian dan latihan harian. Kajian ini mendapati bahawa ada peningkatan dalam
pencapaian murid-murid dari segi pengskoran mereka. Selain itu, kajian ini juga
menunjukkan bahawa ada perubahan yang positif dalam amalan pengajaran saya sebagai
guru yang mengajar mata pelajaran ini berbanding pengajaran sebelum ini.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Bahasa Melayu penulisan mengandungi 3 bahagian wajib dijawab oleh calon iaitu
bahagian A, bahagian B dan bahagian C.Bahagian A dikenali sebagai item memindahkan
maklumat. Calon dikehendaki memindahkan maklumat daripada bahan ransangan kepada
maklumat berbentuk ayat. Ayat yang dibina haruslah gramatis iaitu betul struktur dan
tatabahasanya. Sebarang bahan rangsangan berbentuk grafik seperti gambar tunggal, gambar
bersiri, jadual, graf, carta, rajah, data dan peta boleh digunakan. Jawapan calon perlulah
mengandungi perkara-perkara tersurat daripada gambar berkenaan. Masa yang diperuntukkan
untuk menjawab bahagian ini selama 15 minit. Markah yang cemerlang antara 8 hingga 10
markah dan calon perlulah menggunakan ayat yang gramatis iaitu mengikut prinsip-prinsip
tatabahasa dan ayat pula haruslah menepati maklumat tersurat dalam bahan grafik .

PERNYATAAN MASALAH.

Saya mengajar Bahasa Melayu untuk murid-murid Tahun 5 Dinamik pada tahun 2017.
Memandangkan pada tahun hadapan iaitu 2018, murid-murid ini akan menduduki Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah, pencapaian bagi subjek ini haruslah ditingkatkan. Faktor yang
dikenal pasti mempengaruhi keputusan subjek ini ialah penguasaan kemahiran menulis ayat
yang gramatis . Kelas 5 Dinamik telah dipilih dalam kajian ini yang melibatkan seramai 40
orang murid. Berdasarkan latihan yang diberikan dan keputusan peperiksaan Penulisan
Bahasa Melayu akhir tahun 2016 yang lalu, saya dapati masih ramai murid kelas ini
mendapat pengskoran pada tahap baik dan memuaskan.

Melalui maklumat awal ini, saya telah meneliti dan mengenal pasti kelemahan murid-murid
ini melalui latihan harian mereka. Berdasarkan latihan tersebut menunjukkan murid
berkenaan masih lemah yang mana perkataan yang digunakan amat terhad dan kurang
sesuai dengan bahan grafik. Pemilihan kosa kata juga kurang sesuai disamping kelemahan
dalam menguasai sistem tanda baca dan ejaan. Murid ini gagal untuk membuat ayat yang
gramatis dan sesuai dengan tahap kematangan pelajar tahun lima.

Terdapat dua sebab mengapa pencapaian murid-murid ini berada pada tahap yang sederhana.
Pertama, murid-murid ini kekurangan perbendaharaan kata kerana kurang membuat rujukan
dan bahan bacaan serta tidak menguasai kemahiran membina ayat majmuk. Kedua, kaedah
pengajaran yang kami gunakan selama ini kurang memberi kesan terhadap pemahaman
mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian tindakan ini adalah untuk:

i) Meningkatkan kemahiran murid membina ayat yang gramatis berdasarkan bahan grafik
yang diberikan dengan menggunakan pelan maklumat.
ii) Menggalakkan murid agar berkeyakinan dengan potensi diri dan kebolehan
mereka.
iii) Memperbaiki amalan pengajaran kami sebagai guru Penulisan Bahasa agar
memberi kesan yang positif terhadap pemahaman murid melalui penggunaan
Kaedah Kata Tanya.

PERSOALAN KAJIAN

Kami telah memikirkan beberapa persoalan sebelum memulakan kajian ini. Antara persoalan-
persoalan tersebut ialah:

a) Mengapakah sebilangan besar murid kelas ini masih kurang mahir membina ayat yang
gramatis menggunakan bahan grafik?
b) Adakah kaedah yang digunakan sebelum ini kurang memberi kesan terhadap pemahaman
murid-murid berkenaan?
c) Apakah kaedah lain yang patut digunakan untuk membantu mereka
mengatasi masalah ini?
KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu melalui
soalan ujian dan pemerhatian. Soalan Pra Ujian, ujian bulanan dan Pasca Ujian telah
disediakan bagi mengukur kelemahan murid-murid ini. Selain itu, pemerhatian juga
dilakukan oleh kami melalui latihan yang diberi di dalam kelas, aktiviti perbincangan yang
diadakan serta tindakbalas mereka terhadap soal jawab semasa pengajaran dilaksanakan.
Maklumat ini telah dianalisis dan hasilnya telah memberi gambaran yang jelas terhadap
bilangan murid yang terlibat serta tahap pencapaian mereka. Berpandukan maklumat
daripada tinjauan awal ini, kami telah meneliti buku latihan harian murid. Hasil daripada
penelitian ini, kami telah memperolehi maklumat tentang kelemahan murid-murid ini. Dalam
pelaksanaan kajian ini, kami telah mengumpul data melalui 4 siri Ujian Penulisan Bahasa
Melayu. Maklumat dalam bentuk markah telah dicatat dalam Borang Analisis Markah
Latihan. Maklumat ini telah dianalisis dan keputusannya menunjukkan keberkesanan kaedah
yang digunakan dalam kajian ini.

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini telah dirancang bermula awal Mac 2017 sehingga penghujung bulan Oktober 2017.
Saya telah mengenal pasti 40 orang murid untuk dijadikan kumpulan sasaran dalam kajian
ini. Saya melaksanakan pengajaran menggunakan Kaedah bina pelan maklumat dan kata
tanya. Saya memperuntukkan 2 waktu (60minit) pada setiap hari Rabu untuk melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini. 1 waktu digunakan untuk
perbincangan dan aktiviti pengajaran-pembelajaran menggunakan kaedah ini manakala 1
waktu lagi untuk murid-murid membuat latihan membina ayat. Penilaian terhadap
keberkesanan kaedah ini dengan mengadakan ujian pada hujung setiap bulan dalam tempoh
kajian ini.

Beberapa langkah pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini. Berikut adalah
Rancangan Pelajaran yang telah disediakan untuk sesi pengajaran tersebut.

Set Induksi : Baca arahan soalan dengan teliti sambil menggarisi klu soalan. Fahami
kehendak sebenar soalan.

Langkah 1 : Teliti bahan grafik dan catat sekurang-kurangnya lima maklumat


yang tepat. Sekiranya grafik gambar,utamakan aktiviti yang dipaparkan.

Langkah 2 : Bina pelan maklumat. Guru membimbing murid menggunakan teknik


tarik dan tulis maklumat pada bahan grafik.
Langkah 3 : Menggunakan kata tanya( siapa,bagaimana dan di mana)
pada setiap maklumat yang diperolehi.

Langkah 4 : Latihan membina dan menulis ayat yang gramatis berpandukan


pelan maklumat.

Penutup : Semak ejaan,tanda baca,imbuhan dan ayat supaya tiada kesalahan.

Saya memulakan langkah pengajaran dan pembelajaran dengan menyuruh murid membaca
arahan dengan teliti sambil menggarisi klu soalan agar mereka memahami kehendak soalan
samada menulis ayat berdasarkan aktiviti/situasi berdasarkan bahan grafik. Ini untuk menarik
minat dan perhatian mereka.

Seterusnya di dalam langkah pertama, murid hendaklah meneliti bahan grafik untuk
memahami aktiviti/situasinya. Selepas itu, murid hendaklah menyenaraikan sekurang-
kurannya lima maklumat yang tepat yang terdapat dalam gambar. Sekiranya grafik berkaitan
gambar, murid-murid hendaklah mencatatkan lima kata kerja yang sesuai berdasarkan
gambar. Sekiranya berkaitan data/jadual , murid-murid hendakah mencatatkan isi penting
tentang grafik tersebut.

Di dalam langkah kedua, saya menunjukkan cara untuk membina pelan maklumat dengan
menggunakan teknik tarik dan tulis. Berdasarkan bahan grafik, murid-murid hendaklah
membuat garisan pada gambar dan mencatatkan aktiviti yang dilakukan. Seterusnya di dalam
langkah ketiga, membimbing murid menggunakan kata tanya bagi setiap aktiviti yang ditulis.

Contoh soalan : Siapakah yang membina istana pasir?


Contoh jawapan murid : Dua orang budak lelaki dan seorang budak perempuan.

Contoh soalan: Di manakah mereka membina istana pasir?


Contoh jawapan murid : Mereka membina istana pasir di tepi pantai.

Contoh soalan : Bagaimanakah mereka membina istana pasir?


Contoh jawapan murid: Mereka membina istana pasir menggunakan pasir pantai.

Untuk langkah yang terakhir, saya telah memberi latihan membina ayat kepada murid-murid.
Semasa membuat latihan, bimbingan secara individu diberikan. Saya membimbing dan
melatih mereka membina ayat supaya gramatis dengan menggunakan kosa kata yang tepat.
Setelah murid-murid selesai menulis ayat,mereka diarahkan supaya menyemak ayat masing-
masing supaya tiada kesalahan ejaan,tanda baca sebagainya.

Contoh ayat yang gramatis : Dua orang budak lelaki dan seorang budak perempuan sedang
membina istana pasir di tepi pantai dengan menggunakan pasir pantai.

KESIGNIFIKANAN KAJIAN

Dapatan kajian ini diharapkan dapat meningkatkan lagi pencapaian murid-murid


Tahun Lima Dinamik dalam pengskoran bahagian A dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran guru bahasa Melayu . Kajian ini juga diharap dapat dikongsi bersama dengan
ahli guru-guru bahasa Melayu SK Desa Pandan.

You might also like