You are on page 1of 1

1.

0 PENGENALAN
Pada awalnya, kedatangan kuasa-kuasa asing ke Tanah Melayu adalah
untuk menjalankan perdagangan dengan pedagang-pedagang yang
datang dari kebanyakan negara. Walaubagaimanapun, kelemahan dan
masalah dalam negeri-negeri Melayu membuka peluang di mata
pedagang asing untuk menjajah Tanah Melayu pada ketika itu. Oleh itu,
British mula mencampurtangan di Tanah Melayu pada 11 ogos 1786
apabila Francis Light Berjaya menduduki Pulau Pinang. Kejatuhan Pulau
Pinang ke tangan British pada tahun 1786 hanya melalui tipu daya Kapten
Francis Light merupakan titik tolak kepada permulaan kolonialisme British
di Tanah Melayu. Oleh hal yang demikian, pertapakan Francis Light
menandakan bermulanya tapak pemerintahan British di Tanah Melayu.
Campur tangan British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu telah
membawa kepada pemindahan kuasa pentadbiran daripada raja melayu
kepada pegawai-pegawai yang dilantik oleh pihak Britsh untuk mentadbir
dan menguruskan semua aspek pentadbiran negeri-negeri Melayu kecuali
pengurusan agama Islam dan juga adat resam orang-orang Melayu.
Campur tangan ini kemudiannya membawa kepada penjajahan
sepenuhnya negeri-negeri Melayu di bawah penguasaan British.
Penyerahan kuasa ini dibuat secara rela oleh raja-raja Melayu dengan
hanya mendapat janji-janji palsu dan pemberian pencen kecil yang
diberikan oleh kerajaan British. Rentetan itu, campur tangan pihak British
telah meruntuhkan secara langsung sistem dari segi politik, ekonomi dan
sosial di Tanah Melayu.

You might also like